Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Saturday, May 08, 2010

ILMU DAN AMAL

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Untuk menjadi orang yang beriman dan beramal soleh, ilmu sangatlah penting. Mungkin ramai yang boleh mengatakan, tidak semestinya orang yang berilmu itu akan menjadi orang yang beriman dan beramal soleh. Namun haruslah di ingat bahawa tidak ada orang yang akan menjadi orang beriman dan beramal soleh jika ia tidak mempunyai ilmu.

Maka betapa penting ilmu untuk menjadikan seseorang itu menjadi mukmin yang sejati. Mukmin yang takutkan Allah hingga ke mati. Selepas mati, segalanya sudah tidak berguna lagi. melainkan dia menghadap Allah dengan hati yang suci bersih yang penuh keimanan dan membawa bekal amal yang soleh.

Tidak cukup kita hanya menghafal rukun iman yang enam tanpa benar-benar beriman dengan nya dan disertai dengan amal yang soleh. Tanpa iman dan amal soleh, termasukkan mereka ke dalam golongan orang-orang yang rugi. Sebagaimana yang kita baca dalam surah al-Asr :-
وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh ..

Hanya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dijamin oleh Allah sebagai sebaik-baik makhluk yang dijanjikan oleh Allah dengan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai .

Sebagaimana yang disebutkan oleh Firman Allah dalam surah al-Bayyinah ayat 7-8:-
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُوْلَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.
جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ

Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya.

No comments:

Post a Comment