Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Friday, May 28, 2010

USTAZ MAZLAN : TARIKAN DUNIA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Menyambung kembali pembicaraan kitab Mastika Hadis mengenai "manusia dan dunia" hari ini ustaz membicarakan tentang hal-hal tarikan dunia yang biasa kita terlalai mengenainya. Dunia tempat singgah sementara lagi memperdaya pada golongan yang tidak bertaqwa. Bagi golongan yang bertaqwa, dunia membawanya berjaya di akhirat kelak. Manusia di akhirat nanti boleh digolongkan kepada beberapa kategori :-

i) Orang yang berjaya di dunia dan tidak berjaya di akhirat

ii) Orang yang tidak berjaya di dunia dan tidak berjaya di akhirat

iii) Orang yang tidak berjaya di dunia dan berjaya di akhirat

iv) Orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat


Tidak dinafikan terlalu ramai yang terpedaya dan hanyut ketika hidup di dunia. Hanyut dalam kelalaian dan kemewahan. Itu yang Rasulullah s.a.w takutkan, takut umatnya diuji dengan kemewahan. Kita pun banyak melihat, orang yang mewah biasanya lupa pada Tuhan. Orang yang kaya jarang mengingati Allah.

Apa yang dapat disimpulkan dari kenyataan ini, bahawa :-


- dunia kesenangan yang sementara lagi memperdaya bagi orang yang tidak bertaqwa

- Orang yang berusaha dengan tujuan dunia semata-mata di dunia akan mendapat azab di akhirat nanti. Mereka tidak berusaha menjadikan nikmat untuk selamat.

- Orang yang berusaha untuk akhiratnya adalah usaha yang dihargai bahkan mendapat balasan diakhirat sebagai seorang yang sangat beruntung.


Ada juga orang-orang miskin yang menyalahkan Allah atas kefakirannya. Namun ini tidak banyak berlaku. Ini yang dikatakan orang yang tidak berjaya di dunia, tidak juga berjaya di akhirat. Allah tidak melarang kita mendapatkan dunia dan nikmat tersebut patut disyukuri bahkan Allah akan menambahnya lagi.


Maka wajiblah kita bertaqwa kepada Allah untuk kejayaan pada hari esok, jauhkan dari terpedaya kepada tarikan dunia yang memusnahkan kita di akhirnya. menyebut perkara ini Rasulullah s.a.w., pula mengingatkan umatnya mengenai kehidupan dunia dengan hadis yang berikut:



عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ وَإِنَّ اللَّهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُونَ فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ. (مسلم

Dari Abu Said al-Khudri, r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya dunia ini manis dan indah dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya, maka dengan itu ia sentiasa memerhati bagaimana cara kamu menjalankan urusan itu; oleh itu hendaklah kamu menjaga diri dari keburukan yang disebabkan oleh dunia, dan khasnya oleh perempuan; kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa kaum Bani Israel adalah berpunca dari orang-orang perempuan.(Muslim)


Allah menjadikan dunia tempat ujian bagi manusia. Siapakah di antara mereka yang paling baik ketaqwaannya. sememangnya dunia itu adalah perhiasan.

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً


Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya. Surah al-Kahfi "7

Anak, isteri perlu di jaga kerana wanita-wanita ini mendatangkan fitnah pada dunia. Anak lelaki juga perlu dijaga supaya berhati-hati pada wanita. Selalu kita dengar, 3 'ta' yang merosakkan manusia. Harta, tahta dan wanita. Bila di amati ada betulnya. Sememangnya neraka itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang nafsu sangat suka.


Demi mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat, mari lah sama-kita menjaga diri dan keluarga kita dari api neraka. Firman Allah:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً

No comments:

Post a Comment