Setiap amalan orang mukmin itu adalah ibadah sekiranya ia melakukan semata- mata kerana Allah. Namun tidak banyak yang mengambil endah perkara ini. Kuliah Dhuha semalam, ada ustaz menyentuh mengenai 'syahid hasanah atas dasar amalan yang istiqamah'. Kata Ustaz, umpama belajar fardu ain yang dihadiri secara tetap seperti kuliah ini, tiba-tiba seorang itu berehat di hospital (sakit) makanya ia tetap mendapat pahala mengaji tersebut. Tiba-tiba jika di taqdirkan ia mati, maka ia juga dikira syahid hasanah. Apa lagi jika mati dalam belajar ilmu fardu ain.
Dalam pada itu, ustaz menyentuh tidur mukmin itu adalah ibadah, jika sekiranya dia memasang niat untuk bangun tahajud atau solat subuh di paginya. Beruntung menjadi umat islam, seluruh nilai dirinya di kira ibadah jika melakukan ia sesuatu kerana Allah. Jika matilah ia di dalam tidur tersebut, maka dibilangkan mati dalam ibadah kata ustaz.
Menyebut soal mati hasanah.. jika berniat sahaja untuk bangun menunaikan solat di bilangkan ibadah, fikiran ana melayang memikirkan bagaimana keadaannya orang yang tidak langsung memasang niat untuk bangun beribadah bila hendak tidur. Bahkan sebelum tidur melakukan pelbagai maksiat. Bagaimana pula perangai umat manusia hari ini yang rata-ratanya memasang niat sengaja tak mahu bangun solat subuh lebih-lebih pagi cuti sabtu ahad. Selalu ana dengar yang berkata, 'yes' esok cuti... tak kerja... nak tidur sampai siang.. tidak dapat disangkal, memang benar pun. Tidak payah memandang jauh, lihat di persekitaran adik beradik dan sanak saudara kita yang memang tidak mengambil berat soal solat.
Hari biasa pun semasa dalam menjalankan aktiviti kehidupan mereka tidak merasa kepentingan solat itu sangat berat. Tambahan, dalam melaksanakan tugas harian, mereka lewat-lewatkan solat. Dalam mencari harta hingga ke larut malam, ada yang tak sempat solat. Bila dalam perjalanan, tidak ada agenda solat dalam program yang dibuat. Ikut sesuka hati mereka sahaja. Bagaimana mungkin bila tiba hari cuti dan rehat, adakah mereka serius untuk mengerjakan solat?.
Berbalik kepada niat yang sengaja tidak mahu bangun subuh di pagi cuti tadi... bayangkan tiba-tiba Allah mencabut nyawa-nyawa mereka ini... Nauzubillah... Di mana anda ingin meletakkan diri di sisi Allah yang tidak pernah memungkiri janji. Allah telah banyak memberi nikmat yang sedang anda semua kecapi.. namun ini lah sebuah nilai diri.... yang sengaja tidak mahu mengerti.
Hayati dalil-dalil bagi mereka yang tidak memandang berat perkara ini.. dan sama-sama untuk kita teliti dan memikiri.
Sebuah Hadith Rasulullah s.a.w. yang antara lain bermaksud:"Daripada Jabir r.a bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: Perbezaan antara kufur dan iman itu ialah meninggalkan sembahyang
"Di antara seorang lelaki dan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang." Muslim, Abu Daud, Tirmizi,Ibnu Majah dan Ahmad
"Janji (perbezaan) di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah meninggalkan sembahyang.Sesiapa yang meniggalkan sembahyang, bererti dia telah kafir." Ahmad dan Ashabus Sunan)
Kita diciptakan di dunia ini semata-mata untuk mematuhi titah perintah Allah. Dunia ini tempat kita mencari bekal untuk sampai ke kehidupan sebenar bertemu Allah. Permulaan sebenar hidup kita bila kematian tiba. Saat itu baru kita sedar betapa kosongnya kantung amalan yang kita bawa. Bahkan hidup tersia-sia jika kita lansung tidak mendapat tempat di sisi Allah taala. Syurga yang ingin di beri oleh Allah, bukan murah nilainya. Jika perangai sambil lewa dan acuh tak acuh, bahkan mengingkari perintah Allah secara sengaja... Ketahui lah anda sendiri yang memilihnya.....
Meraung, meratap, merayu dan merintih kepada Allah ketika maut sudah tiba untuk dikembali dan di balikkan semula ke dunia, kononnya untuk melakukan amal soleh selepas kematian tiba, adalah satu penyesalan yang akan membawa malapetaka. Kehidupan selepas mati adalah tempat menerima balasan dan habuan amalan apa yang anda lakukan. Tempat untuk anda berusaha dan beramal sudah TAMAT.... INGAT..!!! bila-bila masa ajal akan menjemput anda.... pastikan anda sentiasa BERSEDIA.
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment