Terpinga-pinga ana melihat jemaah di kiri kanan ana selepas solat subuh di Masjidil Haram atau di Masjid al Nabawi sewaktu bersolat di kedua masjid tersebut. Ini kerana pastinya mereka jarang bejemaah di surau atau masjid kerana mereka tidak tahu, bahawa adakalanya di pagi Jumaat imam membaca surah as-sajadah. Lantaran itu, kurang lebih ada rasanya 90% tidak bersujud tatkala imam turun sujud. Namun ianya bukanlah sesuatu yang wajib di lakukan. Namun sebaiknya elok lah di lakukan, seperti mana imam.
Sebaik imam habis solat, mereka bertanya sesama sendiri, ada yang bertanya rakan sebelah yang tidak faham pun bahasanya, hanya bahasa isyarat sahaja. Mana-mana yang berbangsa arab tu, dapatlah ana terangkan sikit-sikit, agak-agak dia boleh faham ana, ana boleh faham dia, alhamdulillah.
Mungkin di kalangan kita tertanya-tanya dan dan tidak tahu apa itu sujud sajadah. Bila mana Imam membaca surah sajadah pada pagi Jumaat pada rakaat pertama, apabila sampai dan habis ayat 15 surah tersebut, maka imam akan turun bersujud dan membaca seperti ini :-
سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وّشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الخَالِقِينَ
sajada wajhiya lillazii kholaqohuu wa sawwarahu wa syaqqa sam'ahuu wa basorahuu bihaulihii wa quwwatihii fatabaarokallahu ahsanul kholiqiin".
Maksudnya : Bersujud wajahku kepada Tuhan yang menciptakannya dan yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatannya dengan Daya dan KekuatanNya Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.
Imam akan bangun berdiri semula menyambung surah tersebut sehinggalah akhirnya. Dan kemudian, rukuk seperti biasa.
Namun tidak mengapa juga membaca bacaan seperti yang biasa kita sujud sewaktu solat. Namun Sujud ini dihukumkan sunat sahaja. Seperti mana di jelaskan oleh hadis di bawah :-
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka." (HR Al-Bukhari dan Muslim)
Hukum sujud sajadah adalah sunat mu'akad, atau sunat yang amat digalakkan.Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: "Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa." (HR Bukhari)
No comments:
Post a Comment