Mutakhir ini terlalu sukar mencari erti sebuah ketaqwaan yang hakiki. Manusia berlumba-lumba saban hari mengejar dunia yang tidak lagi mengenal dosa pahala, sia-sia dan lagha. Perkataan yang paling tepat menerangkan bahaya dunia ialah sebagaimana yang dibincangkan oleh Ustaz Yunus Kamaruddin dalam Kitab Minhajul Abidin, Karangan Imam Ghazalli disebutkan oleh al Imam rahimahullah:
"Sesungguhnya dunia ini musuh Allah, sedangkan engkau mencintainya. Barang siapa mencintai seseorang tentu membenci musuh orang itu"
"Sesungguhnya dunia ini musuh Allah, sedangkan engkau mencintainya. Barang siapa mencintai seseorang tentu membenci musuh orang itu"
Sungguh susah orang hendak meninggalkan dunia yang sia-sia, kerana ia disukai nafsu. Nafsu nampak dunia ini bagai bauan wangi disaluti kemewahan. Kerana itulah sering kali mengulangi perkara-perkara yang salah. Untuk memisahkan diri dengan perkara yang telah sebati sangat susah sekali. Walaupun dunia itu bagai bangkai yang sangat menjijikkan. Kata beliau lagi..
"Sesungguhnya dunia ini kotor dan penuh bangkai, lihatlah, sungguh menjijikkan dan akhirnya rosak binasa dan lenyap sama sekali. Akan tetapi, ia bercampur dengan wangian yang dibalut dengan kemewahan. Maka orang-orang yang lalai dan bodoh akan tertipu dengan keadaan lahirnya. Tetapi, orang yang sedar dan mengetahui keadaan yang sebenar akan membenci dunia"
Bagi yang ingin menegakkan hukum dalam keadaan ini pastinya ianya akan dikritik, dikeji, di caci, diperli dan berbagai kutukan lagi akan diterima. Ianya akan keseorangan dan dihindari.
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. (Riwayat Tirmizi)
Maksud hadis ini berkaitlah dengan soal zakat di abaikan, nafkah tidak ditunaikan, Nafsu dituruti hingga tidak mengenal hukum halal dan haram. Kehidupan dunia di lebihkan , akhirat diabaikan. Sedangkan awal-awal agama itu adalah untuk mengenal Allah. Anak-anak hari ini dikenalkan dengan muzik-muzik di sekolah. Tabaruj tak terkira lagi sekarang, Anak-anak dilatih pakai baju kecik. Bila dah terbiasa itu yang sangat payah untuk ditinggalkan bila mereka dewasa. Di akhir zaman ini juga, masing-masing mengaku golongan dan pendapat dia sahaja yang betul.
Maka.. siapa yang masih dapat bertahan dan menegakkan hukum Allah dalam keadaan ini, bahkan dia takutkan Allah, yang pastinya didengki, di sindir, dicaci dan diperli, bahkan seorang diri. Ini yang dikatakan bagai mengenggam bara api. Sakit... . Yang menentang itu sangat ramai. Mengaku negara islam, arak tetap ada, konsert bermaharajalela, pelik sungguh keadaan demikian.
Namun yang meninggalkan dunia yang sia-sia, Nabi janjikan 50 kali ganda pahala. Sesuailah dengan kerja susahnya. Memanglah payah, tapi ganjarannya besar. Ganjaran syurga. Kalau setakat peraduan Petronas, tak susah mana, jawapan pun dah ada, tanda aje. kata ustaz Yunus dalam Kuliahnya di Surau MARA sebagai penambat bicara.
Tambahnya lagi, Kalaulah Iman Sya'rani, Iman Ghazali sebut zaman beliau juga dah rosak, apatah lagi zaman kita ini, adalah zaman kehancuran. Susah hari ini kita hendak jumpa ketaqwaan seperti Mashitah, seorang perempuan yang mempertahan sungguh-sungguh hukum Allah.Tarikan dunia hari ini kuat, ibarat bau wangi yang kuat yang mana mendatangkan keinginan semula untuk menghampirinya. Bila terpisah, nak berhubung balik dengan dunia yang haram dan sia-sia. Kerana sudah sebati dalam jiwanya.
Jadi, bagaimana untuk menjauhinya. Maka perlulah beruzlah, bermujahadah dan mencari guru-guru yang mursyid kata ustaz. Berjemaah dengan insan-insan yang takutkan Allah. Walaupun tempat pengajian sudah melata dan banyak sekarang. Namun yang mengaji juga, amalnya kurang. Bukan kita tidak boleh mengambil dunia, hatta Handphone, jadikanlah ia berbentuk akhirat dengan pengunaannya, umpama sms pengajian-pengajian,kuliah-kuliah agama pada rakan dan taulan.
Lihat Sahabat Nabi Abu Bakr al -Siddiq, bila dia mensedekahkan hartanya secara keseluruhan, bila ditanya apa yang tinggal, katanya cukuplah Allah dan rasul baginya. Tapi kita, asyik kata , apa kata orang, apa kata orang. Orang yang disibukkan. Sedang apa kata Allah tidak dipedulikan.
Walaupun di dunia ini, orang memanggil ustaz, pak haji, disisi Allah belum tentu kita ustaz dan belum tentu demikian. Siapa kita di sisi Allah kita tidak tahu. Tambahan orang-orang jahat di akhir zaman disanjung, dipuja. Artis-artis diberi hadiah, pujian, pingat, pangkat. Terang-terang dah lawan hukum Allah.
Perbuatan jahat ini, mendapat gelaran pelakon terbaik, artis terbaik. ker dah terbalik. Tanyalah iman, terjahat atau terbaik?
Sebagaimana yang disebut oleh guru Imam Ghazali, Imam Haramain seperti di awal tadi, bahawa dunia ini seteru Allah. Musuh Allah. Allah datangkan dunia dan yang haram-haram di dalamnya ada menafaat. Untuk memberi pahala pada yang meninggalkannya. Kalau kata jahil, marah.. kata ustaz. Bak kata orang melayu, sekolah 2 tingkat, bodoh bertingkat-tingkat.
Banyaklah di akhir zaman ni orang mencari pendapat-pendapat dan hukum-hukum yang menghalalkan apa yang dia buat. Dunia yang dikatakan bangkai ini, bangkai itu juga akan diperhitungkan oleh Allah. Bukan tinggal begitu sahaja.
Malanglah bagi yang terpedaya dan terlalai. Hingga tidak nampak kesia-siaan dunia. Ibarat orang memandang bachang. Kulit diluar cantik. Beli berkilo. Tapi di dalam dihiris-hiris, penuh ulat. Namun bagi yang tahu dan nampak, diperlihatkan, tidak akan terpedaya dengan keindahan kulit luaran. Maka dia berhati-hati dari membeli berkilo-kilo an.
Begitulah dunia yang sia-sia perlu ditinggalkan. Mengakhiratkan segala yang ada, agar mendapat keredhaan Tuhan. Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment