hadist imam Bukhori dalam kitabnya adab mufrad dari Jabir bin Abdillah :
لَمَّا بَنَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمِنْبَرَ جَعَلَ لَهُ ثَلَاثَ عَتَبَاتٍ، فَلَمَّا صَعِدَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعَتَبَةَ الْأُولَى، قَالَ: " آمِينَ "، ثُمَّ صَعِدَ الْعَتَبَةَ الثَّانِيَةَ، فَقَالَ: " آمِينَ "، حَتَّى إِذَا صَعِدَ الْعَتَبَةَ الثَّالِثَةَ، قَالَ: " آمِينَ " فَقَالَ الْمُسْلِمُونَ: يَا رَسُولَ اللهِ رَأَيْنَاكَ تَقُولُ آمِينَ آمِينَ آمِينَ وَلَا نَرَى أَحَدًا، فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ صَعِدَ قَبْلِي الْعَتَبَةَ الْأُولَى، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، فقُلْتُ: لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ ، فقَالَ: مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَأَبْعَدَهُ اللهُ، قُلْ: آمِينَ، فَقُلْتُ: آمِينَ، فَلَمَّا صَعِدَ الْعَتَبَةَ الثَّانِيَةَ، قَالَ: يَا مُحَمَّدُ، قُلْتُ: لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، قَالَ: مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَصَامَ نَهَارَهُ، وَقَامَ لَيْلَهُ ثُمَّ مَاتَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ، فَأَبْعَدَهُ اللهُ، قُلْ: آمِينَ، قُلْتُ: أَمِينَ، فَلَمَّا صَعِدَ الْعَتَبَةَ الثَّالِثَةَ، قَالَ: يَا مُحَمَّدُ، قُلْتُ: لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، قَالَ: مَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ فَمَاتَ وَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ، فَأَبْعَدَهُ اللهُ، قُلْ: آمِينَ، فَقُلْتُ: آمِينَ
Artinya : "Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian pada langkah pertama mengatakan : "amien", pada langkah kedua mengatakan :"amien" sampai pada langkah ketiga mengatakan : "amien".Para sahabat bertanya."Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, sedangkan kami tidak melihat seorangpun wahai Rasulullah?" Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:"Telah datang malaikat Jibril yang naik mimbar didepanku dan berkata : wahai muhammad. aku berkata : labbaika wasa'daik. dan ia berkata : Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin! maka kukatakan, ‘Amin’ ".Kemudian pada langkah kedua Jibril berkata lagi. Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan, puasa pada siangnya dan sholat pada malamnya kemudian meninggal tidak diampuni dosanya dan masuk neraka dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.Kemudian pada langkah ketiga Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’." (HR Bukhori)
Petikan serba sedikit penjelasan dari Hadis di atas, yang di syarahkan oleh Ustaz Azizan Hj Abdul Rahman di pejabat ana, ialah, setelah selesai baginda Rasulullah s.a.w. berkhutbah, sahabat berkata dan bertanya Rasulullah s.a.w., Kami telah dengar dari kamu tiap kali melangkah, kamu sebut perkataan Amin, yang tidak pernah kami dengar dan sebut sebelum ini, kenapa?.
baginda Rasulullah s.a.w menerangkan, baginda di datangi malaikat Jibril, Amin yang pada langkahan rasulullah yang pertama, kata Rasululullah s.a.w, Jibril kata, amat rugi, amat malang dan cukup celaka, orang yang berkesempatan bersama-sama dengan kedua ibubapanya tidak berusaha untuk mendapatkan keredhaan keduanya dan tidak layaklan mereka masuk syurga Allah s.w.t . Maka kata Rasululullah s.a.w, aku pun meng'amin'kan doa Jibril tersebut.
Maknanya di sini, Allah memberi kesempatan ketika kedua ibubapa kita masih hidup kita tidak mengambil kesempatan untuk mendapatkan keredhaan kedua ibubapa kita. Bau syurga pun tidak dapat, apatah lagi masuk ke dalamnya. Sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis,
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibubapa”. Riwayat At-Tabrani
Jika ibubapa kita sudah tiada lagi di dunia ini, Selain itu menghubungkan silaturahim dengan teman-teman dan kaum kerabat serta orang-orang kesayangan ibu bapa juga merupakan salah satu cara berbakti yang boleh kita lakukan, kita juga buat amal kebajikan untuk mereka, ataupun menghubungkan silaturahim dengan kawan-kawan mereka. Seolah-olah melakukan kebaikan kepada kedua ibubapanya.
Jika kita tidak dapat keredhaan kedua ibubapa tidak layak untuk mendapat syurga. Sedangkan di dunia, ini banyak balasan yang telah kita dengar pada anak yang derhaka. Dalam kitab fekah juga disebutkan bahawa, jika kita mendirikan ibadah sunat, di panggil ibubapa, maka sahut seruan mereka. Jika ibu tidak redha kepada anaknya, maka nerakalah tempatnya. Ibubapa ini, sejahat-jahat anak pun, dia masih sayang. Kasih sayang, ihsan, melebihi segalanya. Sanggup ibubapa tidak makan untuk memberi makan anak-anaknya. Namun anak-anak selalu melukakan hati ibubapa. Sedangkan kasih ibu itu membawa ke syurga. Kasih saudara ketika kita berada.
Amin Rasulullah s.a.w. pada langkahan kedua, bilamana berkata Jibril, amat rugi. amat malang dan amat celaka pada mereka yang diberi kesempatan oleh Allah melakukan ibadah pada bulan Ramadhan, lalu tidak mendapat sebarang keampunan dari Allah, maka aku mengaminkan doa dan kata-kata dari Jibril alaihisalam. Malaikat Jibril, disebut sebagai 'yang menjaga amanah Allah di langit' sedangkan baginda Rasulullah s.a.w 'yang sebagai 'orang yang membawa dan penerima amanah di muka bumi'.
Kita sedang berada berada dipertengah Ramadhan, terdapat keampunan dari Allah s.w.t. . Sebagaimana di sebutkan oleh Allah,
"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (135). Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. (136) " : Surah ali-Imran.
Orang yang telah melakukan perbuatan keji, maksiat, keji, mereka sedar dan kembali beristigfar dan memohon ampun kepada Allah, nescaya Allah akan menerima dan mengampunkannya. Siapa yang boleh memberi keampunan selain Allah?. Pastinya keampunan hanya dari Allah. Menurut Ibnu Abbas bila turun ayat ini, Iblis menangis dan meratap. Sehingga didengari oleh bala tentera iblis yang berada di lautan dan di atas daratan. Mereka bertemu Iblis dan berkata ' apa masalah kamu wahai tuanku' sehinggakan kamu meratap, kamu menangis, jawab iblis kepada tenteranya, ' Allah telah mengangkat satu ayat kepada anak adam iaitu orang-orang yang telah melakukan perbuatan keji dan maksiat, yang telah melakukan mungkar, dan juga mereka itu telah menzalimi diri mereka sendiri, lalu mereka beristigfar kepada Allah s.w.t, Allah menerima istigfar, taubat dari mereka itu. Maknanya selepas daripada ini, kalau sekiranya kita cuba menghasut, mengoda dan merosakkan anak adam, kalau sekiranya mereka itu beristigfar kepada Allah s.w.t. Allah ampun dosa mereka..!!. Maka jawab salah seorang bala tenteranya, wahai tuanku, kalau sekiranya kita tidak berjaya merosakkan anak-anak adam, dengan perbuatan keji dan mungkar alangkah baiknya sekiranya kita mengunakan hawa nafsu untuk melalikan merka itu, sehinggakan mereka tidak dapat ingat kepada Allah s.w.t. Sebulat suara mengambil keputusan untuk merosak dan membinasakan anak-anak adam, iaitu senjata yang paling ampun merosakkan mereka ialah dengan melalui hawa nafsu dan gangguan-gangguan yang lain.
Pernah satu ketika Saidina Umar menyesali perbuatannya 'aku sedang mengingati kesalahan dosa ketika jahiliah dulu, teringat dan menangis. sahabat bertanya, beliau berkata, membunuh anak perempuannya. Dia memerintahkan isterinya pakaikan pakaian cantik untuk bawa berjalan, dan menolak anaknya. Beliau masih tergiang-ngiang suara anak perempuannya. dan beliau mengadu pada rasulullah s.a.w. , Rasulullah menerangkan dosa semasa jahiliah terhapus dengan agama islam, sedang dosa anak adam terhapus dengan istigfar.
Bila pernah buat maksiat, sedar, maka perbanyakkan istigfar. Maka dengan hadis di awal tadi, bila berkesempatan berpuasa, tidak mengambil kesempatan memohon ampun kepada Allah, amatlah celaka.
Pada langkah seterusnya, Jibril berkata, celaka dan teramat rugi apabila disebut sahaja nama kamu, tidak berselawat ke atas kamu, maka kata rasulullah s.a.w. aku pun meng'amin'kan doa Jibril tersebut. Sedangkan rasulullah s.a.w. berkata, 'siapa yang mengucap dan menyebut selawat sekali ke atas aku' nescaya Allah akan menjawab 10 selawat dan salam ke atasnya'. maknanya kita baca satu selawat ke atas nabi, Allah Taala akan jawab ke atas kita dengan 10 kali selawat. Bukan manusia, tapi Allah s.w.t. dan ini dikuatkan oleh firman Allah :-
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. Surah al-Ahzab : 56
Perbanyakkanlah selawat, banyak hadis-hadis menyebut tentang kelebihan-kelebihan berselawat. Diantaranya, Allah menjadikan dia tidak lupa dan tidak nyanyok. Bahkan mencari sesuatu barang hilang, InsyaAllah jumpa.
Jadi 3 perkara yang disebut dalam hadis awal tadi sangat penting diambil ingat, ia kerana perkara besar ini sering kita abaikan. Bagi meraih kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat, maka kita berhati-hati dengan perkara ini. Bab-bab agama sangat penting, lebih penting dari makan dan minum. Agama menentukan masa depan kita. Makanan halal haram juga boleh diketahui melalui agama. Bersamalah kita meraih redha Allah lebih-lebih pertengahan puasa ini merupakan sessi pengampunan Allah atas kemurahan Allah kepada hamba-hambanya. Semoga dengan keampunan tersebut, selamat semua kita dunia maupun di akhirat. InsyaAllah. Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment