بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dunia Islam hari ini, telah jauh dari nilai-nilai Islam. Islam tidak lagi disayangi sepenuhnya bahkan dipermain-mainkan lagi. Tidak lagi ramai merasakan islam itu sesuatu yang sangat mulia dan patut dipertahankan. Bahkan orang-orang yang mengakui islam itu sendiri telah mengadai prinsip-prinsip suci dalam islam itu sendiri. Semuanya kerana ramainya hari ini yang gila kuasa. Sanggup mengenepikan islam asalkan memiliki kuasa Namun tidak semua yang memiliki kekuasaan diberi kemuliaan. Rata-rata mereka yang memperolehi kekuasaan tidak memiliki izzah (kemuliaan).
Kemuliaan hakiki bukanlah dilihat kepada kemajuan teknologi dan ilmu pengetahuan tetapi izzah itu terbit dari runtunan iman kepada Allah, rasa kebergantungan kepada Allah dan meletakkan pengharapan yang penuh dan bulat kepadaNya semata-mata.
Sayangnya tidak lagi ramai yang merasakan kemuliaan itu datang dari Allah. Itu yang ribuan hari ini mengisi borang untuk keluar dari Islam. Nilai islam hari ini pada umat islam macam tukar baju. Izzah ini tidak dipetik melalui ilmu sains dan teknologi yang tidak mengambil konsep keimanan kepada Allah. Barangsiapa ingin mencari satu IZZAH, carilah kemuliaan di sisi allah . “dan kemuliaan itu hanya untuk Allah semata-mata..”.
Kisah Saidina Umar Al-Khattab yang terlakar dalam lakaran sejarah manusia , yang telah dipersaksikan oleh mata manusia : [ Sesungguhnya Allah telah memuliakan kamu dengan Islam, jika kamu mencari kemuliaan selain dari jalan Islam, maka kamu pasti akan dihinakan Allah..] Nilai Islam pada Umar sangat tinggi apabila dia telah mendapat hidayah tersebut. Al-Kisahnya setelah Allah telah mencampakkan hidayah kepada beliau tatkala mendengar bacaan Quran di rumah adiknya. Lantas dia bertanya adiknya di mana Rasulullah s.a.w. Ketika itu, Rasulullah berada di rumah Arqam bin Abi Arqam. Zaman itu Kaabah di kelilingi berhala-berhala, begitu juga sekeliling rumah Arqam bin Abi Arqam. Rumahnya berhampiran bukit Safa. Mana mungkin orang belajar Islam di tempat yang begini, fahaman mereka ketika itu.
Saidina Hamzah yang baru masuk Islam ketika itu, diberi tahu oleh sahabat yang mula gerun melihat kelibat Umar al-Khattab di muka pintu. Namun Saidina Hamzah tidak gerun dan berkata, kalau kedatangan Umar baik, kita sambut dengan baik, jika sebaliknya kita akan layan sebaliknya. Tatkala pintu dibuka, Saidina Umar terus mengucap kalimah syahadah di depan Rasulullah.
Saidina Umar bertanya pada Rasulullah,.. ya rasulullah… adakah jalan yang kita ikut ini benar. Ya… kita duduk di jalan yang benar tegas Rasulullah. Lantas umar dengan berani berkata, kalau kita duduk di jalan yang benar, kenapa kita harus sembunyi-sembunyi, kenapa kita harus takut….
Inilah kisah yang disampaikan oleh USTAZ SYARHAN HUMAIZI di dalam kuliah beliau di Masjid Rahimah di Greenwood kuliah maghrib, 7/5/2010 untuk menyatakan kepada kita, betapa hari ini sudah tiadanya insan seperti Umar. Ini nak memberi gambaran umat hari ini takut nak dengar ceramah, takut nak ikut pengajian. Sedangkan tidak menerima ancaman seperti zaman Rasulullah s.a.w.
Umar yang mendapat Islam, menjadi contoh teladan yang sangat baik, memuliakan islam semulia-mulianya, walau waktu itu umur beliau 26 tahun. Maka Rasulullah izinkan beliau keluar dengan 1 golongan di pimpin oleh beliau dan 1 lagi dipimpin saidina Hamzah. Menyeru melaungkan kalimah Allah di Kaabah. Oh.. alangkah bahagianya jika ada lagi orang seperti ini hari ini. Ulama’ di ugut bunuh.. siapa yang berani bangkit seperti saidina umar ini…
Bila Islam di hina hari ini, Nabi di hina hari ini, tak seorang yang boleh bangkit seperti umar .. Allah dah cabut rasa gerun di hati orang kafir terhadap islam. Kerana umat islam hari ini dibuai penyakit Wahn. Apa itu penyakit wahn…
Daripada Thauban ra berkata:
Rasulullah saw bersabda, “Hampir tiba satu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”
Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”Nabi saw menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir. Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit WAHN.”Seorang sahabat bertanya, “Apakah WAHN itu hai Rasulullah?”
Nabi kita menjawab, “CINTA DUNIA dan TAKUT MATI.”
(Hadis riwayat Imam Abu Daud)
Kisah di atas membicarakan apakah kamu mencari kemuliaan dan kekuatan itu dari orang kafir, sedangkan Saidina Umar bila telah memeluk Islam merasa Islam itu Mulia, Izzah, Namun hari ini orang merasa islam itu hina, susah, mundur. Betulkan kefahaman tersebut kerana mereka yang mencari kemuliaan dari pendokong materialistik, pangkat dan jawatan dan pengikut hawa nafsu, maka mereka tersilap dan bakal mengundang kehinaan dan kemurkaan. Logik menunjukkan bahawa kemuliaan itu datangnya dari Allah, dengan tunduk pasrah kepada syariatnya, menuruti ajaran Rasulullah SAW, iltizam dengan hukum hakam Islam, menerima Islam secara total sehingga menjadi hebat dan tinggi dengan Islam.
Al-Quran diturunkan oleh Allah diperolok-olokkan oleh orang kafir, maka janganlah kita duduk dikalangan mereka ini. Siapa yang berserta mereka itu bahkan mempertikai hukum Allah, dia lebih jahat dari orang kafir. Mereka masih dikatakan islam, namun lebih jahat perangai mereka dan dihukum dan dijanjikan azab oleh Allah. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya :-
Surah an-Nisa’ : 138-146.
بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَاباً أَلِيماً
Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih,(138)
الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاء مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِندَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ العِزَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً
(yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mu'min. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu ? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. (139)
Sikap orang islam yang tidak menghargai dan mensyukuri nikmat islam adalah memiliki sifat munafik. Orang- Orang munafik Allah isytihar dan menjanjikan azab yang pedih. Justeru itulah Allah kata jangan duduk dengan orang-orang kafir yang menentang agama Allah, akan dimasukkan ke neraka jahanam bersama-sama.
وَعَدَ الله الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا هِيَ حَسْبُهُمْ وَلَعَنَهُمُ اللّهُ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُّقِيمٌ
Allah mengancam orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka, dan Allah mela'nati mereka, dan bagi mereka azab yang kekal. Surah at-Tauba:68
Jadi ustaz menyeru dan mengajak kita kembali kepada Islam dengan kata lain dengan sepenuh dan sekuat-kuatnya pegangan kita kerana apabila dien ini dari Allah, maka Allahlah yang akan memeliharanya. Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment