Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Sunday, June 13, 2010

USTAZ SHAH KIRIT : Islam adalah benar


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Ana merasa sangat teruja tatkala mendengar penerangan ustaz Shah Kirit di pejabat ana pada 11 Mei, 2010 yang lepas. Ini kerana semasa menuntut bidang Usuluddin di UM lepas, ana sangat berminat dengan subjek perbandingan agama. Minat sangat kerana ana mengetahui beberapa agama asalnya adalah agama samawi. Agama dari langit. Bila ustaz Menceritakan program yang dihadiri oleh 200 pelajar di Indonesia kali ke 2 ustaz shah kirit ke sana, Program Anjuran pelajar Malaysia dalam bidang perubatan Farmasi dan Pergigian, membuat ana sungguh berminat untuk mendengar dengan teliti.

Dalam program tersebut, Non muslim tidaklah ramai, tetapi Ustaz Berjaya menceritakan apa itu islam, menekankan tauhid, apakah tuhan dalam Islam dan apa konsep ketuhanan dalam islam. Semua ini cukup jelas dalam surah yang sangat penting iaitu

Surah al-ikhlas,

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.

اللَّهُ الصَّمَدُ
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia".

Surah ini jelas menerangkan dan menekankan bahawa Katakan Allah itu esa, tunggal, satu.Penekanan tuhan itu satu tak boleh banyak. Menekankan Tuhan itu tidak boleh dua,tiga dan lebih. Tuhan juga tidak bergantung pada sesuatu pun tetapi seluruh alam bergantung pada tuhan. Maknanya tuhan tidak perlu makan dan tidak perlu minum. Kalau boleh makan dan boleh minum tak boleh jadi tuhan. Berbeza dan bercanggah dengan agama lain, kebanyakkan tuhan mereka di jadikan macam manusia dan manusia. Jesus tuhan orang Kristian, juga manusia. Bagi Hindu Rama, Krishna, Ayapa, Shiva, Visnu tuhan mereka makan dan minum. Sedangkan Tuhan tidak melahir dan dilahirkan. Tuhan tiada anak-anak. Maka dia bukan emak atau bapa. Tuhan juga tidak serupa apapun dalam dunia. Tidak boleh dilihat dengan mata manusia. Kalau mana-mana atau bila-bila masa mata manusia boleh di lihat sesuatu atau ada orang lihat dengan mata ia bukan tuhan. Ini ayat al-Quran. Ayat ini juga menyakinkan dan mengubah ustaz kepada seorang islam. Ustaz tahu islam agama yang benar melalui ayat ini… itulah pengakuan Ustaz Shah Kirit.

Jelas, bahawa yang lain bukan tuhan. Ayat ini mengubah ustaz memahami islam. Kesimpulan dalam islam “ Sembahlah yang mencipta dan jangan sembah ciptaannya” begitu juga “sembah tuhan seperti mana tuhan suruh kita sembah dia, bukan sembah seperti mana manusia nak sembah dia” orang islam solat sebagaimana tuhan suruh kita sembah. Banyak agama lain yang cipta sahaja macam mana nak sembah tuhan mereka.

Dalam sessi Soal jawab dari orang bukan muslim, seorang perempuan berbangsa sikh menanyakan bahawa katanya “dulu pada 2 tahun lepas ada seorang Buddha kata agama ni semua nya sama sahaja, ibarat sungai yang mengalir meskipun ikut jalan lain-lain, akhirnya bertemu di lautan juga, tak boleh kata air dari mana, ini lautan, sama sahaja, semua agama sama sahaja,” katanya.

Seolah-olah maksudnya jangan cakap hanya 1 agama yang betul. Kita kena kata semua agama betul, itu pendapatnya.

Dalam penerangan ustaz, mereka dah nampak hanya islam sahaja yang betul. Lain-lain adalah salah. Maka ustaz menjawab , bagi orang hinddu percaya tuhan lahir sebagai manusia. Di akui oleh orang hinddu di situ. Tuhan mereka pelbagai rupa ada sebagai siva, visnu, brahma, macam-macam tuhan. Kristian pun kata tuhan lahir sebagai manusia. Tetapi hanya sebagai Jesus. Yang lain-lain tu tak betul. Yang betul bagi kristian hanya Jesus sahaja. Orang kristian tak boleh terima tuhan orang hinddu, brahma ke, Krishna ker, orang kristian tak terima..

Dah lain kan… sama ke lain.. soal ustaz. Lain katanya. Dan bagi agama singh dalam kitab singh menyebut di antaranya “Tuhan tidak dilahirkan”, “bakarlah mulut orang yang mengatakan tuhan di lahirkan”. “Orang yang sembah batu adalah orang yang bodoh”. Ini kitab singh yang sebut. Bukan saya yang sebut, menurut ustaz. Begitu jugalah dalam kitab hiddu diantaranya mengatakan “Tuhan itu satu” “Tuhan tidak ada ibubapa atau tuhan yang lebih besar” . dalam kita veda juga menyebut “ bagi tuhan itu tidak ada gambaran, iaitu lukisan atau rupa, kuasanya juga tidak terbatas” mereka jatuh dalam kegelapan bagi yang menyembah benda-benda semula jadi. Benda yang dibuat dengan tangan manusia, lagi jatuh dalam kegelapan”. Inilah sebahagian yang disebut dalam kitab-kitab hinddu, terang Ustaz Shah Kirit.

Baik Bible, Singh,Hinddu, terbukti agama mereka tidak betul bahkan penganutnya sendiri tidak mengikut kitab mereka. Mari kita mencari kebenaran… seru Ustaz Shah Kirit. Jadi , Bila di Tanya kepada perempuan singh tadi, betul atau tidak. Dia kata, betul…betul…betul… Orang kristian kata tuhan lahir sebagai manusia, kamu orang singh boleh terima atau tidak?. Katanya tak boleh. Jadi, sebagaimana yang kamu sebut tadi agama –agama ni sama atau tidak?. ..

Ustaz terangkan bahawa begitulah, dalam islam kita tidak percaya tuhan lahir sebagai manusia. Jadi macammana kita nak katakan agama itu semua sama. Tidak sama sekali, kata ustaz.

Kemudian, lelaki India bangun bertanya, .. “Brother Shah..!, awak tidak faham… Kita memang tidak sembah patung tu.. , kita tumpu pada tuhan yang satu. Kita bukan sembah patung tu hanya untuk fokus, tumpuan kita pada tuhan yang satu” Kita tidak sembah patung ni.. patung ni hanya perantaraan sahaja.

Jelas ustaz Shah Kirit, Baiklah… saudara sudah berkahwin atau belum. Katanya belum. Katalah awak sudah berkahwin. Suatu hari awak kena ke luar Negara urusan kerja selama 6 bulan. Isteri awak sangat ingat dan rindukan awak. Hari-hari dia rindu pada awak. Maka hari-hari dia lihat gambar. Tiap-tiap malam dia lihat gambar awak. Cuma masalah nya gambar yang dia lihat tersebut bukan gambar awak. Dia lihat gambar muka lelaki lain. So… OK tak… soal ustaz.

Tak OK… sebab itu bukan saya, itu gambar orang lain.

Ustaz kata, dia ingat awak… Cuma gambar sahaja. Dia ingat dan betul-betul rindu pada awak. Cuma gambar sahaja bukan gambar awak .. itu sahaja…

Ini tidak boleh…! Katanya. Tak logik … sebab isteri saya dah tahu macam mana rupa saya. So.. dia tidak patut ada gambar lelaki lain.

Maka, ustaz Shah kirit pergi kepada lelaki India tersebut dan mengucap ‘tahniah..!..” sambil bersalaman. Lelaki India tadi pelik dan terpinga-pinga. Kenapa ucap tahniah, ujarnya. Kata ustaz, sebab apa yang dia sebut dan kata itu betul. Saya setuju dengan awak, kata ustaz. Isteri awak memang tak patut buat macam tu, sebab dia tahu rupa awak bukan macam tu.

Sebab itulah, awak sebagai orang hinddu , tahu kan yang tuhan itu tiada rupa….. betul ker tidak , soal ustaz. Betul… katanya. Jadi yang kamu beri tuhan itu rupa kenapa..?
Ini kitab hinddu yang sebut. Kenapa kamu beri rupa. Jadi jangan beri rupa pada tuhan…, bila kamu beri rupa itu bukan rupa tuhan. Kamu sudah tukar rupa tuhan. Walaupun isteri kamu ingat kamu, tapi letak gambar lelaki lain, kamu sudah marah dan cemburu. Jadi tuhan lagilah tidak sekali-kali boleh di letak gambaran lain. Inilah maksud yang hendak saya terangkan kata ustaz.

Kesimpulannya, pengalaman ustaz, sangat berharga buat kita memberi kesedaran beragama pada setiap manusia. Bahawa agama yang benar dan haq itu, adalah Islam dan yang lain-lainnya adalah bathil belaka. Allahu a’lam.

No comments:

Post a Comment