Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Friday, May 28, 2010

TIPS MENGECAPI KECEMERLANGAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t yang masih memberi sinar hidayah kepada hambaNya menuju akhirat juga atas limpah dan rahmatnya yang berterusan dalam kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat, antara ucapan muqaddimah tazkirah pagi di MARA oleh Akhie Nik Syuharul Apizo.

Mari bersama kita kongsikan tips-tips mengecapi kecermerlangan dan sama-sama kita menganalisis dan menilai bersama di dalam kerjaya dengan budaya kerja cemerlang agar ianya dapat diperbaiki dari masa ke semasa demi memertabatkan agama bangsa dan negara.

Beberapa tips kecemerlangan diri dalam membangunkan Organisasi di perturunkan seperti di bawah ini :-

1. Aura kekemasan diri perlu di jagai dan diserlahkan dan dijaga dengan kemas, namun ianya mestilah tidak lari dari tuntutan syarak.
2. Akhlak dan tingkah laku perlu di jaga dan disuburkan dari masa ke semasa.
3. Tuturkata yang sopan dan santun menunjukkan pegangan keislaman yang berkualiti.
4. Layanan yang baik terhadap rakan dan pelanggan demi maruah seseorang dan sesebuah organisasi.
5. Taat pada ajaran agama khususnya tidak sekali-kali meninggalkan solat.
6. Pandai menyimpan rahsia di samping bersifat amanah terhadap diri atau organisasi dan tidak mengaibkan sesiapa pun.

Dengan sedikit tips ini, semoga dapat bersama-sama kita memantapkan diri masing-masing berpandukan ilmu yang berkualiti dari masa ke semasa. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment