بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Firman Allah:
أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَةَ رَبِّكَ نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُم مَّعِيشَتَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَتَّخِذَ بَعْضُهُم بَعْضاً سُخْرِيّاً وَرَحْمَتُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ
"Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebagian mereka dapat mempergunakan sebagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan. "
Surah Az-Zukhruf :32
Setiap orang telah ditentukan rezeki dan kelebihan masing-masing. Dan Allah tahu kenapa Allah berbuat demikian. Kita sebagai insan perlu redha dan terima dengan penuh kesyukuran setiap ketentuan. Pastinya ketentuan Allah itu sangat baik untuk kita sebagai hambaNya. Hanya kita yang tidak bersangka baik dengan yang Maha Kuasa.
Natijahnya kita mula mencari-mencari kesilapan orang lain, agar kita tampakkan kekurangannya. Agar menampakkan kecacatan orang tersebut. Dalam masa yang sama cuba menaikkan diri, keluarga dan anak sendiri. Memberi gambaran bahawa kemuliaan itu terletak di tempatnya. Bahkan memandang hina orang lain dengan pandangan yang sangka-sangka. Benarlah apa yang kita perhatikan hari ini, bahawa orang yang berasa dirinya suci kadang-kadang memandang orang lain dengan pandangan hina. Mereka sepatutnya memahami hakikat bahawa tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang terlindung daripada kejahatan dirinya sendiri.
Namun haruslah diingat, Kebaikan dan kejahatan memberi kesan dan pengaruh pada setiap pergerakan dan ruang legar kehidupan manusia. Abdullah bin Abbas pernah berkata: "Kebaikan memiliki cahaya pada wajah dan hati, melapangkan rezeki, menguatkan badan dan disukai setiap makhluk Allah SWT. Sedangkan kejahatan mengakibatkan kegelapan pada wajah dan hati, lemahnya badan, sempitnya rezeki dan kebencian di hati setiap makhluk." Kebaikan dan kejahatan ini akan hidup sepanjang hayat manusia dan terkubur bersama jasadnya ketika mati. Kejahatan ini akan membuat jiwa seseorang tidak akan tenang. Hatinya disibukkan untuk membuat perbandingan-perbandingan dan mencari-cari kesilapan orang lain yang dianggap persaingannya, agar ketinggian diri dapat ditonton dan ditonjolkan.
Hati yang tidak tenteram membuat pergerakannya juga tidak tenteram. Aura kejahatan itu menjadi unsur dan punca utama dia melakukan sesuatu tindakan yang berani yang penting hatinya puas mendapat apa yang diimpikan. Namun orang-orang beriman, sentiasa berhati-hati serta berwaspada terhadap setiap langkahnya kerana dia sedar setiap perkara tidak lepas dari pemerhatian Allah s.w.t. Orang beriman tetap berpegang dengan prinsip taqwa yang mengaris nilaikan sifat mahmudah dalam dirinya. Ianya juga jelas terungkap dalam pergerakan hariannya yang tidak ambil kisah dengan kegilaan manusia lain yang berlumba-lumba mencari nama.
Keikhlasan adalah satu perkara yang amat penting dijelmakan dalam setiap perkara agar fenomena jatuh menjatuh tidak terjadi dalam apa jua kegiatan yang membabitkan manusia lainnya. Percayalah setiap kebaikan ada balasannya, begitu juga kejahatan tidak telepas dari perhitunganNya.
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْراً يَرَهُ
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرّاً يَرَهُ
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
Kejahatan tidak akan membuat seseorang itu tenang. Bahkan gelisah sentiasa menguasai dirinya. maka bagaimana merawat kesakitan demikian, untuk itu kita jadikan kisah ini sebagai panduan "-
Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud dan berkata:
“Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.”Abdullah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat,
pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.
“
Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah.
Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah.
“Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.
"Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”
Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.
Bersamalah kita mengambil menafaat dari ilmu di atas semoga ianya memberi satu sinar yang dapat menyuluh ketandusan dalaman yang tertinta di dada-dada kita tanpa di sedari. moga ianya dapat merawat keimanan kita yang semakin pudar dari hari ke hari dengan bantuan dari Allah yang tidak pernah mengurangi nikmat dan rahmat bagi hamba-hamba yang bersedia untuk membersih diri.
Apa yang baik itu adalah ilham dari Allah s.w.t dan yang kurang itu adalah dari kelemahan yang wujud dari diri ana sendiri.
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment