Firman Allah Taala,
وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً
maksudnya: " .. dan aku telah redhakan Islam menjadi agama untuk kamu .. (3, Al-Maidah).
Menyambung kuliah maghrib, ustaz membawakan sebuah lagi hadis yang berbunyi :-
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا أَسْلَمَ الْعَبْدُ فَحَسُنَ إِسْلَامُهُ يُكَفِّرُ اللَّهُ عَنْهُ كُلَّ سَيِّئَةٍ كَانَ زَلَفَهَا وَكَانَ بَعْدَ ذَلِكَ الْقِصَاصُ الْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ وَالسَّيِّئَةُ بِمِثْلِهَا إِلَّا أَنْ يَتَجَاوَزَ اللَّهُ عَنْهَا. (البخاري)
Dari Abi Sa'id Al-Khudri ra., bahawa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu memeluk Islam, lalu ia mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), Allah akan mengampunkan tiap-tiap kejahatan yang telah dilakukannya dahulu (sebelum Islam) dan sesudah itu dijalankanlah balasan (bagi segala amalnya) - tiap-tiap satu kebaikan (akan dibalas) dengan sepuluh kali gandanya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan (akan dibalas) dengan satu kejahatan yang menyamainya, kecuali jika Allah mengampunkannya." (Bukhari)
Tiap-tiap perbuatan yang dikerjakan dan kepercayaan yang dii'tikadkan oleh seseorang tetap dikira baik dan buruknya, atau pahala dan dosanya. Bila kita sudah Islam buat baik-baik amalan sebagai seorang islam. Kalau anak baru masuk kerja, macam-macam kita pesan suruh melakukan kerja sebaik mungkin, buat elok-elok. Kita tidak sesusah orang yang mencari-cari islam. Islam kita celik mata aje sudah dapat. Jadi kita di ajar supaya tahu Islam sungguh-sungguh.
Tetapi orang kafir apabila masuk Islam, maka segala bawaannya meliputi perbuatan dan kepercayaan yang dilakukannya sebelum itu diampunkan dan bersihlah ia dari menanggung sebarang dosa.
Kalau kerja ada tahap pencapaian KPI. Ramailah yang berusaha sungguh-sungguh nak mencapainya. Tapi kita tidak ada usaha untuk mencapai KPI islam kita dengan Allah. Kalau kerja kita pulun habis-habisan, Islam....
Bagaimana kita ingin mencapai redha Allah, macam mana kita hendak memahami akidah yang benar lagi sahih. Kita buat ker tidak buat..? Nabi s.a.w menyeru kita membuat amal banyak-banyak. Muhasabah diri kita sejauh mana kita membaca al-Quran, berapa banyak pula kita mencari terjemahan dan tafsirannya untuk memahami isi kandungan al-Quran.
Kejahilan zaman sebelum kita jangan di ulangi. Lakukan perubahan dengan memperelokkan Islam kita di zaman ini. Usaha menjadikan islam kita sebaik-baiknya. InsyaAllah, Allah akan mengampunkan kesalahan-kesalahan lampau kita. Cuba selidiki diri kita, samada kesedaran amal islam kita. Kesedaran ini berbeza dari seorang dengan seorang yang lain. Ada yang bertambah baik dan ada yang berkurangan. itulah yang di sebut oleh nabi kita,
Rasulullah SAW bersabda: “Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” - Hadith Riwayat Muslim
Islam dan da’wahnya bermula dalam keadaan dagang. Islam sewaktu mula didatangkan di Makkah Al Mukarramah, asing dan tidak dikenali oleh masyarakat. Oleh kerana Islam ghurbah dan unik maka Islam dibenci dan dimusuhi. Pembawa dan pendokong-pendokongnya dizalimi dan dihadapkan dengan berbagai-bagai mehnah dan tribulasi.
Sekiranya kita masih mampu menjaga dan mempertahankan islam dalam keadaan sekarang, kalau orang lain sudah tidak mahu kepada islam, alangkah beruntungnya orang tersebut. Ini hendak mengambarkan Allah bersifat sangat pemurah. Allah tidak mahu kita berputus asa memohon rahmat dan keampunan Allah. Sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah, dalam surah az-zumar :53
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Namun bila seseorang ingin melakukan kebaikan, bisikan syaitan akan datang, dia mengajak kepada kejahatan, dengan bisikan buat lah dulu, muda lagi, Allah kan maha pemurah. Jika kita terpedaya, kecelakaanlah jawabnya. Nauzubillah. kerana dalam sihat kita sedikit pun tidak tahu malaikat datang mencabut nyawa. Yang lama sakit belum tentu matinya cepat dari orang yang sihat. Waspadalah, sesungguhnya matlamat manusia diciptakan untuk Allah mengenal pasti siapakah yang paling baik amalan-amalannya. Firman Allah : Surah al-Mulk: 2
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya
Sebaliknya Balasan orang yang berdosa: Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menerangkan satu hakikat bahawa orang yang melakukan dosa tak boleh ditentukan balasan buruknya, kerana hal itu terserah kepada Allah Azza wa jalla. Oleh yang demikian, tidak harus bagi seseorang menentukan balasan buruk kepada orang yang mati dalam maksiat. Dengan ini tertolaklah pegangan puak yang menetapkan balasan neraka kepada orang yang melakukan dosa besar dan pegangan puak yang mengatakan bahawa orang yang berdosa besar, terkeluar dan Islam; juga tertolaknya kepercayaan puak yang menetapkan bahawa orang yang berdosa besar itu kekal dalam neraka. Semuanya bergantung kepada keampunan Allah s.w.t.
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment