بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Takut… adalah satu naluri semula jadi anak adam. Menyebut takut, macam-macam yang kita takutkan. Ada yang takut kemiskinan, takut kepapaan, takut kehilangan, takut kedewasaan dan bermacam-macam takut lagi. Namun takut yang tidak di pandu oleh syarak tidak bermakna sama sekali di sisi Allah s.w.t.
Ana juga tidak terlepas dari rasa takut. Masih ana ingati, sewaku kecil tiba-tiba seorang kawan terus memegang tangan ana. Dia terus menepuk telapak tangan ana. Genggam katanya. Ana panik , terus mengenggam. Di tepuknya lagi, buka, katanya. Ana tak faham terus membuka tapak tangan. Itulah yang diulangi 3x. kemudian, diam-diam katanya, diapun menekan-nekan tangan ana di bahagian atas. Ha… katanya kuat.. Ju nanti ada anak sekian-sekian. Mulai hari itu ana menjadi ketakutan… takut memikirkan. Betul ker… saat bodoh ketika itu menguasai kepala. Sampai menangis dibuatnya. Paling bodoh, setiap kali kawan-kawan lelaki terlanggar, lebih-lebih yang nakal sengaja melanggar, atas sifat bodoh ketika itu, sampai ana tulis satu surat, “jangan hampir dengan saya, saya takut meng…d..ng”
Bila ana terkenang, ana akan tersenyum sendirian. Ye.. , kerana dikotak fikiran ana ketika itu, orang boleh hamil hanya bila ada persentuhan. Dan Allah akan keluarkan sebanyak mana anak. Panik ana membayangkan perkara demikian. Lucu gak bila fikir-fikirkan.
Apa yang ingin ana fokuskan ialah, fikiran demikian sangat kolot hari ini. Kerana hari ini budak-budak sekolah rendah sudah tahu dan tidak terlepas dari melakukan perkara haram di sisi agama. Bahkan mereka langsung tidak ada kegusaran dan ketakutan. Bahkan menjadi banga-banggaan di kalangan teman-teman. Pergaulan mereka tersangat bebas tidak langsung mereka mengingatkan azab yang Allah janjikan kalau mereka terbabas ke destinasi yang tidak sepatutnya.
Zina, adalah perkara keji yang perlu dijauh bermula dari perkara-perkara yang membawa kepadanya. Berleluasanya hari ini pergaulan bebas menyebabkan keadaan ini tidak terkawal. Sebutan zina perlu diwar-warkan dan dibentangkan azab yang akan menanti. Jika tidak, apa yang terjadi hari ini akan terus terjadi. Semakin lama, semakin Allah murkai muka bumi yang penuh dengan orang-orang yang terkeji ini.
Zina juga dapat menarik bala bencana dan malapetaka,
Daripada Maimunah r.a. berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.”
(Hadis riwayat Ahmad, kata al-Munziri - 3/265: isnadnya hasan)
Dan lagi, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah.”
(Hadis riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya)
Bayangkan perkara dosa yang berleluasa, bukan setakat akan mengenai pembuatnya, bahkan ancaman tersebut akan mengenai penduduk disekitarnya. Bila agaknya berakhirnya keadaan ini, kalau masing-masing tidak takutkan Allah, masing-masing masih menolak hukum Allah. Kenapa sukar sangat manusia memertabatkan hukum Allah ye…? Atas penolakan hukum inilah sebenarnya yang membuatkan bala turun bertimpa-timpa. Pembunuhan di sana-sini, anak luar nikah melata dibuang di muka bumi tanpa ada sedikit belas kasihan. Ada yang diblender lagi untuk menghapuskan bukti. Cuba kamu tu yang diblender begitu. Kamu sudi…

Firman Allah :-
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. Surah Al-Israa' :32
Zalim sungguh, kerana itulah kenapa Allah melarang pergaulan bebas, melarang menghampiri zina. Kalau hampir pun Allah dah larang, apatah lagi mereka berzina. Di mana letaknya keimanan.. tidak takutkah dengan azab yang dijanjikan Allah.. Berleluasanya perbuatan ini sebenarnya adalah petanda bahawa kiamat semakin hampir.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya: Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab baginda: Ya, nescaya akan terjadi.”
(Hadis riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani, hadis sahih)

No comments:
Post a Comment