Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Saturday, August 28, 2010

USTAZ MAZLAN : Tawaran Hebat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira(bersungguh-sungguh), maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu".

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ اِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya : " Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu " . ( H.R. Bukhari dan Muslim )

Hadis yang dibacakan di atas menegaskan bahawa puasa yang dilakukan dengan penuh keimanan dan berkira-kira apa yang boleh di lakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, maka janji Allah yang terlebih baik ialah keampunan. Puasa ini boleh dibahagi kepada tiga bahagian.


أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: Permulaan (awal) Ramadhan itu rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya (penghujungnya) pembebasan dari api neraka.

Sekarang ini kita berada berada di tengah. Bahagian pertama kita telah selesai mudah-mudahan kita mendapat rahmah daripada Allah. Mudah-mudahan kita dipanjangkan umur untuk menghabiskan ke akhirnya, bahagian yang paling besar di tawarkan kepada umat Muhammad s.a.w., iaitu pembebasan dari api neraka.

Pembebasan dari api, adalah pembebasan yang sangat besar bagi penghidupan orang muslim. Dari awal hingga akhir, semakin besar ganjaran yang diberi Allah. Apa perkara lagi yang di harap kan selain bebas dari neraka dan maknanya mendapat syurga. Semakin besar!. Apa yang berlaku hari ini, ramai yang raikan di awalnya. Surau masjid penuh orang. Macam orang sembahyang jumaat, penuh. Makin lama makin suram dan kurang. Persoalan, apakah kita tidak percaya dengan janji-janji Allah s.w.t.

Sekiranya dijanjikan oleh orang baik dan dipercayai untuk memberi kita duit RM1,000.00 umapamanya. Ada yang dengar tawaran, tidak percaya, sudah tentu yang tidak pergi. Yang percaya sungguh, sebab yang menawar tak pernah bohong. dia pergi dia dapat. tapi masalahnya, ada yang percaya tak pergi. Jadi dia tak dapat. Jadi agak-agak golongan mana kita. Ini janji Allah. Kenapa kita tak sambut dengan tindakan kepercayaan tersebut. Islam perlu tindakan dan pembuktian. Iman itu sendiri , ikrar dengan lidah, benar dengan hati, perlu amal. Baru sempurna iman, diikuti dengan amalan.

Maknanya perlukan pembuktian kepercayaan kepada Allah s.w.t Jadi apa yang kita nak kata, pada yang percaya, tapi tak datang tadi. Apakah dia memang percaya, atau telah mewujudkan keraguan. Yang kita bimbang, takut-takut Allah ragu pada kita. Apa lagi janji yang lebih besar, dari kebebasan dari api neraka. Berakhirnya kehidupan, adalah syurga atau neraka. Jadi kalau Allah janji, kalau berpuasa penuh keimanan, tak masuk neraka. Tiba-tiba tak sambut. Kita sambut dengan program lain. Buat kuih, cari baju raya. Sanggup tinggal tarawih, baca Quran, hidupkan malam. Bukan tidak boleh, tapi jangan terlepas semua ini.

Inilah perkara yang perlu kita fikirkan. Sebaliknya semakin besar janji Allah, semakin jauh kita. Sebelum ini, kita berdoa dan kita minta di sampaikan ke bulan ramadhan. Dah berada dalam bulan ramadhan. Kita buktikan kita percaya kepada Allah dan janji Allah. Apa lagi dijanjikan satu malam, yang pahalanya lebih dari umur kita hidup. Malam lailatul Qadar, 1000 bulan. bersamaan 83 tahun, 3 bulan 3 hari.... Umur kita pun tak sampai. Ini janji Allah. Anugerah pada umat Muhammad s.a.w. Umur kita pendek. lebih tu subsidi. Umur umat nabi Nuh 950 tahun. Kita amal 1, seoalah beramal 83 tahun.

Kita tak mampu beramal 83 tahun. Apalagi mula beramal sangat lewat lepas umur 40 tahun, atau dah pencen. Baru kita nak ke Masjid. Bila Allah nak anugerah kita, satu anugerah pada 1 malam dalam bulan ramadhan. kalau hayati betul-betul, kita tidak akan tidur. Cari, setahun sekali sahaja dalam bulan ramadhan. Rasulullah s.a.w. kejut keluarganya, iktikaf di masjid malam akhir ramadhan. Dalam sebuah Hadis ada menyatakan bahawa Saidatina Aisyah r.a. berkata :
"كَانَ النَِّبيُّ (ص) إِذاَ دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْياً لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ"

Maksudnya : " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga " . ( Hadis riwayat bukhari )

Lailatul Qadar adalah malam yang dianugerahkan kepada ummat Nabi Muhammad s.a.w. dan tiada siapa yang tahu bila berlakunya malam tersebut walau diri Baginda sendiri. Sungguhpun demikian, Baginda menasihatkan umatnya supaya sentiasa memperbanyak dan mempertingkatkan amal ibadah khususnya pada malam-malam ganjil pada akhir Ramadan. Sabda Baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari :

"
تَحَرَّواْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ"

Maksudnya : " carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan " ( Hadis riwayat bukhari

Kemungkinan juga dari awal puasa. Namun yang belum lepas, kita berusaha sungguh-sungguh mendapatkan anugerah ini dengan penuh keimanan. Bukan pakai nasib. Pilih-pilih, rasa-rasa semalam contohnya. Tapi tak buat apapun. Nasihat ustaz, dalam malam yang tinggal ini, ibarat ada 14 biji guli dalam satu bekas, 1 guli dibuat dari emas. Sudah tentu kita nak cari yang satu tu. Tiada syarat kata nak pilih satu-satu. Nak ambil semua boleh, nak ambil satu boleh. Jadi, orang yang bijak cara mana nak ambil?. Ambil dengan bekas-bekaslah, dah tentu kita dapat. Tapi orang yang sombong, main pilih-pilih.

Sepatutnya, makin hari makin kuat amal kita. InsyaAllah, kita dapat, kerana sepanjang malam-malam itu dilalui dengan penuh ibadah, ada ganjarannya. Yang tidak lepas semalam pun, pastinya telah mendapat malam tersebut. Inilah perkara yang perlu kita hayati sekarang. Allah beri , agar kita ulang-ulang buat amal kebaikan ini agar berterusan kita lakukan pada sebelas bulan akan datang. Bulan, lain nafsu bergabung dengan syaitan. Kini kita berperang dengan nafsu kita. Kata ustaz, sekuat mana pun seseorang, kain selimut pun tak mampu nak angkat.

Tawaran Allah makin besar, kita pula lagi jauh. yang besar nampak kecil, yang kecil nampak besar. Apa yang berlaku kepada Hanzhalah . Kenikmatan dunia tidak sebanding nikmatnya menghadap sang Khalik dalam keadaan syahid. Begitulah prinsip yang dipegang oleh salah seorang sahabat Rosulullah SAW, Hanzhalah Bin Abu Amir , Qatadah menceritakan bahwa pada perang Uhud, Rasulullah SAW. berkata, ` Hanzhalah akan dimandikan oleh malaikat.” Maka para sahabat bertanya kepada keluarga Hanzhalah, “Apa yang terjadi dengannya?” Qatadah juga bertanya kepada istri Hanzhalah, lalu ia menjawab, “Ketika terdengar seruan perang Uhud, Hanzhalah segera pergi untuk berjihad padahal sedang berhadas besar.” Rasulullah SAW. berkata, “Karena itulah ia akan dimandikan malaikat.” (HR Ibnu Ishaq dari Ashim bin `Umar bin Qatadah)
Dalam kisah lain, Urwah bercerita, “Aku benar-benar melihat malaikat sedang memandikan Hanzhalah di antara langit dan bumi dengan air dari awan dalam sebuah tempat besar terbuat dari perak.” Abu Asid al-Sa`idi lalu berkata, “Kami pergi melihat Hamzah, kepalanya meneteskan air.” (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan Ibnu Sa’ad dari Hisyam bin Urwah)

Seruan jihad dilaungkan lawan kaum Quraisy, Hanzhalah baru kahwin, menyahut seruan lalu meninggal, Rasulullah s.a.w. menceritakan, dia dimandikan oleh malaikat air dari langit dan bekas perak. Beginilah orang yang beriman dan yakin kepada Allah Begitulah Abu Bakr, menyerahkan seluruh hartanya, lalu ditanya apa yang dia tinggalkan untuk anak isteri, katanya dia tinggalkan Allah dan rasulnya. Dia yakin janji Allah, semua ini dijanjikan bayaran dengan syurga Allah. Jadi malam terakhir kita di janji anugerah yang besar, tanpa perlu keluar harta.

Kisah Mus'ab Umay, pemuda kacak. Wanita Quraisy menyimpan harapan berkahwin dengannya. Asalnya kaya dan terkenal. Minyak yang paling hebat di pakai, pakaian yang paling hebat dia lah yang pakai. Bila dia memeluk islam. Keluarga tentang, ibuayah marah. Pujuk supaya kembali. Dia tidak mahu, akhirnya di kurung, tidak juga dia kembali, ibunya lesu tak makan. bila di tanya, selagi dia tak kembali ke agama nenek moyang, dia tak akan makan sebab berjanji kepada berhala. Apa yang dijawab oleh Mus'ab Umay sekiranya ibu di beri 100 nyawa, mati dan di beri lagi, nescaya dia tidak akan tinggalkan agama Muhammad s.a.w. Apa maknaya? Melainkan dia memandang, apa yang dia dapat selepas islam, janji Allah itu lebih baik dari apa yang dia ada di sebelumnya.

Zaman kita ini, islam kembali kepada dagang. Kembali seperti mana ia bermula. Untuk kekal di beri berita gembira, maka kita kena hayati apa yang dijanji Allah kepada kita. Jangan leka dengan dunia yang sementara. Jadikan apa yang dibuat agar kita berjaya di hari akhirat. Biarpun kita sedikit, kita percaya dengan janji Allah. Umat islam di akhir zaman macam hidangan yang lazat dan diterkam oleh orang kafir macam orang lapar. Dibelasah, di patah. Sahabat tanya, adakan masa tu sedikit. Rasulullah s.a.w. kata, bahkan ramai, tapi macam buih di laut. sebab berlaku, cinta dunia dan takutkan mati.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
"Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. Allah akan mencabut daripada hati seteru atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al wahn. Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu? Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Mudah-mudahan apa yang diperkatakan dan disampaikan oleh ustaz, boleh memperingatkan diri kita semua. Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment