الم
ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
والَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
أُوْلَـئِكَ عَلَى هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
TAFSIR ALBAQARAH 1-51. Alif laam miin.
2. Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa ,
3. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki] yang Kami anugerahkan kepada mereka.
4. dan mereka yang beriman kepada kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-Kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.
5. mereka Itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.
Orang-orang yang berjaya yang disebut di dalam surah al-Baqarah ayat 1-5 di sisi Allah s.w.t. adalah orang-orang yang bertaqwa. Mereka beriman kepada perkara ghaib seperti alam kubur, dosa, pahala, syurga juga neraka. Mereka adalah orang yang mendirikan sembahyang, kemudian rezeki yang Allah anugerahkan dan di salurkan kepada mereka, mereka membelanjakan di jalan Allah s.w.t.
Mereka juga adalah orang-orang yang beriman dengan kitab al-Quran dan kitab-kitab yang terdahulu seperti Taurat, zabur dan injil. Orang yang beriman, bila di sebut sahaja hari akhirat mereka sangat yakin. Inilah orang-orang yang mendapat hidayah dari Allah dan mereka adalah orang-orang yang berjaya di sisi Allah.
Perlu disedari bahawa setiap kerja buat kita di dunia akan diperhitungkan oleh Allah s.w.t. di akhirat nanti. Setiap perbuatan kita ada balasan di sisi Allah. Dalam ayat 2 tersebut, menekankan betapa kita perlu memegang al-Quran sebagai perlembagaan kita. Quran adalah petunjuk kita dalam kehidupan. Ia menunjukkan kepada kita bagaimana untuk mengikut jalan Allah. Sekiranya sebiji kereta manualnya ada diberi apa yang patut dilakukan untuk menjaga kereta dengan baik, apalagi al-Quran menunjuki bagaimana untuk menjaga manusia sepatutnya.
Quran perlu dibudayakan dalam diri anak-anak se awalnya. al-fadhil Hassan al Banna meminta kita membaca al-Quran tiap-tiap hari. ia.. cubalah kita bayangkan bahawa membaca al-Quran satu muka dengan teratur dan bertajwid pun hanya memakan masa 4 minit. alangkah malunya kita dengan Allah yang memberi kita masa 24 jam sehari semalam, hanya 4 minit pun tidak dapat kita peruntukkan untuk baca al-Quran, tak boleh kita nak bagi masa untuk Allah. Walaupun Allah tidak rugi pun kalau kita tidak membaca dan mengabdi diri padaNya.
Budayakanlah al-Quran dalam hidup dan keluarga kita. seboleh-boleh lihat tafsir ayat-ayatnya supaya mudah kita fahami dan memberi kesan di hati kita. Sedarlah dunia ini sementara sahaja. Kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti...
No comments:
Post a Comment