Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Monday, June 14, 2010

GANJARAN PENCEN KUBUR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kebanyakkan manusia tidak lari dari inginkan sebuah rumah terbina dengan cukup baik. Macam-macam dilakukan untuk memastikan ianya cukup baik dan memenuhi keinginan penghuninya. Namun bagaimana kita mencorakkan pembinaan isi rumah jika kita tidak menjadikan sebagaimana di sarankan oleh Nabi kita. Rumah kita telah diberi pelan yang baik dan Rasulullah s.a.w. sebagai arkiteknya. Kita telah dibekali dengan al-Quran dan as-sunnah untuk bahan-bahan pembinaannya.

Jadi peranan seorang wanita sebagai ibu sangat penting untuk menentukan didikan yang diberi bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Jika jalan dari awal mengikut jalan Allah, hidup akan jadi baik dan perjalanan hidup menjadi penentu akhirat juga. Ikhlaskan diri mencari redha Allah, dan jangan sekali-kali melakukan sesuatu dan membuat sesuatu perkara dalam agama yang mana kita membuatnya bila mendapat faedah untuk diri kita. Jika tidak nampak kepentingan dan faedah maka sewenang-wenangnya kita tolak dan tinggalkan. Sedangkan orang yang baik di dunia, segala perkara Allah akan mudahkan baginya. Peranan ibu sangat penting memastikan penanaman keikhlasan mencari redha Allah terlaksana pada didikkannya.

Namun apakan daya, ramai yang buta hati terhadap banyak perkara agama. Jika buta mata bolehlah di 'operate' jika buta hati...? Banyak manusia hari ini lebih takutkan manusia dari takutkan Allah. Secara tak langsung mana-mana suruhan manusia yang bertentangan syarak pun di patuhi membuta tuli. Asas agama yang tidak kuat, maka ramai yang sanggup ketepikan solat semata-mata duduk di dalam 'meeting' seolah itu yang lebih penting dan menentukan kejayaan satu-satu rancangan. Punyalah manusia kalah, untuk bangun menunaikan sembahyang.

Betapa kuat sekali pun bekerja kita akan dipencenkan. Samada kita rela atau tidak. Mungkin pencen boleh berlaku pencen cara kejutan, mati.. hasil pencen di rasai oleh waris yang di tinggalkan. Atau pencen wajib, tidak di nafikan semua mengharapkan imbalan dan ganjaran dari kerja yang telah dilakukan kesekian lamanya. Namun tak semua dapat menikmati pencen tersebut. Kadang-kadang ajal terlebih dahulu memanggil. Apa yang ingin ana bicarakan tentang 'Konsep pencen kubur' . Ganjaran yang kita dapat dari hasil kerja buat yang baik di dunia, mungkin kerja yang telah kita buat melahirkan anak yang soleh, bersedekah jariah dan menuntut dan mengajarkan ilmu sehingga ilmu itu di menafaatkan terus menerus. Ganjaran dari semua ini sentiasa diperolehi oleh si mati.

Tanamlah cita-cita untuk mendapatkan pencen ketika dikubur nanti. Jadi langkah jariah yang perlu di buat, jika ada anak-anak saudara kita yang masih susah, bantu mereka. Mungkin mereka susah untuk menuntut ilmu sedangkan kita punyai lebihan yang kita lebih pergunakan untuk perkara-perkara yang akan tinggal di dunia, tidak ikut di kubur. Jika kita nampak ganjaran akhirat tersebut, pastinya kita tidak sabar-sabar untuk memberikan sedekah kepada yang memerlukan lebih-lebih kepada penuntut ilmu agama yang menjadi jariah buat kita juga. Sayangnya ramai yang tak nampak kepentingan tersebut. Mereka lebih nampak saham yang memberi hasil yang lumayan, hingga kadang-kadang tidak selidik halal dan haram.

Kemudian, alangkah bahagianya mendapat anak yang soleh. Untuk mendapat anak yang soleh, makanan yang kita beri pada mereka juga perlu yang halal lagi baik. Jadi daging yang tumbuh pada si anak juga adalah baik. Maka perangainya nanti akan jadi baik. Tetapi hari ini, ramai yang suka memberi makan anak dengan sumber haram. Baik rasuah, baik suka mengambil barangan pejabat seperti kertas, stepler, alat tulis pejabat, di bawanya pulang. Seolah tidak mampu untuk membeli sendiri. Seronok dan menjadi amalan mereka mangambil barang-barang tersebut hingga lupa itu bukan harta sendiri yang sesuka hati boleh dibawa pulang.

Iman kita memang akan berlawanan dengan nasfu. Dalam masa kita inginkan taat, biasa maksiat menyekat. Bila kita inginkan jalan redha Allah, jalan murka Allah yang terikat dan kita buat. Sebab musabab diantaranya ada Sifat sombong dan bongkak tersebut tersembunyi dalam diri. Terlalu banyak setiap perkara ada sahaja alasan yang di cari. Sifat ini boleh di hapuskan dengan 5 S untuk dapatkan sifat tawaduk.

1. Senyum : Perbanyakkan senyum, kerana dia menyenangkan hati kita dan orang lain.
2. Salam : Biasakan memberi salam, kita akan didoakan juga untuk mendapat kesejahteraan.
3. Sapa : Rajin-rajin menyapa kepada orang lain, kita dapat menjalin silaturrahim.
4. Sopan : Orang yang sopan sangat di senangi oleh kawan dan lawan
5. Santun : Amalkan sifat mengalah pada orang lain, kita tidak rugi bahkan kita di hormati.

InsyaAllah dengan sifat tawaduk tersebut, kita menjadi insan yang sentiasa dirahmati. Ajal yang datang tidak dapat kita hindari. Malaikat maut pasti akan datang ketika sakaratul maut. Dalam kubur samada kita dipamerkan Taman Syurga atau kawah Neraka. Waktu kebangkitan semula samada dilindungi arash atau matahari sejengkal di kepala, ketika menerima buku amalan, samada dengan tangan kanan di depan atau dengan tangan kiri dari belakang. Meniti sirat samada secepat kilat atau jatuh yang dahsyat.

Maka bersama kita mencari dan mengamalkan kebaikan untuk simpanan tabung kewangan akhirat kita berbentuk amal soleh, dan bank kan untuk simpanan di RHB. Redha, Hidayah dan Barakah di sisi Allah.
Allahu a'lam.

1 comment:

  1. Bismillah,

    konsep 5S yang amat saya suka:
    -senyum
    -salam
    -sapa
    -sopan
    -santun

    ReplyDelete