Dua bulan lepas, ustaz menyebut tentang nikmat sihat, tiada wang dapat membeli sihat. Kita boleh membeli ubat tetapi bukan membeli sihat. Perkara pertama untuk kita hargai nikmat ini, bila kita menziarahi orang sakit. kita akan dapat melihat tatkala sakit makan tak lalu, badan menjadi lesu. Bila kita ziarah orang sakit, kita sedar suatu hari akan sakit. Firaun di istidraj oleh Allah tidak sakit.
Nikmat kedua yang disentuh oleh Ustaz ialah tentang kelapangan. Bila ada masa kita selalu melengahkan solat. bila lambat kita selalu kata tak sempat. Kita selalu kejar makan dulu. tetapi tidak pula kita mengejar sembahyang. Kepentingan masa dalam kehidupan orang muslim tidak boleh diabaikan. keistemewaan masa yang Allah beri, perlulah digunakan sebaiknya. Hari ini masa itu di rasa cepat berjalan. setahun di rasa sebulan. sebulan di rasa seminggu. seminggu di rasa sehari, sehari di rasa sejam. sejam di rasa seminit. itu juga Maknanya tanda-tanda hampirnya kiamat. zaman dulu kita rasa lamanya masa tu bergerak.
Memperkata tentang masa Ulama' Yusuf Qardawi, menyebutkan
1 .cepatnya masa berlalu.
Masa terlalu pantas sekali berlalu dan tidak dapat dikejari oleh kita. Bahkan berlalunya ia, kadang-kadang tanpa kita sedari. Mungkin bagi orang yang makan gaji, rasa nak tunggu sebulan tu mungkin rasa panjang, sebab menunggu.
2. dia pergi tak akan kembali dan tak boleh di gantikan lagi.
Masa yang pergi tidak akan berulang dan tidak dapat dikutip kembali dan tiada gantian baginya. kalau nak hadir kenduri boleh wakil pada anak atau isteri, jika dalam satu masa. tapi bagi masa, nak wakil macam mana. Bila ia berlalu, dia tetap berlalu, begitulah yang dimaksudkannya.
Bila kita baca surah sajadah. Apabila di baca..
رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحاً إِنَّا مُوقِنُونَ
"Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."manusia di akhirat minta balik ke dunia, bermohon dan berkata, kembalikanlah kami. Mana boleh lagi..Dunia dengan akhirat satu perbandingan yang jauh bezanya. Panggil tak dengar kalau di luar rumah besar, apa lagi dunia dan akhirat. tiba-tiba nak minta balik. Di alam lain, nak minta alam lain. Kat dunia pun tak dengar dah. Dah tua, boleh minta muda? soal ustaz. Sedangkan masih duduk atas dunia pun tak di izin Allah. Alam akhirat, alam balasan, dunia alam bercucuk tanam, gaji di akhirat.
Allah sebut setiap diri akan merasa mati. Dalam bahasa arab, di katakan 'كُلُّ نَفْسٍ' maknanya siapa-siapa sahaja mesti rasa mati. manusia cara manusia, haiwan cara haiwan, jin cara jin.tapi lebih tumpu pada manusia sebab kerja buat dan apa dilakukan akan diperhitungkan. Kalau masuk syurga atau neraka itu keadilan Allah. Satu kisah yang boleh dijadikan iktibar yang diceritakan oleh ustaz, seorang jahat masuk syurga dengan rahmat Allah, dan seorang yang buat baik masuk neraka. Semua ini terjadi di kisahkan orang jahat itu ada juga ketakutan pada Allah bila bilamana melalui seorang cacat separuh badan, yang mencari Allah untuk minta sempurna kejadian tubuhnya kerana sudah tidak tahan di hina manusia. Orang jahat ini, minta beliau tanyakan kepada Tuhan yang dia jumpa neraka mana dia akan masuk sebab kejahatannya. Ketika bertemu dia yang dikatakan Jibril, beliau memohon permintaannya dan bertanya tentang orang jahat dan orang baik yang mengirim pertanyaan tersebut. Disebabkan dia masih ada ketakutan dengan Allah, dengan rahmat Allah dia masuk syurga. Maka dia berfikir dan insaf kalau jahat pun Allah masih sayang, maka dia pun mula beribadat sesungguhnya.
Berlainan yang melakukan kerja buat baik yang bertanya syurga mana dia masuk. Namun di beritahu dia ke neraka. Disebabkan dia buat bukan kerana Allah, tetapi mengharapkan sesuatu yang lain. Boleh lah di petik pengajaran tersebut yang masuk syurga, dia masuk syurga kerana dia ada juga perasaan takut pada tuhan. Ada satu kisah seorang nak mati dia minta di bakar dan selerakkan abunya kerana dia takut dengan dosa-dosanya jika di azab Allah, akhirnya dia di masukkan kesyurga atas dasar ketakutan kepada Allah tersebut. Begitulah fitrah diri manusia. Dalam dirinya satu lawan tiga. nafsu, hawa dan syaitan nak berlawan hati seorang. tiga musuh , lazimnya tiga yang menang. manusia suka buat dosa disebabkan yang demikian.
Kita renung dan fikirkan Allah pelihara kita, dari dalam perut ibu hingga sekarang. Nikmat yang banyak tak cukup untuk kita balas. kereta tu besi tahan berapa tahun. mata kita dari kecik sampai sekarang dah berapa tahun. kuat mata kita dari besi. Lihatlah betapa besar rahmat Allah macam cerita tadi, orang jahat pelik, sejahat dia boleh masuk syurga. Kalaulah aku jahat, Allah rahmat juga, kasih juga, desus hatinya, maka dia bertambah amalan baiknya. Maka dia makin bersungguh beribadat pada Allah.
Ya..Sembahyang jumaat 3 kali berturut tak pergi baru terkeluar namun berdosa jika tiada uzur syarie. Itu rahmat Allah. berlainan dengan solat fardu. sayangnya masa cari rezeki yang halal ada yang tinggal solat. orang mencuri selagi dia tak kata curi tu halal, tak jatuh kufur. makan benda haram,tak kufur tapi berdosa. tapi cari wang halal sampai tak solat, tak solat dengan sengaja... apa hukumnya. beri makan pada anak-anak, macam mana. duit yang tidak baik bagi makanan pada anak isteri, akan membuah yang tidak baik. benih baik, tumbuh baik. lalang akan keluar lalang, betik akan keluar betik. Walau macam-macam benih di tabur di satu kawasan tanah. masing-masing akan tumbuhkan mengikut benihnya. Tak tersilap tumbuh itu kehendak Allah. Begitu juga manusia, kalau benih sudah tidak baik, maka yang tumbuh juga tidak baik. Maknanya dalam 1 tempat, tanam benih macam2. Keluar mengikut benihnya. Kelebihan yang Allah tunjuk pada kita sebagai makhluknya. Bukan maknanya boleh buat dosa, tetapi bandingan betapa besarnya dosa melalaikan solat.
3. masa suatu yang beerti , terlebih mahal .
Kaya macam mana pun tak boleh beli masa. tak boleh berhentikan masa. Paling mahal. Emas tak mahal, sebab hilang beli balik. Tapi masa kalau hilang tak boleh datang balik. jagalah masa kita, syair arab : sekiranya masa itu di ibaratkan pedang. sekiranya engkau tak pandai memotongnya, dia akan memotong engkau"
Tidur yang berlebihan, banyak membuang masa, kalau tak tidur boleh bekerja, dapat cari wang infakkan harta. Atau berzikir kepada Allah. Betapa rugi mereka yang tidak menghargai nikmat masa yang ada. Carilah keredhaan Allah dalam masa yang masih Allah kurniakan buat kita. Moga sentiasa kita dirahmati Allah hendaknya. Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment