Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Friday, June 04, 2010

USTAZ YUNUS : Zuhud

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Apakah hukum bersifat zuhud?


Al Imam Ghazali membahagikan zuhud kepada tiga peringkat yakni :-


1. Tingkat terendah ialah menjauhkan dunia agar terhindar dari hukuman di akhirat


2. Tingkat kedua ialah mereka yang menjauhi dunia kerana ingin mendapatkan imbalan di akhirat


3. Tingkat tertinggi ialah zuhud yang ditempuh bukan lagi kerana takut atau harap, tetapi semata mata kerana cinta kepada ALLAH Ta’ala.


Untuk mengetahui jawapan hukum membenci dunia ini, kita kena belajar.. kata Ustaz. Kadang-kadang orang yang dah belajar pun boleh lupa. Ini kerana ilmu yang dipelajari tidak bermanafaat pada dirinya, Apa niat dia berlajar? Hasil yang di dapat dari ilmu bergantung kepada niat. Niat perlu untuk mencari redha Allah dan untuk keluar dari kejahilan, dan berusaha menyampaikan kepada orang lain. Ramai yang sudah berilmu tetapi jahat, kerana tidak membawa ilmu tersebut kepada islam. Macam mana nak lari dari masalah ini jika mempunyai ilmu dengan ijtihad mengarut-garut dan pemahaman yang menyeleweng.Jadi kita berdoa dengan Allah supaya tidak terkena penyakit ini. Juga kita berdoa agar dijauhi dari ulama' suk.


Dari kitab Imam Ghazali r.a. hukum zuhud ada 2.
Ada zuhud yang halal mengenai dunia dan ada pula yang haram. Zuhud yang dikatakan haram tentang perkara fardu dan yang halal adalah sunnah. Umpama langgar pada yang fardu ada dosa, syaratnya telah baligh. Maka wajiblah berzuhud. meninggalkan benda-benda yang haram itu wajib dengan segera. Tidak boleh bertangguh. Dan pada yang halal itu sunat. Yang boleh beramal meninggalkan benda yang halal, seperti Abu Bakr, Umar, Abd Rahman bin Auf, itu di sebut mutaqiin(duduk pada jalan-jalan Allah - wali Allah). Sebab nak pergi pada Allah mereka tidak terpedaya dengan dunia, mengambil sekadarnya sahaja.

Orang-orang mutaqiin memandang dunia bagai bangkai dan tidak mengambilnya kecuali dalam keadaan darurat. Jika diambil pun sekadar menolak darurat itu. Mereka lebih bimbangkan pertanyaan-pertanyaan yang perlu di jawab kepada Allah nanti dan tidak mahu disusahkan dengan perkara demikian. Wali itu kalau hendak mengambilnya boleh, sebab halal, tapi dia tidak mahu mempunyai banyak harta, kerana banyak soalnya. Semua akan ditanyai di akhirat nanti, Masa ke mana di habiskan, harta kemana dibelanjakan akan ditanya oleh Allah.

Orang mutaqiin kata dunia ini bangkai. Mereka hanya mengambil yang asas sahaja. Kita diajar oleh agama, Bila kita nak duduk, baca basmallah.. dan selawat. senang je. Faedahnya, Allah pelihara kita dari dosa ghibah. zina itu dan tentu haram. Bagi yang dah kahwin, hukumannya rejam sampai mati. Bagi yang belum sebat 100 kali. liwat sama hukumannya. Diberitahukan bahawa ghibah itu, 30 kali ganda dosanya dari dosa zina. mudah-mudah amalan membaca
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
,dan selawat اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، Moga-moga Allah ampun kan dosa jika termasuk bersekongkol dalam benda haram seperti ghibah itu.


Orang-orang Mutaqiin, mereka berpegang dengan firman Allah ini,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْ لاَ يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ إِلَى اللّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Surah Al-Maidah :105


Demikian juga kita, Wajib zuhud pada benda haram. Janji Allah bagi yang beriman, Kamu tidak boleh di sesatkan oleh orang-orang yang sesat bila Allah telah bagi hidayah. Hidayah itu ilmu. Tapi soalannya, kenapa sesat juga? Sebabnya tak zuhud. Ramai yang dah tahu perkara haram, buat juga. Umpama majlis nikah kahwin, macam-macam alasan nak benarkan bersanding. Walau sekali seumur hidup, namun perkara haram, ada azabnya di akhirat. Maka jatuh kewajiban hadir bila ada perkara haram di dalamnya.


Nabi bagi tahu akhir zaman ni nak buat baik macam genggam bara api. Bersanding tu haram, tapi nak tinggal tu.. MasyaAllah susahnya walaupun dah dengar berkali-kali kuliah. Majlis yang ada bersanding dan tepung tawar dilaknat Allah, bahkan membazir. Soalnya kenapa Jatuh juga pada yang haram?, kerana kamu tidak tetap atas jalan agama Allah. Bercampur-campur halal haram. Banyak simpang yang nak ikut.

Waspadalah....Takut mati tiba atas simpang yang salah. Tengah masuk simpang tu, mati. Tengah-tengah bersanding tu, mati. Nauzubillah. Semua keadaan ini sebabnya tidak zuhud.

Menurut Ustaz, Tinggal 1 benda haram, pahalanya macam 50 orang tinggal benda haram. sebab susahnya nak melawan perkara dosa itu. Bila kita nak tinggalkan perkara dosa, macam-macam kena kata, kena sindir, kena kecam. Bila sahabat bertanya Nabi s.a.w. adakah kebajikan yang disebut pada zaman ini, dijawab baginda, 1 kebajikan, sama dengan 50 kebajikan zaman sahabat. Nabi kata pahala para sahabat. bukan orang biasa. Dengan rahmat Allah, mereka akan dapat. Nabi tafsirkan ayat Allah tersebut untuk mengata betapa besarnya ganjaran dari Allah tak terbanding dengan pangkat sahabat di sisi Allah s.w.t.

Sayangnya nak membenarkan yang haram tersebut, seperti bersanding, banyak sangat alasan. cuba dalam kubur nanti beri alasan, cabar ustaz. Pokok pangkalnya kita kena usaha dan berkerja keras, bertekad, berjanji , tak nak langsung perkara-perkara haram ini ada. ilmu dah dapat, amalkanlah, dan banyak-banyak kita berserah pada Allah. Lebihnya nak Jaga hati orang, sampai sanggup mengadai agama. Alasannya, kena perlahan-lahan tak bolehlah tinggal terus... dah puluh tahun dah hidup, jelas ustaz, itulah perangai manusia... masih ada alasan cari jalan keluar tak nak ikut agama Allah.

Orang mutaqiin taatnya kepada Allah sampai yang halal pun dia tinggalkan melainkan mengambil sekadar keperluan saja dan menolak terus yang haram. Adalah disebutkan oleh ustaz menurut apa yang diketahui, Siapa yang lebih 40 tahun umurnya, masih banyak mengerjakan perkara haram layaklah ia menempah neraka. Bahkan ada yang "bersin" nak sebut nama Allah pun segan, sanggup tu.. sebut 'excuse me'. Walhal Allah bagi bersin untuk keluarkan penyakit pun rasa segan. Pelik... tempat yang tak patut taubat nak taubat. Yang disuruh taubat tak mahu pula taubat.

Syarak mengatakan perihal halal, ada 7 peringkat wali menyebutnya. Wali Afdal, dunia dikatakan bangkai. menyusahkan perhitungan di sisi Allah. Ini tidak lain, Menyerapnya Keasyikan wali afdal menyebut nama Allah dan disibukkan dengan urusan Allah. Iman Abu Bakr kalau ditimbang dengan iman seluruh manusia berat lagi imannya. Beliau Yakin penuh dengan segala urusan atas kehendak Allah, begitulah wali afdal. Ijmalnya Majlis haram tak wajib kita hadiri. Melainkan ada membawa tanggung jawab untuk menegur, menurut ustaz.

Dengan demikian, bagi mereka yang yakin dan mendapat taufik dari Allah s.w.t. mereka tidak terpedaya dengan dunia dan bagi mereka dunia ini bagai api dan bangkai. Moga kita termasuk di dalam orang-orang yang mendapat petunjuk dari Allah. Ameen.

1 comment:

  1. Salam alaykum,

    Benarlah kata Hujjatul Islam akan perihal peringkat zuhud ada 3. Kesimpulannya zuhud adalah fitrah batin bukanlah zahir, kerana akan pada Nabi Sulaiman Alahissalam itu jua ada contohnya.

    ReplyDelete