Sempat ana berbicara dengan seorang Non Muslim sehari sebelum bercuti sempena hampir hari raya, tatkala berurusan tentang pinjaman yang dijaminnya. Apa yang membuat ana rasa teruja apabila ana menceritakan indahnya sebagai seorang islam kepadanya membuatkan dia mengesatkan air matanya. Indahnya akhlak seorang yang benar-benar berpegang kepada Islamnya pasti siapa juga akan terharu. Contoh dekat yang beliau sendiri mengakui ialan Tuan Guru dan sempat juga beliau menceritakan kawan dia tatkala bertemu tuan Guru di Kelantan, Tuan Guru sendiri yang menghidangkan air untuknya.
Itulah yang ana katakan, sekiranya kamu ingin melihat kecantikan islam, jangan lihat pada orang melayu yang melanggar hukum tuhan. Kamu boleh lihat, mereka yang berpegang teguh dengan islam. Ana juga katakan
" لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ "
maksudnya " Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); [Surah al-Baqarah : 256].
Menghargai dia yang berkorban membayar hutang seorang melayu islam yang tidak mampu, ana memahamkan beliau, kadang-kadang apa yang berlaku itu taqdir Allah s.w.t. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kamu berbuat baik, berkemungkinan suatu hari, hati kamu akan dibukakan Allah s.w.t untuk menerima hidayah dan petunjukNya. Apa lagi yang lebih baik dari kita mengharapkan pertolongan dari Allah. Jika sesuatu yang kita rupakan, kemudian kita angkat, lalu dia jatuh berkecai, tidak mampu menolong dirinya sendiri, bagaimana mungkin dia dapat menolong kita. Allah yang maha hebat, tak terjangkau panca indera kita melihatNya. Selagi boleh lihat itu bukan Tuhan. Allah sahaja yang boleh membantu kita.
Kamu susah hati ker, tanya ana dengan nada yang agak simpati dan tenang. Ana bermaksud, beliau susah hati ker dalam berbuat kebaikan membayar hutang orang lain. Ana katakan dia sudah membuat satu kebaikan. Orang islam sendiri pun belum tentu boleh membayar hutang orang islam yang lain, jika sekiranya mereka bukan orang yang benar-benar yakin dengan janji Allah. Ana mengatakan, 'saya mengharapkan suatu hari kamu akan mendapat hidayah dari Allah..".
Menitis airmatanya dan dia mengelap dengan tangannya tanpa tisu atau sapu tangan. Ana terasa satu keheningan dan ketenangan, dalam suasana berurusan dengan orang, namun diberi ruang oleh Allah, melakukan tugas-tugas sebegini yang boleh mengetuk pintu hati seseorang dengan indahnya islam.
Sebaliknya bila pulang, ana ke mesin ATM Bank Islam untuk mengeluarkan derma kawan-kawan yang di sumbangkan ke fakir miskin melalui akaun bank ana yang lain. Sangat mendukacitakan seorang remaja perempuan melayu dengan 2 lelaki remaja melayu juga ke tempat yang sama. Perempuan dengan seluar pendek menyerong di atas peha, alangkah sedihnya ana melihat gurauan mereka. Kemudian, kad nya jatuh menonggeng pula depan remaja lelaki tersebut. Kali ini masa tidak mengizinkan ana ingin berbicara juga rasanya dengan mereka. Namun hati ana tidak merasa senang, kerana sekurang-kurang ana boleh mengeluar sepatah dua kata. Biasanya remaja boleh menerima, bahkan selama inipun mereka boleh mengucap terima kasih kerana mengingatkan mereka.
Jikalah semua ibubapa boleh menganggap anak orang lain seperti anak sendiri, sayangkan mereka dengan erti kata sayang agar mereka tidak melalui jalan-jalan ke neraka, alangkah indahnya konsep amal islami ini di perhebatkan. Sayang sekali hari ini masyarakat lebih berpegang dengan pepatah, ' jangan jaga tepi kain orang'.
Justeru ramadhan sudah menuju ke penghujungnya, yang merungkai seluruh perasaan sedih, pilu kita suasana bulan mulia walaupun tidak dimuliakan oleh segelintir mereka yang tidak segan silu meneruskan program dosa, moga bagi kita-kita yang masih mendapat taufik dari Allah lakukan bersama tugas amar ma'ruf nahi mungkar. Moga sama-sama berhari raya dengan erti kata yang sebenarnya hasil dari tarbiyah ramadhan yang melahirkan insan-insan yang telah dibersihkan dengan semulia-mulia akhlak di sisi Allah s.w.t. InsyaAllah. Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment