Firman Allah s.w.t. :-
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang berusaha menjauhkan diri dari melakukan perbuatan atau mengeluarkan perkataan yang sia-sia” (Surah Al-Mukminun : Ayat 1-3).
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثاً وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ
Adakah kamu anggap, bahawa Kami jadikan kamu dengan percuma (sia-sia) sedangkan kamu akan kembali kepada Aku?" (Surah Al-Mukminun : Ayat 115).
Mengapa Allah s.w.t. menyuruh kesemua hamba-hambanya yang beriman supaya menjauhkan diri dari melakukan perbuatan atau mengeluarkan perkataan yang sia-sia atau "lagha". Bagi mereka yang tidak nampak perkara ini, mereka akan mudah terpedaya dan tertarik kepadanya. Mereka akan tertipu dengan luarannya. Berlainan dengan orang-orang zuhud, mereka mempunyai sikap yang berhati-hati serta berilmu. Mereka sentiasa punyai sifat waspada terhadap satu-satu perkara.
Menyambung kembali kuliah mengunakan 'Kitab Minhajul Abidin' jika dulu dunia yang haram di ibaratkan racun, namun perkara yang halal tetapi sia-sia ibarat makanan yang telah di ludahi dan di hingusi. Ustaz Yunus menerangkan, Perkara ini halal, tapi bagi yang mengetahuinya seperti orang-orang zuhud yang berilmu akan menghindarinya. Mereka jijik melihat benda yang telah dikotori tersebut. Begitulah bandingan bagi orang-orang terpedaya dengan perkara sia-sia, mereka boleh tengok bola berjam-jam, boleh tengok drama bersiri, cerita hinddi, bermain games hingga apa yang berlaku jelas Perbuatan tersebut boleh menyebabkan kita lalai dari melakukan perintah-perintah yang Allah yang telah di tetapkan terhadap kita seperti melambat-lambatkan solat atau tidak melakukan solat langsung dan sebagainya.
Imam Muslim meriwayatkan dalam shahihnya, dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa mengusap-usap kerikil, maka ia telah melakukan yang sia-sia.”
Tidak hanya perbuatan yang ada sia-sia bah kan perkataan. Termasuk dalam perkataan yang sia-sia ialah perbualan yang lagha (tidak berfaedah), seperti mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya.
Berjam-jam masa yang Allah berikan ramai yang mengunakan pada jalan-jalan yang sia-sia. Perkara yang sia-sia lebih menghampirkan kita kepada kelalaian. Bila lalai, maka kurangnya kita mengingati Tuhan. Jika diperhitungkan amal soleh dan perbuatan demikian, mana yang lebih banyak dilakukan. Bimbang bila kembali menghadap Tuhan, satu apa tiada bekalan.
Orang yang zuhud lagi beriman, tidak akan membuang masa yang diperuntukkan ke jalan yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah kepada akhiratnya. Itulah orang yang bijak namanya. Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment