Kita masih terleka. Leka dengan kegirangan ke sana kemari. Leka dengan gurau tak kira perempuan atau lelaki. leka dengan hiburan di Taman, di laman, di radio atau di TV. Leka dengan menokok tambah harta dan entah apa lagi yang dicari. Dalam leka adakah terfikir kita... soal mati..!!!
Tiba-tiba dalam perjalanan ke kerja, ada orang eksiden.. mati..! Tiba-tiba rakan sepejabat baru sekejap tadi bergurau senda.. mati..! Tiba-tiba.... orang terhampir dengan kita.. MATI...!! soalnya KITA..... BILA MASANYA KITA PULA AKAN MATI........!!!
Orang bertaqwa suka kepada kematian, kerana kecintaan yang mendalam kepada Allah dan rasul junjungan tidak akan padam. Hidup mereka, mencari bekal, menokok tambah ilmu dan mencari redha Allah tanpa jemu. Dunia bagi mereka suatu yang dipijak-pijak, di langkah-langkah sebagai laluan untuk mencari mardotillah. Kematian yang di nantikan adalah satu pengakhiran kehidupan, kiamat kecil yang pasti berlaku pada setiap orang. Mungkin kita memandang, terlalu pantas kematian berlaku. Tengok elok-elok duduk, rebah tiba-tiba, mati..... apakah pada hakikatnya semudah dan sepantas itu berlakunya kematian. Perkara ghaib yang tidak terjangkau di fikiran. Kehidupan dunia dan alam demikian terlalu jauh perbezaan. Dengan mata kasar kita tidak akan dapat melihat perkara demikian. Begitu juga nanti, berapa panjang masa apabila kiamat sampai, berapa pula panjangnya masa diperhitungkan di padang masyhar... sungguh takut kita memikirkan.
Takut(Khauf) inilah yang membuat kan kita semakin hampir kepada Allah. Pastinya kita masih main-main, masih tangguh-tangguh, seolah kita pula nak tentukan umur kita. Kalau kita mimpi mengalami kematianpun kita sangat kesal tak berkesudahan. Kesal.. kesal.. menangis nangis kita ingin di balikkan ke dunia. Kita lihat , ibu ayah, adik abang, rakan taulan, memandang jasad kita yang terkujur kaku. Meraung kita, tapi tiada siapa yang dengar. Alangkah putus asanya kita... kita tak kunjung henti meratap, minta dikembalikan ke dunia. Untuk membuat banyak amal soleh dan ibadah lainnya. Namun hampa, tangisan kita tak seorang manusia hiraukan. mereka pula menangis meratapi jasad kita... itu baru mimpi., baru mati. belum di seksa lagi... ngeri memikirkan. Namun bila tersedar, mengucap panjang kita... Ya Allah.. terima kasih ya Allah. Hidup lagi aku rupanya... saat itu rasa kita hendak berbuat amal yang banyak sekali. Takut jika kematian benar-benar terjadi..
Namun, dalam beberapa ketika sahaja, kita lupa kembali... inilah hakikatnya manusia. Benarlah firman Allah, yang menyebut..
وَلَوْ تَرَى إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُؤُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحاً إِنَّا مُوقِنُونَ
Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."
Ya... sahabat-sahabat semua, memang kita sangat menyesal apabila telah dimatikan. Saat itu tidak dapat lagi untuk berbuat amal soleh. Untuk menambah dan perbanyakkan amal untuk duduk di makam tertinggi di sisi Allah. Penghuni syurga juga menyesal, kenapalah tidak berusaha lagi untuk mendapat syurga yang lebih tinggi. Menyesal... menyesal... menyesal... pasti menyesal. Sayang nya kalau nasi sudah menjadi bubur, itu di dunia. Boleh makan lagi bubur tersebut. Tapi kalau diri sudah di alam Kubur..... tunggulah balasan dan makanan terhadap apa yang kalian kerjakan semasa hidup yang diberi peluang oleh Allah.
Beringatlah....... Hai anak-anak Adam, Bila-bila masa, nyawa semua kita akan padam..!!!!
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment