Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Sunday, May 16, 2010

TANAMKAN AQIDAH PADA ANAK-ANAK

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Firman Allah swt.

وَإِلَـهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ
yang maksudnya :" dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani ". (QS al-Baqarah ayat 163)

Sememangnya kita sudah sedia maklum, bahawa landasan pokok daripada ideologi Islam itu yang pertama sekali ialah hendak menanamkan akidah Tauhid dalam kalbu dan jiwa setiap umat manusia. Apabila umat manusia di dunia ini telah mempercayai dan mengamalkan kepercayaan tauhid itu didalam jiwa dan pelaksanaan kehidupan pribadi dan kehidupan harian bersama umat yang lain, yakni konsep syahadah telah menjiwai dalam diri setiap orang, maka datanglah ujian apa jua, banjir, tsunami dan malaikat maut sekalipun, maka kalimah tersebut akan terkeluar darinya. Kalimah ini tetap walau hingga ke sakaratul maut.

Jadi, orang yang sebenar-benar faham kalimah syahadah, tidak akan Allah matikan dia melainkan dengan kalimah ini. Selama mana seseorang tidak faham dengan kalimah ini, selama itulah mereka tidak akan takut dengan Allah. Selama itulah mereka tidak kenal pada Allah. Maka berhaklah mereka ini diberi dengan akidah dahulu sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. menanamkan akidah terlebih dahulu pada umat islam.

Selagi mereka tidak memahami, maka selagi itulah mereka tidak akan faham kepatuhan sebenar kepada Allah s.w.t, tidak faham hakikat mati dan tidak tahu balasan selepas mati. Kepada para pendidik di tekankan betulkan kefahaman pelajar dalam masa mempelajari sains yang mengatakan bumi terjadi dengan sendirinya, betulkan aqidah mereka dengan mengatakan bahawa bumi dan langit adalah dicipta oleh Allah s.w.t. Tiada satu perkara pun terjadi melainkan ada penciptanya. Melainkan Allah s.w.t yang maha Esa. Jika kefahaman ini tidak dapat di serapkan, maka itulah yang hari ini kita melihat ramainya terlibat dengan zina, ramainya yang terikat dengan dadah. Mereka tidak mengenal pencipta yang sentiasa menjadi penghitung segala apa diperbuat mereka. Inilah yang amat ditekankan oleh Ustaz dalam Kuliah Dhuha bab Aqidah yang ana sempat hadiri hari ini.

Kalimah...
أول ألدين معرفة ألله
“ awal-awal agama itu mengenal Allah"

Sepatutnya ianya telah di tanam seawal-awal oleh kedua ibubapa terhadap anak-anaknya. Dengan kalimah ini lah kemana sahaja mereka berada, mereka akan berlaku benar terhadap Allah. Mereka akan takut melakukan dosa. Maka terselamat anak, terselamat keluarga, terselamatlah masyarakat keseluruhannya.

Bersamalah kita mengambil menafaat dan mengambil berat tarbiyah tersebut, kerana ia adalah amanah yang berat terpikul ke atas setiap ibubapa.

Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment