Bagi seseorang yang di awalnya lahir Islam, hidupnya cara Islam, juga matinya dalam Islam adalah orang yang bahagia . Begitu jugalah orang yang awalnya tidak islam, tetapi di akhirnya islam juga orang yang bahagia. Ada juga orang yang awalnya islam tetapi di akhirnya tidak islam, ini sangatlah rugi. Keuntungan sebenar ialah di akhir hidup kita, keadaan mana kita bertemu dengan Allah s.w.t. Paling rugi dari awal hingga ke akhir tidak islam. Tidak sedikit hidup cara islam yang beriman.
Begitulah ramadhan, ia tetap datang. Semakin hujung... semakin akhir.... semakin besar keuntungannya. Tetapi kita yang akan pergi. Belum tentu ramadhan yang akan datang kita hidup lagi. Cubalah bayangkan betapa rugi orang yang berniaga, jikalah mereka solat tarawih berjemaah pun tiada, bahkan solat fardupun entah kemana. Walau puasanya tetap sah, kerana sekecil-kecil amalan pun Allah tetap melihatnya. Namun pahala puasa itu tidak dapat menutup 1 solat fardu yang di tinggalkan. Alangkah besar dosa orang yang meninggalkan solat. Selagi akal waras, tuntutan solat tetap ada.
Alangkah ruginya kesempatan yang masih ada kita tidak merebut sebaik mungkin. Malam lailatul Qadr, malaikat yang turun lebih ramai dari butiran pasir di bumi. Mereka akan masuk ke rumah-rumah orang muslim memberi salam. Bagaimana yang dikatakan seseorang itu dapat keberkatan malam tersebut?
Menurut penerangan ustaz Fadzli kuliah subuh tadi, pastikan kita memastikan perkara-perkara berikut di sempurnakan sebaiknya :-
i) Solat maghrib berjemaah di masjid
ii) Sunat mandi antara maghrib ke Isyak untuk kesegaran ibadah malam.
iii) Melakukan solat tarawih di masjid atau surau , di mana mengikut mazhab syafie, solat 20 rakaat dan witir 11 rakaat (3 di masjid dan 8 lagi boleh lah buat di rumah)
Sayangnya sikap malas banyak menguasai kita. Cubalah kita berusaha untuk melakukan sesuatu perkara lebih baik atau lebih banyak. Namun tidak semua ini boleh di dapat jika tiada kesabaran seperti mana juga, sabar perlu bagi orang yang sakit untuk sembuh, orang yang miskin untuk kaya. Berusahalah agar tidak telepas kesempatan tarawih, lebih-lebih malam yang terakhir ini. Ulama dan orang soleh terdahulu seperti iman Ahmad Hambal, solatnya aje 300 rakaat. Iman shafie, solat siang khatam al Quran. Solat malam juga khatam al-Quran. Bagaimana bandingan dengan diri kita?
Sabar juga di tuntut apabila terima ujian. Lebih-lebih di bulan yang penuh didikan ini. Jika kita tidak sabar dengan kezaliman orang kepada kita, lebih-lebih membalas dan tidak memaafkan, maka kita telah mengambil bahagian dan hak tersebut di dunia. Di akhirat sana, yang balasanya dan ganjaran yang lebih hebat kita tidak mendapatnya. Maka bayarlah tindakan buruk terhadap kita dengan kebaikan. Sekiranya kita mendoakan mereka mendapat rahmat, malaikat akan mendoakan pula agar kita yang diberi rahmat.
Mungkin ada yang bertanya, bulan puasa syaitan di ikat. Jadi bagaimana halnya dengan orang yang masih bermaksiat, adanya kelab-kelab hiburan dan sebagainya. Ini adalah kerana gabungan antara nafsu dan syaitan. Mengulas perkara berikut ustaz menyatakan kata ulama' syafie, syaitan yang di ikat adalah syaitan-syaitan yang ganas (gedebe). yang samsing. Syaitan-syaitan yang menganggu dalam bentuk ganas. Sedangkan syaitan-syaitan yang jenis memuji dan memujuk tidak di ikat. Dengan syaitan ini pun manusia tewas..
Lawanlah godaan demikian dengan sekuatnya. Belum ada jaminan yang kita akan ditemukan dengan ramadhan tahun depan. Kematian datang bukan kerana uzur. Kadang-kadang anak terlebih dahulu pergi dari ibubapa, kadang-kadang orang sihat dulu pergi dari orang yang sakit, kadang-kadang sedang akad nikah, kematian datang menjelma, baru mengandung suami telah meninggal dunia. Doktor juga ada yang mati sebelum sakit.
Jadi kematian tidak dapat kita mengelaknya. Menjadi ahli lailatul Qadr tanpa syarat melihat perkara pelik. Kadang-kadang yang melihat perkara pelik ibadah pun tidak. Jadi lakukan amalan yang di sebutkan tadi. Walaupun tidak nampak perkara pelik, tetapi ibadat tidak putus, maka jadilah ia ahli lailatul Qadr. Qiamulail, lebih baik buat seorang diri. Tiada nas buat jemaah. Namun tarawih ada tuntutan di buat secara berjemaah.
Perbanyakkan doa lebih-lebih terhadap ibu bapa. Jika kita tidak sempat berbakti kepada keduanya, sekarang kita telah menjadi soleh, maka doai mereka. Agar Allah mencucuri rahmat pada kedua mereka. Perbanyakkan amalan agar kita mendapat jaminan Allah bebas dari neraka dan di janjikan dengan syurgaNya.
Disebutkan juga bahawa malam raya adalah malam berjaga. Berjaga untuk bertakbir seikhlas-ikhlasnya kepada Allah s.w.t. Kejutlah keseluruhan ahli keluarga agar takbir bersama. firman Allah:
وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"...Hendaklah kamu mencukupi bilangan puasa dan bertakbirlah (mengagungkan dan membesarkan) Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, semoga kamu bersyukur". (al-Baqarah: 185).
Selain bertakbir, kita juga disunat menghidupkan malam raya dengan ibadat lain seperti tilawah al-Quran, solat, tasbih dan istighfar. Ingatlah sabda Rasulullah SAW, "Sesiapa yang menghidupkan malam raya Fitrah dan malam raya Adha dengan mengharapkan pahala, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati sekalian hati. "(Riwayat Ibn Majah).
Selain itu, zakat fitrah janganlah di lupakan. Tergantung puasa jika ianya tidak di tunaikan. Menurut ustaz, isteri... walaupun bekerja, zakat fitrah adalah tanggungan suami. Sedang anak, apabila baligh mereka, adalah tanggungan mereka sendiri. Jika mereka tidak punyai wang, umpama masih belajar, kita perlu memberi kefahaman kepada keluarga kita terlebih dahulu. Boleh kita membayarnya, tetapi minta izin dari diri anak-anak tersebut. Begitu juga, kita boleh memberi dan mengada duit untuk anak-anak kita, tetapi tidak boleh menyebut atau mengkhususkan bahawa 'ini duit untuk bayar zakat fitrah'. Ada kan sahaja dia duit, bagi seorang yang faham dia akan menbayar fitrahnya sendiri. Jika kita membayarkan tanpa izin mereka, ianya hanya jadi nilai sedekah.
Alangkah pentingnya kita mengambil segala kebaikan di bulan yang mulia ini. Lebih baik jika kita memahami dan berilmu dengan segala perkara di dalamnya. Tidaklah nanti puasa hanya tinggal puasa yang tidak bermakna. Berlalu begitu sahaja, tanpa memberi kesan ketaqwaan terhadap diri kita. Alangkah rugi serugi-ruginya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga. [Riwayat Ibnu Majah]
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment