Allah mengurniakan manusia dengan anggota yang cukup sempurna, maka pastinya ada hak-hak yang perlu ditunaikan oleh anggota tersebut. Walaupun anggota lain Allah kurniakan sepasang tetapi apa hikmah Allah mengurniakan mulut satu sahaja. Ini pastinya dari pada berkata yang sia-sia baik diam sahaja. Namun manusia selalu mengunakan mulut pada yang bukan tempatnya. suka mengata keburukan, keaiban, bercakap perkara bukan-bukan tidak kira pada rakan sejawatan dan sebagainya. Bising dengan coloteh yang entah apa sahaja ingin di bualkan.
Hatta ke Masjid masih lagi ingin bercakap-cakap perkara yang tiada kaitan untuk mendatangkan redha Allah pada percakapan. Dari pada berkata yang sia-sia, lebih baik diam. Suka bercakap-cakap terbawa-bawa ketika mendengar khutbah. Baik khutbah Jumaat, maupun khutbah Hari raya. Samada tahu atau tidak pastinya telah melakukan sesuatu yang sangat sia-sia.
Masih ana teringat sewaktu berada di bumi Makkah, sibuk betul orang-orang perempuan untuk pergi solat Jumaat. Waktu Haji ana memerhati dari kejauhan, pastinya bersesak dengan kaum muslimin yang jatuh kewajipan, sedang ana sedar, kaum muslimat sunat sahaja mengerjakan. Maka ana mengambil keputusan untuk solat di penginapan. Namun sewaktu Umrah, ana kira pasti ada kelapangan. Lebih-lebih ana ingin cuba memahamkan khutbah dalam bahasa Arab, bahasa Rasul junjungan. Alhamdulillah, walau tidak faham keseluruhan, ana faham apa yang di sampaikan. Sayangnya, di keliling ana, mereka-mereka yang bercakap-cakap sewaktu khutbah berjalan. Moga-moga suatu hari mereka akan faham.
Begitu juga sewaktu khutbah hari raya, ada sahaja yang ingin berkata-kata sewaktu khutbah dibacakan. Mungkin inilah kesan antara memberi khutbah dan membaca khutbah agaknya. Kesan dari berkata-kata dalam khutbah boleh kita ambil iktibar dari Hadith Rasulullah s.a.w.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِلَ أَنْصِتْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالامَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ
"Kalau engkau berkata kepada kawanmu, "Diamlah!" sedang imam lagi berkhutbah, maka sesungguhnya perkataan itu menghilangkan pahala Jumaat." Hadis sahih riwayat Muslim
Dalam sebuah hadith yang lain, kita boleh ambil ingatan, bahawa
"Dari Abu Darda' berkata :"Nabi saw duduk diatas mimbar dan berkhutbah kepada manusia dan membacakan satu ayat. Ubai ibnu Ka'ab yang duduk disebelahku dan aku bertanya :'Ya Ubai, Bila diturunkan ayat tersebut? Beliau ENGGAN menjawab soalanku. Aku bertanyakan mengenai ayat tersebut lagi sekali dan dia tidak melayanku, dan aku bertanya lagi sekali kepadanya dan dia masih enggan bercakap denganku sehinggalah Nabi saw turun dari mimbar. Kemudian Ubai berkata kepadaku ,'Apa yang anda dapat pada hari Jumaat ialah melainkan LAGHW (cakap yang sia-sia)'. Setelah perginya Nabi saw, Aku pergi kepada beliau dan memberitahu apa yang berlaku, dan sabda beliau :'Ubai telah berkata Benar, Jika kamu mendengar Imam berkhutbah, maka dengarlah akan ia sehingga ia selesai" (Riwayat Ibn Majah #1111, Ahmad #20780. Dikelaskan sebagai sahih oleh Al-Busayri dan Sheikh Al-Albani didalam Tamaam Al-Minnah, ms 338)."
Bertanyakan mengenai AYAT pada hari Jumaat pun MEMBATALKAN PAHALA Jumaat, apatah lagi mereka-mereka yang bercakap-cakap pasal hal dunia, perniagaan, ber "SMS" dan sebagainya semasa Imam sedang berkhutbah.
Tepuk dada, tanya iman, bagaimana kita ketika situasi seperti ini berjalan. Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment