Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Wednesday, May 19, 2010

USTAZ DZUL KHAIRI : Gantian yang lebih baik

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Diriwayatkan Imam Muslim dari Ummu Salamah.

Dalam hadits tersebut Rasulullah Saw bersabda :
ما من عبد تصيبه مصيبة فيقول انا لله وانا اليه رجعون اللهم اجرني فى مصيبتى واخلفلى خيرا منها
Artinya :
Musibah apa pun yang menimpa seorang hamba, hendaklah ia mengatakan, "Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali. Ya Allah, berilah aku pahala atas musibah ini dan gantilah kepadaku yang lebih baik" (H.R. Muslim)

Doa ini di baca oleh Ummu Salamah yang diajarkan oleh suaminya dari Nabi S.a.w. Di mana akhirnya baru lah di fahami oleh Ummu salamah, bahawa apa yang tersirat di sebalik pernyataan doa tersebut. Beliau akhirnya menjadi isteri kepada Rasulullah s.a.w setelah suaminya mati syahid.
Hindun bintu Abi Umayyah bin Al-Mughirah bin ‘Abdillah bin ‘Umar bin Makhzum bin Yaqzhah bin Murrah Al-Qurasyiyyah Al-Makhzumiyyah radhiyallahu ‘anha adalah nama sebenarnya.
Dia lebih dikenal dengan pangilannya, Ummu Salamah. Beliau adalah seorang isteri yang sangat dicintai oleh suaminya, Abu Salamah ‘Abdullah bin ‘Abdil Asad bin Hilal bin ‘Abdillah bin ‘Umar bin Makhzum bin Yaqzhah bin Murrah bin Ka’b Al-Makhzumi radhiyallahu ‘anhu. Dalam beratnya cobaan dan gangguan, mereka meninggalkan negeri Makkah menuju Habasyah untuk berhijrah, membawa keimanan dan ketaqwaan. Di negeri inilah Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha melahirkan anak-anaknya, Salamah, ‘Umar, Durrah dan Zainab.

Tatkala terdengar khabar tentang Islamnya penduduk Makkah, mereka pun kembali bersama kaum muslimin yang lain. Namun, ternyata semua itu berita hampa semata, hingga mereka pun kembali beranjak hijrah untuk kedua kalinya menuju Madinah. Di sanalah mereka membangun hidup bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Sehinggalah suami yang dicintainya mati syahid atas luka-luka yang ditanggunginya sewaktu peperangan.
Kesinambungan dari pada ini, apa yang tersirat menjadi tersurat apabila dia mendapat penganti yang lebih baik dari suaminya dengan berkahwin dengan Nabi s.a.w. Kadang-kadang tidak terjangkau akal kita memikirkan maksud nabi, bahawa setiap ujian dan musibah itu, maknanya Allah ingin mengantikan yang lebih baik pada kita. Semakin tinggi iman dan taqwa seseorang, makin tinggilah ujian dan musibah yang Allah berikan kepadanya.

Tidak lain kerana Allah rindu mendengar suara orang-orang yang baik dan soleh merintih-rintih padanya. Meskipun malaikat Jibril minta Allah kabulkan doa orang baik tersebut, namun Allah suka sangat memberi ujian kepadanya kerana kasih sayang Allah. Berlainan dengan orang jahat dan maksiat. Allah minta Jibril bagi apa yang di kehendakinya dan kabulkan permintaannya cepat-cepat kerana Allah tidak suka mendengar suaranya. menunjukkan kebencian Allah mendengar suara orang jahat dan maksiat. Maknanya Allah memberi dalam keadaan murka.

Dalam membicarakan kuliah hari ini ustaz menerangkan apa nilai yang berharga ada pada doa tersebut. Doa yang apabila kita di timpa musibah kita diminta membacanya.
الّلهُمَّ اَجُرْ نِي فِى مُصِيْبَتِى واخلفلى خيرا منها


"Ya Allah, berilah aku pahala atas musibah ini dan gantilah kepadaku yang lebih baik"

Ye... apakah ganti yang lebih baik selain syurga. berbahagialah orang-orang yang terpilih dengan rahmat Tuhannya.
”Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah.
فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah: 111)

Menyebut sesuatu yang tidak terjangkau kita memikirkan Qada dan Qadar serta kehebatan dan keadilan Allah ini, Ustaz membawakan sebuah kisah.

Di kisahkan satu ketika Allah memerintahkan kepada seorang nabi, untuk ke tepi sungai dan melihat apa yang berlaku tanpa menyoalkan perkara tersebut. Nabi tersebut pun pergilah ke tepi sungai. Tidak lama kemudian datang seorang penunggang kuda dan berhenti di tepi sungai tersebut. Kemudian dia membasuh muka, dan tertinggal uncang emas yang diletakkan di atas batu. Kemudian datang seorang yang kedua, juga membasuh muka, kemudian ternampak uncang emas tersebut, di belek-belek lantas di bawa pulang. Kemudian datang seorang tua lagi buta, meraba-raba tepi sungai untuk ke sungai, kemudian dalam masa yang sama datang kembali penunggang kuda tersebut dan bertanya pada orang buta tersebut, adakah ternampak uncang emasnya. Orang tua tersebut, berkata benarlah, dia tidak nampak apatah lagi dia buta. Terus penunggang kuda itu membunuhnya. Nabi ini tertanya-tanya apa maksud semua perkara tersebut.

Kemudian dia bermimpi, di dalam mimpi Allah menceritakan kejadian yang di lihatnya tadi, bahawa orang yang pertama datang berkuda adalah pencuri uncang emas. Tatkala tertinggalnya uncang tersebut , apabila orang kedua (adalah orang yang dicuri) datang mendapati itu adalah uncangnya yang dicuri, dia pun mengambil semula dan bawa pulang. itu biasa dalam kehidupan seharian kita. Yang peliknya orang ketiga yang dibunuh, di mana keadilan Allah di situ. Menurut ustaz, inilah yang peliknya untuk di fikir bersama.

Sebenarnya orang tua buta tersebut adalah orang yang tidak buta ketika mudanya. Dalam pergaduhan yang berlaku dengan seorang yang lain, dia telah membunuh orang tersebut. Orang itu adalah ayah penunggang kuda itu. Itulah Qisas namanya. Perkara yang sangat adil tentang perkara ghaib yang Allah ceritakan, bahawa yang punya hak akan mendapatnya kembali. Yang di bunuh mendapat qisas dan balasannya juga.
Maka perlulah kita ingat dalam kehidupan ini, segala perkara tidak akan terlepas begitu sahaja. Maka dalam membicarakan konteks ini, ustaz menyatakan perkara-perkara yang di uji dan dimusibahkan oleh Allah pada seseorang, maka gantiannya tiada tolok bandingan. MasyaAllah.

‘Atikah binti Zaid!Wanita Mukminah, fasih percakapannya, penyair, dan mengahwini dengan semua lelaki yang mati syahid pada hayatnya! ALLAHU AKBAR! kejelitaan ‘Atikah binti Zaid telah menyibukkan suaminya Abdullah bin Abu Bakar dari urusan kehidupan dan perniagaannya. Bahkan kejelitaannya juga telah menyibukkan suaminya untuk keluar berjihad! ‘Atikah binti Zaid ini yang terkenal sebagai wanita yang ahli ibadat dan kuat akalnya
Begitu mulia pengorbanan Srikandi ‘Atikah binti Zaid dalam menjadi tulang belakang suami pertamanya Abdullah bin Abu Bakar hingga beliau Syahid selepas peperangan Thaif, dan suaminya Umar al-Khattab yang syahid ditikam seorang Majusi bernama Lu’lu’ ketika Solat, dan suaminya Zubair al-Awwam yang syahid setelah dibunuh secara zalim dalam Perang Jamal di Wadi siba’.. Masya Allah.

Kemuliaan wanita ini terkenal di kalangan penduduk Madinah pada ketika itu hingga mereka mengatakan: “ Barangsiapa yang menginginkan mati syahid, maka hendaklah ia berkahwin dengan ‘Atikah binti Zaid”.
Ummu Saad juga diuji dengan kehilangan anak beliau. Jasad Saad diusung dan dikebumikan di Baqi’. Kesedihan Ummu Saad terpancar jelas di wajahnya. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam menghibur beliau dengan bersabda, ” Adakah air matamu tidak dapat dibendung dan apakah kesedihanmu tidak dapat dihilangkan? Sesungguhnya anakmu adalah orang pertama, Allah tersenyum kepadanya dan Arasy bergoncang kerana kematiannya“ (Siar Alamin-Nubala’, 1/293: Thabaqat Ibn Saad, 3/434; Majma’ Az-Zawa’id, 9/309) Hatinya lantas gembira dengan perkhabaran Baginda.

Beliau hanya mengharapkan pahala kebaikan di sisi Allah dan RasulNya di atas kematian kedua-dua anaknya sebagai syuhada’, apatahlagi setelah mengetahui ketinggian martabat seorang syahid. Beliau mendahulukan kecintaan kepada Allah dan RasulNya di atas segala sesuatu yang di mata manusia lainnya sangat berharga, termasuklah harta dan anak-anak. Di atas sifatnya inilah, maka beliau layak mendapatkan khabar gembira daripada Allah dan RasulNya sebagai penghuni syurga.

Sahabat Amar bin Jamuh R.a. yang mana kakinya tempang tetapi hatinya ingin keluar ke jalan Allah SWT di medan Uhud. Isterinya sedih dan inginkan supaya beliau dapat pergi. Isterinya gunakan hikmah sindiran dengan mengatakan bahawa beliau bukan betul-betul nak pergi sangat. Dengan itu, Amar bin Jamuh RdA pergi berjumpa Rasulullah SAW dan desak juga supaya dibenarkan pergi. Beliau ingin berjalan di syurga dengan kakinya yang tempang. Setelah dibenarkan, beliau pergi dan syahid di Uhud. menurut cerita anaknya juga mentertawakannya. Isterinya pergi ke Uhud untuk membawa mayat suaminya untuk ditanam di Madinah, tetapi unta yang membawa mayat itu tidak mahu pulang ke Madinah. Bila ditanya Rasulullah SAW, isterinya memberitahu yang beliau telah doa tiga kali supaya beliau tidak kembali ke keluarga. Rasulullah SAW beritahu yang doa beliau telah diterima. Baginda nampak suami dan 2 anaknya bergandingan dalam syurga. Beliau dikebumikan bersama para syuhada' di Uhud.

Demikianlah cerita-cerita kisah ujian yang diberi Allah, apakah tidak terfikir kita bahawa yang terganti itu sangat besar dan hebat nilainya. Banyak perkara yang tersirat tidak dapat kita fahami dengan baiknya tanpa di pandu dengan ilmu dan keimanan yang benar-benar mantap dari kita sebagai hambaNya.
Moga cerita-cerita begini menambah keimanan kita dengan sebenar-benarnya. Moga semua kita di rahmati Allah untuk mendapat jannah. InsyaAllah. Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment