Islam merupakan agama anugerah dari Allah s.w.t. Namun bagaimana kita sebagai umat yang diciptakan Allah dengan kesempurnaan akal memahami maksud ini dengan baik dan waras. Mungkin sebilangan yang merasakan islam itu perlu diterima dalam berbagai bentuk mengikut kefahaman mereka sendiri. umpama bila seseorang menjuarai pertandingan Akademi Fantasia, sebagai menandakan kesyukuran atas kemenangan tersebut mereka menyambutnya dengan besar-besaran secara mengadakan kenduri doa kesyukuran dengan menjemput sanak saudara, jiran dan rakan taulan. Tidak cukup dengan itu ia diberi anugerah lagi oleh pembesar tempatan kononnya belia contoh. Begitu ker kita memandang islam?
Atas perkara mungkar, kita raikan dengan doa kesyukuran seolah islam membenarkan perkara-perkara larangan tersebut. Begitu juga dengan pemakaian tudung, tidak cukup dengan berhias, diselitkan lagi untuk menampakkan bonggol rambut samada sejemput ke banyak. Ujar ustaz dalam mengesali perbuatan umat islam yang melakukan ibadah menutup aurat mengikut selera.
Dalam hal pemakanan, kepala manusia biasanya memikirkan makan untuk sihat dan kuat. Maka memilihlah makanan yang baik lagi berkhasiat. Apakah makan cukup untuk memikirkan yang demikian tanpa menjuruskan apabila sihat boleh beribadat dengan kuat dan hebat. Bukannya tidak boleh makan, boleh... tapi makannya kita tu hendak ke mana? soal ustaz. Bila zohor tak sembahyang, subuh tak bangun. Tidak cukup dengan makan, ambil lagi 'supliment' . Kopi..., macam-macam kopi minum, kopi jantan, kopi janda dan sebagainya. Bila dah kuat nak kemana..? Mana nak bawa badan yang kuat tersebut. Kalau tidak mencari jalan bagaimana untuk menjadikan seluruh cara hidup tidak lari dan terlepas dari nilai ibadah kepada Allah.
Ramai hari ini yang ada sijil agama. Namun ramai juga yang melakukan kecurian, lari dari rumah, anak derhaka, isteri derhaka, bersikap kurang ajar dan tidak hormat dengan orang tua. Semua ini terjadi, bila mana masyarakat islam sendiri tidak tahu hakikat agama. Yang mereka nak kejar hebat dan berjaya dalam hidup dalam kaca mata hebat dalam pandangan kegilaan manusia. Dan sekadar apa yang hebat di mata manusia. kalau boleh keluar anak dari perut nak anak itu dah pandai serba serbinya. Namun tuntutan sebenar hakikat islam dan kehebatan islam tidak sekali dipandang dengan pandangan kehebatan dari Allah s.w.t.
Semua orang pun inginkan kebaikan. Hatta orang yang bergelumang dengan dosa dan maksiat juga nakkan kebaikan. Artis juga nak kebaikan. Tapi tahu ker.. apa kebaikan sebenar pada pandangan agama. Agama itulah kebaikan. kerana ianya merupakan anugerah Allah sebagai panduan hidup. Kalau agama itu tidak diguna, mana mungkin dapat mengatakan setiap laku perbuatan itu dalam kebaikan.
Allah mencipta lelaki dan wanita, lelaki ada panduan begitu juga wanita bagaimana cara menjalani kehidupan ini. Sayangnya hari ini bercelaru sekali adanya. nak kata lelaki, nampak macam wanita. Nak kata wanita macam lelaki. Bila lelaki berseluar, wanita pun nak berseluar. Bila wanita berambut panjang lelaki pula nak berambut panjang. Tak juga ketinggalan perempuan pula nak berambut pendek macam lelaki. Sungguh berkecamuk sekali, hatta ada segolongan wanita hendak menuntut kebebasan. Kebebasan apa...? nak bebas di sama hak dengan lelaki atau nak bebas dari agama itu sendiri..!!
Bila diberi peringatan marah. Tazkirah sangat penting di adakan. Ini tidak, nak buat ker, tidak ker, tidak diambil kisah dan diambil peduli. Memang tidak dinafikan, hari ini ada yang berkesedaran untuk mencari dan hendak kepada agama. Hakikat yang mereka mencari agama itu macam mana. Sedangkan mereka yang membincangkan isu-isu agama tidak layak sama sekali membincangkannya. Membincangkan soal wanita juga bukan orang yang selayaknya. Pandangan yang dibuat tidak mengambil pandangan Allah. Nak tanya masalah tanya pada Allah, dan jawapannya dari apa yang dipandu oleh Allah.
Kalau nak bincang bab bahagia, isteri tak pakai tudung nak bahagia macam mana?. suami subuh pun tak bangun atau tak sembahyang langsung nak bahagia macam mana. Kehidupan tidak berasaskan agama sama sekali tidak akan bahagia. Agama sahaja yang akan memimpin kita. Bila kena rasuk, pandai pula mencari orang agama untuk membacakan ayat-ayat al-Quran. Cari panduan agama. Di rasuk hantu, cari agama, di rasuk manusia?..Tidak ramai menyedari, yang di rasuk manusia itu pun sangat kuat tamparannya. Sebab itu lah bila nak bertudung, tudung artis. Nak berbaju, baju artis. Nak kenduri.. ikut artis.. ribuan wang habis untuk membanggakan perkahwian, yang kekadang kawin tidak sampai 2 bulan. Faham agama pun, bersanding juga.
Fesyen rambut lelaki hari ini kalau di lihat, macam balung ayam. Perempuan pula, pakai tudung dengan pakaian ketat dan sendat. Yang pakai tudung yang ala alim sikit pun, tak juga menjaga tangan dari bersalaman dengan yang bukan mahram. Jika tak salam, tidak 'sporting' kononnya.
Sedarlah.. bukan maknanya islam itu dilabel Islam, bila ada masjid, surau, kesatuan Islam, parti islam... bukan macam tu. agama itu luas.. perlu dijelaskan peranan agama ini dalam masyarakat. Agama itu mesti dikenal pasti, mesti dan tidak boleh tidak.
Hari ini bala eksiden paling teruk berlaku dalam berbagai rupa bentuk. Bukan setakat kereta bertembung kereta, hatta penjalan kaki di bahu jalan juga di libas dengan kereta. Dalam rumah tengah berehat, menyapu pun tiba-tiba kenderaan melangar tembuk rumah dan tembus melanggar isi rumah, sedang minum di gerai juga dilanggar. semua ini bala dari Allah. Semua ini berlaku kerana ramai yang tidak mengambil kisah tentang ibadah sembahyang. Langgar sahaja sesuka hati. Kalau dalam perjalanan,yang di kiranya berhenti di kawasan rehat , nak makan dan ke tandas. Agenda sembahyang tidak termasuk dalam kamus perjalanan. Bagi yang gila bola pula, 2 pagi boleh bangun menonton bola. Bila subuh, bermatian tidurnya tak mahu bangun menunaikan tanggung jawab yang sangat besar.
Ini yang dikata kan manusia hari ini bermati-matian dalam perkara yang tidak perlu bemati-matian. Perkara yang sepatut bermati-matian tidak pula bermati-matian. Sedangkan solat perlu dibuat dengan perancangan yang sangat rapi. Dalam setiap perancangan, pastikan bila waktu solat masuk kita sudah bersedia melakukannya dengan baik. Namun apakan daya, ramai yang sanggup mengenepikan solat dengan pelbagai alasan, kerja, mesyuarat, program, perjalananan, jem, tak larat dan sebagainya.
Bila ajal datang menjemput, saat itu sesal sudah tidak berguna lagi. Meratap pun sudah tidak didengari, hari ini, saat ini kita belum mati.. tetapi bolehkah sesiapa menjamin akan hidup sebentar lagi..?. Namun bila kematian datang menghampiri.... cubalah bayangkan ketika kematian itu datang, saat itu apa yang sedang kita lakukan... fikir dan renunglah, moga-moga memberi kesedaran..
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment