Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Monday, May 31, 2010

LUAHAN HATI UMMI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wahai anak-anakku.. sememangnya ummi sangat memahami keadaan kamu semua. Kamu dibesarkan dengan penuh ujian dan dugaan. Kamu sering ummi tinggalkan. Saat itu ummi sendiri dalam kekeliruan. Antara hati seorang ibu, seorang pekerja, seorang pejuang islam, seorang penuntut ilmu. Kamu semua ummi tinggalkan, di didik oleh suasana keliling yang bermacam. Kamu membawa diri masing-masing ada yang terdidik oleh kawan yang langsung tidak mengenal halal haram. Ada waktu ummi pulang lewat malam, semata-mata menyudahkan satu tugas perjuangan. Mujur kamu tidak terjebak perkara yang dimurkai Tuhan. Kerana asas agama yang ummi pahatkan, masih kalian pegang.

Ummi merenung sejenak perjalanan kehidupan, betulkah apa yang ummi lakukan. Apakah ummi akan di tanyai yang diluar penginapan. Oh Tuhan.... saat itu ummi terhantuk oleh kesedaran, anak-anak, ummi biarkan mencari sendiri nilai kehidupan. Ummi tidak pernah menyalahkan dirimu. Ummi tebus segala kesilapan, ummi letak semua jawatan, semata-mata kerana Tuhan yang menjadikan. Ummi teringat pesan Rasul Junjungan,

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A.

Alhamdulillah, satu persatu ummi melihat perubahan kamu semua. Seorang kamu sentiasa tidak putus mengikuti majlis-majlis ilmu, seorang lagi berada di bawah naungan pembelajaran al-Quran dan kemudian anak ummi yang seorang lagi sedang mula tercari-cari arah kehidupan. Mula-mula dia bermohon membeli Quran terjemahan, ummi hanya senyum sendirian melihat perubahan kamu. Kemudian kamu melangkah membawa kaki ke rumah Allah untuk solat berjemaah, dan mendengar kuliah. Ummi tahu kehampaamu, bila pertama kali ingin berbuat demikian, kuliah pula dibatalkan. Aduh... memang ujian. Namun, ummi dapat rasakan nikmat yang indah dan ketenangan yang kamu rasa saat pertama kali kamu di bawa duduk didalam kuliah ketauhidan. Kamu nampak termenung ke arah permulaan perubahan. Ummi nampak semua riak wajah kamu semua.

Ummi juga sangat bersyukur, ramai lagi anak-anak ummi di luar sana yang mana kawan-kawan kamu semua, yang kini menjadi anak-anak ummi semuanya sangat baik akhlaknya bila bersama-sama kamu alangkah bahagia hati ummi melihat persekitaran kamu dengan kawan-kawan yang sangat berakhlak. Meskipun ada yang masih malu-maluan untuk memulakan sebuah kehidupan beriman. Apa lagi yang lebih indah selain dikelilingi oleh anak-anak yang demikian.

Pesan ummi.... jika ummi tiada pun suatu hari nanti... segala perubahan hadapi dengan penuh kesabaran. Jangan cepat merasa putus asaan di dalam perasaan. Bila bermohon sesuatu pada Allah yang maha penyanyang, Fikir-fikirkan lah Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Anak-anak yang ummi sayangi, bersangka baiklah kalian pada Allah yang sangat penyanyang...
Allah melapangkan bagimu,supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan , dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya,supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain ALLAH.

Sabda Rasulullah saw;
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول قبل موته
بثلاث : لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن الظن بالله عز و جل

Maksudnya; Daripada Jabir bin Abdullah ra, aku mendengar Rasulullah saw bersabda sebelum kewafatannya tiga kali, janganlah seseorang kamu mati melainkan menyangka baik kepada Allah swt.

Sabda Rasulullah saw;
عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : قال الله عز و جل أنا عند ظن عبدي بي فإن ظن بي خيرا فله الخير فلا تظنوا بالله إلا خيرا

Maksudnya; Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman, Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, sekiranya sangkaannya terhadapKu baik maka baginya kebaikan, maka janganlah bersangka terhadap Allah swt melainkan yang baik.

InsyaAllah, bila kalian semua memahami hakikat kehidupan, kalian akan memegang islam bagai digigit dengan geraham. Peganglah islam sekuatnya. Jangan dilepaskan. Kelak kalian akan mendapat keredhaan dan rahmat dari Tuhan sekelian alam. Ameen...

USTAZ MAZLAN : Pesanan & Nasihat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kepada Allah yang memberi peluang kepada semua wargakerja di Ibupejabat MARA menikmati hidangan tazkirah setiap pagi, InsyaAllah. Memulai pagi dengan zikrullah, itu lah yang menepati seperti ayat di atas. Sememangnya ayat-ayat Allah sangat memberi faedah dan ketenangan dan ketenteraman apabila di bacakan. Nikmat apa lagi yang lebih baik dari ilmu yang akan menjuruskan seseorang kepada pertambahan iman. Seterusnya nanti bertemu Allah dalam ketaqwaan.

Pagi ini, Ustaz Mazlan menghidangkan satu santapan kerohanian memetik peringatan dari Ibnu Qayyim al-Jauziyah,ulama dan tokoh gerakan dakwah islamiyah ialah murid kepada ulama terbilang iaitu Syeikh ai-Islam Ibnu Taimiah. Karya ilmiah sangat banyak diantaranya seperti kitab Ar-Ruh,Al-Fawaid,tafsir dan banyak lagi yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam. Ibnu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijjrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada tahun 751 Hijjrah (1350 Masihi).

Ibnu Qayyim al-Jauziyah ada mengatakan bahawa terdapat sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia:

1. Ilmu pengetahuan
Walaupun ilmu ada, namun membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

2. Amalan
Di kira membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

3. Kekayaan
Ada kekayaan tetapi, membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanafaat dan tidak diredhai Allah.

4. Hati
Hati lalai dan leka bahkan membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

5. Tubuh badan
Jasad yang kaku dan beku bahkan membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

6. Cinta
Alangkah membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya

7. Masa
Masa yang dikurniai Allah, jadi membazir jka tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Akal
Penat dan membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama dan mencari redha Allah

9. Zikir
Amal zikir, tetapi ianya membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah SWT menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan.

Firman Allah SWT
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُوراً
yang bermaksud,
“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”
(Surah al-Isra’: 27).

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin,waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10 malam. Waktu-waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak. Menurutnya, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

Semoga apa yang dibentangkan di atas, memberi menafaat kepada kita semua sebagai hamba Allah yang sentiasa bersedia menerima peringatan demi peringatan. Allahu a'lam.

Sunday, May 30, 2010

IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sahabat Abu ad-Darda` Uwaimir al-Anshaari radhiallahu ‘anhu berkata:

الإِيْمِانُ يَزْدَادُ وَ يَنْقُصُ
“Iman itu bertambah dan berkurang.


Imam Nawawi: Mazhab kebanyakan dari kalangan ahli hadis, dan sebahagian ulamak ilmu kalam menyatakan bahawa iman itu bertambah dengan amalan yang taat dan berkurang dengan sebab amalan maksiat.
Dalil-Dalil dari Perkataan Salaf :

'Abdullah bin Ahmad dalam as-Sunnah menukil dari Waqi, bahwa iman itu bertambah dan berkurang. (Hadits ini dikeluarkan oleh al-Bukhari (5/1543/no: 2475) tentang kezhaliman bab: Pengambilan barang tanpa izin pemiliknya; dan Muslim Syarah an-Nawawi (2/41/no: 57) iman bab: Penjelasan berkurangnya keimanan karena maksiat.

Keduanya meriwayatkan dari hadits Abu Hurairah secara marfu')
Demikian pula Abdullah bin Ahmad menukil dari Mujahid berkata, "Iman itu bertambah dan berkurang. Iman itu meliputi perkataan dan perbuatan. (As-sunnah hal: 82 no: 426)

Abdullah bin Ahmaad juga menukil dari Abu Darda dan Abu Hurairah ra, dengan makna yang sama. Dan dalil-dalil yang lain dari perkataan Salaf begitu banyak.

Orang-orang yang taat ialah mereka yang mengerjakan titah perintah Allah s.w.t. di antaranya menuntut ilmu fardu ain,


Allah Swt. berfirman dalam Al-Qur'an:
"Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama?" (QS. At-Taubah:122)

Rasulullah Saw., bersabda:

"Menuntut ilmu itu diwajibkan bagi setiap orang Islam"
(Riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ibnu Abdil Barr, dan Ibnu Adi, dari Anas bin Malik)

Malaikat pencatat akan mencatat kebaikan tersebut, maka iman seseorang ketika ini meningkat, sayangnya manusia tidak nampak. Andaikata manusia nampak, pasti masjid di penuhi oleh orang-orang yang masih di sibukkan dengan perkara lain. Bas-bas berhenti membawa penumpang solat untuk menunaikan ketaatan kepada Allah. Namun apa boleh buat, mereka tidak nampak semua itu. Dengan ilmu kita akan nampak apa yang disebutkan di atas.


Banyak firman-firman Allah menyebut benarnya pertambahan iman ini akan berlaku. Tatkala seseorang mengerjakan kebaikan, maka imannya akan bertambah.

Firman Allah swt:
(وَيَزدَادُ الذينَ آمنُوا إيمانًا)
[dan supaya orang-orang Yang beriman bertambah imannya…/Al Mudasir:31],

(وَمَا زَادَهُم إلا إيمَانًا) [dan tiadalah ia menambahkan kepada mereka melainkan keimanan/Al Ahzab:32],

(فَأمَّا الذينَ آمنُوا فَزَادَتْهُمْ إيمَانًا)
[Adapun orang yang beriman ayat itu menambah iman mereka/At Taubah:124
] dan banyak lagi ayat-ayat Al Quran yang seumpamanya.

Justeru itulah kita sangat-sangat di tuntut agar bersegera bertaubat, dan sebaik-baiknya setiap kali lepas solat bertaubatlah sentiasa. Perlulah di ketahui, taubat tidak wajib untuk Allah terima. Allah boleh terima dan boleh tolak. Harus bagi Allah. Jadi jangan sekali-kali kita berbuat dosa. Terutama dengan manusia.

Diantara titah perintah Allah, wajib belajar ilmu agama, kemudian beramal, menjauhkan diri dari kemungkaran, mentaati kedua ibubapa, mentaati suami, mengadili setiap isteri, menghormati orang tua juga bersifat ihsan dengan remaja.

Orang beriman tidak akan melakukan maksiat. Maka tatkala maksiat di lakukan saat itu imannya mulai berkurangan atau tiada. Menjauhkan segala larangan Allah bermaksud meninggalkan perkara-perkara dosa. contoh Allah memerintahkan

Firman Allah:Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.(al-Isra’:32)

Ini adalah larangan Allah, kerana kesannya sangat jelas di lihat hari ini. Bila pergaulan bebas berlaku, ayat-ayat bebas keluar sesuka hati dengan nada godaan dan syahwat, maka lambat laun zina berlaku. Bila zina berlaku, lambat laun berlakulah pembunuhan bayi yang bersepah di sana sini. Puncanya kerana benih-benih mungkar, benda-benda haram telah menjalar menjadi makanan rohani seseorang, yang mana mengakibatkan kesan yang sangat mendukacitakan.

Bila benda haram di telan dalam kehidupan, inilah kesan yang berpanjangan. Ustaz menyeru dalam kuliah tadi, jangan melakukan pembunuhan. Kamu sorok dekat mana sekalipun, suatu hari akan terbongkar. Membunuh manusia adalah di larang. kalau nak bunuh, bunuh nyamuk kata ustaz.

"Tidak berzina seorang pezina, ketika berzina ia seorang yang beriman ....". (Hadits ini dikeluarkan oleh Muslim (1/69/no: 49) tentang Iman bab: Penjelasan tentang melarang kemungkaran merupakan bagian dari iman. Iman itu bertambah dan berkurang.

Untuk mempastikan iman tidak berkurangan dan menurun, jagalah iman. Kurangkan bercakap perkara-perkara dunia yang tidak membawa kepada akhirat. jika hendak berkata-kata, yang baik yang menjurus kepada akhirat, akan memantap dan menambah iman seseorang. Namun bila kata-kata yang mengandungi umpatan, fitnah dan keduniaan yang menyangahi titah perintah yang Allah tetapkan, iman akan menurun. Maka cepat-cepat kita istighfar. Lebih-lebih sewaktu azan berkumandang, jangan bercakap-cakap. Kerana ianya akan meyukarkan seseorang sewaktu sakarat al maut untuk mengucap kalimah syahadah.

Memandangkan iman menentukan kesudahan diri seseorang di sisi Allah di akhirat nanti, maka marilah bersama kita mengambil peringatan ini, agar sentiasa menjaga iman kita agar tidak menurun dan berkurangan. Maka, sama-sama kita istiqamah dalam melakukkan kebaikan dan terus menerus menuntut ilmu agar kita tidak tergolong dalam kejahilan. Allahu a'lam.

Saturday, May 29, 2010

PERSEDIAAN UNTUK MATI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Setibanya di Masjid Taman Ar-Ridhuan, azan maghrib berkumandang. Sebaik selesai solat ana dah siap-siap bersedia ke kereta menanti suami, al-maklum tidak mahu dia tertunggu-tunggu untuk menghantar anak angkat ke Ukay Bistari, untuk siap sedia bertolak ke Kedah malam ini juga yang akan di hantar oleh ustaz yang lain ke Bukit Jalil mengambil bas.

Sampai di kereta, kuliah bermula, macam kenal sahaja suara ini. Kemudian, suami hantar sms, nak dengar kuliah kejap.. ustaz Yunus.. apa lagi, ana sms, "nak dengar gak..." dan memulakan langkahan dengan segera, untuk ke atas masjid semula. Harap-harap dapatlah dengar habis.

Terngiang-ngiang di telinga ana, satu kisah benar yang dibawakan oleh Ustaz yang diberitahukan seorang pemandi mayat kepada nya, sewaktu mayat seorang GRO dimandikan, keluar kutu yang entah mana datangnya dengan banyak. Kemudian keluar darah yang mengalir dari suatu tempat, juga ramai yang bertanyakan selepas kapan, kenapa gunakan kain hitam. Kenapa tak diguna kain putih seperti biasa, rupanya kain tersebut bertukar menjadi hitam, asalnya putih. Moga-moga, Allah memberi keampunan jika perempuan ini ada melakukan kesalahan sebagai doa Ustaz.

Berbalik kepada hal kematian, sebelum kematian apa yang perlu di tempuh oleh semua orang ialah saat-saat sakaratul maut. Atas permintaan seorang sahabat yang sangat aktif dalam pembacaan dan pengumpulan buku-buku, meminta jasa baik ana menintakan hal-hal berkaitan dengan soal sakaratul maut dan menghadapi kematian ini dalam blog ana, demi untuk memanjangkan apa sahaja ilmu yang boleh dimenafaatkan oleh orang banyak. Mari sama-sama kita menilai dan membuat persediaan sebelum kita semua, menghadapi SAAT-SAAT SAKARATUL MAUT.

Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:

Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).

Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:
“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”
Mereka yang dipermudahkan dan disenangkan ketika menghadapi nazak ialah mereka yang beriman dan beramal kebajikan secara ikhlas. Allah mengutus berpuluh-puluh Malaikat Rahmat untuk menghibur hatinya ketika menghembuskan nafas terakhir, berpisah meninggalkan anak isteri dan keluarganya sehingga dia menghadapi mati dengan tenang, mudah, bahagia dan gembira. Manakala bagi orang yang terlibat dengan dosa besar dan maksiat menghadapi kesukaran dan keperitan yang bertindih-tindih ketika nazak.
Firman Allah dalam surah al-Qiyamah, ayat 29:
وَالْتَفَّتِ السَّاقُ بِالسَّاقِ
Maksudnya: “Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih.”

Orang yang yang disukarkan nazak ialah orang yang mendustakan agama, tidak mengerjakan solat, sombong dan jahat, serta bergelumang dengan dosa demi dosa. Ketika menghadapi nazak atau sakarataulmaut itu, Allah memperlihatkan kepada dirinya segala dosa yang dilakukan, seluruh penderitaan zahir dan batin mangsa-mangsa perbuatannya dikumpulkan dan ditayangkan kepadanya ketika menghadapi saat kematian. Kalau dia membunuh diperlihatkan perbuatan pembunuhan itu. Jika dia menzalimi orang, maka diperlihatkan kezaliman yang dilakukan.

Di dalam beberapa hadith disebutkan mereka juga dijerkah oleh Malaikat Maut dan diperlihatkan kepadanya azab seksa api neraka. Keperitan dan kesakitan menghadapi sakaratulmaut menyebabkan mati dalam keadaan kufur tidak sempat mengucap dua kalimah syahadah. Malah kadangkala di pertunjukkan kelakuan buruk kepada ahli-ahli yang hadir menziarahinya yang menjatuhkan nama baik dan pangkat yang diperolehi. Dengan demikian berwaspadalah dan jagalah tingkahlaku semasa kita hidup.

Keperitan sakaratulmaut tidak dapat dibayangkan dan tidak dapat dibandingkan dengan kesakitan di dunia ini. Rasulullah sendiri merasakan sakitnya di waktu saat kematiannya sehingga baginda membasahi sehelai kain dengan air kemudian mengusapi diwajahnya sambil bersabda, (لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله)“ Tiada Tuhan melainkan Allah. Sesungguhnya bagi setiap kematian itu ada sakaratulmaut. Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi sakaratulmaut”. Walaupun Rasulullah SAW terpelihara daripada dosa, namun baginda juga meninggal dunia seperti orang lain menghadapi proses sakaratulmaut, menghadapi kesakitan apatah lagi kita manusia yang tidak dapat lari melakukan perbuatan berdosa.

Justeru itu teman-teman, janganlah sekali-kali kita terfikir untuk berbuat dosa lagi, yang sudah tu, sudahlah... takut-takut saat ajal datang saat kita tidak bersedia dan terleka. Kita semua tidak tahu bila ajal akan datang menjemput kita...

Allahu a'lam.

Friday, May 28, 2010

USTAZ MAZLAN : TARIKAN DUNIA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Menyambung kembali pembicaraan kitab Mastika Hadis mengenai "manusia dan dunia" hari ini ustaz membicarakan tentang hal-hal tarikan dunia yang biasa kita terlalai mengenainya. Dunia tempat singgah sementara lagi memperdaya pada golongan yang tidak bertaqwa. Bagi golongan yang bertaqwa, dunia membawanya berjaya di akhirat kelak. Manusia di akhirat nanti boleh digolongkan kepada beberapa kategori :-

i) Orang yang berjaya di dunia dan tidak berjaya di akhirat

ii) Orang yang tidak berjaya di dunia dan tidak berjaya di akhirat

iii) Orang yang tidak berjaya di dunia dan berjaya di akhirat

iv) Orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat


Tidak dinafikan terlalu ramai yang terpedaya dan hanyut ketika hidup di dunia. Hanyut dalam kelalaian dan kemewahan. Itu yang Rasulullah s.a.w takutkan, takut umatnya diuji dengan kemewahan. Kita pun banyak melihat, orang yang mewah biasanya lupa pada Tuhan. Orang yang kaya jarang mengingati Allah.

Apa yang dapat disimpulkan dari kenyataan ini, bahawa :-


- dunia kesenangan yang sementara lagi memperdaya bagi orang yang tidak bertaqwa

- Orang yang berusaha dengan tujuan dunia semata-mata di dunia akan mendapat azab di akhirat nanti. Mereka tidak berusaha menjadikan nikmat untuk selamat.

- Orang yang berusaha untuk akhiratnya adalah usaha yang dihargai bahkan mendapat balasan diakhirat sebagai seorang yang sangat beruntung.


Ada juga orang-orang miskin yang menyalahkan Allah atas kefakirannya. Namun ini tidak banyak berlaku. Ini yang dikatakan orang yang tidak berjaya di dunia, tidak juga berjaya di akhirat. Allah tidak melarang kita mendapatkan dunia dan nikmat tersebut patut disyukuri bahkan Allah akan menambahnya lagi.


Maka wajiblah kita bertaqwa kepada Allah untuk kejayaan pada hari esok, jauhkan dari terpedaya kepada tarikan dunia yang memusnahkan kita di akhirnya. menyebut perkara ini Rasulullah s.a.w., pula mengingatkan umatnya mengenai kehidupan dunia dengan hadis yang berikut:



عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ وَإِنَّ اللَّهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُونَ فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ. (مسلم

Dari Abu Said al-Khudri, r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya dunia ini manis dan indah dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya, maka dengan itu ia sentiasa memerhati bagaimana cara kamu menjalankan urusan itu; oleh itu hendaklah kamu menjaga diri dari keburukan yang disebabkan oleh dunia, dan khasnya oleh perempuan; kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa kaum Bani Israel adalah berpunca dari orang-orang perempuan.(Muslim)


Allah menjadikan dunia tempat ujian bagi manusia. Siapakah di antara mereka yang paling baik ketaqwaannya. sememangnya dunia itu adalah perhiasan.

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً


Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya. Surah al-Kahfi "7

Anak, isteri perlu di jaga kerana wanita-wanita ini mendatangkan fitnah pada dunia. Anak lelaki juga perlu dijaga supaya berhati-hati pada wanita. Selalu kita dengar, 3 'ta' yang merosakkan manusia. Harta, tahta dan wanita. Bila di amati ada betulnya. Sememangnya neraka itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang nafsu sangat suka.


Demi mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat, mari lah sama-kita menjaga diri dan keluarga kita dari api neraka. Firman Allah:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً

TIPS MENGECAPI KECEMERLANGAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t yang masih memberi sinar hidayah kepada hambaNya menuju akhirat juga atas limpah dan rahmatnya yang berterusan dalam kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat, antara ucapan muqaddimah tazkirah pagi di MARA oleh Akhie Nik Syuharul Apizo.

Mari bersama kita kongsikan tips-tips mengecapi kecermerlangan dan sama-sama kita menganalisis dan menilai bersama di dalam kerjaya dengan budaya kerja cemerlang agar ianya dapat diperbaiki dari masa ke semasa demi memertabatkan agama bangsa dan negara.

Beberapa tips kecemerlangan diri dalam membangunkan Organisasi di perturunkan seperti di bawah ini :-

1. Aura kekemasan diri perlu di jagai dan diserlahkan dan dijaga dengan kemas, namun ianya mestilah tidak lari dari tuntutan syarak.
2. Akhlak dan tingkah laku perlu di jaga dan disuburkan dari masa ke semasa.
3. Tuturkata yang sopan dan santun menunjukkan pegangan keislaman yang berkualiti.
4. Layanan yang baik terhadap rakan dan pelanggan demi maruah seseorang dan sesebuah organisasi.
5. Taat pada ajaran agama khususnya tidak sekali-kali meninggalkan solat.
6. Pandai menyimpan rahsia di samping bersifat amanah terhadap diri atau organisasi dan tidak mengaibkan sesiapa pun.

Dengan sedikit tips ini, semoga dapat bersama-sama kita memantapkan diri masing-masing berpandukan ilmu yang berkualiti dari masa ke semasa. InsyaAllah.

Thursday, May 27, 2010

KEUTAMAAN SALAM & MEMBUAT JAMUAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Memetik kepentingan dan keutamaan memberi salam dan mengadakan jamuan, maka pada pagi tazkirah di pejabat ana 26/5/2010 kami dibacakan dengan hadis-hadis yang berkaitan dengannya. Marilah kita kongsikan bersama mudah-mudahan ianya memberi menafaat pada kita yang sering merindui peringatan demi peringatan sepanjang masa. Sedikit sebanyak ana dapat memuatkan ia di dalam ruangan ini, moga-moga Allah memberi kefahaman ilmu pada kita, InsyaAllah.

Rasullullah telah berwasiat kepada Abdullah bin Salam dengan sabdanya yang bermaksud: "Hendaklah kamu memberi salam kepada saudara islam yang kamu kenali atau yang tidak kamu kenali selain itu hendaklah kamu mengadakan jamuan dan menjalinkan silatulrahim. Pada waktu malam ketika orang sedang tidur lena hendaklah kamu bangun mendirikan solat malam. Dengan demikian orang itu akan masuk syurga dengan Selamat.

Nabi SAW berpesan hendaklah memberi salam kepada orang-orang beriman samaada kita mengenali atau tidak orang tersebut, disamping mendoakan kesejahteraan terhadap saudaranya itu. Begitu juga Rasullullah menganjurkan agar suka mengadakan majlis makan-makan, walaupun hanya sepotong roti kering, namun budaya jamuan itu sewajarnya menjadi amalan hidup. Mengadakan jamuan juga mempunyai hubungan rapat dengan saranan Rasullullah SAW agar seseorang itu menjalin hubungan persaudaraan (silatulrahim) sesama saudara islam. Rasullullah SAW juga sering mengadakan jamuan terutama kepada golongan ahli Suffah yang tinggal dimasjid nabi.


Peranan Salam dalam Islam merupakan satu doa kesejahteraan terhadap saudara islam kita. Di sana ada satu unsur tarbiyah yang menunjukkan kebersihan hati seseorang. Kelebihan orang yang memberi salam juga dengan doa yang diberi pada orang lain, maka kebajikan kembali kepada yang memberi salam semula. Itu janji Allah.

Dengan doa tersebut sudah melambangkan kebaikan budi seseorang. Dengan demikian, terlepaslah ia dari hasad dengki khianat dan sebagainya. Fungsi demikian dapatlah dia mempertahankan diri dari khianat terhadap orang lain.

Memperkatakan pengertian salam, pastinya sangat luas sekali. Namun paling tidak ia berbuat baik mendoakan supaya diri, harta benda, agama, keimanan terpelihara untuk saudaranya. Tidak rugi kepada yang memberi salam, kerana salam akan di jawab salam juga. Dengan tersendirinya dirinya di doa..i sama.

Perbezaan hukum antara memberi dan menerima salam dapat dinyatakan bahawa memberi salam adalah sunat sahaja. Namun menjawab salam adalah wajib. Ini mengambarkan setiap penghargaan yang diberi perlu di balas dan dijawab dengan lebih baik. Ini dijelaskan lagi di dalam firman Allah suran an-Nisa ayat 4.

وَآتُواْ النَّسَاء صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْساً فَكُلُوهُ هَنِيئاً مَّرِيئاً
Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.

Berikut adalah kelebihan bagi orang yang suka menjamu orang lain makan. Menjadikan ia satu amalan hidup akan lebih mengeratkan lagi persaudaraan Islam. Rasulullah s.a.w sendiri sering menjamu sahabat-sahabatnya terutama pada golongan ahli sufah. Malahan Nabi sendiri tidak mengabaikan jemputan-jemputan yang beliau terima. Ini yang dikatakan jamuan dapat mengeratkan lagi persaudaraan.

حدثنا ‏ ‏قتيبة بن سعيد ‏ ‏عن ‏ ‏مالك بن أنس ‏ ‏فيما قرئ عليه عن ‏ ‏إسحق بن عبد الله بن أبي طلحة ‏ ‏أنه سمع ‏ ‏أنس بن مالك‏ ‏يقولا ‏ إن خياطا دعا رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏لطعام صنعه قال ‏ ‏أنس بن مالك ‏ ‏فذهبت مع رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إلى ذلك الطعام فقرب إلى رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏خبزا من شعير ومرقا فيه ‏ ‏دباء ‏ ‏وقديد ‏ ‏قال ‏ ‏أنس ‏ ‏فرأيت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يتتبع ‏ ‏الدباء ‏ ‏من حوالي ‏ ‏الصحفة ‏ ‏قال ‏ ‏فلم أزل أحب ‏ ‏الدباء ‏ ‏منذ يومئذ .(اخرجه مسلم في الأشربة جواز أكل المرق واستحباب أكل اليقطين وإيثار أهل المائدة:3803)

Maksudnya: “Daripada Hadis Anas bin Malik r.a: Seorang tukang jahit telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk menghadiri suatu jamuan makan. Anas bin Malik berkata: Aku pergi bersama Rasulullah s.a.w menghadiri jamuan makan tersebut. Dia menghampiri Rasulullah s.a.w dan menghidangkan roti dari gandum serta kuah berisi buah labu dan daging bakar. Anas berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w mencari-cari buah labu dari dalam sahfah tersebut iaitu sebuah bekas makanan yang memuatkan makanan cukup untuk lima orang ‏

Tuesday, May 25, 2010

PERINGATAN AKHIR ZAMAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Hari ini masjid bukan lagi berfungsi untuk dijadikan tempat yang mulia. Walaupun masjid tumbuh bagai cendawan banyaknya ...sayang sekali, ia lebih kepada bangga-bangga tentang binaannya. Maka jadilah ia sebagai tempat lawatan atau sekadar tempat untuk diziarahi sahaja. Bahkan ada yang menziarahi masjid, bersolat pun tidak.

Masyarakat dan penguasa membangun bangunan yang megah-megah. Pernah Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Malaikat Jibril bila datangnya Kiamat.“(Aku sendiri tidak tahu), tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tandatandanya.” Lalu Malaikat Jibril menyebutkan antara lain, “Apabila penggembalapenggembala ternak sudah berlombalomba dalam membuat bangunan (rumah dan sebagainya), itu termasuk tanda-tanda telah dekatnya hari Kiamat.”Kaum muslimin tidak hanya mendirikan bangunan-bangunan umum yang megah, melainkan juga masjid-masjid yang megah, namun mereka tidak mau meramaikan masjid dengan ibadah. Jadi masjid yang megah itu hanya dijadikan bangga-banggaan.

Ini di sebutkan di dalam hadis yang lain :-
‘Tidak akan datang Kiamat sehingga manusia bermegah-megah dalam membangun masjid.” (HR Ahmad).


Di antara tanda-tanda telah dekatnya Kiamat ialah orang-orang bermegah-megahan dalam membangun masjid.” (HR An-Nasa’i).

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan. [Bukhari & Muslim]

عَنْ أَبِيْ هريرة رضي الله عنه؛ قال رسول الله عليه وسلم: " إذا ضُيِّعَتِ اْلأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ. قال كَيْفَ إضاعَتُهَا ياَ رسولَ الله؟ قال: إذا أُسْنِدَ الأمرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ؛ فَانْتَظِرِ السَّاعَة "
Maksudnya :Daripada Abi Hurairah radiyallahu `anhu, sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila amanah dipersia-siakan, tunggulah berlakunya Qiamat". Abu Hurairah bertanya: "Bagaimanakah amanah yang dipersia-siakan? Jawab baginda: "Apabila sesuatu urusan diserahkan mandat kepada bukan yang berkelayakan, tunggulah berlakunya Qiamat".

Berebut jawatan adalah perkara biasa hari ini. Ramai yang tidak menyedari amanah tersebut sangat berat. Maka ramailah yang meminta-minta jawatan, kerana di situ ada kepentingan yang besar. Namun bagi pemimpin yang tidak bertaqwa susah untuk dia jumpa dengan pintu syurga. itulah yang ana dengar dari ustaz tengahari tadi. Namun bagi yang memikul amanah dengan penuh taqwa, maka Allah akan mantapkan kakinya nanti di titian sirat. Peluang baik bagi pemimpin yang beriman kepada Allah.

Daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan). Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi jika engkau diberikan kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

بلغ عني ولو أية

"Barangsiapa yang menyeru manusia kepada hidayah, dia mempunyai pahala seperti pahala yang dicapai oleh orang yang menyahut seruannya tanpa mengurangi pahala mereka yang menyambut seruannya, semakin banyak orang yang mengikuti seruannya semakin berlipat ganda pahala yang diperolehinya." (Riwayat Muslim)

MENGHARGAI MASA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. Surah al-Asr

Sesungguhnya Allah mengingatkan bahawa manusia itu berada dalam kerugian. Kebanyakkan manusia menghabiskan masanya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, banyak berangan-angan, memfitnah, mengadu domba dan sebagainya. Hanya mereka yang mempunyai iman dan ketaqwaan serta hayatnya mengerjakan amal yang soleh sahaja yang beruntung dunia dan akhirat.

Muslimin dan Muslimat yang di rahmati Allah sekelian, ajaran Islam menuntut kita mengunakan masa sebaik mungkin dengan amalan baik dan berterusan yakni istiqamah. Bukanlah kita hanya melakukan kebaikan itu pada hari-hari tertentu sahaja. Bahkan bila-bila masa sahaja kita dituntut agar megekalkan kebaikan tersebut.

Jelaslah, apa jua pekerjaan dan amal perbuatan yang kita kerjakan hendaklah dibuat dengan sebaik-baiknya, dengan rapi dan sempurna, sama ada yang berhubung dengan dunia apa lagi yang berhubung dengan akhirat untuk mendapat rahmat Tuhan.”

Sebuah hadis menyatakan maksudnya:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala suka orang yang bekerja apabila bekerja ia sentiasa memperbaiki mutu prestasinya”. (Riwayat al-Baihaqi)

maknanya disini kerja yang di sukai oleh Allah supaya hambanya melakukan dengan bersungguh-sungguh dan berkualiti. Memetik persoalan inilah, maka dalam tazkirah pagi tadi di pejabat ana kita diseru supaya bersama mengamalkan kebaikan. Mudah-mudahan waktu yang dimenafaatkan akan memberi faedah kepada kita.

Faedah yang di maksudkan di sini di antaranya :-
- Banyak amal ibadah dengan ikhlas tanpa jemu
- banyak memberi menafaat untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara
- mahu berubah kepada kebaikan dan menerima pandangan orang lain
- merancang masa sebaiknya dan mengurus masa untuk ibadat fardu, pekerjaan, menambah ilmu pengetahuan, bersama keluarga dan masyarakat sekitar.

Allahu a'lam.

Monday, May 24, 2010

USTAZ SYARHAN : Melampaui batas pada diri

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ


Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Surah Az-Zumar: 53



Mudah-mudahan kita sama-sama diberkati oleh Allah s.w.t .Pertama dan selamanya bersama kita rafakkan mengucapkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah kerana taufik dan hidayat darinya jua maka kita boleh menjalani hidup dan berusaha tingkatkan iman dan ketaqwaan kita kepada Allah. Alhamdulillah Allah masih lagi beri hidayah dan kita berdoa mudah-mudahan berkekalan hendaknya hidayah tersebut.

Menurut ustaz, Ayat yang dikongsikan ini, amat menarik perhatian ustaz kerana Ayat yang dibacakan oleh ustaz di atas tadi adalah ayat yang digunakan sebagai tema dan tajuk oleh seorang ulama yang mengarang sebuah kitab yang di tulis oleh Aidh bin Abdullah Al Qarni , yang menjadi asas perbincangan dalam kitab tersebut.

يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا
Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas , Ayat ini menekankan dan membicarakan tentang orang yang melampaui batas pada diri sendiri dengan melakukan maksiat. Kenapa Allah mengunakan ‘melampaui batas pada diri mereka sendiri?’ Melampau pada orang lain biasa kita dengar, seperti menaikkan harga yang benar-benar tidak patut pada satu barang. Itu kita faham. Namun bicara ayat ini, apa maksudnya? Seseorang yang membawa diri ke kancah maksiat. Melakukan dosa kepada Allah. Dosa ni hukumnya Haram. Tak ada dosa hukumnya halal. Apa boleh kita kata ‘Nak buat dosa yang halal lah.. ada ker gitu? Soal ustaz. Kalau sesuatu yang diharamkan oleh Allah, haramlah hukumnya. Namanya dosa maka tidak boleh dibuat sama sekali.

Kita nampak yang haram itu babi sahaja. Dengar pun kita dah jijik. Sebab bunyinya pun dah set dalam kepala, haram. Tetapi haram itu dia tidak aplikasikan dalam bentuk yang lain. Bila dengar arak, judi, macam biasa aje. Hari ni judi dah jadi halal. Tak nampak haramnya lebih-lebih bila dah diberi lesen. Boleh pulak asas halal tu ada lesen. Sedangkan judi, arak dan zina itu, terletak pada satu rangkaian yang haram. Kalaulah itu asas kepada halal, boleh lah buat dosa. Gitu ker. Allah dah sebut najis, minta kita jauh semua perkara keji ini. Perkara ini yang sangat di sukai oleh syaitan. Maknanya berdosa kita lakukan. Di antara dosa-dosa besar yang disebut oleh Allah. Bila nama kata dosa, maka haramlah dibuat.

Orang yang pernah terlajak buat silap atau dosa. Kita kena usaha untuk bimbing diri kepada jalan yang Allah redha. Asasnya islam. Ramai yang Tidak membawa cara hidup Islam, bergelumang dengan dosa. Jika bukan islam kita tak hairan sangat. Kita khuatir dimana nabi pernah sebut perkara ini dalam satu hadis

Maksud Hadis
Daripada Ali bin Abi Thalib ra berkata, Telah bersabdaRasulullah saw, "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dan mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali." Hadis Riwayat al-Baihaqi

Nama islam, berapa ramai buat benda dosa, tak tunai kewajipan pada Allah. Tidak membawa cara hidup islam dalam kehidupan. Apa sebenar matlamat hidup kita. Jika kita bergelumang dengan dosa. Ayat ini menberi gambaran, kita yang dah faham tentang islam, minta Allah kekalkan hidayah pada kita. Hidayah terbahagi 2. Satunya petunjuk yang umum. Contoh anak lahir, dia mengerti nak susu kat mana. Ikan tahu kenapa dia tak keluar dari laut. Itu namanya petunjuk yang umum.

Allah merakamkan kisah musa dan Firaun, Makhluk yang mengaku tuhan. Kisah mashitah. Penyisir rambut anak Firaun. Nabi kenal Mashitah dalam peristiwa israk dan mikraj. Allah mempertontonkan pada nabi, satu kawasan bau harum. Bila nabi s.a.w. bertanya pada Jibril, Menurut Malaikat jibril makam mashitah. Siapa itu mashitah? Seorang yang beriman pada Allah. Tukang bela anak Firaun walaupun duduk dalam istana Firaun, duduk dalam istana orang yang megaku tuhan. Apabila Sisir rambut anak Firaun sikat tejatuh. Terkeluar perkataan ‘Allahu akbar’. Anak firaun Tanya ada ker tuhan lain dari ayahku. Mashitah menjawab ‘Sesungguhnya tuhan ku,tuhan kamu dan Tuhan bapamu. Anaknya ‘Report’ pada Firaun. Mashitah dipanggil, tetap dengan pendiriannya. Lalu di ugut. Tak goyang tak berganjak Mashitah dengan kalimah tersebut walau setapak. Maka firaun, ugut kumpul keluarga mashitah, di masak air mendidih, dilempar seorang demi seorang. Akhirnya sampai mashitah dengan anak yang didukung, apabila ditarik anak, terasa kesian, dah terlintas hatinya nak tarik kata-kata tersebut, namun anak kecil boleh bercakap dengan izin Allah, ‘sesungguh kamu di atas jalan yang benar, dengar demikian, maka mashitah terus terjun dalam air mendidih tersebut. Wangi semerbak kubur Mashitah binti firaun. Bukan maknanya anak Firaun. Tapi dikatakan gitu pada yang bela, sebelum hukum anak angkat turun.

Kisah tersebut hendak mengambarkan bagaimana kuatnya iman seorang wanita pada Allah mampu berdepan dengan Firaun. Nabi Musa pun tinggal dengan Firaun satu ketika. Hidup dalam istana dia. Menentang dia suatu hari nanti. Allah rakamkan dialog nabi musa dengan firaun surah toha. 49-50
قَالَ فَمَن رَّبُّكُمَا يَا مُوسَى قَالَ رَبُّنَا الَّذِي أَعْطَى كُلَّ شَيْءٍ خَلْقَهُ ثُمَّ هَدَى
Berkata Fir'aun: "Maka siapakah Tuhanmu berdua, hai Musa ? . Musa berkata: "Tuhan kami ialah (Tuhan) yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberinya petunjuk.

Kedua Hidayah khusus. Dalam solat kita minta Allah tunjukkan jalan yang lurus. Sahabat tanya Nabi, apa yang dimaksudkan jalan yang lurus tersebut. Nabi ambik ranting, buat garisan dijalan, ini jalan lurus. Jalan Allah. Jadi sejauh mana kita membawa diri, keluarga dan masyarakat di atas hidayah Allah. Semua ini tanggung jawab kita. Adakah kita dah beres untuk diri , bagaimana anak isteri di rumah, adakah kita tak jaga dan pelihara mereka dengan hukum hakam Allah. Firman Allah memerintahkan kita

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
Surah at-Tahrim : 6

Perintah ini, Allah yang sebut bukan saya sebut kata ustaz. Bila kita duduk seorang diri, cuba bermahasabah. Diri kita macam mana. Mampukah kita senyum nak mengadap Allah. Tengok muka isteri masa dia tidur. Bagaimana yang di amanah dan hendak menghadap pada Allah. Pada anak sajauh mana kita bimbing mereka jauh dari azab siksa Allah.kalau tak dapat jawab sendiri pertanyaan kita, bagaimana keadaannya kita hendak menjawab depan Allah nanti. Jadi masa dan peluang kita masih hidup, ubahlah, bawa keluarga hidup besyariat seru ustaz, garis syariat Allah kena bertudung, tetapi ramai yang tidak bertudung, makan halal haram tak kisah. Kenalah Rajin bawa anak isteri, solat di masjid, dengar tazkirah kerana kita khuatir benda dosa belum tentu Allah ampun atau tidak.

Ayat tadi, .. الَّذِينَ أَسْرَفُوا yang mereka melampau batas, sudah berdosa pada Allah. Bila di sebut ayat,

إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً

Kita rasa senang hati , sebab bila Allah sebut jangan putus asa dari mohon ampun pada Allah. Walaupun masa muda pernah buat dosa. Bukan ikut senang cakap, ‘alang-alang buat, nak buat lagi’. Itu silap. Allah dah cakap jangan putus asa mohon ampun pada Allah, dengan syarat jangan rasa bila Allah maha pengampun , kita boleh buat jadi alasan untuk buat maksia.t, kemudian buat taubat buat maksiat, kemudian taubat. Iblis,bisik gitu. Buat hari ini, esok taubat. Allah maha pengampun bisiknya... Dosa adalah benda haram . Maksud pengampun di sini, taubat yang Allah terima, jika kita tersilap dan jahil. Kalau dah mengerti dah faham, tetapi buat juga. Bukan itu itu maksudnya.

Masing –masing ada sejarah sendiri. Zaman dulu-dulu, . nak cerita ganasnya dulu. Walau demikian, kata Allah jangan putus asa. Mohonlah keampunan pada Allah. Zaman dulu, pendedahan islam tak kuat dan kurang bahkan payah di cari. Mengaji azhar, pakai skirt. Sekarang tak boleh. Pendek, kata jika masih mengatakan tidak tahu tentang aurat, pelik lah. Semua dah maklum dan reti dah.

Mohon keampunan pada Allah dengan membawa cara hidup yang diredhai Allah dalam masa yang sama bawa dalam kerangka yang Allah redha. Sentiasa mohon keampunan Allah. Moga- moga Allah menerimanya.

Akhir ayat, Allah pengampun ke atas semua dosa, jadi ustaz mengajak dirinya dan semua kita, hidup dengan cara islam, mencari redha Allah juga mencari keampunan Allah.Moga semua kita di rahmati Allah. Allahu a’lam.

Sunday, May 23, 2010

MENENTANG DAKWAH & PERINGATAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Begitu seronok hari ini di kalangan orang-orang islam menceritakan hari-hari, isu-isu panas di mana-mana sahaja, baik di pejabat-pejabat, di kedai-kedai kopi, di taman-taman bila bertemunya sekawan beramai-ramai. Peliknya sempat mereka heboh memperkatakan itu dan ini, bahkan mengeluarkan fatwa sendiri, ini tak betul, ini hebat dan sebagainya. Paling mengejutkan andaian-andaian yang dibuat hasil pembacaan di akhbar-akhbar, di majalah-majalah sensasi dan berita-berita serta tayangan-tayangan di kaca tv atau yang di petik dari internet-internet membolehkan mereka menghukum seseorang sesuka hati. Hatta rumah tangga orang lain, yang tidak patut untuk disentuh telah di cerita-cerita..i.

Membendung gelaja ini memang sukar, bahkan ditentang. Bila berkata-kata, berkatalah yang baik-baik yang mengandungi nilai ibadah kepada Allah. Menjadikan kerja dan perilaku sebagai ibadah, bila segala peri laku tersebut tidak terkeluar dari norma-norma syarak ada nilai ibadah di situ. Banyak bercakap, banyak pula silapnya. Jika tidak mampu memperkatakan yang baik-baik, lebih baik diam. Namun, bila diajak kepada yang baik, bahkan mereka yang menegur mengingatkan agar kita kembali mengisi ruang sihat, ruang masa lapang dengan meperbanyakkan perkara-perkara yang memperingatkan kita kepada Allah, bahawa dunia ini perlu kita mengumpul bekal untuk ke akhirat, namun mereka yang mengingatkan akan di cantas, di perleceh, diperolok-olok, di dustai dan di tertawakan.

Meskipun Allah berfirman :-
فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَى
oleh sebab itu berikanlah peringatan karena peringatan itu bermanfa'at,

Tidak ramai yang boleh menerima peringatan. Begitulah nabi kita yang mulia, betapa susahnya baginda berdakwah hingga apa yang disebut di atas tadi, dilalui lebih hebat dari kita. Bahkan baginda dituduh dengan berbagai tuduhan yang tidak dapat diterima akal yang sihat. Mereka sanggup mengatakan nabi yang digelar mereka sendiri dengan 'al-Amin' sebagai ahli sihir dan pembohong, lagi pendusta. Mereka memandang dengan penuh benci serta perasaan dendam yang meruap-ruap. Sanggup mereka mengelar baginda sebagai seorang yang gila.. Zalim sungguh mereka, sedang kebenaran di depan mata. Semua ini boleh dirujuk dalam Sirah Nabawiyah, bagaimana hebatnya baginda di tentangi.

Apa lagi kita, bila membawa nilai agama di mana sahaja, pastinya tidak terlepas dari semua ini. Mereka tidak suka ditegur segala perbuatan mereka, yang kadang-kadang mempersenda-sendakan agama dan hukum yang di tetapkan oleh Allah secara Qat'i. Hukum Allah dibuat gurauan untuk memperkuatkan tindakan mereka. Sedangkan tiada hukum Allah boleh dipermain-mainkan.

Begitulah hendaknya, mereka yang tergolong di dalam golongan ini, bila sudah terbiasa dengan amalan demikian, mereka cukup tidak suka kepada sesuatu yang mengingatkan kerana biasa terkena di batang hidung dan tubuh badan. Lantaran demikian, mula mereka akan mencari-cari kesilapan orang yang mengingatkan. Hinggakan kebencian ini, sebenarnya benci dengan hukum Tuhan yang mampu diperlakukan oleh orang-orang yang membawakan. Kedengkian ini, mengundang mereka lebur dalam fitnah dan hasutan. Fitnah yang di ada-adakan, yang penting dapat menjatuhkan nilai diri seseorang. Tidak hairanlah hari ini, golongan ulama' jadi cemuhan. Tuan-tuan guru di perlekeh dan jadi bahan ajukkan. Hina sungguh perbuatan demikian. Sungguh mereka lupa ' ulama itu adalah pewaris nabi'. Mereka juga lupa, barang siapa memusuhi wali Allah adalah musuh Allah dan mengisytihar perang dengan Allah.

Namun apa yang dialami demikian, tidaklah sehebat pengorbanan Rasul junjungan. Lantas InsyaAllah, kita masih boleh bertahan dengan bantuan Tuhan yang sentiasa memberi pertolongan.

Firman Allah:-


إِنَّ الَّذِينَ أَجْرَمُوا كَانُواْ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا يَضْحَكُونَ . وَإِذَا مَرُّواْ بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ . وَإِذَا انقَلَبُواْ إِلَى أَهْلِهِمُ انقَلَبُواْ فَكِهِينَ . وَإِذَا رَأَوْهُمْ قَالُوا إِنَّ هَؤُلَاء لَضَالُّونَ . وَمَا أُرْسِلُوا عَلَيْهِمْ حَافِظِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, adalah mereka yang mentertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengedip-ngedipkan matanya (memejam celikkan mata mereka sesama sendiri-mencemuhnya). Dan apabila orang-orang yang berdosa itu kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira. Dan apabila mereka melihat orang-orang mu'min, mereka mengatakan: "Sesungguhnya mereka itu benar-benar orang-orang yang sesat", padahal orang-orang yang berdosa itu tidak diutus untuk menjaga (sesat atau tidaknya) orang-orang beriman itu
. Surah al-Mutaffifin : 29-33

Allahu a'lam.

Saturday, May 22, 2010

لا حول ولاقوة إلا بالله العلي العظيم

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih menghidupkan kita hingga ke saat ini, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. atas risalah yang dibawa yang membentuk kita memegang ketaatan dan ketaqwaan kepada yang maha Esa.

Tidak dapat dinafikan, semakin hari semakin banyak permasalahan hidup yang kita perhati, manusia sudah tidak tenang lagi. Ada yang lari, ada yang bunuh diri. Ada yang taat, ada yang maksiat. Berbagai puncalah yang menjadi kemungkinan. Soal keluarga yang kucar kacir, soal hutang, soal kemiskinan, namun semua permasalah hari ini punca utamanya tiada keimanan dan ketaqwaan yang menjadi pegangan.

Bila iman dan taqwa dibuang ke tepi, hidup tercari-cari perkara yang tak pasti. Hidup mengejari apa yang patut di hindari. kerana semua itu akan lebih membelit kehidupan yang menghalang dekatnya kita kepada Tuhan. Salah satunya, hutang. Bila banyak barang yang kita kejar. Banyak hutang terpaksa dibuat. Banyak masa terpaksa dikorbankan. Banyak kesakitan yang di tanggung badan. Banyak pengabaian yang dilakukan. Bukan setakat keluarga, bahkan Tuhan yang Esa.

Apa yang kita cari, menghabiskan masa yang begitu panjang mencari sesuatu yang akan kita tinggalkan. Penat kita mencari nilai kehidupan yang dibanding-banding dengan orang. Hingga masa kita mengumpul bekalan sangat bekurangan. Amalan terlalu minima. Bagaimana kita akan berhadapan dengan kebenaran hari yang dijanjikan.

Justeru itu, sama-samalah kita mengumpul kekuatan, tiada daya dan upaya kita tanpa pertolongan tuhan. Mari kita amalkan sebuah doa yang boleh memberi kita kekuatan :

Doa penawar dan penyejuk hati dari kesedihan, rasa malas, kebingungan, ketidak mampuan, keterlilitan hutang, dan bakhil .

اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذ ُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ و الحَزَنِ, و أَعُوذ ُ بِكَ مِن العَجْزِ وَ الكَسَلِ, وَأَعُوْذ ُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَ الْبُخْلِ, وَأَعُوذ ُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَ قَهْرِ الرِّجَالِ

"Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kebingungan dan keduka-citaan, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil, aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang penindasan orang-orang".

Tidak rugi mereka yang mengambil sekadarnya sahaja dalam kehidupan yang sementara ini. kerana kehidupan yang kekal abadi bukan di sini. Tidak memadai kita mengejar keseronokan yang sebentar, lebih-lebih banyak perkara mungkar yang terlanggar, untuk sampai ke kehidupan yang benar-benar kekal bergantung atas persediaan yang menjadi bekal. Sekiranya bekal baik yang kita bawa, selamatlah kita, jika sebaliknya.. moga dijauhkan oleh Allah yang maha kuasa.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعينسبحان ربك رب العزة عما يصفونوسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Friday, May 21, 2010

HIDUP UNTUK ISLAM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثاً وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
Surah al-mukminun :115

Sungguh Allah tidak ciptakan manusia itu untuk main-main atau sia-sia. Pasti ada sebab kenapa Allah menciptakan manusia. Setiap perlakuan pasti ada matlamat. Begitulah, manusia juga mempunyai matlamat dalam hidup masing-masing. Pembahagian manusia dapat dipecahkan kepada 3 bahagian.

1. Bermatlamatkan dunia semata

Mereka yang begini mempunyai sikap yang materialistik. Dalam hidup mereka tidak pernah merasa cukup. Ada sahaja yang dikejarnya. Pantang melihat sesuatu yang terkini, pasti tidak mahu ketinggalan. Hukama' menyebut- Dunia ini bagai air laut, semakin di minum semakin haus dirasakan.

Begitulah, apa yang mereka ini kejari sesuatu perkara yang nampak. Hidup mereka sering mengejar benda yang boleh di pegang, di sentuh dan di kira. Sebab itulah Yahudi merosakkan dan mengajar anak-anak kita perkara yang nampak. Yang nampak nyata, ertinya ada, wujud. Mereka lupa, nyawa dan suara mereka tak nampak, tapi mereka kata ada pulak.

(a) Ciri-ciri :-

i) Dunia ini sebagai tujuan dan matlamat mereka.

ii) Menyangka segala hasil adalah usaha mereka sendiri.

ada satu kisah dalam al-Quran dimana seorang pemilik kebun yang mana hasilnya sudah banyak dan ranum mereka sekeluarga berharap-harap agar tiada siapa yang akan datang meminta-minta. Maka keesokan harinya kebun mereka musnah. Hanya kesalan yang ada, namun apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur.

Saudaraku rahimakumullah. Di antara keutamaan Allah Subhanahu wa Ta’ala atas hamba-Nya yang bersedekah, Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan malaikat untuk mendoakan kebaikan atas mereka.

Dalam sebuah hadits, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا؛ وَيَقُولُ الْآخَرُ: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

Tidaklah suatu hari di mana hamba-hamba Allah masuk di pagi hari, melainkan selalu turun dua malaikat. Salah satu dari keduanya berdoa: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi mereka yang berinfak.’ Adapun malaikat kedua dia berdoa: ‘Ya Allah, berilah kebinasaan bagi mereka yang menahan sedekah.’

Allah Subhanahu wa Ta’ala pun ganti dan tambah harta mereka, sebagaimana Dia telah berjanji:

وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Saba’: 39)

iii) Ramainya yang bermatlamatkan dunia tengelam dalam perjalanan mengejar nikmat tersebut, bahkan bahagia yang dicari tidak akan ditemui. Itu yang kita lihat ramainya di barat membunuh diri.


(b) Hakikat :-

Mereka yang hanya bermatlamatkan dunia mengkufuri kehidupan selepas mati.

2. Tercari-cari dunia dan akhirat

Golongan ini adalah golongan yang goyah dan ragu-ragu dan banyak melakukan amalan yang sia-sia. Bahkan mereka menyangka apa yang difokuskan tersebut telah melakukan kebaikan. mereka ini suka mencampur adukkan kebaikan dan kejahatan. Kelakuan mereka langsung tidak mengambarkan menyakini hidup yang kekal abadi adalah di akhirat.

Diluar solat mereka bebas untuk melakukan apa sahaja. Mereka tidak yakin adanya hari pembalasan. Alangkah ruginya mereka menjadikan personaliti hidup mereka ke langkah yang sia-sia. Mereka tidak mengambil islam secara keseluruhan dalam cara hidup mereka. Golongan ini lebih cenderung kepada materialistik. Perbuatan baik hanya sedikit sahaja.

3. Dunia di anggap ladang untuk akhirat

Golongan ini adalah golongan yang yakin pada hari pembalasan. Mereka menjadikan dunia tempat singgah dan kebun untuk bercucuk tanam barang sebentar. Hasilnya akan dituai kemudian iaitu lah akhirat. Mereka menyediakan bekal dalam perjalanan hidupnya dan tidak terpedaya. Dunia di ambil sekadarnya sahaja dan tiada melekat di hatinya.

(a) Ciri-ciri :-

Mereka dalam golongan ini hidup dengan iman dan ketaqwaan. Dunia tidak menjadikan mereka lalai kerana sedar tujuan kejadian mereka sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam firman Allah :-

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ


Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Surah Az-Dzariyat:56

Mereka ini juga menyedari bahawa kehidupan akhirat itu adalah lebih baik. Maka mereka tidak mensia-siakan kehidupan mereka bahkan mereka sentiasa melakukan ketaatan yang tidak berbelah bagi pada Allah s.w.t. Mereka menyakini apa yang di firmankan oleh Allah "-

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? Surah an-An'am :32


(b) Hakikat :-

Golongan ini berlumba-lumba dalam mencari jalan ketaatan pada Khaliqnya dan mentaati titah perintah Allah tanpa sebarang alasan dan bantahan. Seluruh kehidupan mereka bermatlamatkan dan berfokuskan untuk mencari keredhaan Allah dan mereka melakukan amalan yang menjurus kepada tujuan tersebut.


Hidup manusia yang tidak lari dari 3 perkara di atas akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat nanti. Bagi yang berlumba-lumba mencari kebendaan, yang berpandu dan berpaksikan nafsu syahwat, hanya kerugian yang dibawa bertemu Allah nanti. Bagi mereka yang menyedari tujuan hidup ini, bermatlamat dan meruntunkan seluruh diri kepada Allah menjadikan perjalanan hidupnya dalam perkiraan dan merenung asal kejadian nya yang melalui alam berbagai iaitu alam rahim, alam dunia, alam barzakh, alam mahsyar dan alam pembalasan. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.


Maka sama-samalah kita menyoalkan diri kita, dari mana kita datang, untuk apa kita dijadikan dan kemana kita akan pergi selepas ini?. Adakah keadaan kita bahagia atau celaka. Nauzubillah. orang-orang yang menyesal disebut di dalam firman Allah :-

يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي

Dia mengatakan: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini". Surah al-Fajr "24


Bahkan ada lagi yang lebih menyesal, dan minta dijadikan tanah sahaja. Inilah kesalan orang-orang yang kafir sebagaimana sebutkan dalam firman Allah :-

إِنَّا أَنذَرْنَاكُمْ عَذَاباً قَرِيباً يَوْمَ يَنظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنتُ تُرَاباً

Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata:"Alangkah baiknya sekiranya dahulu adalah tanah". Surah an-nabaa :40


Jadi biarlah kita menyesal didunia. Orang yang paling baik adalah orang yang bertaubat. Kemana kita ditempatkan selepas mati nanti. Allah menerangkan di dalam firmanNya :- Surah al-Mukminun :15-16

ثُمَّ إِنَّكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ لَمَيِّتُونَ

Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati.

ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ

Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat.


Jadi teman-teman, renungkanlah kemana kita agaknya selepas mati. Sesungguhnya kita akan di bangkitkan dan di hisab dalam 3 keadaan bergantung kepada tahap keyakinan kita. Orang-orang muslim yang taat akan kekal di dalam syurga. orang muslim yang ingkar akan melalui neraka sebelum kesyurga. Moga dijauhkan semua kita dari tempat yang hanya sesuai bagi orang munafik dan Kafir dan mereka akan kekal selama-lama di dalam neraka.


Semoga apa yang baik itu dapat kita kongsikan bersama dan apa yang kurang itu adalah kelemahan ana yang memetik apa yang disampaikan di kuliah muslimat tengahari jumaat ini, membicara kan tajuk dari buku "Apa Erti Saya menganut Islam" yang disampaikan oleh sahabat Islam kita Puan Faridah Mauludin dari IQMA.

Allahu a'lam.

Wednesday, May 19, 2010

SAUDARA BARU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang masuk Islam dari bangsa cina. itulah janji Allah, bila satu kaum tidak mahu kepada Islam, maka Allah akan gantikan dengan kaum yang lain.

Ini dijelaskan dalam kisah Nabi Hud, dimana bila kaumnya tidak beriman, maka Allah akan mengantikan dengan kaum yang lain.

فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقَدْ أَبْلَغْتُكُم مَّا أُرْسِلْتُ بِهِ إِلَيْكُمْ وَيَسْتَخْلِفُ رَبِّي قَوْماً غَيْرَكُمْ وَلاَ تَضُرُّونَهُ شَيْئاً إِنَّ رَبِّي عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظٌ

Jika kamu berpaling, sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu segala apa yang aku di utus oleh Allah. Tuhanku akan mengganti dengan kaum yang lain, (karena) kamu tidak dapat membuat mudarat sedikitpun kepada-Nya. Sesungguhnya tuhanku Maha Pemelihara segala sesuatu.” (QS Hud: 57).

Rentetetan dalam Minggu ini sahaja,setakat hari ini sudah 5 orang di Islamkan di sini. Dalam mengislamkan 2 orang lagi di surau MARA hari ini , sempat ustaz Dzulkahiri, menghadiahkan satu cerita kepada saudara baru kita hari ini. ceritanya lebih kurang begini :-

Ada satu kisah seorang pemuda kafir bertanya kepada seorang tua, berlakulah dialog begini bunyinya

Pemuda :

Soalan 1 - Kamu berkata Allah itu ada, maka cuba cerita pada saya bagaimana bentuk Allah. Kamu kata Tuhan ada... Kalau orang india dia ada bentuk tuhan dia.

Soalan 2 - Kalau benda yang ada mesti ada tempat tinggal, dimana tuhan kamu tinggal dan

Soalan ke 3 - Allah itu tidak adil, sebab syaitan di buat dari api, mana ada kesan di bakar dengan api. kalau manusia, dia rasa mungkin. jin di buat dari api, mana dia rasa. ini tidak adil katanya.

Orang tua : (menampar orang muda tadi)

Pemuda : pelik.. dia kata kenapa tampar dia sedang dia bertanya

Orang tua : itulah jawapan pertanyaannya dia..

Pemuda : Kenapa...

Orang tua : inilah jawapan kepada 3 soalan awak. Saya tampar tadi awak rasa sakit tak..

Pemuda : tentulah sakit...

Orang tua : cuba cerita pada saya bagaimana bentuk sakit kamu, bulat ker, bujur ker, leper ker...Kedua, kamu kata sakit, cuba cerita di mana sakit tu. mana dia tinggal dan tangan saya di buat dari pada apa,

Pemuda : Kulit...

Orang tua : Pipi kamu di buat dari apa..

Pemuda : Kulit..

Orang tua : Jadi kulit bertemu kulit kamu kata sakit kan, sepatutnya tak sakitlah seumpama jin yang api di bakar dengan api...

Allah itu adalah satu zat yang sangat hebat, sebab itu lah kita tidak nampak. Dalam syurga nanti barulah kita nampak Allah. Maka itulah sebabnya kenapa kita kena jadi orang yang beriman kepada Allah.

USTAZ DZUL KHAIRI : Gantian yang lebih baik

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Diriwayatkan Imam Muslim dari Ummu Salamah.

Dalam hadits tersebut Rasulullah Saw bersabda :
ما من عبد تصيبه مصيبة فيقول انا لله وانا اليه رجعون اللهم اجرني فى مصيبتى واخلفلى خيرا منها
Artinya :
Musibah apa pun yang menimpa seorang hamba, hendaklah ia mengatakan, "Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali. Ya Allah, berilah aku pahala atas musibah ini dan gantilah kepadaku yang lebih baik" (H.R. Muslim)

Doa ini di baca oleh Ummu Salamah yang diajarkan oleh suaminya dari Nabi S.a.w. Di mana akhirnya baru lah di fahami oleh Ummu salamah, bahawa apa yang tersirat di sebalik pernyataan doa tersebut. Beliau akhirnya menjadi isteri kepada Rasulullah s.a.w setelah suaminya mati syahid.
Hindun bintu Abi Umayyah bin Al-Mughirah bin ‘Abdillah bin ‘Umar bin Makhzum bin Yaqzhah bin Murrah Al-Qurasyiyyah Al-Makhzumiyyah radhiyallahu ‘anha adalah nama sebenarnya.
Dia lebih dikenal dengan pangilannya, Ummu Salamah. Beliau adalah seorang isteri yang sangat dicintai oleh suaminya, Abu Salamah ‘Abdullah bin ‘Abdil Asad bin Hilal bin ‘Abdillah bin ‘Umar bin Makhzum bin Yaqzhah bin Murrah bin Ka’b Al-Makhzumi radhiyallahu ‘anhu. Dalam beratnya cobaan dan gangguan, mereka meninggalkan negeri Makkah menuju Habasyah untuk berhijrah, membawa keimanan dan ketaqwaan. Di negeri inilah Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha melahirkan anak-anaknya, Salamah, ‘Umar, Durrah dan Zainab.

Tatkala terdengar khabar tentang Islamnya penduduk Makkah, mereka pun kembali bersama kaum muslimin yang lain. Namun, ternyata semua itu berita hampa semata, hingga mereka pun kembali beranjak hijrah untuk kedua kalinya menuju Madinah. Di sanalah mereka membangun hidup bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Sehinggalah suami yang dicintainya mati syahid atas luka-luka yang ditanggunginya sewaktu peperangan.
Kesinambungan dari pada ini, apa yang tersirat menjadi tersurat apabila dia mendapat penganti yang lebih baik dari suaminya dengan berkahwin dengan Nabi s.a.w. Kadang-kadang tidak terjangkau akal kita memikirkan maksud nabi, bahawa setiap ujian dan musibah itu, maknanya Allah ingin mengantikan yang lebih baik pada kita. Semakin tinggi iman dan taqwa seseorang, makin tinggilah ujian dan musibah yang Allah berikan kepadanya.

Tidak lain kerana Allah rindu mendengar suara orang-orang yang baik dan soleh merintih-rintih padanya. Meskipun malaikat Jibril minta Allah kabulkan doa orang baik tersebut, namun Allah suka sangat memberi ujian kepadanya kerana kasih sayang Allah. Berlainan dengan orang jahat dan maksiat. Allah minta Jibril bagi apa yang di kehendakinya dan kabulkan permintaannya cepat-cepat kerana Allah tidak suka mendengar suaranya. menunjukkan kebencian Allah mendengar suara orang jahat dan maksiat. Maknanya Allah memberi dalam keadaan murka.

Dalam membicarakan kuliah hari ini ustaz menerangkan apa nilai yang berharga ada pada doa tersebut. Doa yang apabila kita di timpa musibah kita diminta membacanya.
الّلهُمَّ اَجُرْ نِي فِى مُصِيْبَتِى واخلفلى خيرا منها


"Ya Allah, berilah aku pahala atas musibah ini dan gantilah kepadaku yang lebih baik"

Ye... apakah ganti yang lebih baik selain syurga. berbahagialah orang-orang yang terpilih dengan rahmat Tuhannya.
”Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah.
فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah: 111)

Menyebut sesuatu yang tidak terjangkau kita memikirkan Qada dan Qadar serta kehebatan dan keadilan Allah ini, Ustaz membawakan sebuah kisah.

Di kisahkan satu ketika Allah memerintahkan kepada seorang nabi, untuk ke tepi sungai dan melihat apa yang berlaku tanpa menyoalkan perkara tersebut. Nabi tersebut pun pergilah ke tepi sungai. Tidak lama kemudian datang seorang penunggang kuda dan berhenti di tepi sungai tersebut. Kemudian dia membasuh muka, dan tertinggal uncang emas yang diletakkan di atas batu. Kemudian datang seorang yang kedua, juga membasuh muka, kemudian ternampak uncang emas tersebut, di belek-belek lantas di bawa pulang. Kemudian datang seorang tua lagi buta, meraba-raba tepi sungai untuk ke sungai, kemudian dalam masa yang sama datang kembali penunggang kuda tersebut dan bertanya pada orang buta tersebut, adakah ternampak uncang emasnya. Orang tua tersebut, berkata benarlah, dia tidak nampak apatah lagi dia buta. Terus penunggang kuda itu membunuhnya. Nabi ini tertanya-tanya apa maksud semua perkara tersebut.

Kemudian dia bermimpi, di dalam mimpi Allah menceritakan kejadian yang di lihatnya tadi, bahawa orang yang pertama datang berkuda adalah pencuri uncang emas. Tatkala tertinggalnya uncang tersebut , apabila orang kedua (adalah orang yang dicuri) datang mendapati itu adalah uncangnya yang dicuri, dia pun mengambil semula dan bawa pulang. itu biasa dalam kehidupan seharian kita. Yang peliknya orang ketiga yang dibunuh, di mana keadilan Allah di situ. Menurut ustaz, inilah yang peliknya untuk di fikir bersama.

Sebenarnya orang tua buta tersebut adalah orang yang tidak buta ketika mudanya. Dalam pergaduhan yang berlaku dengan seorang yang lain, dia telah membunuh orang tersebut. Orang itu adalah ayah penunggang kuda itu. Itulah Qisas namanya. Perkara yang sangat adil tentang perkara ghaib yang Allah ceritakan, bahawa yang punya hak akan mendapatnya kembali. Yang di bunuh mendapat qisas dan balasannya juga.
Maka perlulah kita ingat dalam kehidupan ini, segala perkara tidak akan terlepas begitu sahaja. Maka dalam membicarakan konteks ini, ustaz menyatakan perkara-perkara yang di uji dan dimusibahkan oleh Allah pada seseorang, maka gantiannya tiada tolok bandingan. MasyaAllah.

‘Atikah binti Zaid!Wanita Mukminah, fasih percakapannya, penyair, dan mengahwini dengan semua lelaki yang mati syahid pada hayatnya! ALLAHU AKBAR! kejelitaan ‘Atikah binti Zaid telah menyibukkan suaminya Abdullah bin Abu Bakar dari urusan kehidupan dan perniagaannya. Bahkan kejelitaannya juga telah menyibukkan suaminya untuk keluar berjihad! ‘Atikah binti Zaid ini yang terkenal sebagai wanita yang ahli ibadat dan kuat akalnya
Begitu mulia pengorbanan Srikandi ‘Atikah binti Zaid dalam menjadi tulang belakang suami pertamanya Abdullah bin Abu Bakar hingga beliau Syahid selepas peperangan Thaif, dan suaminya Umar al-Khattab yang syahid ditikam seorang Majusi bernama Lu’lu’ ketika Solat, dan suaminya Zubair al-Awwam yang syahid setelah dibunuh secara zalim dalam Perang Jamal di Wadi siba’.. Masya Allah.

Kemuliaan wanita ini terkenal di kalangan penduduk Madinah pada ketika itu hingga mereka mengatakan: “ Barangsiapa yang menginginkan mati syahid, maka hendaklah ia berkahwin dengan ‘Atikah binti Zaid”.
Ummu Saad juga diuji dengan kehilangan anak beliau. Jasad Saad diusung dan dikebumikan di Baqi’. Kesedihan Ummu Saad terpancar jelas di wajahnya. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam menghibur beliau dengan bersabda, ” Adakah air matamu tidak dapat dibendung dan apakah kesedihanmu tidak dapat dihilangkan? Sesungguhnya anakmu adalah orang pertama, Allah tersenyum kepadanya dan Arasy bergoncang kerana kematiannya“ (Siar Alamin-Nubala’, 1/293: Thabaqat Ibn Saad, 3/434; Majma’ Az-Zawa’id, 9/309) Hatinya lantas gembira dengan perkhabaran Baginda.

Beliau hanya mengharapkan pahala kebaikan di sisi Allah dan RasulNya di atas kematian kedua-dua anaknya sebagai syuhada’, apatahlagi setelah mengetahui ketinggian martabat seorang syahid. Beliau mendahulukan kecintaan kepada Allah dan RasulNya di atas segala sesuatu yang di mata manusia lainnya sangat berharga, termasuklah harta dan anak-anak. Di atas sifatnya inilah, maka beliau layak mendapatkan khabar gembira daripada Allah dan RasulNya sebagai penghuni syurga.

Sahabat Amar bin Jamuh R.a. yang mana kakinya tempang tetapi hatinya ingin keluar ke jalan Allah SWT di medan Uhud. Isterinya sedih dan inginkan supaya beliau dapat pergi. Isterinya gunakan hikmah sindiran dengan mengatakan bahawa beliau bukan betul-betul nak pergi sangat. Dengan itu, Amar bin Jamuh RdA pergi berjumpa Rasulullah SAW dan desak juga supaya dibenarkan pergi. Beliau ingin berjalan di syurga dengan kakinya yang tempang. Setelah dibenarkan, beliau pergi dan syahid di Uhud. menurut cerita anaknya juga mentertawakannya. Isterinya pergi ke Uhud untuk membawa mayat suaminya untuk ditanam di Madinah, tetapi unta yang membawa mayat itu tidak mahu pulang ke Madinah. Bila ditanya Rasulullah SAW, isterinya memberitahu yang beliau telah doa tiga kali supaya beliau tidak kembali ke keluarga. Rasulullah SAW beritahu yang doa beliau telah diterima. Baginda nampak suami dan 2 anaknya bergandingan dalam syurga. Beliau dikebumikan bersama para syuhada' di Uhud.

Demikianlah cerita-cerita kisah ujian yang diberi Allah, apakah tidak terfikir kita bahawa yang terganti itu sangat besar dan hebat nilainya. Banyak perkara yang tersirat tidak dapat kita fahami dengan baiknya tanpa di pandu dengan ilmu dan keimanan yang benar-benar mantap dari kita sebagai hambaNya.
Moga cerita-cerita begini menambah keimanan kita dengan sebenar-benarnya. Moga semua kita di rahmati Allah untuk mendapat jannah. InsyaAllah. Allahu a'lam.

KENAPA HATI MENJADI KERAS?

Ini adalah teks tazkirah pagi yang dibacakan dipejabat ana di MARA pada 19/5/2010 untuk renungan kita bersama. Semoga Allah melimpahi rahmat yang tidak kunjung putus pada Ustaz yang menulis juga Ustaz yang telah membaca teks ini untuk pengetahuan kita bersama. Sebagai memanjangkan lagi, ana usahakan untuk memetiknya semula untuk kita mengambil menafaat bersama. InsyaAllah.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمْاَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَ تُكْثِرُوْا الْكَلَامَ بِغَيْرِ ذِكْرِاللهِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الْكَلَامِ بِغَيْرِ ذِكْرِاللهِ تَعَالَى قَسْوَةٌ لِلقَلْبِ,وَاَنَّّ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنَ اللهِ الْقَلْبُ اْلقَاسِىْ
Maksud :Daripada Ibnu ‘Umar Radhiyallahu 'anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : “ Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras.Hadith Riwayat Al-Tirmizi

Sedar atau tidak, ketandusan jiwa pada hari ini adalah suatu penyakit yang sangat ketara sekali di tengah-tengah masyarakat. Ramai orang yang susah hati, gelisah dan tidak merasakan ketenangan fikiran dalam kehidupan walaupun ia telah memiliki segala kemudahan yang dihasilkan oleh teknologi moden pada hari ini, bahkan jutaan wang yang dimilikinya, namun kepuasan hidup masih belum lagi dapat dirasainya. Ini semuanya berpunca dari hati yang keras, jiwa yang tandus dan mata yang tidak pernah menangis kerana takut kepada Allah SWT. Berapa ramai antara kita yang menjadikan ruang kosongnya untuk membaca ayat-ayat Allah SWT kecuali yang mendapat rahmatNya. Berapa ramai yang menjadikan sepertiga malam untuk sujud kepada Allah.

Selain itu, kekerasan hati juga adalah berpunca daripada banyak bercakap perkara-perkara yang tidak ada faedahnya dan tidak ada hubungkait dengan mengingati Allah SWT. Oleh itu, bagi kita yang mengaku beriman kepada Allah SWT hendaklah selalu menggunakan lidah kita untuk berzikir kepada Allah SWT, ataupun bercakap perkara-perkara yang ada hubungkait dengan kemaslahatan dan kepentingan agama Islam yang dapat memberikan faedah dalam meningkatkan ketaqwaan atau paling kurang bercakap perkara keduniaan yang dijadikan wasilah atau alatan yang dapat membantunya untuk mentaati Allah, atau kalau tidak mampu berbuat demikian hendaklah dia berdiam sahaja, jangan banyak bercakap-cakap.

Fenomena yang selalu kita lihat dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini ialah terdapat ramai di kalangan umat Islam yang selalu membuang masa dengan bercakap-cakap perkara yang tidak berfaedah bahkan ada yang berani bercakap perkara-perkara yang bercanggah dengan hukum-hukum syara’ dan berani bercakap sambil merendah-rendahkan ajaran agama yang boleh menyebabkan kefasiqan dan membawa kepada kekufuran. Berbeza dengan budaya masyarakat yang bukan Islam, seperti masyarakat Jepun yang begitu mengambil berat tentang penjagaan masa, berkerja secara sistematik dan tersusun. Sepatutnya budaya yang baik ini dimiliki oleh umat Islam.

Pada hakikatnya, hati yang keras adalah hati yang tidak mudah menerima nasihat orang lain. Kalau ditegur dia selalu melenting dan menunjukkan rasa besar diri, pantang ditegur dan tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh orang lain. Hati yang keras juga sentiasa mendorong untuk membuat maksiat dan kejahatan dan merasa berat untuk berzikir atau membawa Al-Quran dan sangat malas untuk melaksanakan segala jenis ibadat yang diwajibkan Allah SWT. Inilah penyakit yang menimpa di kalangan umat Islam di seluruh dunia akibat sikap membelakangkan hukum Allah dan syariat Islam di muka bumi, sedangkan mereka adalah khalifah Allah SWT di dunia ini.

Sebagai contohnya, apabila masuknya waktu sembahyang dia akan merasa terbeban dengan ibadat sembahyang itu, bukannya dia merasa sangat bertuah kerana diberikan Allah peluang kepadanya untuk berhadapan kepada Allah SWT,dan kalau dia sembahyang pun maka badannya sahaja yang bersembahyang, sedangkan hatinya pergi merayau ke sana ke sini. Tetapi kalau mahu melihat sesuatu pertunjukan yang melalaikan daripada mengingati Allah SWT, hatinya selalu terpanggil ke sana. Dia akan sanggup bersusah payah untuk sampai ke sana dan merasa ringan walaupun terpaksa mengorbankan apa jua yang diperlukan asal maksud di hatinya dapat dicapai.

Hati yang keras ini adalah disebabkan hati itu telah berkarat. Sesungguhnya hati itu akan berkarat sekiranya ia tidak dididik, tidak diproses maka ia pasti akan kotor apatah lagi sekiranya di sekeliling kita nafsu yang menguasai diri, maksiat dan syaitan meruntun-runtun dalam jiwa kita. Sedetik terleka akibatnya amat menakutkan. Kesan yang akan lahir daripada hati sudah menjadi keras dan berkarat ini ialah kesan yang kita dapat lihat pada masyarakat pada hari ini sehingga masyarakat tidak dapat membezakan yang makruf dan yang mungkar. Akibatnya masyarakat tidak mengenali yang mana dikatakan mungkar, yang mana dikatakan makruf.

Bagaimana hendak mengubati hati yang keras dan berkarat ini ? Rasulullah SAW telah memberikan jawapan kepada kita semua iaitu untuk mengubatinya ialah dengan Tilawatul Quran dan mengingati mati. Selain itu, para ulama juga telah mengariskan beberapa panduan untuk mengubatinya antaranya ialah dengan menjauhi maksiat samaada kecil atau besar, melazimi amalan harian terutamanya membaca Al-Quran, memperbanyakkan berzikir kepada Allah, sentiasa mengingati mati dan persoalan kubur, menghadiri majlis ilmu, muhasabah diri dan sebagainya. Oleh itu, marilah bersama-sama kita menterjemahkan semua saranan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW untuk mengelakkan hati kita menjadi keras dan berkarat, kerana apabila berkaratnya hati maka kita tidak lagi dapat merasai nikmat dan kelazatan berubudiyah kepada Allah SWT.

Susunan:Ustaz Mohd Khusyairie Marzuki Pegawai Penasihat Agama UiTM Sarawak