قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Surah Az-Zumar: 53
Mudah-mudahan kita sama-sama diberkati oleh Allah s.w.t .Pertama dan selamanya bersama kita rafakkan mengucapkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah kerana taufik dan hidayat darinya jua maka kita boleh menjalani hidup dan berusaha tingkatkan iman dan ketaqwaan kita kepada Allah. Alhamdulillah Allah masih lagi beri hidayah dan kita berdoa mudah-mudahan berkekalan hendaknya hidayah tersebut.
Menurut ustaz, Ayat yang dikongsikan ini, amat menarik perhatian ustaz kerana Ayat yang dibacakan oleh ustaz di atas tadi adalah ayat yang digunakan sebagai tema dan tajuk oleh seorang ulama yang mengarang sebuah kitab yang di tulis oleh Aidh bin Abdullah Al Qarni , yang menjadi asas perbincangan dalam kitab tersebut.
يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا

Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas , Ayat ini menekankan dan membicarakan tentang orang yang melampaui batas pada diri sendiri dengan melakukan maksiat. Kenapa Allah mengunakan ‘melampaui batas pada diri mereka sendiri?’ Melampau pada orang lain biasa kita dengar, seperti menaikkan harga yang benar-benar tidak patut pada satu barang. Itu kita faham. Namun bicara ayat ini, apa maksudnya? Seseorang yang membawa diri ke kancah maksiat. Melakukan dosa kepada Allah. Dosa ni hukumnya Haram. Tak ada dosa hukumnya halal. Apa boleh kita kata ‘Nak buat dosa yang halal lah.. ada ker gitu? Soal ustaz. Kalau sesuatu yang diharamkan oleh Allah, haramlah hukumnya. Namanya dosa maka tidak boleh dibuat sama sekali.
Kita nampak yang haram itu babi sahaja. Dengar pun kita dah jijik. Sebab bunyinya pun dah set dalam kepala, haram. Tetapi haram itu dia tidak aplikasikan dalam bentuk yang lain. Bila dengar arak, judi, macam biasa aje. Hari ni judi dah jadi halal. Tak nampak haramnya lebih-lebih bila dah diberi lesen. Boleh pulak asas halal tu ada lesen. Sedangkan judi, arak dan zina itu, terletak pada satu rangkaian yang haram. Kalaulah itu asas kepada halal, boleh lah buat dosa. Gitu ker. Allah dah sebut najis, minta kita jauh semua perkara keji ini. Perkara ini yang sangat di sukai oleh syaitan. Maknanya berdosa kita lakukan. Di antara dosa-dosa besar yang disebut oleh Allah. Bila nama kata dosa, maka haramlah dibuat.
Orang yang pernah terlajak buat silap atau dosa. Kita kena usaha untuk bimbing diri kepada jalan yang Allah redha. Asasnya islam. Ramai yang Tidak membawa cara hidup Islam, bergelumang dengan dosa. Jika bukan islam kita tak hairan sangat. Kita khuatir dimana nabi pernah sebut perkara ini dalam satu hadis
Maksud Hadis
Daripada Ali bin Abi Thalib ra berkata, Telah bersabdaRasulullah saw, "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dan mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali." Hadis Riwayat al-Baihaqi

Nama islam, berapa ramai buat benda dosa, tak tunai kewajipan pada Allah. Tidak membawa cara hidup islam dalam kehidupan. Apa sebenar matlamat hidup kita. Jika kita bergelumang dengan dosa. Ayat ini menberi gambaran, kita yang dah faham tentang islam, minta Allah kekalkan hidayah pada kita. Hidayah terbahagi 2. Satunya petunjuk yang umum. Contoh anak lahir, dia mengerti nak susu kat mana. Ikan tahu kenapa dia tak keluar dari laut. Itu namanya petunjuk yang umum.
Allah merakamkan kisah musa dan Firaun, Makhluk yang mengaku tuhan. Kisah mashitah. Penyisir rambut anak Firaun. Nabi kenal Mashitah dalam peristiwa israk dan mikraj. Allah mempertontonkan pada nabi, satu kawasan bau harum. Bila nabi s.a.w. bertanya pada Jibril, Menurut Malaikat jibril makam mashitah. Siapa itu mashitah? Seorang yang beriman pada Allah. Tukang bela anak Firaun walaupun duduk dalam istana Firaun, duduk dalam istana orang yang megaku tuhan. Apabila Sisir rambut anak Firaun sikat tejatuh. Terkeluar perkataan ‘Allahu akbar’. Anak firaun Tanya ada ker tuhan lain dari ayahku. Mashitah menjawab ‘Sesungguhnya tuhan ku,tuhan kamu dan Tuhan bapamu. Anaknya ‘Report’ pada Firaun. Mashitah dipanggil, tetap dengan pendiriannya. Lalu di ugut. Tak goyang tak berganjak Mashitah dengan kalimah tersebut walau setapak. Maka firaun, ugut kumpul keluarga mashitah, di masak air mendidih, dilempar seorang demi seorang. Akhirnya sampai mashitah dengan anak yang didukung, apabila ditarik anak, terasa kesian, dah terlintas hatinya nak tarik kata-kata tersebut, namun anak kecil boleh bercakap dengan izin Allah, ‘sesungguh kamu di atas jalan yang benar, dengar demikian, maka mashitah terus terjun dalam air mendidih tersebut. Wangi semerbak kubur Mashitah binti firaun. Bukan maknanya anak Firaun. Tapi dikatakan gitu pada yang bela, sebelum hukum anak angkat turun.
Kisah tersebut hendak mengambarkan bagaimana kuatnya iman seorang wanita pada Allah mampu berdepan dengan Firaun. Nabi Musa pun tinggal dengan Firaun satu ketika. Hidup dalam istana dia. Menentang dia suatu hari nanti. Allah rakamkan dialog nabi musa dengan firaun surah toha. 49-50
قَالَ فَمَن رَّبُّكُمَا يَا مُوسَى قَالَ رَبُّنَا الَّذِي أَعْطَى كُلَّ شَيْءٍ خَلْقَهُ ثُمَّ هَدَى
Berkata Fir'aun: "Maka siapakah Tuhanmu berdua, hai Musa ? . Musa berkata: "Tuhan kami ialah (Tuhan) yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberinya petunjuk.
Kedua Hidayah khusus. Dalam solat kita minta Allah tunjukkan jalan yang lurus. Sahabat tanya Nabi, apa yang dimaksudkan jalan yang lurus tersebut. Nabi ambik ranting, buat garisan dijalan, ini jalan lurus. Jalan Allah. Jadi sejauh mana kita membawa diri, keluarga dan masyarakat di atas hidayah Allah. Semua ini tanggung jawab kita. Adakah kita dah beres untuk diri , bagaimana anak isteri di rumah, adakah kita tak jaga dan pelihara mereka dengan hukum hakam Allah. Firman Allah memerintahkan kita
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
Surah at-Tahrim : 6
Perintah ini, Allah yang sebut bukan saya sebut kata ustaz. Bila kita duduk seorang diri, cuba bermahasabah. Diri kita macam mana. Mampukah kita senyum nak mengadap Allah. Tengok muka isteri masa dia tidur. Bagaimana yang di amanah dan hendak menghadap pada Allah. Pada anak sajauh mana kita bimbing mereka jauh dari azab siksa Allah.kalau tak dapat jawab sendiri pertanyaan kita, bagaimana keadaannya kita hendak menjawab depan Allah nanti. Jadi masa dan peluang kita masih hidup, ubahlah, bawa keluarga hidup besyariat seru ustaz, garis syariat Allah kena bertudung, tetapi ramai yang tidak bertudung, makan halal haram tak kisah. Kenalah Rajin bawa anak isteri, solat di masjid, dengar tazkirah kerana kita khuatir benda dosa belum tentu Allah ampun atau tidak.
Ayat tadi, .. الَّذِينَ أَسْرَفُوا yang mereka melampau batas, sudah berdosa pada Allah. Bila di sebut ayat,
إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً
Kita rasa senang hati , sebab bila Allah sebut jangan putus asa dari mohon ampun pada Allah. Walaupun masa muda pernah buat dosa. Bukan ikut senang cakap, ‘alang-alang buat, nak buat lagi’. Itu silap. Allah dah cakap jangan putus asa mohon ampun pada Allah, dengan syarat jangan rasa bila Allah maha pengampun , kita boleh buat jadi alasan untuk buat maksia.t, kemudian buat taubat buat maksiat, kemudian taubat. Iblis,bisik gitu. Buat hari ini, esok taubat. Allah maha pengampun bisiknya... Dosa adalah benda haram . Maksud pengampun di sini, taubat yang Allah terima, jika kita tersilap dan jahil. Kalau dah mengerti dah faham, tetapi buat juga. Bukan itu itu maksudnya.
Masing –masing ada sejarah sendiri. Zaman dulu-dulu, . nak cerita ganasnya dulu. Walau demikian, kata Allah jangan putus asa. Mohonlah keampunan pada Allah. Zaman dulu, pendedahan islam tak kuat dan kurang bahkan payah di cari. Mengaji azhar, pakai skirt. Sekarang tak boleh. Pendek, kata jika masih mengatakan tidak tahu tentang aurat, pelik lah. Semua dah maklum dan reti dah.
Mohon keampunan pada Allah dengan membawa cara hidup yang diredhai Allah dalam masa yang sama bawa dalam kerangka yang Allah redha. Sentiasa mohon keampunan Allah. Moga- moga Allah menerimanya.
Akhir ayat, Allah pengampun ke atas semua dosa, jadi ustaz mengajak dirinya dan semua kita, hidup dengan cara islam, mencari redha Allah juga mencari keampunan Allah.Moga semua kita di rahmati Allah. Allahu a’lam.
No comments:
Post a Comment