Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Thursday, June 10, 2010

CEGAH KEMUNGKARAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Kemungkaran yang bersepah di sana sini sangat menakutkan dan mengerunkan hati. Bahkan ianya menghilangkan rasa ketenteraman di jiwa. Bayangkan, bila terdapatnya remaja-remaja yang terlalu ramai mengandung dan melahirkan anak tanpa bapa yang sah, berleluasanya perlacuran dan kelab-kelab malam, meratanya anak-anak teruna dara yang bepeleseran di jalanan serta meminum yang memabukkan. Baik yang belajar di IPT .. sangat mendukacitakan.


Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”

Maksudnya: "Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kekuasaan) dan jika dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidah dan jika dia juga tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman. "

Hadis ini menjadikan mengubah kemungkaran adalah kewajiban setiap orang yang melihat kemungkaran. Mengubah hendaklah dilakukan sama ada dengan tangan ataupun dengan lidah jika dia tidak mampu ataupun dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman. Setiap kita dituntut untuk mengaplikasikan keimanan yang tinggi lebih-lebih yang mengaku diri seorang mukmin. Mana mungkin kita memilih untuk perkara yang di anggap selemah-lemah sedangkan dalam banyak perkara lain kita biasanya inginkan sebaik-baik dan terhebat.

Berdiam diri terhadap kemungkaran tidak harus berlaku. Kemungkaran pastinya mengegarkan hati manusia. Sekurang-kurangnya kita menyimpan perasaan benci terhadap sebarang kemungkaran. para ulama dari seluruh dunia seperti Sheikh Dr.Yusuff al-Qardawi, Sheikh Taha Jabir al-Alwani, dan ramai lagi yang sepakat mengatakan bahawa adalah HARAM bagi umat Islam berdiam diri melihat kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan. Kemungkaran satu perkara yang dapat mengegarkan hati manusia. Hati seorang manusia yang bersih pasti membenci kemungkaran. Perasaan benci yang dipendam pastinya akan keluar juga dari hati suatu ketika.
Pastinya kita akhirnya akan berkata juga kemungkaran tetap salah di sisi agama.

Firman Allah SWT. di dalam surah Al-Isra’ ayat 81 ;
وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً
“Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah terhapus”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti akan terhapus”.

Hadis yang meletakkan mertabat kepada membenci kemungkaran dengan hati merupakan jihad yang terakhir sebagai disebutkan :-

Dari Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah saw bersabda, “Semua para nabi yg dibangkitkan akan disertai oleh hawari(pengikut) dan sahabatnya. Mereka mengamalkan sunnahnya dan mengikut perintahnya. Kemudian datanglah satu generasi selepas mereka yg bercakap apa yg mereka tidak diperintahkan. Siapa berjihad melawan mereka dgn tangannya, dia adalah org yg beriman, siapa yg berjihad dgn lidahnya dia adalah org yg beriman, dan siapa yg berjihad dgn hatinya dia juga adalah org yg beriman. Selepas itu tidak ada lagi iman walaupun sebesar sebiji sawi.”[HR Muslim]

Sangat dibimbangkan hasil kemungkaran yang berleluasa yang tidak di cegah, akan mendatangkan murka Allah. Banyak sudah Allah memberi peringatan, namun masih manusia lupa daratan. Sekejap jua keinsafan telah mula kembali melakukan.
Dalam sejarah telah tercatat, pernah seorang sahabat, Ibnu Abbas r.a. bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Adakah binasa sesebuah kampung itu walaupun di dalamnya terdapat orang-orang soleh? Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa, disebabkan mereka memandang mudah dan berdiam diri tanpa melarang perbuatan menderhakai Allah, maka Allah perintahkan malaikat supaya menterbalikkan kota itu ke atas penduduknya”.


Begitulah pentingnya tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, di mana apabila umat islam gagal melaksanakannya tugas amar ma'ruf nahi mungkar maka seluruh umat Islam akan ditimpa bala bencana oleh Allah SWT. Nauzubillah.
Besama-samalah kita mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang diperintahkan.
Allahu a'lam.

1 comment:

  1. SIAPA HINA ISLAM?
    ikutilah kisah penghinaan terhadap masjid dan ahli khariah kampung baru sedenak oleh pentadbir yang jahil dan zalim di www.karamsingwali.blogspot.com
    tolong2 share...bantu kami.

    ReplyDelete