Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Sunday, August 29, 2010

KEMBALILAH KEPADA HUKUM ALLAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Sungguh mendukacitakan bumi Allah telah dicemari dengan pembuangan bayi yang saban hari ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Sudah sampai masanya masyarakat hari ini buka mata dan menolak semua fahaman, kembali kepada kefahaman islam. Bimbang murka Allah tiba di muka bumi dengan banyaknya dalih untuk melaksanakan hukum Allah. Di sebabkan terlalu ingkar dengan hukum Allah, maka banyak sangat bala yang tidak terkawal hari ini, dengan pembunuhan, penyembelihan, tetakan, perebutan harta keluarga, saman menyaman, pembuangan bayi dan menentang faraid dalam pembahagian harta. Berat sekali perbuatan-perbuatan manusia hari ini yang tidak dapat mengawal nafsu yang bermaharaja lela dalam diri hingga untuk mencapai maksud tertentu tergamak melakukan diluar batasan syarak yang telah digaris pandukan dalam al-Quran dan Sunnah yang patut dijadikan panduan dan ikutan.


Selagi umat menolak menerima pakai hukum Allah, selagi itulah masalah tidak akan selesai, bahkan semakin hari semakin parah. Kembalilah kepada hukum Allah. Jika kita mengaku islam, putuskan lah segala perkara mengikut islam. Pastinya kita bukan mereka yang kafir yang menentang hukum Allah. Jika demikianlah, renungi ayat Allah yang menyebutkan :-

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ


Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. Surah al-Maidah :44


Anak-anak sampah, anak tandas, anak longkang yang ditemui, semuanya adalah hasil perbuatan keji yang telah bersemarak hasil dari nafsu syaitan segelintir umat yang tidak takut dengan pembalasan Allah. Mereka ini perlu di sedarkan, mereka ini perlu di seru melakukan taubat dengan taubatan Nasuha. Seru dan terus menyeru dan selamatkan mereka dengan azab Allah dengan menjalankan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t


Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:-

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

yang bermaksud : “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)

Lantaran itu, pastinya bumi ini di semakin dipenuh dengan penzina-penzina lelaki juga wanita. Kemana mereka ini ingin membawa hala tuju. Apakah mereka ini akan terus melakukan zina demi zina. Pasangan demi pasangan. Pastinya akan tiba satu masa mereka memerlukan teman yang di jadikan tempat perlindungan dan teduhan kasih sayang. Namun perlulah ingat, di sebabkan keingkaran terhadap hukum-hukum Allah tadi, pastinya melahirkan ramai penzina. Maka seingin mana mereka terhadap golongan suci yang lain, mereka tidak boleh menolak ayat yang dibentangkan jelas dalam al-Quran, semoga menjadi renungan.

الزَّانِي لَا يَنكِحُ إلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

“LELAKI yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu
diharamkan ke atas orang-orang yang beriman.(al-Nur: 3)

Atas dasar inilah, kenapa islam melarang pergaulan bebas. Percampuran lelaki dan wanita, dan adap-adap berpakaian, walaupun dihadapan mahram, selagi bukan suami isteri ada adap berpakaian bukan boleh pakai sembarangan sahaja. Sayangnya ibu ayah hari ini tidak merasa bersalah bila anak-anak walau pun bertudung keluar dengan baju melekat di badan, jeans ketat dan padat, sikap ibu bapa begini sangat mendukacitakan. Jika tidak faham rujuk kepada orang yang lebih faham. Dalam islam tidak timbul 'jangan jaga tepi kain orang'. Kena jaga, kerana kita di perintahkan melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar. Jadi, awasi anak-anak dalam pergaulan, pakaian dan pergerakkan mereka. Jangan biarkan mereka membuka punca-punca ke arah penzinaan, kelak akan menyesal ketika dipertanggunjawabkan dihadapan Allah s.w.t.

Sebagai ingatan, mari mengambil iktibar dari ingatan Allah satu perkara jahat yang sangat perlu di jauhi. Jika dekatpun di larang, apatah lagi melakukan.

Firman Allah:
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً

Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.(al-Isra’:32)

Kembalilah kepada hukum Tuhan. Demi keselamatan di hari kebangkitan. Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment