Memetik kepentingan dan keutamaan memberi salam dan mengadakan jamuan, maka pada pagi tazkirah di pejabat ana 26/5/2010 kami dibacakan dengan hadis-hadis yang berkaitan dengannya. Marilah kita kongsikan bersama mudah-mudahan ianya memberi menafaat pada kita yang sering merindui peringatan demi peringatan sepanjang masa. Sedikit sebanyak ana dapat memuatkan ia di dalam ruangan ini, moga-moga Allah memberi kefahaman ilmu pada kita, InsyaAllah.
Rasullullah telah berwasiat kepada Abdullah bin Salam dengan sabdanya yang bermaksud: "Hendaklah kamu memberi salam kepada saudara islam yang kamu kenali atau yang tidak kamu kenali selain itu hendaklah kamu mengadakan jamuan dan menjalinkan silatulrahim. Pada waktu malam ketika orang sedang tidur lena hendaklah kamu bangun mendirikan solat malam. Dengan demikian orang itu akan masuk syurga dengan Selamat.
Nabi SAW berpesan hendaklah memberi salam kepada orang-orang beriman samaada kita mengenali atau tidak orang tersebut, disamping mendoakan kesejahteraan terhadap saudaranya itu. Begitu juga Rasullullah menganjurkan agar suka mengadakan majlis makan-makan, walaupun hanya sepotong roti kering, namun budaya jamuan itu sewajarnya menjadi amalan hidup. Mengadakan jamuan juga mempunyai hubungan rapat dengan saranan Rasullullah SAW agar seseorang itu menjalin hubungan persaudaraan (silatulrahim) sesama saudara islam. Rasullullah SAW juga sering mengadakan jamuan terutama kepada golongan ahli Suffah yang tinggal dimasjid nabi.
Peranan Salam dalam Islam merupakan satu doa kesejahteraan terhadap saudara islam kita. Di sana ada satu unsur tarbiyah yang menunjukkan kebersihan hati seseorang. Kelebihan orang yang memberi salam juga dengan doa yang diberi pada orang lain, maka kebajikan kembali kepada yang memberi salam semula. Itu janji Allah.
Dengan doa tersebut sudah melambangkan kebaikan budi seseorang. Dengan demikian, terlepaslah ia dari hasad dengki khianat dan sebagainya. Fungsi demikian dapatlah dia mempertahankan diri dari khianat terhadap orang lain.
Memperkatakan pengertian salam, pastinya sangat luas sekali. Namun paling tidak ia berbuat baik mendoakan supaya diri, harta benda, agama, keimanan terpelihara untuk saudaranya. Tidak rugi kepada yang memberi salam, kerana salam akan di jawab salam juga. Dengan tersendirinya dirinya di doa..i sama.
Perbezaan hukum antara memberi dan menerima salam dapat dinyatakan bahawa memberi salam adalah sunat sahaja. Namun menjawab salam adalah wajib. Ini mengambarkan setiap penghargaan yang diberi perlu di balas dan dijawab dengan lebih baik. Ini dijelaskan lagi di dalam firman Allah suran an-Nisa ayat 4.
وَآتُواْ النَّسَاء صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْساً فَكُلُوهُ هَنِيئاً مَّرِيئاً
Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.
Berikut adalah kelebihan bagi orang yang suka menjamu orang lain makan. Menjadikan ia satu amalan hidup akan lebih mengeratkan lagi persaudaraan Islam. Rasulullah s.a.w sendiri sering menjamu sahabat-sahabatnya terutama pada golongan ahli sufah. Malahan Nabi sendiri tidak mengabaikan jemputan-jemputan yang beliau terima. Ini yang dikatakan jamuan dapat mengeratkan lagi persaudaraan.
حدثنا قتيبة بن سعيد عن مالك بن أنس فيما قرئ عليه عن إسحق بن عبد الله بن أبي طلحة أنه سمع أنس بن مالك يقولا إن خياطا دعا رسول الله صلى الله عليه وسلم لطعام صنعه قال أنس بن مالك فذهبت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى ذلك الطعام فقرب إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم خبزا من شعير ومرقا فيه دباء وقديد قال أنس فرأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يتتبع الدباء من حوالي الصحفة قال فلم أزل أحب الدباء منذ يومئذ .(اخرجه مسلم في الأشربة جواز أكل المرق واستحباب أكل اليقطين وإيثار أهل المائدة:3803)
Maksudnya: “Daripada Hadis Anas bin Malik r.a: Seorang tukang jahit telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk menghadiri suatu jamuan makan. Anas bin Malik berkata: Aku pergi bersama Rasulullah s.a.w menghadiri jamuan makan tersebut. Dia menghampiri Rasulullah s.a.w dan menghidangkan roti dari gandum serta kuah berisi buah labu dan daging bakar. Anas berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w mencari-cari buah labu dari dalam sahfah tersebut iaitu sebuah bekas makanan yang memuatkan makanan cukup untuk lima orang
No comments:
Post a Comment