Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Monday, May 31, 2010

USTAZ MAZLAN : Pesanan & Nasihat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kepada Allah yang memberi peluang kepada semua wargakerja di Ibupejabat MARA menikmati hidangan tazkirah setiap pagi, InsyaAllah. Memulai pagi dengan zikrullah, itu lah yang menepati seperti ayat di atas. Sememangnya ayat-ayat Allah sangat memberi faedah dan ketenangan dan ketenteraman apabila di bacakan. Nikmat apa lagi yang lebih baik dari ilmu yang akan menjuruskan seseorang kepada pertambahan iman. Seterusnya nanti bertemu Allah dalam ketaqwaan.

Pagi ini, Ustaz Mazlan menghidangkan satu santapan kerohanian memetik peringatan dari Ibnu Qayyim al-Jauziyah,ulama dan tokoh gerakan dakwah islamiyah ialah murid kepada ulama terbilang iaitu Syeikh ai-Islam Ibnu Taimiah. Karya ilmiah sangat banyak diantaranya seperti kitab Ar-Ruh,Al-Fawaid,tafsir dan banyak lagi yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam. Ibnu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijjrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada tahun 751 Hijjrah (1350 Masihi).

Ibnu Qayyim al-Jauziyah ada mengatakan bahawa terdapat sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia:

1. Ilmu pengetahuan
Walaupun ilmu ada, namun membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

2. Amalan
Di kira membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

3. Kekayaan
Ada kekayaan tetapi, membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanafaat dan tidak diredhai Allah.

4. Hati
Hati lalai dan leka bahkan membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

5. Tubuh badan
Jasad yang kaku dan beku bahkan membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

6. Cinta
Alangkah membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya

7. Masa
Masa yang dikurniai Allah, jadi membazir jka tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Akal
Penat dan membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama dan mencari redha Allah

9. Zikir
Amal zikir, tetapi ianya membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah SWT menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan.

Firman Allah SWT
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُوراً
yang bermaksud,
“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”
(Surah al-Isra’: 27).

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin,waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10 malam. Waktu-waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak. Menurutnya, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

Semoga apa yang dibentangkan di atas, memberi menafaat kepada kita semua sebagai hamba Allah yang sentiasa bersedia menerima peringatan demi peringatan. Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment