بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Saban hari ada sahaja yang kita dengar isu-isu yang tidak masuk akal seperti ayah kandung merogol anak sendiri, pelajar sekolah melakukan sek bebas, guru yang sepatut tugasnya mendidik tetapi mengambil kesempatan yang pelik-pelik pada anak didikan, tak kurang mereka yang dikatakan berpelajaran tinggi sangup megelabui mata ibu ayah melakukan sesuatu yang sangat memalukan.
Inikah manusia yang di katakan memegang nilai-nilai murni dan adap kemelayuan yang tinggi yang dibangga-banggakan. Segala maksiat ini di nobatkan sebagai juara yang ditauliahkan dengan lisan. Malu, melayu yang kian layu dengan nilai keimanan. Bahkan terbaca, betapa di hina dengan sebutan-sebutan yang sangat memualkan. Peliknya yang mempertahankan juga mengeluarkan kata-kata yang menjijikkan. Dalam forum-forum yang tidak berpaksikan al-Quran dan yang diajar oleh rasul junjungan, kata-kata yang kurang sopan biasa di keluarkan.
Apa pun yang diperbincangkan, apa pun yang dilakukan tanpa merujuk kepada panduan yang Allah dan rasul berikan, tidak akan berhasil untuk menuju kebaikan. Mungkin, bila terbaca di dada akhbar, bila mendengar berita di siar, terkeluarlah perkataan 'zalim'... sungguh zalim. Bila melibat betaburan anak-anak longkang, anak sampah, anak tandas yang dibuang dan ditinggalkan dengan keadaan yang sungguh tidak berperi kemanusiaan. Memang itulah yang kita dengar. Tapi yang mengatakan zalim, masih di lihat mempunyai anak-anak teruna dara yang tidak menutup aurat sebagaimana yang di syariatkan oleh al-Quran. Memakai tutup kepala, tetapi pakaian ketat membelit badan, hingga terbonjol jelas body seorang wanita. Dada kelihatan, pinggang dan peha jelas membentuk mengikut pakaian yang dikenakan. Bahkan tudung yang dipakai tembus boleh dilihat bentuk dan warna leher serta rambut yang sepatutnya di sembunyikan menurut al-Quran.
Tabbaruj apa lagi, sangat di dewakan untuk ditonjol-tonjolkan di hadapan ramai orang. Inilah sikap yang selalu menuding jari pada keadaan, tetapi faktor yang menyumbang, kerana terlalu liat, terlalu ingkar untuk menerima hukum Tuhan. Penyelesaian yang nampak walau diperbincang berpanjangan, selagi tidak kembali kepada hukum al-Quran, jangan lah kita berangan-angan untuk mendapat penyelesaian. Lantaran al-Quran menyebutkan...
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.
Sayangnya.. manusia hari ini terlalu banyak alasan. Terlalu banyak tentangan. Mata hati telah digelapkan atas penentangan demi penentangan atas hukum Quran yang sepatutnya dijadikan panduan. Lantaran itu, siapa sebenarnya yang zalim?. Siapa yang terkategori menolak apa yang diturunkan oleh Allah, ibarat menuding jari ke orang lain, atau mungkin menepuk air di dulang.
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment