Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Tuesday, May 04, 2010

USTAZ NAJHAN : Sifat Terpuji

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Memiliki sifat-sifat terpuji merupakan bukti ketaatan seseorang kepada Allah s.w.t. Kali ini ustaz menyambung sebahagian lagi sifat-sifat terpuji yang patut dimiliki oleh seorang hamba yang mengaku beriman kepada Allah.


Menyentuh tentang sabar dalam soal keajaiban-keajaiban hati dalam kitab siyarus salikin dalam kuliahnya di Surau MARA. Menurut Ustaz, Sabar adalah antara kekuatan batiniah yang patut ada dalam diri seseorang. Orang beriman memiliki sifat batin yang cukup hebat. Sifat sabar bermaksud menahan diri. Di mana ulama' membahagikan sabar ini kepada beberapa bahagian. Sabar atas ibadat, sabar atas ujian dan bala' dan sabar atas perkara maksiat. Di antaranya sabar menahan diri atas perkara maksiatlah, hanya yang benar-benar bertaqwa kepada Allah sahaja mampu buat.


"Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu bersabar dan saling sabar-menyabari..


Maka, untuk itu, tahan marah, jangan ikut nafsu, jangan tamak dunia untuk memiliki sifat sabar. orang beriman ada kekuatan demikian. Kajian ada dibuat oleh saintis barat mengenai jiwa manusia, dengan menguji 2 orang iaitu seorang yang ada agama dan seorang lagi tidak ada agama. Untuk menguji mereka berdua, siapa yang paling lasak. keputusannya orang yang ada agama. bila kita ada agama akan maka akan ada hormon yang dirembeskan oleh badan yang membuat kita kuat dan lasak. itu berdasarkan kajian yang dibuat.


Para sahabat nabi, kebanyakkan tahan lasak kerana keimanan mereka. mereka punyai kekuatan dalaman yang luar biasa.


Sebab itu orang yang meninggalkan agama jiwanya lemah dan jiwanya kosong. Ada masalah, nak terjun bangunan. Namun orang beriman mereka akan tabah. berita orang yang bunuh diri, ribuan angkanya hari ini. sebab memiliki jiwa yang kosong dan lemah. Bila di uji dengan kehidupan, mereka lemah. Berlainan dengan orang beriman, Allah akan sokong mereka, mereka ada kekuatan tersendiri.


Jika manusia bergantung kepada harta, harta akan musnah, bergantung pada manusia, manusia akan mati, bergantung pada dunia, dunia fana dan akan musnah. Jadi bergantunglah pada Allah, Allah akan kekal selama-lamanya. Sabar cukup penting ada dalam jiwa orang beriman. orang yang sabar banyak kita dengar kisah-kisah mereka dalam Quran dan Hadis.


Kemudian, sifat syukur. Bagaimana bentuk kesyukuran yang perlu kita ada kepada Allah. Jawapannya dengan mengerjakan ibadat. Tidak terbalas nikmat yang Allah beri kepada kita. Nikmat Allah tidak terhitung. Macam mana kita nak membalas sesuatu yang 'infiniti' pasti tak terbalas. Bahkan kita wajib besyukur, memandangkan nikmat Allah terlalu banyak. Walaupun kita hanya menyedari nikmat Allah itu terlalu banyak, itu pun salah satu tanda kita bersyukur.


Nabi s.a.w. tetap beribadah diwaktu malam, walaupun Allah telah janjikan syurga pada baginda. Menjawab pertanyaan Aisyah, baginda mengatakan 'Tidakkah aku menjadi hamba yang bersyukur'.. bandingkan dengan kita yang bukan nabi, tak pernah mengenang nikmat Allah bahkan kalau segala ibadah wajib kita buat sambil lewa sahaja, apatah lagi yang sunnah yang sering kita tinggalkan.


Allah tidak minta kita membalas nikmat Allah, cukup kita bersyukur dengan beribadat pada Allah. Satu jari ibu hilang pun kita sudah payah nak menjamah makanan. Nikmat Islam yang Allah bagi, ditambahi sihat, anak ,isteri.. sejauh mana kesyukuran kita. Beramallah sebagai tanda bersyukur kita kepada Allah.


Satu Kisah seorang hamba Allah yang beribadat ratusan tahun. Allah memerintah malaikat memimpinnya ke syurga dan masukkan dia dengan rahmat Allah. Namun beliau ingin masuk dengan amalannya sendiri. Bila di timbang dengan sebiji mata, berat lagi sebiji mata tersebut. Allah tidak minta dibalas. Namun untuk menilai hamba-hambanya yang bersyukur. Mudah-mudahan Allah merahmati kita.


Kisah Umar al Khattab dengan seorang sahabat, menyedarkan kita bahawa sedikit sangat hamba yang bersyukur. Allah sumbat ramai manusia dalam neraka jahanam, ada hati tapi tak pernah guna hati untuk mengingati Allah. Hati ini, ada 3 jenis atau kategori. Pertamanya, Qolbun Sahih. Iaitu Hati yang benar, tidak terpedaya dengan dunia. Hari yang tiada menafaat anak, isteri dan harta. melainkan mereka datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. siapa yang memiliki hati ini... Hati orang mukmin.Orang yang beriman. Dalaman ini lah yang membezakan. Bila sebut tentang Allah bergetar hati mereka. Ada kesan di hati mereka perintah-perintah Allah. Keyakinan bertambah, Keimanan bertambah bila mendengar ayat-ayat Allah.


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَاناً وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ


Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Surah al-Anfal:2


Kedua, Hati yang berpenyakit. Siapa dia..? Orang-orang yang mengaku beriman dan hari akhirat sebenarnya mereka tak beriman. Ayat Allah mereka tolak, hukum Allah mereka tolak, fakta-fakta benar dari Allah mereka tolak. Rasulullah s.a.w. tahu orang munafik, namun Nabi simpan rahsia orang munafik, sehingga suatu hari Allah jelaskan perangai orang munafik ini. Dalam hati mereka ada penyakit, Allah tambah lagi penyakit hati mereka.


وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ

Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian ," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman."


فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً وَلَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

Dalam hati mereka ada penyakit , lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta."

Ketiga, Hati yang mati. Hati orang kafir.. Perumpamaan dalam surah al-Baqarah, samada diberi peringatan pada mereka, atau tidak diberi peringatan sama saja. Inilah sifat hati orang kafir. Tak mahu berubah. Mereka tetap begitu. Allah tutup fungsi hati mereka lagi. Sehingga mereka sudah tidak dapat membeza lagi baik buruk. Hati bagi haiwan ternakan bahkan lebih sesat dari haiwan.


إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman." Surah al-Baqarah:6

Allah boleh hidupkan hati manusia. Orang lemas di laut, jantung berhenti dalam 3-5 minit, sains kata boleh di hidupkan balik. Allah boleh buat, dengan syarat kembali kepada Allah. Jika tidak lebih hinalah dari haiwan. Maka besyukurlah, tunduk patuhlah kepada Allah. Kita mengunakan nikmat Allah segalanya, bertujuan untuk tunduk dan patuh pada Allah.

Bertawakal dan Cintalah kepada Allah sahaja. Tidak sempurna iman seseorang sehingga Allah lebih di cintai. Ramai mendakwa cinta Allah, bila bertembung Allah dan dunia, pilih dunia, bertembung pahala dosa, pilih juga dosa, syurga neraka, pilih jalan neraka. Lalu bagaimana kita mengatakan beriman dan cinta pada Allah.


Kemudian kita perlu redha pada Allah yang perlu ada dalam batin manusia sebagaimana yang ada pada diri para sahabat. Sahabat-sahabat digelar yang diredhai Allah, atas sifat mereka yang redha dengan segala ketentuan Allah.


Begitulah serba sedikit sifat-sifat terpuji yang dibahaskan oleh ustaz dalam membicarakan kitab siyarus salikin jilid 3 dalam kuliah zohor tengahari tadi. Allahu a'lam.


No comments:

Post a Comment