بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
يَا أَيُّهَا النَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٌ فَاسْتَمِعُوا لَهُ إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ لَن يَخْلُقُوا ذُبَاباً وَلَوِ اجْتَمَعُوا لَهُ وَإِن يَسْلُبْهُمُ الذُّبَابُ شَيْئاً لَّا يَسْتَنقِذُوهُ مِنْهُ ضَعُفَ الطَّالِبُ وَالْمَطْلُوبُ
Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah. Surah al-Haj :73
Memetik ayat tersebut, ustaz menyatakan betapa orang yang menyembah selain Allah tidak mampu mencipta seekor lalat pun. Ajaran agama samawi telah banyak di seleweng. Agama yang paling syumul, paling baik merangkumi seluruh aspek dunia dan akhirat hanya Islam. Baik dari segi pembelajaran, gerak kerja, ekonomi dan rumahtangga hatta masuk dalam bilik air, masuk dalam rumah semua telah di ajar dan hanya ada dalam islam sahaja.
Allah mencabar mana-mana orang yang menyembah selain Allah, untuk mencipta lalat sahaja pun, tapi tidak akan sekali-kali mampu. Orang yang mengaku mampu hanya mengambil sumber-sumber dari perkara yang telah di adakan oleh Allah. Adapun Nama Allah al-Muid, yang memberi makna Allah boleh mengadakan dari perkara yang tiada kepada ada(mengembalikan). Allah akan bangkitkan kita semula di hari kebangkitan. Balasan bahagia atau celaka bergantung pada amal masing-masing.
Bukan mudah untuk menjadi seorang yang mendekat diri dan menjadi orang soleh. Sebagai panduan mari kita memetik 5 nasihat yang diberi oleh Ibrahim Adham,
i) Tutuplah pintu kesenangan, buka pintu kesenggaraan.
Sebagai contoh, sahabat Nabi s.a.w. Abu Bakr meninggalkan kesenangan, Sallehudin al-Ayubi, seorang pembesar yang tinggal kesenangan untuk pilih berjihad dijalanAllah di Palestin. Mereka memiliki Hati yang berbahagia. Hati yang berbahagia bukan maknanya senang diluar, tetapi dengan kesengsaraan yang dihadapi di atas jalan Allah,
Doa Nabi Ibrahim :
وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
"Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan.(Yaitu) di hari harta dan anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih" (Asy Syuara: 87-89)
Cerita-cerita begini tentang nabi dan orang-orang soleh, memilih kesengsaraan kerana memikul jalan Allah. Jalan ini dengan menutup pintu kesenangan dan beri kesengsaraan kepada pintu syahwatnya. Pilih jalan derita. Orang membakar Nabi Ibrahim, dia sengsara, namun diangkat darjat yang besar di sisi Allah. 3 pendakwah berdakwah di tolak dakwahnya, tukang kayu yang mengikut di cincang sampai mati.
Maka disitulah letaknya nilai puasa itu, bahkan puasa bukan puasa mulut , orang umum pikir apakah perkara yang membatalkan puasa. Namun orang yang bersih hati fikir apa yang membatal pahala puasa. Namun ramai yang berpuasa sekadar mendapat lapar dan dahaga. Amalan mereka bagai debu yang ditiup angin. Bentuklah nafsu jadi sengsara dengan malam bersolat pula tarawih. Agar syahwat rasa sengsara. Barulah nikmat hati dapat di rasa.
ii) Tutup pintu kesombongan dan buka pintu kerendahan hati.
Sombong itu perangai iblis. Dia tidak mahu hormat pada nabi adam. Sedangkan itu hanya simbolik ketaatan kepada Allah. Mereka yang dihinggapi dengan penyakit sombong, kadang-kadang kata ustaz, dalam menghancurkan syahwat yang degil, perlu di sebut juga bodoh sombong. Sombong dalam bahasa arab 'mutakabir' itu terletak dalam hati. berlainan dengan 'al mustaqbirin' merupakan sombong yang ditunjuk-tunjuk. Ini yang dikatakan bodoh sombong. Orang kaya sombong simbolik pada Qarun. Qarun terdiri dari kalangan keluarga Nabi Musa, bila di nasihati dia megah dan sombong, rasa harta tersebut atas usahanya sendiri. Ingkar dan tak mengerti semua itu adalah pemberian Allah. Mengingatkan ustaz pada semua, Jangan sombong dengan harta, nanti Allah rampas dengan cara yang kasar. Mungkin juga sesuatu yang tidak terjaga di akal kita, diluar duqaan. Nauzubillah. Ambil iktibar tentang Keruntuhan, kebakaran. Petanda balasan Allah pada orang yang sombong. Di akhirat pula mendapat azab yang berkekalan. Lebih teruk jika orang miskin yang sombong. Merasa diri kaya.
Buka pintu kerendahan. doa hidup saya sebagai orang miskin, matikan sebagai orang miskin, bangkitkan seperti orang miskin. S. Ali beri roti untuk beliau berbuka bila ada orang miskin meminta-minta dan beliau sanggup belapar pada malam itu. Demikianlah hebatnya mereka yang memilih jalan sengsarakan keperluan nafsu syahwat mereka.
iii) tutup pintu santai bersenang lenang, buka pintu perjuangan.
Memetik Kata-kata al-Fadhil, Arwah Ustaz Fadzil Noor, jangan hidup sehari dalam hidup anda berlalu tanpa memikirkan soal islam. Soalah diri kita, apa kita buat untuk islam hari ini. apakah harus saya menderma, mengajar anak-anak Quran atau perkara-perkara agama. Imam Nawawi bila diminta nasihatnya dia tidak mengampu raja untuk dapat pangkat atau kesenangan, dengan benar dan tegas dia berkata pada raja, pada tuanku, pada pelayan tuanku di tangan kaki ada emas, ambil dulu harta tersebut. baru ambil harta rakyat. Natijahnya dia di buang daerah. Begitulah hakikatnya seorang ulama soleh, tidak pilih hidup kesenangan. Kalau pun dia boleh mendapatnya seperti orang-orang yang lain.
Hadis : barang siapa yang tidak peduli urusan umat islam bukan umat islam.
Masalah muda mudi hari ini, tidak kiralah bersekolah dimana jua, mereka tidak lari dari inginkan suasana berpasangan. lansung tidak ada perasaan bersalah. Sanggup melakukan perbuatan keji dan langsung tidak ingat akhirat. Tidakkah merasa malu, seperti filem hari ini mengambarkan watak atas katil, watak berkemban di tepi sungai. perlukah buat filem yang melanggar syariat islam demikian? Pastinya jawapan orang sombong bila ditanya akan menjawab semua itu untuk mengambarkan dan menghidupkan watak dan cerita. Mereka enggan.. dan tidak mahu dengar nasihat agama. Bidalan jangan jaga tepi kain orang sangat bertentangan dengan ayat al-Quran agar suruh berbuat baik dan cegah kemungkaran.
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. Surah ali-Imran: 104
iv) Tutup pintu tidur buka pintu berjaga malam.
Ramadhan adalah disebutkan bulan al-Quran. Ramadhan itu sepanjang hari dalam 24 jam. Bukanlah ramadhan itu hanya puasa minum dan makan. Hari ini, bangun sahur jam 12 malam, kemudian tidur hampir subuh, ramai yang lengah subuh dan tidak bersolat. Hikmah sahur agar kita dapat menghidupkan qiamulail, dengan solat tahajud dan taubat, makan sahur itu simbolik kepada bangun malam tersebut . Hikmah berbuka dianjurkan cepat, disebabkan untuk ibadah juga kerana maghrib itu waktu solatnya pendek. Kemudian boleh bersiap untuk ke tarawih pula. SEbaliknya bila masuk ramadhan di jadikan bulan makan, masa ni pula hotel nak offer macam-macam hidangan hatta anak yatim yang tak kenal hotel pun dibawa ke hotel, kadang-kdang sampai melewatkan isyak seterusnya tarawih. Terlalu ramai yang boleh bersedekah untuk perut. Apa yang lebih baik kiranya dapat ramai yang bersedekah pula pada yang baru memeluk islam, untuk menjinakan hati mereka dengan amalan soleh. Juga sumbangan diperuntukkan lebih ke sekolah-sekolah yang menuntut ilmu Allah. Sayangnya ramai yang buang duit pada perkara-perkara lalai, seperti beli kuda dengan harga berjuta, tidak berapa minggu kemudian mati, membazir dan habis begitu sahaja kerana mereka tidak nampak apa yang terlebih baik di laskanakan untuk membantu jalan Allah. Dari memperuntukkan untuk membesarkan perut lebih baik memperuntukkan sedekah untuk pusat membina remaja kepada cara hidup islam kerana ianya melahirkan remaja islam yang besar jiwa dan penuh keimanan.
v) Tutup pintu kekayaan dan buka pintu kemiskinan.
Seorang kaya tapi tidak memandang hartanya lalu ia menginfakkan pada jalan Allah. Ia dikatakan Dermawan. Tujuan hidupnya hanya mengharap redha Allah. Maknanya walaupun dia seorang yang kaya, tetapi harta itu tidak melekat di hatinya. Dia hidup seperti orang biasa. Sebaliknya seorang miskin dia rajin berusaha dengan nikmat sihat dan anggota yang Allah kurnia. Bila mendapat pendapatan walau sedikit, ada sedikit duit, digunakan untuk tanggungan nafkah dan infakkan sebahagiaannya. Ini di katakan jiwa rasa kaya. Mereka cukup apa yang ada dan tergolong dalam kalangan yang Qanaah. Merasa kaya untuk bersedekah.
Sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a, telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :
“Yang dikatakan kaya itu bukanlah kerana banyak harta benda tetapi yang sebenar-benarnya ialah kaya jiwa (hati).” Riwayat Bukhari & Muslim.
Merenungi dengan baik maksud sebenar yang disebalik hadis tersebut adalah amat mendalam pengertiannya dan bersalahan dengan tanggapan fikiran orang sekarang ini. Rata-rata manusia pada hari ini berpendapat bahawa kaya yang sebenar ialah kekayaan yang melimpah-ruah dan kelilingi dengan harta berupa wang ringgit, sawah, ladang, banglow, saham dan sebagainya …. ditanam di kepala dan difahami oleh segelintir dari Umat Islam pada hari ini, begitulah adanya. Apatah lagi jika seseorang itu bergelar jutawan, hartawan dan sebagainya semakin tinggi nilainya di mata masyarakat sedangkan maksud sebenar kaya itu bukanlah begitu.
vi) Tutup pintu harapan buka pintu kematian.
Tiba-tiba ada kematian. Mungkin teman mungkin jiran. Biasa kita mendengar demikian. Kematian semakin mendekat. Imam ghazali mengajar murid. Melontar persoalan 'apa yang paling jauh', jawapan yang diterima berbeza-beza seorang dengan seorang yang lain, menurt Iman Ghazali, yang paling jauh ialan masa yang lepas. Sehari terlepas, maknanya mejauh kita satu hari. makin jauh dan makin jauh. Pertanyaan kedua , 'apa pula yang paling dekat', Jawapannya adalah kematian. Semakin hari kematian semakin mengintai, tidak kira orang sihat atau sakit. Perkara pasti yang makin dekat setiap ketika. Namun disitu ada lagi perkara lebih besar dari kematian. Itulah orang yang paling cerdik, menurut Imam Ghazali. Inilah dia dalam perkiraan nabi, adalah orang yang melengkapi syarat, bahkan paling berkelibar, sangat bedidikasi, itulah orang yang menghina dirinya dan sentiasa merasa diri dibelakang orang dengan merendah diri terhadap amal-amal dan bersungguh-sunggunh mengapai dan beramal untuk hidup selepas kematian. Inilah orang yang paling cerdik.
Apa yang berlaku hari ini, ramai yang terleka kehidupan selepas mati tersebut. Malahan sebaik habis ramadhan kembali semula kepada segala perilaku yang sangat bertentangan dengan latihan keimanan yang telah dijalankan agar diteruskan dibulan-bulan lainnya. Jika ini berlaku, seseorang itu dikhuatiri menjadi hamba Ramadan, gagal menjadi hamba Allah yang patuh dan tunduk kepada perintah dan hukum-Nya sepanjang masa.
kata Imam Hasan Al Basri, “jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana), jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan). Begitu pula yang di sebutkan oleh Imam al Qardawi, menyatakan pertanyaan Allah kepada hamba-hambanya , adakah mereka itu "hamba ramadhan atau hamba aku".
Diperintah kita meninggalkan maksiat, sebaliknya ibadah yang di tinggal dan diambil hiburan. Iman al-qardawi, menyatakan jadilah hamba Allah, Allah ada dalam bulan syawal, safar dan lainnya, bukan dibulan ramadhan sahaja.
Dalam nasihat yang lain juga disebutkan oleh Ibrahim Adham, bahawa "Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga, menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut" .
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment