Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Thursday, August 19, 2010

HAKIKAT PUASA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa," Surah al-Baqarah :183

Alhamdulillah atas limpah rahmat dari Allah s.w.t kerana kita dapat meneruskan ramadhan lagi. Setinggi-tinggi kesyukuran juga perlu diucapkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana telah makbulnya doa kita supaya di sampaikan ke bulan ramadhan. Moga kita masih lagi dapat meneruskan fasa-fasa puasa untuk melalui kerahmatan, keampunan seterusnya di bebaskan dari api neraka Allah.

Bersempena dengan bulan merdeka, yang mengingatkan kita akan erti sebuah kemerdekaan dari penjajah. Apatah lagi pentingnya kita mendapat kemerdekaan yakni kebebasan dari api neraka Allah. Kalau generasi dulu berjuang menentang penjajah, maka kita juga hari ini perlu berjuang mengekang hawa nafsu yang cenderung kepada perkara-perkara yang haram.

Persoalannya, kenapa di bulan ramadhan di sebut puasa?. Dari fajar, melalui tengahari seterusnya malam pula. Datangnya ia setiap tahun tanpa di undang oleh kita. Ianya merupakan hadiah yang sungguh istimewa dari Allah s.w.t bertujuan kita semua dapat kesempatan masa untuk pengurusan syahwat yang sempurna. Bahkan ianya sebagai didikan intensif dan berulang-ulang. Syahwat satu ancaman yang jika ia kekal orang akan binasa. Binasa bukan setakat di dunia bahkan di akhirat sana. Ia juga membutakan mata hati sehingga hal-hal yang buruk di pandang baik, sebaliknya yang baik di pandang buruk.

Selama mana syahwat di kandung badan ianya akan mengancam diri seseorang. Atas dasar demikian lah maka Allah sediakan satu bulan dari dua belas bulan yang kita lalui untuk satu bulan pengurusan tepat dan maksimum. Ia merupakan satu syariat agar latihan ini diikuti oleh setiap mukalaf. Barangsiapa yang dapat menjalani dengan cara baik dan maksimum akan dapat rasakan menafaatnya. Sehingga segala perilaku hidupnya di bulan Ramadhan, terpancar dan diteruskan di luar Ramadhan.

Masalahnya, puasa ini menjadi fenomena unsur tarikan bermusim, kerana di situ kita nampak kuatnya ibadah tarawih, bersedekah, membantu anak yatim dan fakir miskin, dan boleh pula menukar unsur seni dan budaya mengikut ciri islam, penampilan sedikit sebanyak di tukar. Namun bila selesai sahaja bulan ini, maka ramadhan yang tadinya bulan ibadah menjadi bulan berlumba-lumba memuaskan semula syahwat, jauh dari Allah dan segala kebaikan tadi. Berlumba tentang makannya, pakaian bahkan berlumba-lumba membeli kenderaan sempena merayakan ibadah tadi. Perlulah kita pastikan kebaikan dan ketaatan di bulan ramadhan agar tidak terhindar kerana di dalam bulan ini ada satu malam istimewa satu waktu yang termahal yang tiada galang gantinya dalam hidup kita. Itulah malam lailatul Qadar. Alangkah ruginya kita tidak mengambil kesempatan yang diberi oleh Allah s.w.t, kerana belum tentu kita bertemu lagi ramadhan yang akan datang.

Maka, jadikan aktiviti dalam menjalani ibadah puasa ini, benar-benar sebagai pengurusan syahwat dan displin diri kita, kerana puasa itu adalah perisai maka akan terhindarlah kita dari kelakuan-kelakuan buruk tersebut.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلاَ يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلاَ يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ

Ertinya:
“Dari Abi Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Puasa adalah pelindung dari neraka. Sekiranya seseorang dari kamu sedang berpuasa pada suatu hari, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh dengannya, katakanlah: “Sesungguhnya aku berpuasa.”
(HR. al-Bukhari dan Muslim)

Bulan puasa adalah bulan terbaik kita mendekatkan diri, taqarrub kepada Allah s.w.t. dengan kembali bertaubat pada Allah kerana bulan ini dibuka pintu syurga seluas-luasnya dan di tutup pintu neraka serapat-rapatnya. Bahkan syaitan dibelengu oleh Allah. Maka amat rugilah sesiapa yang tidak mengambil kesempatan ini.

Puasa juga memberi impak kepada perilaku aktiviti kesihatan seseorang. Menafaatnya bukan setakat orang-orang bermukim bahkan orang musafir dan orang-orang yang tua juga. Maksud "khair" lebih baik di sini dijelaskan dalam ayat di bawah ini.

فَمَن تَطَوَّعَ خَيْراً فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُ وَأَن تَصُومُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ


Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan , maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."

Orang-orang yang berpuasa juga mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu nanti dengah Allah s.w.t. Puasa itu akan menjadi syafaat di akhirat kelak dengan izin Allah s.w.t.

Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’id sesungguhnya Allah berfirman: “Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Hadis qudsi ini menggambarkan kemuliaan orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT yang sudah pasti mendapat pembalasan daripadanya.

Dari Abdullah bin Umar ra. bahwa Nabi saw. bersabda:"Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasaberkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhisyahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.'Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari,makaperkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterimaAllah."(HR Ahmad)

Jika demikianlah kebaikan-kebaikan puasa yang disyariatkan oleh Allah telah kita tahu dan nampak mengapa tidak kita berusaha menunaikannya dengan penuh keikhlasan agar dengan keikhlasan tersebut kita mendapat balasan yang terbaik di sisi Allah s.w.t.

Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment