Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Thursday, September 02, 2010

USTAZ YUNUS : Tinggalkan Pendapat Jahil

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Dari Abu Umayyah Asy Sya'baniy berkata: Aku bertanya kepada Abu Tsa'labah: "Ya Aba Tsa'labah apa yang engkau katakan tentang ayat Allah yang bermaksud :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْ لاَ يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ إِلَى اللّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya) (QS. Al Maidah: 105)

sebuah riwayat yang dibawakan oleh Abu Dawud dari Umayyah Asy-Syaibani, ia berkata :

سألت أبا ثعلبة الخشني فقلت يا أبا ثعلبة كيف تقول في هذه الآية عليكم أنفسكم قال أما والله لقد سألت عنها خبيرا سألت عنها رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال بل ائتمروا بالمعروف وتناهوا عن المنكر حتى إذا رأيت شحا مطاعا وهوى متبعا ودنيا مؤثرة وإعجاب كل ذي رأي برأيه فعليك يعني بنفسك ودع عنك العوام فإن من ورائكم أيام الصبر الصبر فيه مثل قبض على الجمر للعامل فيهم مثل أجر خمسين رجلا يعملون مثل عمله وزادني غيره قال يا رسول الله أجر خمسين منهم قال أجر خمسين منكم


Aku pernah bertanya kepada Abu Tsa’labah Al-Khasysyaniy : “Bagaimana pendapatmu tentang ayat ‘Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu’ (QS. Al-Maaidah : 105) ?”. Abu Tsa’labah berkata : “Demi Allah, aku pernah menanyakan hal itu pada orang yang memang mengetahuinya, yaitu Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Beliau menjawab : ‘Bahkan hendaklah kalian saling beramar ma’ruf nahi munkar. Hingga kamu melihat sifat kikir yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dunia yang diutamakan, dan setiap orang yang bangga/takjub dengan pendapatnya sendiri; maka jagalah dirimu sendiri dan tinggalkanlah masyarakat awam. Sesungguhnya di belakangmu nanti akan ada hari-hari penuh kesabaran. Sabar pada hari itu seperti halnya memegang bara api. Orang yang beramal pada waktu itu akan diberi pahala seperti pahala lima puluh orang lain yang beramal seperti amalnya”. Para shahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, pahala lima puluh orang dari kalangan mereka ?”. Beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam menjawab : “Bahkan limapuluh orang di antara kalian”.


Menurut ustaz Yunus, dalam kuliahnya.., orang beriman adalah mereka yang tetap di atas jalan kebaikan dan tidak dapat dimudaratkan oleh orang-orang yang sesat di sekitarnya. Meskipun ramai yang memakai pendapat orang sesat lagi jahil, sebaik-baiknya manusia adalah mereka yang memahami al-Quran. Ada ilmu terselamat dari di seleweng oleh orang yang sesat. Lazimnya kamu berbuat baik dan membangunkan amar ma’ruf nahi mungkar. Kita perlu libatkan diri secara lansung dalam tugas ini sehinggalah satu ketika berlaku 4 perkara. Jadi apa faedah kita menyeru berbuat baik, mudah-mudahan dengan kita kita jadi baik. Apa pula faedah kita mencegah kemungkaran, moga dengan kita kita tidak melakukan mungkar. Perlu libatkan diri secara langsung dengan menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran.


Yang di maksudkan kamu perlu tetap di jalan yang betul amar maruf nahi mungkar. Sehingga si lokek mengikut kehendaknya. Maksudnya ramai yang tak mahu bayar zakat. Sebab itu lah papan tanda zakat banyak kita temui. Ramai tak bayar. Banyak juga kita jumpa papan tanda “Jangan minum kalau memandu” tambah ustaz. Silap tu, sepatutnya perlu di sebut “jangan minum sebab haram”. Salah pemikiran yang demikian . Ye lah.. macam mana nak nampak haram sedangkan kilang arak besar di batu 10 dan di batu 3. Nak ingat ni kena pergi batu 2. lawak ustaz. (maksudnya kubur lah tu).

Contoh yang boleh kita lihat apabila melihat hawa nafsu di turut. Pelajar IPTS kena tangkap di hotel murahan . Bulan puasa pula tu. Syaitan sudah tidak ada, ikut pula dengan hawa nafsu. Disebabkan ramai orang buat jadi sudah di anggap biasa, itu yang tidak ikut syarak baik dari segi pakaian, kenduri kahwin , hiburan. Alasan sebab ramai orang pakai.

Dunia yang diutamakan sampai sanggup mengadai agama. Cari duit pun untuk dunia. Umpama kerja jaga parking sewaktu konsert berjalan. Inilah kerja yang sia- sia, dosanya sama saja. Ini yang dikatakan telah melakukan maksiat. Berani tolak hukum dan mebelakangkan hukum. Di sebabkan utamakan dunia. Hukum haram macam tidak ada pada dia. Jangan buat gitu… nasihat Ustaz. Kematian boleh sampai bila bila masa.

Ustaz menyelitkan sedikit berita pelajarnya di tahfiz al-Kholidi cawangan Paya Mak Inson, yang baru meninggal 31 Ogos baru ni. Pelajar tersebut baru lepas khatam tadarus, solat subuh jemaah pagi tersebut, bersama kawan naik motosikal dekat satu selekoh jatuh, meninggal dunia. Itulah dikatakan ajal. Syukurlah dia meninggal dalam bulan yang sangat mulia. Sayangnya ramai yang buat hukum tersebut di letak belakang. Walau begitu Allah tetap mengetahui. Walaupun Zakat di abai, hawa nafsu di ikut, dunia di ikut namun Allah tetap tahu.

Jadi Cegahlah kemungkaran sampai berlaku 4 perkara yang di sebut tadi pun, terus berpegang dengan kebaikan. Tanggungjawab terhadap anak-anak, orang gaji atau staf, pastikan sepanjang waktu kerja bila tiba waktu solat, kena solat. Perintahkan tutup aurat. Patuhi jalan syarak. Tanggungan tersebut terletak dekat bawah kita, sehinggalah sekalipun zaman fasik telah berlaku, ramai golongan yang mengikut hawa nafsu . Umpama di hari puasa pertama dah ada lagu raya. “Selamat hari raya, hari untuk bersuka ria”. Melompat suka. Apa yang perlu di buat, suka tu wujud jika ibadat bertambah. Suka sehingga mengalir air mata tinggal ramadhan. Kalaulah ramadhan tidak boleh buat seseorang jadi baik. Itulah dia golongan yang ikut hawa nafsu. Jadi Kamu…. tetap dengan diri kamu dalam kebaikan. Inilah yang diserukan dalam hadis tersebut.

Apabila maksiat di anggap biasa itu yang kadang-kadang ibu boleh besekongkol dnegan anak. Kita di arah tinggalkan orang ramai yang jahil -jahil. Bagaimana mungkin untuk menjawab dalam kubur nanti bila kita rela melihat anak ber’sms’ lelaki perempuan sedang handphone kita beri. Dah nampak pun kita tingkah laku anak-anak demikian, pun tak nak bertaubat. Tak de rasa takut. Sedangkan hendak menjawab tingkah laku kita dulu yang belum tentu di ampunkan dosa dulu ker tidak, tiadalah satu pun statement kata dosa tersebut telah di ampun. Ini nak tambah lagi dosa gagal mentarbiyah anak-anak.

Kalau kita tak nampak anak tersebut buat demikian, kita juga akan di Tanya Allah. sebab kita yang gagal didik sampai dia takut dengan Allah. Zaman fasik tinggalkan pendapat ramai. Pandangan ramai tidak semesti baik. Jika anak perempuan di angkut oleh tunang, cium pula tangan si ibu perempuan. Ibu pula memanggilkan anak bila tunangnya datang dengan motosikal. Jiran yang nampak si lelaki mencium tangan si ibu perempuan boleh berkata, ‘baik betul budak lelaki tu’ Ini lah padangan sesat yang jahil. Begitukah baik pada pandangan syarak?. Sedangkan Baru bertunang. Salam si ibu perempuan itu haram. Cium tangan pun haram. Bawa anak dara orang, haram. Sijahil ni kata baik.. kesal Ustaz..., Orang-orang beginilah yang kita di suruh agar tinggalkan mereka .

Kata Ustaz, Bulan ramadhan baru ni beliau ternampak pasangan balik sekolah, lelaki perempuan berlaga bahu berjalan rapat. Inilah kerosakan yang berlaku pada zaman yang ini. Jadi, tinggalkan pendapat ramai yang merosakkan ini. Tidak lama lagi hari raya tiba, masih amal lagi konsep bersalaman pada hari raya tidak mengira siapa, merupakan adat yang di terima pakai ianya suatu benda baik. Perkara haram, tinggal kan terus. Yahudi raya pertama dah suruh main lagu. Dia faham apa… soal suka ria. Malam raya pula kata ustaz, bulan puasa dah elok dah baca quran, malam raya pula tidak baca, maka putuslah istiqamah tersebut... beritahu Ustaz. Sebab di sibukkan dengan pasang langsir. Bukankah sebaiknya Amalkan Tasbih 300 x. subahanallahi wabihamdih. Niatkan Allah panjangkan pahala kepada orang yang telah meninggal dunia . Orang yang membaca nanti dia mati terang pula kuburnya.

Namun ramai yang di sibukkan dengan urusan dunia. Kebanyakkan menyambut raya lebih kepada sikap menunjuk- nunjuk, kata Ustaz. Sepatutnya malam raya kita lebih tawaduk dan ada malakukan tahajud, solat malam, membaca quran , ziarah menziarah. Sayangnya ziarah yang suka ria ini, suka-suka dan sudah tidak ada buat sunat witir lagi. Itulah seseorang yang lalai akan nilai puasanya. Jika nak tahu nilai puasa kita, cuba tengok malam raya, bagaimana laku kita. Apakah mengadap tv, berhibur. Itulah sebabnya berapa ramai yang puasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Beriktiqadlah supaya pada Hari raya boleh kita mengekalkan ibadat. Gantikan pula dengan solat sunat yang lain, seperti dhuha. Solat rawatib qabliah dan badiah dan sebagainya seru ustaz. Kenapa masa puasa boleh buat dah tak puasa tidak boleh?

Apa yang kita lazim nampak, bila dah tidak puasa, maka banyak makan. Sedangkan banyak makan itu melemahkan diri untuk ibadat. Apabila sedikit makan maka kuatlah ibadat. Walaupun ini bertentangan dengan hukum doktor. Tapi Rasulullah s.a.w. yang memberitahu kepada kita sebagai umatnya.

Ulama dulu ada yang makan pisang 4 tahun. Akhirnya jadi wali, kita ni makan pisang tiap tiap minggu tak ada seorang yang jadi wali pun. Seloka Ustaz.. Di akhirat nanti jika dapat masuk syurga bawahan, pun kita akan rasa menyesal, kenapalah kita tidak sehebatnya beribadat untuk dapat syurga teratas seperti yang lain. Itulah kita, asyik memikirkan seronok dunia bila sudah tiba alam lain, pasti menyesal jadinya. Jika ingin rasa lazat ibadat tambah ibadat.

Maka tetap kamu atas diri kamu, tinggalkan pendapat orang awam. Itulah yang diserukan oleh Hadis di atas. Namun perlu Ingat…!, bila kamu nak pegang hukum .. , bagai gengam bara api, pastinya kena kutuk, kena sindir, maka hendaklah bersabar. Pahala orang bersabar atas keadaan demikian sama macam pahala para sahabat. Siapa yang sabar tegak kebenaran pada zaman fasik, dengan meninggalkan maksiat pada contohnya sudah tidak bersalaman dengan sepupu, dan orang-orang yang bukan mahram, apabila dia di hina, di sindir maka dia pun sabar dan tahan hatinya menghadapi keadaan tersebut, maka kata ustaz sebagaimana hadis tadi pahalanya dilipatkan bagai pahala para sahabat sebanyak 50 kali ganda.

Beruntunglah barangsiapa yang di pelihara oleh Allah dengan hidayah, maka tidaklah ia goyang dengan pendapat awam. Demikan syarah ustaz yang dapat ana ulas moga-moga usaha ini menjadi ilmu yang bermenafaat untuk di kongsikan agar kita terus istiqamah dalam melakukan kebaikan walaupun di sekitar kita tidak mahu kembali kepada hukum Tuhan. Moga-moga apa yang kita pertahankan atas didikan pada bulan ramadhan, menjadi satu kekuatan untuk meneruskan kehidupan kita di masa depan. Allahu a’lam.

No comments:

Post a Comment