Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Monday, June 14, 2010

MANUSIA TIDAK MENGENANG BUDI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “

Pejam celik, pejam celik sudah lebih setengah tahun.. bulan rejab sudah kembali datang, maknanya bulan Ramadhan yang sangat ditunggu-tunggukan sudah hampir tiba. Pantasnya masa berlalu, masa yang berlalu tidak dapat dikutip kembali walau menangis airmata darah sekalipun.

Namun sebanyak mana amalan yang dihimpun, kerja solih yang dibuat, ilmu yang dituntut selepas keluar dari Universiti Ramadhan lepas?

Hatta untuk berselawat kepada rasul junjungan yang sangat mulia, menyebut sahaja namanya teringat penderitaan baginda diperlakukan dalam memberi sinar kepada semua umat manusia. Sayangnya ramai yang mengaku pengikut Nabi s.a.w, tetapi amalan yang dilakukan sangat bertentangan dengan apa yang di ajarkan oleh baginda. Saban waktu ramai lahir penentang-penentang apa yang telah di ajarkan baginda.

Ramainya yang meninggalkan solat, gagal menutup aurat sebagaimana diberitahukan, bahkan maksiat pula yang sering dikerjakan.

Sedangkan Rasul yang mulia tidak putus-putus inginkan kebaikan kepada kita sebagai umatnya, beratkah lidah anda untuk berselawat kepada baginda...?

Sedangkan berselawat, tidak mengambil masa yang lama... sedetik sahaja, lihatlah bagaimana kesan selawat kita kepada baginda. Meskipun telah wafat, namun jasa baik Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak putus-putus sekalipun Baginda s.a.w. telah meninggal dunia dan berada di alam barzakh sebagaimana sabdanya s.a.w., pada hadis lbn Mas'ud yang diriwayatkan oleh al-Bazzaar yang bererti: "Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafatku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa sahaja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan: Alhamdulillah, dan apa sahaja amal kamu yang aku dapati jahat, aku :! memohon keampunan Allah untuk kamu."

Marilah kita mengucapkan salam kepada baginda, dan kita berselawat kepada baginda...
اللهم صل على محمد وعلى آله محمد

No comments:

Post a Comment