Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Wednesday, June 30, 2010

KALIMAT INDAH SOLAT WITIR

Hasan bin Ali radhiallahu 'anhuma berkata, Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah mengajarkan aku beberapa kalimat yang harus aku ucapkan di dalam solat witir, iaitu:

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ

وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ

إِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ

وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ.

Ya Allah, tunjukilah aku ke dalam golongan orang yang Engkau telah berikan petunjuk,
sejahterakanlah aku ke dalam golongan orang yang Engkau telah berikan kesejahteraan,
sayangilah aku ke dalam golongan orang yang telah Engkau sayangi,
berkatilah aku ke dalam golongan orang yang telah Engkau berkati,
hindarilah aku dari segala bahaya yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan bukan yang ditentukan,
Sesungguhnya tidak akan hina orang yang telah Engkau lindungi
dan tidak akan menjadi mulia orang yang Engkau musuhi.
Engkau wahai Tuhan adalah Maha Mulia serta Maha Tinggi

USTAZ RAIHAN : Keberkatan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Firman Allah SWT:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ

"Jikalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi…" (Al-‘Araaf: 96)

Janji Allah menyatakan bahawa jika sesungguhnya penduduk satu qariah itu beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. , Allah memberi jaminan menurunkan keberkatannya dari langit. Lebih-lebih lagi berada dalam bulan rejab ini, kita sentiasa membaca doa

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “


Merupakan satu persiapan untuk menyambut ramadhan. Pendek kata masuk sahaja bulan rejab, ramai yang minta berkat. Al quran juga diturun pada malam yang penuh berkat. Kita minta berkat..berkat..berkat. jumpa ustaz-ustaz pun minta nak berkat, minum air nak minta berkat, bila hendak makan kita berdoa nak minta berkat,


اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka.

apa berkat apa sebenarnya. Ada ker tak ada berkat yang dicari-cari ini. Kalau ada mana nak dapat. Ada ker berkat pada tempat, masa dan orang. Itu Persoalannya.

Sedar tak sedar doa qunut dalam subuh juga kita hari-hari minta berkat berkatlah apa yang Engkau bagi ya Allah..

وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ


Berkatilah
hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.

Soalnya berkat ada ker tak ada. Sambut bulan rejab berlakunya peristiwa israk mikraj seperti yang di sebutkan di dalam Firman Allah dalam Surah al israk ayat 1.

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Disebut lagi keberkatan dalam ayat lain di mana Allah menyatakan turun quran bulan ramadhan. Firman Allah.

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan(berkat).


Maka barang siapa yang menafikan adanya berkah ini maknanya mereka menafikan nas-nas dari al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. Dengan demikian ternyatalah dan jelas kepada kita bahawa Pertama, pada sesuatu Yang Kecil Itu Ada Barakah. Kedua, Ada malam yang berkat. Ketiga kisah Jabir Aabdillah. Bercerita sempat bersama kami dengan nabi, bermusafir . air waktu itu tak ada. Telah masuk waktu Asar. Air sekadar sedikit untuki diminum, maka tidak syak lagi ketika itu Wajib menjaga nyawa. Nabi memninta air yang sedikit itu, lalu mencelup jarinya, bercucuran dan terpancar air dari jari baginda. Marilah orang yang nak berwuduk seru baginda, ini berkat dari Allah. Jangan pandai-pandai kita mengatakan dimukabumi Allah ini berkat tak ada. Bohong namanya. Jangan sekali-kali mengatakan demikian. Maka para sahabat Minum puas2 sebab berkat dari Allah. Dikatakan ketika itu sahabat ramainya kurang lebih 1400 orang.


Kita juga dipesan nabi agar bila makan kita perlu menghabiskan makanan hatta yang tercicir ke bawah. Kerana kita tidak tahu dalam makanan itu , mana satu yang berkat. Ini dijelaskan oleh sepotong hadith Nabi SAW:

Dari Jabir, beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila sesiapa dari kalangan kamu makan, dan jatuh sejemput dari tangan, maka bersihkanlah habuk yang terlekat pada makanan itu dan hendaklah dia memakannya. Jangan tinggalkan bahagian itu untuk syaitan. Dan janganlah dibersihkan tanganmu dengan kain pengelap sehingga dia telah menjilat (jari-jari)nya. Sesungguhnya seseorang itu tidak tahu pada bahagian manakah makanannya yang diberkati Allah”


Jadi perlu kita ketahui Apa itu barakah. Berkah itu ialah benda yang sikit jadi banyak, tak banyak mencukupi. SAtu kisah, Nabi jemput makan beberapa sahabat. Makanan tidak sebanyak mana, tetapi Nabi s.a.w, ceduk dan terus menceduk makanan, bahkan mencukupi. Jadi kata ustaz ada satu amalan yang diajarkan oleh seorang ustaz, iaitu bila buat kenduri tak cukup makanan ketika itu, amalkan baca surah al quraish. Amalan ini boleh di amalkan kerana ayat al -Quran, insyaAllah.


Tuntasnya dari perkara-perkara di atas dapat disimpulkan Adanya barakah pada tempat, pada masa , dan pada orang yang dikurnia oleh Allah akan berkatnya.

Setelah kita ketahui barakah itu memang ada, jadi bagaimana kita hendak mengenali ciri-cirinya pula.



Pertama
al ziadah : bertambah.

Ramai hari ini belajar banyak tetapi lupa dan tidak dapat. Maknanya Ilmu itu tidak berkat. Ulama jadi hebat kerana keberkatan ilmunya, tetapi ramai yang mengaji dengan ulama' hebat tetapi masih tak faham. Ini kerana tidak mengikut bagaimana yang diajar ulama yang hebat tersebut. Sewaktu belajar dan ada disebut dalam sebuah kitab ketika belajar ada adap-adap belajar. Biasanya kitab ini di ajarkan diPondok. Hari ini budak sekolah tidak hormat guru bahkan di luar sekolah berlaku kurang ajar dengan guru. Mana nak berkat ilmu. Mengaji banyak , faham tak ramai. Tidak lain kerana Keberkatan dicabut oleh Allah. Adap belajar tidak dijaga.


Cuba perhatikan waktu bulan Ramadhan, yang dikatakan penuh keberkatan tersebut, surau dan masjid ramai orang solat, puasa lagi ramai dari orang sembahyang, bila habis ramadhan tiang lagi banyak dari orang.



Ciri Kedua as saadah wa sakinah. Kebahagiaan dan ketenangan. Harta banyak belum tentu jiwa tenang. Duit banyak pun tak bahagia sebab dicabut ketenangan. Artis barat banyak bunuh diri, walau duit berjuta. Ratu cantik bunuh diri hanya disebabkan putus cinta. Kerana apa..? Mereka Mencari satu benda bernama bahagia dan tenang. Duit banyak biarlah berkat. Bila tak berkat itu yang orang curi dan orang rompak. Orang yang mencuri pulak banyak duit yang di curi, beg mengunung dihimpun dalam kondo. Namun hakikatnya tidur mereka tak lena. Takut..., bunyi ambulan pun disangka polis.



Ini yang Nabi tekan sangat soal barakah, untuk mendapat hidup yang tenang dan bahagia. Penipuan rasuah bahkan terlibat dengan benda-benda yang haram hidup jadi tak tenang. Tipu orang, rasuah, samun semuanya mencabut ketenangan kerana keberkatan hilang. Orang yang jaga mesin bank, cukup ambik yang sen sen aje. dari akaun penyimpan, Kalau dah berjuta, berapa dia dapat, pasti banyak namun tak berkat. Akhirnya dapat dikesan penipuan tersebut. Hidup tak tenang. Kadang-kadang anak sakit, kecurian,kebakaran dan sebagainya. Allah cabut kebahagian. Duit haram, benda haram hidup tidak akan tenang. Orang tua dulu sangat titik berat tentang berkat. Buat bendang, simpan duit sikit2, berapa kali pergi makkah. Pernah orang tua dulu senang, tetapi buat rumah tak runtuh-runtuh. Hari ni, surat khabar yang beritahu sini runtuh, sana runtuh asyik runtuh aje. Allah Cabut keberkatan. Cari pula orang yang jaga rumah, tetapi tuan rumah yang jaga sebab tidur tak lena fikir harta, jaga pula yang tidur. Rumah dibandar-bandar kunci besi sebab takut orang masuk; di kampung...., kata ustaz, rumah terbuka orang pula takut nak masuk. Nak tunjuk kebahagiaan dan ketenagan bila ada keberkatan. Duduk masjid dan baru balik masjid tenang jiwa. Sampai di rumah dah tak tenang. Berkatnya masjid tu. Sebab jumpa saadah dan sakinah di masjid. Dapat bahagia dan dapat tenang.

Ciri Ketiga. Abadiah. Kekal.

Kalau ada Ilmu kekal ilmunya, ada amal kekal amalnya dan terus istiqamah, ini maknanya ilmu yang dia ada itu berkat. Selalu kita lihat orang yang senang dapat duit dengan judi, dapat berjuta tetapi sekejap aje.

Persoalannya sekarang, Bagaimana nak dapat berkat tersebut. Firman Allah dalam ayat di atas tadi menyebutkan, kalau sekiranya penduduk sesebuah kampung itu beriman bertaqwa, pasti Allah buka pintu keberkatan. Dari langit turun berkat, dari bumi keluar berkat. Dengan itu, seru ustaz, jika kita masih mengunakan bank yang mengamalkan riba tukarlah ke perbankan islam. Kita nak balik ke taqwa. Janji Allah dia akan bagi tapi perlu menepati syarat iaitu beriman dan bertaqwa. Tak semua boleh dapat. Allah letak syarat. Rezeki tak sangka-sangka boleh di datangkan oleh Allah. Syaratnya beriman dan taqwa. Allah sebut, Aku beri berkat.

Pokoknya, Apa itu iman dan apa itu taqwa. mengingati Kisah saidina umar al khatab. Dengan budak gembala kambing yang bertaqwa tidak mahu menjualkan kambing tuannya walaupun diuji oleh Saidina Umar, dengan mengatakan kalau tuannya tidak tahu tetapi Tuhan Umar (Allah) dan juga Tuhan dia tahu. Maka terharu hati Saidina Umar lalu dibeli dan dibebaskan budak hamba abdi dari tuannya, Soal ustaz.. kalau kita taukeh kambing, kambing banyak nak kira ker... seekor pasti susah untuk kita tahu. Jadi boleh saja budak tadi nak menjual kalau dia mahu. Tapi iman dan taqwanya dia tidak melakukan demikian, Ini seorang hamba abdi yang menjawab begini. Bukan pegawai besar atau pegawai bank kata ustaz. Tidak lain sifat Taqwa. Contoh Orang yang bawa berkat tidak lain taqwa ada dalam jiwanya. Allahu a'lam.

Monday, June 28, 2010

USTAZ SYARHAN : Kaedah Memelihara Iman

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Ustaz memulai kuliahnya dengan Bermuqadimah kan ayat dalam surah an-Nisa' ayat 103 berbunyi
فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاَةَ فَاذْكُرُواْ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَّوْقُوتاً

bermaksud : Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.

Mengongsikan pandangan dari tulisan Dr 'Aid Abdullah Al-Qarni yang membicarakan tentang 'Pesanan untuk orang-orang yang berdosa' ustaz memetik beberapa cara atau kaedah yang dimuatkan oleh Dr 'Aid Abdullah Al-Qarni bagi seseorang muslim manjaga dan memelihara iman. Iman adalah satu perkara yang sangat penting yang perlu ada pada individu muslim. Sekiranya tidak iman, tiada jaminan untuk mendapat rahmat ke syurga Allah. Syurga adalah unutk orang yang beriman lelaki dan perempuan. Bukan masuknya syurga dengan nama Islam atau muslim, penghuni syurga adalah orang beriman.

Pentingnya iman itu dipelihara, kena di jaga. Iman boleh ada dan mungkin akan hilang. Junnah(pelindung) bagi diri dari melakukan maksiat adalah iman. Arab Badwi di tegur Allah bila mereka rasa telah beriman. Maksud Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat :14
Orang-orang " A'raab" Badui itu berkata berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah rasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Makna di sini, belum tentu seseorang yang mengaku islam itu telah beriman. Sedikit sebanyak kita tidak minum arak, kita tidak berjudi itulah tandanya iman itu sebagai pembenteng. Jika iman ini tidak dijaga, itu yang seseorang berani membuat dosa. Bila iman kurang atau tiada, maka hati tidak rasa bersalah bila buat maksiat.

Disini Dr 'Aid Abdullah Al-Qarni menyebut memelihara Iman ia maknanya ia menjaga hatinya.

sebuah hadis menyebutkan :

Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!?.

Menurut Dr 'Aid Abdullah Al-Qarni kaedah memelihara iman
Pertamanya menjaga ibadah fardu terutama solat.

hari ini kita melihat ramai yang solatnya kelompongan, ada yang dibuat ada yang ditinggalkan. Maka carilah kesempurnaan dalam solat. Dengan demikian perlulah belajar, mengaji, memahami bacaan solat, khusyuk kerana solat pendinding dan benteng kepada iman. Ayat mula-mula dibaca oleh Ustaz di atas tadi menyebut tentang solat. Solat dari segi bahasanya adalah 'doa' tasbih kepada Allah. Menurut istilah, Ulama' solat bermula dengan takbir dan berakhir dengan salam. Solat menghampirkan kita dengan Allah. Perlulah kita mengingati Allah waktu berdiri, duduk dan baring.

Ustaz menyeru agar semua mulazamah wirid, yakni membiasakan wirid lebih-lebih al ma'thurat pagi dan petang. Jadikan zikrullah dalam amalan kehidupan, seru ustaz. Sebaliknya tetap menekankan solat adalah satu ibadah yang sangat dan paling tinggi kepentingannya. Banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang solat diantaranya membezakan seorang yang beriman dan kufur.

Sebuah Hadith Rasulullah s.a.w. yang antara lain bermaksud:"Daripada Jabir r.a bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: Perbezaan antara kufur dan iman itu ialah meninggalkan sembahyang

"Di antara seorang lelaki dan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang." Muslim, Abu Daud, Tirmizi,Ibnu Majah dan Ahmad

"Janji (perbezaan) di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah meninggalkan sembahyang.Sesiapa yang meniggalkan sembahyang, bererti dia telah kafir." Ahmad dan Ashabus Sunan)

Para sahabat selalu menginginkan kematian yang baik dan sering berdoa seperti “Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau matikanlah kami dengan kematian yang baik dan janganlah Kau matikan kami dengan kematian yang buruk.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-
“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).


Kedua : Renungi nikmat-nikmat Allah

Merenungi dan memikirkan dan memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan, Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan? bumi bagaimana ia dihamparkan? telah disebutkan di dalam surah al-ghasiah. Alangkah kerdilnya kita tanpa iman di hadapan Allah s.w.t. satu perkara yang dapat mendidik keimanan, merasakan pengawasan yang Maha Esa, merasakan keagungan Allah dan rasa takut kepada Allah adalah memikirkan tanda tanda kekuasaan Allah.

Ibnu Kathir telah menukil tafsir firman Allah , “Wahai sekalian manusia! beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu.” (Surah al Baqarah: 21),

dari Imam Malik bahawa Harun al Rasyid bertanya kepadanya, “Apa bukti adanya kekusaan Allah Yang Maha Esa?”Imam Malik menjawab, “Suara yang berbeza beda, loghat bahasa yang berbeza-beza dan bahasa yang berbeza beza inilah yang menunjukkan kekuasaan Sang Pencipta bumi dan langit.”


Ketiga
: melazimi ibadah-ibadah sunat

Dalam ibadah sunat, suka sangat yang mengatakan 'sunat je...' sedangkan inilah tanda sebenar keimanan kita kepada Allah. itulah perbuatan Nabi s.a.w. dan para sahabat, berebut-rebut melakukan perkara yang sunat-sunat disamping menjaga sebaiknya yang fardu. Nabi kita kekasih Allah, para sahabat mendapat jaminan syurga, siapakah yang terlebih baik untuk diikuti kalau tidak kita mencontohi mereka. Jadi, apa sifat mereka..?. mereka melazimi ibadah yang sunat-sunat.


Nabi sangat suka pada mereka yang melakukan amalan yang berkekalan dan istiqamah, walaupun sedikit. sebuah hadis

عن ابي فراس ربيعة بن كعب الأسلمي خادم رسول الله ص م ومن أهل الصفة قال: كـنت أبيت مع رسول الله فآتيه بوضوئه وحاجته, فقال: سلني ؟, فقلت: أسـألك مرافـقـتـك في الجنة, فقال: أو غـير ذلك؟ , فقلت: هـو ذاك, قال: فأعـني علي نفـسـك بكثرة السجود [رواه مسلم]


Dari Abu Faras Rabi`ah ibn Ka`ab al-Aslamy, pelayan Rasulullah SAW dan ia dari ahli Shaffah berkata: Ketika saya tidur bersama Rasulullah, maka sebelumnya saya melayani wudhu` dan keperluannya, lalu Beliau bersabda: “Silakan minta dari ku?”, maka saya berkata: Saya minta dari mu adalah mendampingimu didalam surga, maka beliau bersabda: “Atau selain itu?”, lalu saya jawab: Itu saja Ya Rasulullah, kemudian Beliau bersabda: “Maka berjanjilah kamu atas diriku untuk banyak sujud”. (HR. Muslim).


Apa lagi yang lebih penting dari mata benda dunia yang kita pohon selain dari kebaikan di akhirat. Kalau kita tidak langsung ada doa untuk minta dengan Allah kematian yang menjanjikan kebaikan buat kita. Macammana kita hendak pergi ke ajal mati itu di akhir kematian agar kematian tersebut diredhai Allah. Alangkah bahagiannya anak-anak muda yang bercita-cita untuk mati syahid dan mengakhiri kesudahan hidup dengan keadaan yang sangat mulia. Ayuh bersama mencari keredhaan dan kecintaan Allah s.w.t. dengan memelihara iman sebagaimana yang telah disebutkan. InsyaAllah.

USTAZ SYARHAN : Kelebihan Agama Islam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Firman Allah Taala,
وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً

maksudnya: " .. dan aku telah redhakan Islam menjadi agama untuk kamu .. (3, Al-Maidah).

Menyambung kuliah maghrib, ustaz membawakan sebuah lagi hadis yang berbunyi :-

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا أَسْلَمَ الْعَبْدُ فَحَسُنَ إِسْلَامُهُ يُكَفِّرُ اللَّهُ عَنْهُ كُلَّ سَيِّئَةٍ كَانَ زَلَفَهَا وَكَانَ بَعْدَ ذَلِكَ الْقِصَاصُ الْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ وَالسَّيِّئَةُ بِمِثْلِهَا إِلَّا أَنْ يَتَجَاوَزَ اللَّهُ عَنْهَا. (البخاري)

Dari Abi Sa'id Al-Khudri ra., bahawa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu memeluk Islam, lalu ia mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), Allah akan mengampunkan tiap-tiap kejahatan yang telah dilakukannya dahulu (sebelum Islam) dan sesudah itu dijalankanlah balasan (bagi segala amalnya) - tiap-tiap satu kebaikan (akan dibalas) dengan sepuluh kali gandanya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan (akan dibalas) dengan satu kejahatan yang menyamainya, kecuali jika Allah mengampunkannya." (Bukhari)

Tiap-tiap perbuatan yang dikerjakan dan kepercayaan yang dii'tikadkan oleh seseorang tetap dikira baik dan buruknya, atau pahala dan dosanya. Bila kita sudah Islam buat baik-baik amalan sebagai seorang islam. Kalau anak baru masuk kerja, macam-macam kita pesan suruh melakukan kerja sebaik mungkin, buat elok-elok. Kita tidak sesusah orang yang mencari-cari islam. Islam kita celik mata aje sudah dapat. Jadi kita di ajar supaya tahu Islam sungguh-sungguh.

Tetapi orang kafir apabila masuk Islam, maka segala bawaannya meliputi perbuatan dan kepercayaan yang dilakukannya sebelum itu diampunkan dan bersihlah ia dari menanggung sebarang dosa.

Kalau kerja ada tahap pencapaian KPI. Ramailah yang berusaha sungguh-sungguh nak mencapainya. Tapi kita tidak ada usaha untuk mencapai KPI islam kita dengan Allah. Kalau kerja kita pulun habis-habisan, Islam....

Bagaimana kita ingin mencapai redha Allah, macam mana kita hendak memahami akidah yang benar lagi sahih. Kita buat ker tidak buat..? Nabi s.a.w menyeru kita membuat amal banyak-banyak. Muhasabah diri kita sejauh mana kita membaca al-Quran, berapa banyak pula kita mencari terjemahan dan tafsirannya untuk memahami isi kandungan al-Quran.

Kejahilan zaman sebelum kita jangan di ulangi. Lakukan perubahan dengan memperelokkan Islam kita di zaman ini. Usaha menjadikan islam kita sebaik-baiknya. InsyaAllah, Allah akan mengampunkan kesalahan-kesalahan lampau kita. Cuba selidiki diri kita, samada kesedaran amal islam kita. Kesedaran ini berbeza dari seorang dengan seorang yang lain. Ada yang bertambah baik dan ada yang berkurangan. itulah yang di sebut oleh nabi kita,

Rasulullah SAW bersabda: “Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” - Hadith Riwayat Muslim

Islam dan da’wahnya bermula dalam keadaan dagang. Islam sewaktu mula didatangkan di Makkah Al Mukarramah, asing dan tidak dikenali oleh masyarakat. Oleh kerana Islam ghurbah dan unik maka Islam dibenci dan dimusuhi. Pembawa dan pendokong-pendokongnya dizalimi dan dihadapkan dengan berbagai-bagai mehnah dan tribulasi.

Sekiranya kita masih mampu menjaga dan mempertahankan islam dalam keadaan sekarang, kalau orang lain sudah tidak mahu kepada islam, alangkah beruntungnya orang tersebut. Ini hendak mengambarkan Allah bersifat sangat pemurah. Allah tidak mahu kita berputus asa memohon rahmat dan keampunan Allah. Sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah, dalam surah az-zumar :53
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Namun bila seseorang ingin melakukan kebaikan, bisikan syaitan akan datang, dia mengajak kepada kejahatan, dengan bisikan buat lah dulu, muda lagi, Allah kan maha pemurah. Jika kita terpedaya, kecelakaanlah jawabnya. Nauzubillah. kerana dalam sihat kita sedikit pun tidak tahu malaikat datang mencabut nyawa. Yang lama sakit belum tentu matinya cepat dari orang yang sihat. Waspadalah, sesungguhnya matlamat manusia diciptakan untuk Allah mengenal pasti siapakah yang paling baik amalan-amalannya. Firman Allah : Surah al-Mulk: 2
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya

Sebaliknya Balasan orang yang berdosa: Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menerangkan satu hakikat bahawa orang yang melakukan dosa tak boleh ditentukan balasan buruknya, kerana hal itu terserah kepada Allah Azza wa jalla. Oleh yang demikian, tidak harus bagi seseorang menentukan balasan buruk kepada orang yang mati dalam maksiat. Dengan ini tertolaklah pegangan puak yang menetapkan balasan neraka kepada orang yang melakukan dosa besar dan pegangan puak yang mengatakan bahawa orang yang berdosa besar, terkeluar dan Islam; juga tertolaknya kepercayaan puak yang menetapkan bahawa orang yang berdosa besar itu kekal dalam neraka. Semuanya bergantung kepada keampunan Allah s.w.t.

Allahu a'lam.

USTAZ SYARHAN : Tuntutan Beramal

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Amal adalah satu perkara yang akan diterima pakai apabila berhadapan dengan Allah s.w.t. di akhirat nanti, ia juga merupakan kekuatan iman dan memiliki nilai yang sangat positif dalam menghadapi tentangan hidup dan segala fitnah yang merebak di dalamnya, jika seseorang menginginkan kebahagiaan hidup yang hakiki.

Amalan yang dibuat bahkan tidak bercanggah dengan syariat juga tidak melanggari hukum syarak, dibuat kerana Allah semata-mata adalah dikira ibadat. Amal inilah yang akan datang kepada kita pada hari kiamat.

Allah subhanahu wa taala telah menjelaskan hal yang demikian dalam al-Quran:

“Bersegeralah kamu menuju pengampunan Rabb dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi yang telah dijanjikan bagi orang-orang yang bertakwa kepada Allah.”
(Ali Imran 3: 133)

Imam as-Sa`dy mengatakan dalam tafsirnya di halaman 115: “Kemudian Allah subhanahu wa taala memerintahkan agar bersegera menuju ampunan-Nya dan menuju syurga seluas langit dan bumi. Lalu bagaimana dengan panjangnya yang telah dijanjikan oleh Maha Pencipta itu kepada orang-orang yang bertakwa? Merekalah yang layak menjadi penduduknya dan amalan ketakwaan itulah yang akan menyampaikan dirinya kepada syurga.”

Jelas melalui ayat ini, Allah subhanahu wa taala menyeru hamba-Nya agar bersegera melakukan amal kebajikan dan mendapatkan keredhaan di sisi Allah, serta berusaha untuk mendapatkan Syurga-Nya. (Lihat Bahjatun Nadzirin 1/169).

Allah berfirman:
“Berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebajikan.”
(Al-Baqarah 2: 148)

Berlumba-lumba buat perkara yang baik, bila melihat dan nampak kawan membuat banyak perkara baik maka timbul rasa di hati nak buat banyak pula. Begitulah para sahabat bila melihat sahabat lain membuat infak, mereka akan bertanya nabi berapa banyak yang mereka infakkan. Bukan ingin dengkian dan kutukan, tetapi mereka hendak berlumba membuat banyak lagi.

Dalam tafsir halaman 55, Imam as-Sa`dy mengatakan: “Perintah berlumba-lumba dalam kebajikan merupakan perintah tambahan bagi melaksanakan kebajikan, kerana berlumba-lumba dalam mengerjakan perintah tersebut dengan sesempurna mungkin dan melaksanakannya dalam segala keadaan dan bersegera kepada-Nya.

Barang siapa yang berlumba-lumba dalam kebaikan di dunia, maka dia akan menjadi orang pertama yang masuk ke dalam syurga kelak pada hari kiamat dan merekalah orang yang paling tinggi kedudukannya.”

Dalam ayat ini, Allah dengan jelas memerintahkan hamba-Nya untuk bersegera dan berlumba-lumba dalam melakukan amal soleh. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

“Bersegeralah kamu menuju amal soleh kerana akan terjadi fitnah-fitnah seperti sebahagian gelapnya malam, di mana seorang mukmin apabila berada pada waktu pagi dalam keadaan beriman maka pada petang harinya menjadi kafir dan jika pada petang hari dia beriman maka pada pagi harinya dia menjadi kafir dan dia menawarkan agamanya dengan harta benda dunia.”
(Hadis sahih riwayat Muslim no. 117 dan Tirmidzi)

Dalam hadis ini terdapat banyak pelajaran, antaranya kewajipan berpegang dengan agama Allah dan bersegera untuk beramal soleh sebelum datang hal-hal yang akan menghalangi kita daripada melaksanakannya. Fitnah pada akhir zaman akan datang silih berganti dan ketika berakhir satu fitnah muncul lagi fitnah yang lain. (Lihat Bahjatun Nadzirin 1/170).

Fitnah yang dimaksudkan diantaranya di akhir zaman orang sudah tidak seronok untuk beribadat, paginya islam petangnya kafir, petangnya islam paginya kafir. Fitnah akan datang dimana ramai yang menjual dan mengadai agama dengan harga yang sedikit untuk mengaut keuntungan dunia. Amalan dibuat dah berasa banyak dan cepat merasa puas. Perasaan dah rasa hebat ibadatnya. Kalau nak kata pakai jubah itu hebat, seumpamanya, yang turap jalan di Negara padang pasir pun pakai jubah jugak kata ustaz.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat Muslim )

Amalan yang akan datang pada hari akhirat. Itupun jika ada amal yang dibuat. Siapa yang menuntut rehat di muka bumi dia tidak akan jadi orang yang rehat di akhirat nanti. Mereka adalah orang yang paling sibuk untuk menjawab pertanyaan demi pertanyaan Allah.

Di hari akhirat solat akan jadi datang sebagai benteng, Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Itu jaminan Allah. Menjaga solat betul-betul kerana Allah, akan menjadi benteng diri. Soalnya , kenapa hari ini solat itu tidak menjadi benteng. Cuba cek betul-betul dimana silapnya. Apakah solat kita selama ini ditolak oleh Allah s.w.t. Nauzubillah.

Nabi kita selalu berpesan, tidak cukup dengan solat sahaja. Maka datanglah sedekah, puasa dan amal-amal yang lain. Namun masih tak cukup. Maka datang lah islam itu. Ini maknanya Islam itu bukan semata-mata solat. Islam adalah universal, merangkumi segala perkara. Islam itu syumul, segala kerja buat kita dalam dalam kesejahteraan di sisi Allah selamat sejahtera. Bila islam itu datang, Nabi menyebut Allah menerimanya kerana ‘tujuan kamu baik dengan sebab aku menerima dan beri balasan. Atas nama islam Allah bayar dan memberi pahala. Justeru itulah aqidah sangat penting.

Suatu kisah di ceritakan oleh Ustaz, dimana nabi s.a.w memerintah Muaz bin Jabal untuk ke Yaman. Sebelum itu sahabat nabi Musa as-syaari telah berada di sana. Muaz menjadi wakil Nabi di mana umat Islam tidak pernah sampai di sana. Nabi menguji Muaz, dengan bertanya, “Wahai Muaz, kamu sampai di Yaman akan berhadapan dengan berbagai-bagai masalah, bagaimana kamu akan lakukan. Jawab Muaz, Ya Rasulullah, aku akan merujuk al-Quran. Bertanya nabi lagi, kalau tak ada dalam al-Quran bagaimana kamu lakukan, jawab muaz, aku akan merujuk as-sunnah, kalau tak ada juga, bagaimana hendak kamu lakukan, jawab muaz, aku akan berijtihad. Nabi s.a.w sangat gembira dengan jawapan Muaz. Jawapan Muaz sangat bertepatan dengan kehendak Nabi.

Tatkala Muaz hendak berangkat baginda Rasulullah s.aw. sendiri yang pergi menziarahi dan baginda berkata kepada Muaz, Barangkali kita tidak berjumpa lagi selepas ini. Bayangkanlah kekasih Allah dan nabi yang dicintai oleh para sahabat berkata demikian. Mungkin bagi kita, Muaz tidak akan jadi pergi bila di sebut demikian. Kerapatan hubungan dengan rasulullah s.a.w tersebut, walaupun sedih Muaz akur. Lalu dia bertolak.

Sampai di Yaman beliau di sambut oleh Abu Musa as-syaari. Dia dibawa ke suatu tempat. Muaz terlihat seorang lelaki di ikat. Lalu ia bertanya Abu Musa. Gerangan apa lelaki itu diikat dengan tangannya ke belakang. Apa kesalahan yang di lakukannya. Maka berkatalah Abu Musa, asalnya lelaki ini Yahudi, kemudian memeluk Islam, dan kemudian menjadi Yahudi semula. Muaz merasa marah dan berkata kepada Abu Musa, aku sekali-kali tidak akan duduk selagi kamu tidak membunuh lelaki ini.

Ini adalah hendak menunjukkan betapa berat persoalan aqidah. Hukum keluar dari Islam, selayaknya di bunuh. Tiada paksaan untuk masuk Islam. Tetapi bila kamu Islam, kamu hendaklah terima keseluruhannya, tidak ada pilihan lain. Kalau seseorang dipaksa memeluk islam lantas dia mengucap 2 kalimah syahadah, tidak sah islamnya. Tetapi bila dengan rela hati memeluk islam, maka segala hukum hakam islam hendaklah dipatuhi.

"Dan tidak patut bagi lelaki-lelaki mukmin dan bagi perempuan-perempuan Mu’minah, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, ada pilihan lain bagi mereka tentang urusan mereka." (Al-Ahzab: 36)

Setiap apa yang dijadikan Allah bukan sia-sia, ada matlamatnya. Allah mengutuskan rasul ada matlamat. Allah menurunkan al-Quran ada matlamat, Allah mengadakan syurga dan neraka ada matlamat, agar manusia bercita-cita masuk syurga dan menjauhkan diri dari neraka.

Disebabkan kedudukan amal dalam kehidupan begitu besar dan mulia, maka Allah subhanahu wa taala memerintahkan kita untuk meminta segala yang diperlukan dengan amal soleh.

Allah berfirman dalam al -Quran:
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah tolong (kepada Allah) dengan penuh kesabaran dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.”
(Al-Baqarah: 153)

Sunday, June 27, 2010

IMAN TIDAK NAMPAK DI PANDANG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Iman adalah sesuatu yang tidak nampak dan kehadirannya perlu dirasai. Ada beberapa perkara yang Allah jadikan sememangnya kita tidak nampak, seperti manis dalam gula, masin dalam garam dan pedas dalam lada. semua itu perlu dirasai untuk mengesahkannya. Sebagai manusia dalam 24 jam kedudukkan keimanan kita turun naik. Naik dengan sebab ibadat dan turunnya ia dengan sebab maksiat. Apa boleh buat, manusia hari ini tidak menghitung iman, yang di hitungkan ialah harta dan wang yang akan ditinggalkan. Itulah yang dibilang-bilang. Bagi yang mementingkan iman, apabila terasa iman turun cepat-cepat beristiqfar dan bila di rasakan iman menaik, ucapannya الْحَمْدُ للّهِ yakni cepat-cepat memuji Allah. Itulah di antara mukadimah yang disebut oleh Ustaz dalam kuliah dhuha tadi.

Ada beberapa sebab di antaranya Mengenal Allah dgn nama-nama dan sifat-sifat-Nya. Setiap kali marifatullahnya seseorang itu bertambah maka tak diragukan lagi imannya akan bertambah pula. Oleh kerana itu para ahli ilmu yang mengetahui benar-benar tentang asma’ Allah dan sifat-sifat-Nya lebih kuat imannya daripada yang lain

ALLAH telah berfirman di dalam surah Muhammad ayat 19

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلاّ اللَّهُ

yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan ALLAH.” Di dalam ayat ini merupakan satu perintah agar mempelajari ilmu tauhid iaitu mengenal ALLAH.

Bila kita melihat sesuatu makhluk ciptaan Allah kita tidak nampak makhluk tersebut melainkan nampak kepada penciptanya yang satu. Latihan kerohanian perlu dilakukan. Jika tidak melakukan latihan kerohanian, belajar banyak mana sekalipun kita tidak akan dapat dan tidak akan faham. Iman kita yang meningkat, hatta orang disebelah kita pun tidak akan tahu dan tidak menyedarinya. Kerana mereka tidak nampak. Jadi, jika kita boleh buat latihan berlari, jangan kata 1 jam, 3 jam pun boleh lari. Begitu juga dengan latihan bagi rohani.

Bagi seseorang yang muraqabah dengan Allah, salah satu contoh yang boleh dirasakan, segala urusannya jadi mudah. Bila ia inginkan sesuatu dia akan dapat. Berlainan dengan orang biasa yang hanya mengatakan yakin pada Allah, tetapi dari segi amalan sangat jauh untuk mematuhi perintah Allah. Orang yang yakin mereka akan taat kepada Allah.

Definisi Iman

Menurut bahasa iman berarti pembenaran hati. Sedangkan menurut istilah, iman adalah: membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan.

Ini adalah pendapat jumhur. Dan Imam Syafi’i meriwayatkan ijma' para sahabat, tabi’in dan orang-orang sesudah mereka yang sezaman dengan beliau atas pengertian tersebut.
Penjelasan

“Membenarkan dengan hati” maksudnya menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam.

“Mengikrarkan dengan lisan” maksudnya, mengucapkan dua kalimah syahadat, syahadat “Laa ilaha illallahu wa anna Muhammadan Rasulullah” (Tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah).

“Mengamalkan dengan anggota badan” maksudnya, hati mengamalkan dalam bentuk keyakinan, sedang anggota badan mengamalkannya dalam bentuk ibadah-ibadah sesuai dengan fungsinya. Kaum salaf menjadikan amal termasuk dalam pengertian iman. Dengan demikian iman itu bisa bertambah dan berkurang seiring dengan bertambah dan berkurangnya amal shalih.
Allahu a'lam

Saturday, June 26, 2010

USTAZ NAJHAN : Halal dan Haram Itu Jelas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


SALAH satu daripada rahmat Allah terhadap manusia, yaitu: Ia tidak membiarkan manusia dalam kegelapan terhadap masalah halal dan haram, bahkan yang halal dijelaskan sedang yang haram diperincikan. Inilah yang dibahaskan lagi oleh Ustaz dalam kuliah subuh beliau pagi tadi.

Firman Allah:
"Dan sungguh Allah telah menerangkan kepadamu apa-apa yang Ia haramkan atas kamu."
(al-An'am: 119)

Masalah halal yang sudah jelas, boleh saja dikerjakan. Dan soal haram pun yang sudah jelas, samasekali tidak ada rukhsah untuk mengerjakannya, selama masih dalam keadaan normal.

Tetapi di balik itu ada suatu persoalan, yaitu antara halal dan haram. Persoalan tersebut dikenal dengan nama syubhat, suatu persoalan yang tidak begitu jelas antara halal dan haramnya bagi manusia. Hal ini bisa terjadi mungkin karena tasyabbuh (tidak jelasnya) dalil dan mungkin karena tidak jelasnya jalan untuk menerapkan nas (dalil) yang ada terhadap suatu peristiwa.

Satu kisah Imam Abu Hanifah berjalan bersama anak muridnya di tengah padang pasir. Tiba satu kawasan ada 'oasis' satu kawasan penempatan perumahan ada disitu. Dalam keadaan panas murid-muridnya ingin berlindung di bawah bumbung rumah-rumah tersebut. Imam Abu Hanifah tidak membenarkan kerana katanya belum minta izin dari tuan rumah tersebut.

Inilah contoh ketelitian ulama yang wara' dalam menjaga soal-soal syubhah demikian. Namun kita kenapa jadi payah untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Kita tidak seperti ulama' perkara yang kecil-kecil pun mereka jaga. kita kalau perkara kecil pun tak mampu nak jaga, apatah lagi perkara yang besar-besar. Jadi bagaimana masyarakat yang begini mampu untuk mememang duit, pangkat, jawatan, amanah. itu yang hari ini kes memberi, menerima dan memakan rasuah tidak berkesudahan. Apa yang ditekankan oleh islam memandang halal dan haram langsung tidak diendahkan.

Sememangnya sudah jelas yang haram akan merosakkan jiwa sebaliknya yang halal akan menerangkan hati manusia. Jangan sampai termakan benda-benda yang tidak halal dan diharamkan oleh syarak kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada mengingatkan sebagaimana sabdanya maksudnya :

"Dari Kahab bin Hujarat ia berkata : Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Dan setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka api neraka lebih utama untuk membakarnya". (Riwayat Al-Imam Ath-Tabrani)


يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ

Mereka menanyakan kepadamu: "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?". Katakanlah: "Dihalalkan bagimu yang baik-baik

Jelas disini bahawa penghalalan dan pengharaman dalam islam sesuai untuk semua manusia walaupun mereka tidak beriman kepada Allah. Halal itu datangnya menafaat. Haram pula mengundang mudarat. semua orang tidak mahu mudarat. Justeru itulah ada diantara orang bukan Islam hari ini juga menentang judi, sedangkan orang islam sendiri membesarkan judi. Nauzubillah.

USTAZ NAJHAN :Halal Dan Haram Dalam Islam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Halal dan haram adalah satu hukum yang datang dari Allah s.w.t. Manusia tiada hak dalam penetapan hukum ini. Namun mutakhir ini peranan agama lebih terikut-ikut dengan kesan penjajah dan adat istiadat melayu islam. Sedangkan bab-bab pemerintahan di asingkan dari Islam.

Definasi halal & haram

Ulama' Fekah menyebut 'halal' dalam bahasa arab maknanya 'terungkai atau telepas' yakni perkara yang dibolehkan. Maknanya telah gugur daripadanya ikatan atau simpulan bahaya dan syariat membenarkan.

Halal bukan berkait dengan makanan sahaja. Penafsirannya lebih luas termasuklah perbuatan, tingkah laku, barangan, cara, makan dan minum dan sebagainya. Umpama hadiah, asalnya halal. Tetapi jika diberi untuk mengatasi orang lain ia menjadi haram.

Jadi perkara halal ini mengugurkan ikatan dan simpulan bahaya. makna di sini, buat yang halal telepaslah dari mudarat. Imam Ahmad Hanbal yang menghafal 1 juta hadis dan perawi, hebatnya dia dari komputer. menyatakan keberkatan menjaga diri makan minum dari perkara haram akan melahirkan orang yang alim. orang alim akan melihat dengan mata hatinya.

Umpama sembelihan, ramai yang melihat dengan mata kepala. Allah suruh lihat dengan mata hati. Mengikut kajian sains bila diuji pada seekor ayam yang di sembelih dan seekor lagi dimatikan dengan cara lain, kesan elektronik menunjukan yang disembelih, kelihatan gelombang yang garis lurus bila diuji sedangkan yang dimatikan cara lain gelombangnya turun naik. ini memperlihatkan betapa ayam yang disembelih tadi mati dalam keadaan tenang, bahkan ototnya lembut dan tidak mati mengejut. Sebaliknya kesan mati cara lain tersebut menunjukkan ayam tersebut menderita kesakitan. Dagingnya juga keras dan tidak tahan lama. Selalunya daging korban kita boleh simpan berbulan lamanya. Menunjukkan kesan dan hikmat diwajibkan sembelihan dalam islam.

Islam datang, sedang manusia masih dalam keadaan demikian dalam memandang masalah makanan berupa binatang. Islam berada di antara suatu faham kebebasan soal makanan dan extrimis dalam soal larangan. Oleh karena itu Islam kemudian mengumandangkan kepada segenap umat manusia dengan mengatakan:

"Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu." (al-Baqarah: 168)

Di sini Islam memanggil manusia supaya suka makan hidangan besar yang baik, yang telah disediakan oleh Allah kepada mereka, yaitu bumi lengkap dengan isinya, dan kiranya manusia tidak mengikuti kerajaan dan jejak syaitan yang selalu menggoda manusia supaya mau mengharamkan sesuatu yang telah dihalalkan Allah, dan mengharamkan kebaikan-kebaikan yang dihalalkan Allah; dan syaitan juga menghendaki manusia supaya terjerumus dalam lembah kesesatan.

Setiap yang dihalalkan Allah dengan ketetapan undang-undangnya, berarti halal untuk segenap ummat manusia. Dan apa saja yang diharamkan, haram juga untuk seluruh manusia. Hal ini berlaku sampai hari kiamat. Misalnya mencuri, hukumnya adalah haram, baik si pelakunya itu seorang muslim ataupun bukan orang Islam; baik yang dicuri itu milik orang Islam ataupun milik orang lain.

Perkara halal dan yang mendatangkan menafaat boleh diterima oleh semua manusia. itu fitrah manusia. Akal yang waras tidak akan menolak. Begitulah sebenarnya judi pastinya ditolak kerana ia bukan benda yang halal yang kesinambungannya menimbulkan terlalu banyak masalah seperti hutang along, cerai berai dan bunuh membunuh.

Menyebut tentang halal maknanya syariat membenarkan. ini sumber syariat bukan dibenarkan oleh akal manusia semata-mata.

Haram : suatu perkara yang dilarang oleh syariat dari mengerja dan melakukkannya. Hukum ini tidak boleh berubah. Merupakan larangan yang pasti. Darurah tidak mengubah hukum yang haram menjadi halal. Hanya dibenarkan pada kadar-kadar tertentu.
Selanjutnya mengumandangkan seruannya kepada orang-orang mu'min secara khusus.
Firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih." (al-Baqarah: 172-173)

Melakukan yang haram akan menerima janji Allah di akhirat. Ada juga yang dibalasi di dunia. Umpama hukuman bagi penzina dan perompak. Di dunia kena dan di akhirat juga kena jika tidak bertaubat.

Allah murka kepada Yahudi kerana mengubah perintah Allah. Sayangnya ramai yang menjadi pengikut perangai yahudi ini. Perangai pemimpin seluruh dunia hari ini juga di kontrol oleh yahudi. Bersamalah kita menjadikan diri kita sentiasa bergantung dengan Allah dengan bertahajud, membaca Quran inilah sebenarnya yang menjanjikan kemenangan pada umat islam. Jangan terus biarkan Yahudi terus menguasai umat islam, yang kini berjaya menjauhkan umat islam dari pergantungan kepada Allah. Umat islam harus bangkit berpegang teguh dengan hukum hakam Allah untuk melahirkan sumber kekuatan dalaman dan luaran, moga-moga mendapat pertolongan dari Allah. InsyaAllah.

Tuesday, June 22, 2010

APC

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), adalah satu musim yang di tunggu menjadi ingauan setiap kakitangan. Ramai yang sanggup berbuat apa sahaja walaupun tidak semua, asalkan mereka berjaya mendapatkannya. Tidak kurang mencari jalan pintas dengan memijak rakan sendiri. Dalam perjuangan merebut gelaran tersebut, ramai yang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai keimanan yang sebenar. Namun apa sebenarnya APC tersebut di mata Allah s.w.t

Alhamdulillah, adalah ucapan syukur kepada Allah bagi yang memperolehinya. Alhamdulillah juga adalah ucapan kepada Allah jika tidak memperolehinya. Bila Allah menetapkan sesuatu, itulah yang sebenarnya terbaik untuk diri kita. Bagi seseorang yang menghampir diri kepada Allah akan dapat merasakan sesuatu ketentuan itu adalah terbaik untuk dirinya. Mana mungkin kita lebih mengetahui dari Allah, walau terhadap diri kita sendiri. Allah berfirman :-

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Surah al-Baqarah :216

Sebagai pekerja kita adalah kuli kepada majikan. ya... orang yang memberi khidmat boleh juga di katakan seorang hamba kepada majikannya. Memberi sepenuh keringat pada yang dijanjikan dengan imbuhan setelah mengaku janji yang diturunkan. Begitulah kita kepada Allah s.w.t. kita mengaku hamba Allah, yang sanggup mengabdi dan mengakui janji untuk tunduk patuh tanpa ingkar kepada titah perintahNya. Namun terlalu ramai yang ingkar kepada Allah. Ramai, ibarat buih di laut. Lemah dan acap kali kita mengabaikan bahkan kerja kita dengan Allah tidak dilakukan dengan sebaiknya.

Mereka yang memberi khidmat sebagai hamba Allah, akan melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah. Melakukan kerja yang terbaik, kerana menilai itu satu ibadah yang akan dipertanggung jawabkan oleh Allah. Maka bekerjalah dia dengan penuh keikhlasan, kejujuran, memegang amanah dengan penuh rasa tanggung jawab, inilah makna berintegriti yang tulin. Bekerja dengan penuh kesabaran dan keseronokkan. Semata-mata mencari redha Allah. Maka nikmat dan kepuasan bekerja akan dirasai sama.

Memerah keringat untuk mencari suapan yang halal buat keluarga dan tanggungan akan melahirkan keberkatan dalam setiap perjalanan kehidupan. Dalam pada demikian, tidak lupa tanggung jawab besar yang mesti didahulukan. Solat adalah satu tuntutan yang tidak boleh dipandang ringan. Bila bertembung 2 perkara wajib, antara kewajipan terhadap Allah dan manusia, maka dahulukanlah kewajipan kepada Allah. Bila bertembung hukum dan undang-undang Allah dengan hukum manusia, lebih-lebih hukum yang mengheret kita mengenepikan perintah dan larangan Allah, sekali-kali kita tidak ada kompromi untuk menolaknya. Begitulah nilai seorang yang benar-benar bekerja sepenuh hati kerana Allah.

Maka apa penganugerahan Allah pada kita? Allah selalu memberi kita nikmat yang tidak kunjung putus. Nikmat tenang, tenteram, gembira dalam kehidupan, sihat dan ceria menghadapi hari-hari yang mendatang, bahkan memberi kekuatan dan tenaga dalam kita melakukan kerja kita. Allah memberi kita masa yang cukup, Masa yang bermenafaat yang boleh kita raih dan penuhi dengan segala perkara yang mendekatkan diri kepada Allah. Masa 24 jam yang diberi selama sehari semalam, adalah sama pada setiap manusia, ada yang tidak dapat mengunakan sebaiknya, bahkan berlalunya masa penuh dengan sia-sia. Ada pula yang sering mengatakan tidak cukup masa. Apalagi yang sentiasa menyatakan sibuk sentiasa. Namun, nikmat yang tidak terhingga, bila kita disibukkan dengan perkara-perkara yang lebih mendekatkan kita dengan Allah. Terasa nikmat dan penganugerahan Allah satu, demi satu datang menerjah.

Ya ... Allah, dalam pada diriku di uji, engkau datangkan pemberian yang terlalu besar ya Allah. Ujianmu tidak setimpal dengan setiap nikmat yang engkau berikan. Benarlah katamu Ya Allah, ... apabila bersyukur Engkau akan tambah. Bila kufur... tunggulah azab Allah. Pemberian mu melampau-lampau tidak sebanding dengan ketundukkan kami ya Allah. Benarnya ya Allah... aku telah melihat betapa azab mereka-mereka yang menentang mu, hati mereka tidak pernah tenang dan tenteram, mereka gelisah, mereka bercelaru mencari hala tuju. Terima kasih ya Allah, kerana nikmat ketenangan dan anugerah sihat, kelebihan, perhatian dari mu ya Allah bukan suatu yang dapat dijual beli telah banyak engkau berikan kepada ku. Terlalu banyak yang engkau kurniai berbanding ujianmu ya Allah.
فَقُلْ حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ
maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal" Surah at-tauba: 129

Ramai yang menyangka kecemerlangan itu apabila berjaya mempamirkan sesuatu yang hebat, baik kuantiti kerja, pakaian dan sebagainya tanpa mengaris pandukan mengikut ketetapan yang paling utama di sisi Allah s.w.t. Tidak salah kita mencari kebaikan dan kehebatan namun kebaikan dan kehebatan disisi manusia yang melangari batas ketentuan agama, sangat bertentangan dengan nilai kecemerlangan di sisi Allah s.w.t. Pastinya jika Allah memberi pun , dalam keadaan yang tidak redha.

Sememangnya , apabila kebenaran datang, kebathilan pasti akan hilang dan lenyap. Bahkan ianya pasti lenyap... Benarlah firman Allah...
وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
Surah al-israa' :81

Adalah penting kita melakukan sesuatu kita pelihara Allah. Maknanya kita memelihara hukum hakam Allah dalam setiap pergerakkan diri kita. Barang siapa yang memelihara Allah maka Allah akan memeliharanya. Suatu hari kecemerlangan islam itu akan terserlah. Tidak dapat di sangkal lagi, meskipun menjalani kehidupan cara agama ini, banyak mehnahnya, banyak ujiannya. Namun percayalah, yang benar itu tetap benar. Mana mungkin Allah akan membiarkan mereka yang sentiasa berjaga-jaga dalam jalanNya dalam derita. Manis nya merintih dan mengadu kepada Allah. Pasti ramai yang akan merasakannya. InsyaAllah.

USTAZ NURUL KHALIL : Islam Satu Anugerah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Islam merupakan agama anugerah dari Allah s.w.t. Namun bagaimana kita sebagai umat yang diciptakan Allah dengan kesempurnaan akal memahami maksud ini dengan baik dan waras. Mungkin sebilangan yang merasakan islam itu perlu diterima dalam berbagai bentuk mengikut kefahaman mereka sendiri. umpama bila seseorang menjuarai pertandingan Akademi Fantasia, sebagai menandakan kesyukuran atas kemenangan tersebut mereka menyambutnya dengan besar-besaran secara mengadakan kenduri doa kesyukuran dengan menjemput sanak saudara, jiran dan rakan taulan. Tidak cukup dengan itu ia diberi anugerah lagi oleh pembesar tempatan kononnya belia contoh. Begitu ker kita memandang islam?

Atas perkara mungkar, kita raikan dengan doa kesyukuran seolah islam membenarkan perkara-perkara larangan tersebut. Begitu juga dengan pemakaian tudung, tidak cukup dengan berhias, diselitkan lagi untuk menampakkan bonggol rambut samada sejemput ke banyak. Ujar ustaz dalam mengesali perbuatan umat islam yang melakukan ibadah menutup aurat mengikut selera.

Dalam hal pemakanan, kepala manusia biasanya memikirkan makan untuk sihat dan kuat. Maka memilihlah makanan yang baik lagi berkhasiat. Apakah makan cukup untuk memikirkan yang demikian tanpa menjuruskan apabila sihat boleh beribadat dengan kuat dan hebat. Bukannya tidak boleh makan, boleh... tapi makannya kita tu hendak ke mana? soal ustaz. Bila zohor tak sembahyang, subuh tak bangun. Tidak cukup dengan makan, ambil lagi 'supliment' . Kopi..., macam-macam kopi minum, kopi jantan, kopi janda dan sebagainya. Bila dah kuat nak kemana..? Mana nak bawa badan yang kuat tersebut. Kalau tidak mencari jalan bagaimana untuk menjadikan seluruh cara hidup tidak lari dan terlepas dari nilai ibadah kepada Allah.

Ramai hari ini yang ada sijil agama. Namun ramai juga yang melakukan kecurian, lari dari rumah, anak derhaka, isteri derhaka, bersikap kurang ajar dan tidak hormat dengan orang tua. Semua ini terjadi, bila mana masyarakat islam sendiri tidak tahu hakikat agama. Yang mereka nak kejar hebat dan berjaya dalam hidup dalam kaca mata hebat dalam pandangan kegilaan manusia. Dan sekadar apa yang hebat di mata manusia. kalau boleh keluar anak dari perut nak anak itu dah pandai serba serbinya. Namun tuntutan sebenar hakikat islam dan kehebatan islam tidak sekali dipandang dengan pandangan kehebatan dari Allah s.w.t.

Semua orang pun inginkan kebaikan. Hatta orang yang bergelumang dengan dosa dan maksiat juga nakkan kebaikan. Artis juga nak kebaikan. Tapi tahu ker.. apa kebaikan sebenar pada pandangan agama. Agama itulah kebaikan. kerana ianya merupakan anugerah Allah sebagai panduan hidup. Kalau agama itu tidak diguna, mana mungkin dapat mengatakan setiap laku perbuatan itu dalam kebaikan.

Allah mencipta lelaki dan wanita, lelaki ada panduan begitu juga wanita bagaimana cara menjalani kehidupan ini. Sayangnya hari ini bercelaru sekali adanya. nak kata lelaki, nampak macam wanita. Nak kata wanita macam lelaki. Bila lelaki berseluar, wanita pun nak berseluar. Bila wanita berambut panjang lelaki pula nak berambut panjang. Tak juga ketinggalan perempuan pula nak berambut pendek macam lelaki. Sungguh berkecamuk sekali, hatta ada segolongan wanita hendak menuntut kebebasan. Kebebasan apa...? nak bebas di sama hak dengan lelaki atau nak bebas dari agama itu sendiri..!!

Bila diberi peringatan marah. Tazkirah sangat penting di adakan. Ini tidak, nak buat ker, tidak ker, tidak diambil kisah dan diambil peduli. Memang tidak dinafikan, hari ini ada yang berkesedaran untuk mencari dan hendak kepada agama. Hakikat yang mereka mencari agama itu macam mana. Sedangkan mereka yang membincangkan isu-isu agama tidak layak sama sekali membincangkannya. Membincangkan soal wanita juga bukan orang yang selayaknya. Pandangan yang dibuat tidak mengambil pandangan Allah. Nak tanya masalah tanya pada Allah, dan jawapannya dari apa yang dipandu oleh Allah.

Kalau nak bincang bab bahagia, isteri tak pakai tudung nak bahagia macam mana?. suami subuh pun tak bangun atau tak sembahyang langsung nak bahagia macam mana. Kehidupan tidak berasaskan agama sama sekali tidak akan bahagia. Agama sahaja yang akan memimpin kita. Bila kena rasuk, pandai pula mencari orang agama untuk membacakan ayat-ayat al-Quran. Cari panduan agama. Di rasuk hantu, cari agama, di rasuk manusia?..Tidak ramai menyedari, yang di rasuk manusia itu pun sangat kuat tamparannya. Sebab itu lah bila nak bertudung, tudung artis. Nak berbaju, baju artis. Nak kenduri.. ikut artis.. ribuan wang habis untuk membanggakan perkahwian, yang kekadang kawin tidak sampai 2 bulan. Faham agama pun, bersanding juga.

Fesyen rambut lelaki hari ini kalau di lihat, macam balung ayam. Perempuan pula, pakai tudung dengan pakaian ketat dan sendat. Yang pakai tudung yang ala alim sikit pun, tak juga menjaga tangan dari bersalaman dengan yang bukan mahram. Jika tak salam, tidak 'sporting' kononnya.

Sedarlah.. bukan maknanya islam itu dilabel Islam, bila ada masjid, surau, kesatuan Islam, parti islam... bukan macam tu. agama itu luas.. perlu dijelaskan peranan agama ini dalam masyarakat. Agama itu mesti dikenal pasti, mesti dan tidak boleh tidak.

Hari ini bala eksiden paling teruk berlaku dalam berbagai rupa bentuk. Bukan setakat kereta bertembung kereta, hatta penjalan kaki di bahu jalan juga di libas dengan kereta. Dalam rumah tengah berehat, menyapu pun tiba-tiba kenderaan melangar tembuk rumah dan tembus melanggar isi rumah, sedang minum di gerai juga dilanggar. semua ini bala dari Allah. Semua ini berlaku kerana ramai yang tidak mengambil kisah tentang ibadah sembahyang. Langgar sahaja sesuka hati. Kalau dalam perjalanan,yang di kiranya berhenti di kawasan rehat , nak makan dan ke tandas. Agenda sembahyang tidak termasuk dalam kamus perjalanan. Bagi yang gila bola pula, 2 pagi boleh bangun menonton bola. Bila subuh, bermatian tidurnya tak mahu bangun menunaikan tanggung jawab yang sangat besar.

Ini yang dikata kan manusia hari ini bermati-matian dalam perkara yang tidak perlu bemati-matian. Perkara yang sepatut bermati-matian tidak pula bermati-matian. Sedangkan solat perlu dibuat dengan perancangan yang sangat rapi. Dalam setiap perancangan, pastikan bila waktu solat masuk kita sudah bersedia melakukannya dengan baik. Namun apakan daya, ramai yang sanggup mengenepikan solat dengan pelbagai alasan, kerja, mesyuarat, program, perjalananan, jem, tak larat dan sebagainya.

Bila ajal datang menjemput, saat itu sesal sudah tidak berguna lagi. Meratap pun sudah tidak didengari, hari ini, saat ini kita belum mati.. tetapi bolehkah sesiapa menjamin akan hidup sebentar lagi..?. Namun bila kematian datang menghampiri.... cubalah bayangkan ketika kematian itu datang, saat itu apa yang sedang kita lakukan... fikir dan renunglah, moga-moga memberi kesedaran..

Allahu a'lam.

Monday, June 14, 2010

GANJARAN PENCEN KUBUR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kebanyakkan manusia tidak lari dari inginkan sebuah rumah terbina dengan cukup baik. Macam-macam dilakukan untuk memastikan ianya cukup baik dan memenuhi keinginan penghuninya. Namun bagaimana kita mencorakkan pembinaan isi rumah jika kita tidak menjadikan sebagaimana di sarankan oleh Nabi kita. Rumah kita telah diberi pelan yang baik dan Rasulullah s.a.w. sebagai arkiteknya. Kita telah dibekali dengan al-Quran dan as-sunnah untuk bahan-bahan pembinaannya.

Jadi peranan seorang wanita sebagai ibu sangat penting untuk menentukan didikan yang diberi bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Jika jalan dari awal mengikut jalan Allah, hidup akan jadi baik dan perjalanan hidup menjadi penentu akhirat juga. Ikhlaskan diri mencari redha Allah, dan jangan sekali-kali melakukan sesuatu dan membuat sesuatu perkara dalam agama yang mana kita membuatnya bila mendapat faedah untuk diri kita. Jika tidak nampak kepentingan dan faedah maka sewenang-wenangnya kita tolak dan tinggalkan. Sedangkan orang yang baik di dunia, segala perkara Allah akan mudahkan baginya. Peranan ibu sangat penting memastikan penanaman keikhlasan mencari redha Allah terlaksana pada didikkannya.

Namun apakan daya, ramai yang buta hati terhadap banyak perkara agama. Jika buta mata bolehlah di 'operate' jika buta hati...? Banyak manusia hari ini lebih takutkan manusia dari takutkan Allah. Secara tak langsung mana-mana suruhan manusia yang bertentangan syarak pun di patuhi membuta tuli. Asas agama yang tidak kuat, maka ramai yang sanggup ketepikan solat semata-mata duduk di dalam 'meeting' seolah itu yang lebih penting dan menentukan kejayaan satu-satu rancangan. Punyalah manusia kalah, untuk bangun menunaikan sembahyang.

Betapa kuat sekali pun bekerja kita akan dipencenkan. Samada kita rela atau tidak. Mungkin pencen boleh berlaku pencen cara kejutan, mati.. hasil pencen di rasai oleh waris yang di tinggalkan. Atau pencen wajib, tidak di nafikan semua mengharapkan imbalan dan ganjaran dari kerja yang telah dilakukan kesekian lamanya. Namun tak semua dapat menikmati pencen tersebut. Kadang-kadang ajal terlebih dahulu memanggil. Apa yang ingin ana bicarakan tentang 'Konsep pencen kubur' . Ganjaran yang kita dapat dari hasil kerja buat yang baik di dunia, mungkin kerja yang telah kita buat melahirkan anak yang soleh, bersedekah jariah dan menuntut dan mengajarkan ilmu sehingga ilmu itu di menafaatkan terus menerus. Ganjaran dari semua ini sentiasa diperolehi oleh si mati.

Tanamlah cita-cita untuk mendapatkan pencen ketika dikubur nanti. Jadi langkah jariah yang perlu di buat, jika ada anak-anak saudara kita yang masih susah, bantu mereka. Mungkin mereka susah untuk menuntut ilmu sedangkan kita punyai lebihan yang kita lebih pergunakan untuk perkara-perkara yang akan tinggal di dunia, tidak ikut di kubur. Jika kita nampak ganjaran akhirat tersebut, pastinya kita tidak sabar-sabar untuk memberikan sedekah kepada yang memerlukan lebih-lebih kepada penuntut ilmu agama yang menjadi jariah buat kita juga. Sayangnya ramai yang tak nampak kepentingan tersebut. Mereka lebih nampak saham yang memberi hasil yang lumayan, hingga kadang-kadang tidak selidik halal dan haram.

Kemudian, alangkah bahagianya mendapat anak yang soleh. Untuk mendapat anak yang soleh, makanan yang kita beri pada mereka juga perlu yang halal lagi baik. Jadi daging yang tumbuh pada si anak juga adalah baik. Maka perangainya nanti akan jadi baik. Tetapi hari ini, ramai yang suka memberi makan anak dengan sumber haram. Baik rasuah, baik suka mengambil barangan pejabat seperti kertas, stepler, alat tulis pejabat, di bawanya pulang. Seolah tidak mampu untuk membeli sendiri. Seronok dan menjadi amalan mereka mangambil barang-barang tersebut hingga lupa itu bukan harta sendiri yang sesuka hati boleh dibawa pulang.

Iman kita memang akan berlawanan dengan nasfu. Dalam masa kita inginkan taat, biasa maksiat menyekat. Bila kita inginkan jalan redha Allah, jalan murka Allah yang terikat dan kita buat. Sebab musabab diantaranya ada Sifat sombong dan bongkak tersebut tersembunyi dalam diri. Terlalu banyak setiap perkara ada sahaja alasan yang di cari. Sifat ini boleh di hapuskan dengan 5 S untuk dapatkan sifat tawaduk.

1. Senyum : Perbanyakkan senyum, kerana dia menyenangkan hati kita dan orang lain.
2. Salam : Biasakan memberi salam, kita akan didoakan juga untuk mendapat kesejahteraan.
3. Sapa : Rajin-rajin menyapa kepada orang lain, kita dapat menjalin silaturrahim.
4. Sopan : Orang yang sopan sangat di senangi oleh kawan dan lawan
5. Santun : Amalkan sifat mengalah pada orang lain, kita tidak rugi bahkan kita di hormati.

InsyaAllah dengan sifat tawaduk tersebut, kita menjadi insan yang sentiasa dirahmati. Ajal yang datang tidak dapat kita hindari. Malaikat maut pasti akan datang ketika sakaratul maut. Dalam kubur samada kita dipamerkan Taman Syurga atau kawah Neraka. Waktu kebangkitan semula samada dilindungi arash atau matahari sejengkal di kepala, ketika menerima buku amalan, samada dengan tangan kanan di depan atau dengan tangan kiri dari belakang. Meniti sirat samada secepat kilat atau jatuh yang dahsyat.

Maka bersama kita mencari dan mengamalkan kebaikan untuk simpanan tabung kewangan akhirat kita berbentuk amal soleh, dan bank kan untuk simpanan di RHB. Redha, Hidayah dan Barakah di sisi Allah.
Allahu a'lam.

MANUSIA TIDAK MENGENANG BUDI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “

Pejam celik, pejam celik sudah lebih setengah tahun.. bulan rejab sudah kembali datang, maknanya bulan Ramadhan yang sangat ditunggu-tunggukan sudah hampir tiba. Pantasnya masa berlalu, masa yang berlalu tidak dapat dikutip kembali walau menangis airmata darah sekalipun.

Namun sebanyak mana amalan yang dihimpun, kerja solih yang dibuat, ilmu yang dituntut selepas keluar dari Universiti Ramadhan lepas?

Hatta untuk berselawat kepada rasul junjungan yang sangat mulia, menyebut sahaja namanya teringat penderitaan baginda diperlakukan dalam memberi sinar kepada semua umat manusia. Sayangnya ramai yang mengaku pengikut Nabi s.a.w, tetapi amalan yang dilakukan sangat bertentangan dengan apa yang di ajarkan oleh baginda. Saban waktu ramai lahir penentang-penentang apa yang telah di ajarkan baginda.

Ramainya yang meninggalkan solat, gagal menutup aurat sebagaimana diberitahukan, bahkan maksiat pula yang sering dikerjakan.

Sedangkan Rasul yang mulia tidak putus-putus inginkan kebaikan kepada kita sebagai umatnya, beratkah lidah anda untuk berselawat kepada baginda...?

Sedangkan berselawat, tidak mengambil masa yang lama... sedetik sahaja, lihatlah bagaimana kesan selawat kita kepada baginda. Meskipun telah wafat, namun jasa baik Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak putus-putus sekalipun Baginda s.a.w. telah meninggal dunia dan berada di alam barzakh sebagaimana sabdanya s.a.w., pada hadis lbn Mas'ud yang diriwayatkan oleh al-Bazzaar yang bererti: "Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafatku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa sahaja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan: Alhamdulillah, dan apa sahaja amal kamu yang aku dapati jahat, aku :! memohon keampunan Allah untuk kamu."

Marilah kita mengucapkan salam kepada baginda, dan kita berselawat kepada baginda...
اللهم صل على محمد وعلى آله محمد

Sunday, June 13, 2010

MEMELIHARA IMAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kuliah dhuha mingguan di Masjid Sungai Tua sebelum ini Ustaz menerangkan kepada jemaah bahawa iman bertambah dengan ibadat dan berkurang dengan maksiat. Seseorang beramal mengikut ilmu yang dia ada, maka kurangnya ilmu membuatkan kita kurang untuk beribadat. Ustaz menasihatkan jemaah agar banyakkan beribadat jangan sekali-kali buat maksiat. Berhentilah dari membuat maksiat. Orang yang mengaku beriman pasti boleh tinggalkan maksiat. Bila rasa nak buat, fikirlah duduk dalam kubur nanti seorang diri, ujar ustaz. Anak-anak pun tidak dapat menolong apalagi orang lain. Teman di dalam kubur adalah ilmu dan amal. Carilah ilmu, agar amal yang kita buat bertepatan dengan yang dikehendaki oleh Allah.

Maksiat akan menyusahkan kita di dalam kubur nanti. Jika tidak mahu susah, tinggalkanlah maksiat perbuatan, pandangan, pendengaran, makanan dan minuman haram dan dari sumber yang haram, kerana makanan dan minuman ini akan mendarah daging menumbuhkan daging-daging yang haram dan kita akan terikat dengan dosa. Untuk mengenal kita dalam dosa, cuba teliti diri kita, adakah kita seorang yang rajin atau malas dalam ibadah. Adakah kita rajin membuka kitab-kitab ilmiah (agama), rajin tidak membaca al-Quran, rajin tidak berzikir. Kerana jika kita di sibukkan mengejar perkara-perkara yang akan tinggal di dunia saat kita mati, sedangkan matinya kita, benda-benda tersebut tidak dikapankan bersama dengan kita. Tinggallah di dunia. Jangan kita bergaduh dan disibukkan dengan perkara-perkara yang hendak kita tinggalkan di dunia. Biarlah kita sibuk mencari bekalan yang akan di bawa bersama mati kita.

Ingatlah kita, harta dan anak-anak adalah ujian. Nabi mengingatkan kita;

يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلَاثَةٌ، فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ: يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ، فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ، وَيَبْقَى عَمَلُه
"Yang mengiringi jenazah ke kuburan tiga, maka yang balik semula dua dan yang tinggal satu; yang ikutnya ke kubur ialah anak isterinya, hartanya dan amalnya' MAKA balik semula anak isterinya dan hartanya, dan tinggal bersamanya hanyalah amalnya".

Pesan ustaz tadi, janganlah sekali-kali kita khianat, dengki pada orang kerana perbuatan tersebut membuatkan kita susah ketika di dalam kubur.

Banyak sangat perkara yang kita sudah tahu dan belajar tidak di amalkan kata ustaz. Kalau yang sudah belajar pun tidak amalkan, apalagi yang tidak belajar. Umpama dalam pergaulan kita bebas bercampur. Pakaian pula lelaki ada yang memakai atas lutut. Perempuan pula, memakai macam dibalut nangka. Perempuan jangan memakai pakaian yang menampakkan 'body' kata ustaz.

Musim kenduri ni, jangan tangan berlaga tangan lelaki perempuan kata ustaz. Dah tu pula ada yang berlaga body. Tuan rumah yang nak buat kenduri, asingkan khemah lelaki dan perempuan. bukan tidak boleh buat. Buatlah.. jaga hukum, jangan main langgar semua hukum. Melanggar hukum ibarat haiwan ternakan. Perangai demikian boleh membawa dan bakal ke neraka.

Para anbiya' mata lena tetapi mata hati tidak lena. itu yang iman mereka bertambah. Berbanding kita, mata tidak lena, tetapi hati lena, walaupun mulut bercakap. Hati tidak boleh mengingati, Allah...Allah...Allah... hatta masa makan, lupa Allah. Para anbiya' iman mereka bertambah sehingga mereka mati.

Seru ustaz, perbanyakkan beri salam kepada rasulullah .. 'assalamualaika ya rasulullah..' di muka bumi ini ada malaikat yang mencari-cari orang yang memberi salam kepada rasulullah, sebaik habis salam, salam dah sampai pun kepada rasulullah dan di jawab oleh rasulullah s.a.w. Di masjid Nabawi, salam terus sampai kepada baginda, di tempat lain, malaikat yang akan bawa. Barang siapa yang sering beri salam kepada Rasulullah, maka mereka akan mendapat syafaat nabi. Syaratnya, segala solat yang telah di tinggalkan telah di Qada' kan. jangan abaikan solat-solat tertinggal.

Diantara banyak pakaian, nabi paling kasih mereka yang memakai serba putih. Barang siapa yang mengaku mengasihi nabi, maka ikutlah ajaran rasulullah s.a.w. untuk meraih tingkat-tingkat ketaqwaan. Bumi ini dibelit oleh ular yang besar. Apabila ekor dan kepala ular bertembung, saat itu kiamat akan menjelma. Sempatkah kita mengumpul bekal, jika kita masih dibuai alam kelekaan dan kelalaian.
اُغْدُ عَالِمًا اَوْ مُتَعَلِّمًا اَوْ مُسْتَمِعًا اَوْ مُحِبًّا وَلاَ تَكُنْ اَلْخَامِسَةَ فَتَهْلَكَ ؛
- رواه البزار و الطبرانى-
Artinya: “jadilah orang yang alim (mengajar), atau orang yang belajar, atau orang yang mendengarkan, atau orang yang menyukai, dan jangan engkau menjadi orang yang kelima, maka niscaya engkau binasa.
(hadist riwayat Al bazzar dan At thabroni dengan kedudukan hasan).

Akan binasa bagi orang yang membenci golongan alim, orang yang belajar, orang yang mendengarkan dan orang yang menyukai pada yang demikan itu. Sama-samalah kita menyibukkan diri mencari bekalan yang akan dibawa bertemu Allah. Jangan nanti bila tiba-tiba ajal menjelma, saat itu penyesalan sudah tidak berguna... Allahu a'lam.

USTAZ SHAH KIRIT : Islam adalah benar


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Ana merasa sangat teruja tatkala mendengar penerangan ustaz Shah Kirit di pejabat ana pada 11 Mei, 2010 yang lepas. Ini kerana semasa menuntut bidang Usuluddin di UM lepas, ana sangat berminat dengan subjek perbandingan agama. Minat sangat kerana ana mengetahui beberapa agama asalnya adalah agama samawi. Agama dari langit. Bila ustaz Menceritakan program yang dihadiri oleh 200 pelajar di Indonesia kali ke 2 ustaz shah kirit ke sana, Program Anjuran pelajar Malaysia dalam bidang perubatan Farmasi dan Pergigian, membuat ana sungguh berminat untuk mendengar dengan teliti.

Dalam program tersebut, Non muslim tidaklah ramai, tetapi Ustaz Berjaya menceritakan apa itu islam, menekankan tauhid, apakah tuhan dalam Islam dan apa konsep ketuhanan dalam islam. Semua ini cukup jelas dalam surah yang sangat penting iaitu

Surah al-ikhlas,

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.

اللَّهُ الصَّمَدُ
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia".

Surah ini jelas menerangkan dan menekankan bahawa Katakan Allah itu esa, tunggal, satu.Penekanan tuhan itu satu tak boleh banyak. Menekankan Tuhan itu tidak boleh dua,tiga dan lebih. Tuhan juga tidak bergantung pada sesuatu pun tetapi seluruh alam bergantung pada tuhan. Maknanya tuhan tidak perlu makan dan tidak perlu minum. Kalau boleh makan dan boleh minum tak boleh jadi tuhan. Berbeza dan bercanggah dengan agama lain, kebanyakkan tuhan mereka di jadikan macam manusia dan manusia. Jesus tuhan orang Kristian, juga manusia. Bagi Hindu Rama, Krishna, Ayapa, Shiva, Visnu tuhan mereka makan dan minum. Sedangkan Tuhan tidak melahir dan dilahirkan. Tuhan tiada anak-anak. Maka dia bukan emak atau bapa. Tuhan juga tidak serupa apapun dalam dunia. Tidak boleh dilihat dengan mata manusia. Kalau mana-mana atau bila-bila masa mata manusia boleh di lihat sesuatu atau ada orang lihat dengan mata ia bukan tuhan. Ini ayat al-Quran. Ayat ini juga menyakinkan dan mengubah ustaz kepada seorang islam. Ustaz tahu islam agama yang benar melalui ayat ini… itulah pengakuan Ustaz Shah Kirit.

Jelas, bahawa yang lain bukan tuhan. Ayat ini mengubah ustaz memahami islam. Kesimpulan dalam islam “ Sembahlah yang mencipta dan jangan sembah ciptaannya” begitu juga “sembah tuhan seperti mana tuhan suruh kita sembah dia, bukan sembah seperti mana manusia nak sembah dia” orang islam solat sebagaimana tuhan suruh kita sembah. Banyak agama lain yang cipta sahaja macam mana nak sembah tuhan mereka.

Dalam sessi Soal jawab dari orang bukan muslim, seorang perempuan berbangsa sikh menanyakan bahawa katanya “dulu pada 2 tahun lepas ada seorang Buddha kata agama ni semua nya sama sahaja, ibarat sungai yang mengalir meskipun ikut jalan lain-lain, akhirnya bertemu di lautan juga, tak boleh kata air dari mana, ini lautan, sama sahaja, semua agama sama sahaja,” katanya.

Seolah-olah maksudnya jangan cakap hanya 1 agama yang betul. Kita kena kata semua agama betul, itu pendapatnya.

Dalam penerangan ustaz, mereka dah nampak hanya islam sahaja yang betul. Lain-lain adalah salah. Maka ustaz menjawab , bagi orang hinddu percaya tuhan lahir sebagai manusia. Di akui oleh orang hinddu di situ. Tuhan mereka pelbagai rupa ada sebagai siva, visnu, brahma, macam-macam tuhan. Kristian pun kata tuhan lahir sebagai manusia. Tetapi hanya sebagai Jesus. Yang lain-lain tu tak betul. Yang betul bagi kristian hanya Jesus sahaja. Orang kristian tak boleh terima tuhan orang hinddu, brahma ke, Krishna ker, orang kristian tak terima..

Dah lain kan… sama ke lain.. soal ustaz. Lain katanya. Dan bagi agama singh dalam kitab singh menyebut di antaranya “Tuhan tidak dilahirkan”, “bakarlah mulut orang yang mengatakan tuhan di lahirkan”. “Orang yang sembah batu adalah orang yang bodoh”. Ini kitab singh yang sebut. Bukan saya yang sebut, menurut ustaz. Begitu jugalah dalam kitab hiddu diantaranya mengatakan “Tuhan itu satu” “Tuhan tidak ada ibubapa atau tuhan yang lebih besar” . dalam kita veda juga menyebut “ bagi tuhan itu tidak ada gambaran, iaitu lukisan atau rupa, kuasanya juga tidak terbatas” mereka jatuh dalam kegelapan bagi yang menyembah benda-benda semula jadi. Benda yang dibuat dengan tangan manusia, lagi jatuh dalam kegelapan”. Inilah sebahagian yang disebut dalam kitab-kitab hinddu, terang Ustaz Shah Kirit.

Baik Bible, Singh,Hinddu, terbukti agama mereka tidak betul bahkan penganutnya sendiri tidak mengikut kitab mereka. Mari kita mencari kebenaran… seru Ustaz Shah Kirit. Jadi , Bila di Tanya kepada perempuan singh tadi, betul atau tidak. Dia kata, betul…betul…betul… Orang kristian kata tuhan lahir sebagai manusia, kamu orang singh boleh terima atau tidak?. Katanya tak boleh. Jadi, sebagaimana yang kamu sebut tadi agama –agama ni sama atau tidak?. ..

Ustaz terangkan bahawa begitulah, dalam islam kita tidak percaya tuhan lahir sebagai manusia. Jadi macammana kita nak katakan agama itu semua sama. Tidak sama sekali, kata ustaz.

Kemudian, lelaki India bangun bertanya, .. “Brother Shah..!, awak tidak faham… Kita memang tidak sembah patung tu.. , kita tumpu pada tuhan yang satu. Kita bukan sembah patung tu hanya untuk fokus, tumpuan kita pada tuhan yang satu” Kita tidak sembah patung ni.. patung ni hanya perantaraan sahaja.

Jelas ustaz Shah Kirit, Baiklah… saudara sudah berkahwin atau belum. Katanya belum. Katalah awak sudah berkahwin. Suatu hari awak kena ke luar Negara urusan kerja selama 6 bulan. Isteri awak sangat ingat dan rindukan awak. Hari-hari dia rindu pada awak. Maka hari-hari dia lihat gambar. Tiap-tiap malam dia lihat gambar awak. Cuma masalah nya gambar yang dia lihat tersebut bukan gambar awak. Dia lihat gambar muka lelaki lain. So… OK tak… soal ustaz.

Tak OK… sebab itu bukan saya, itu gambar orang lain.

Ustaz kata, dia ingat awak… Cuma gambar sahaja. Dia ingat dan betul-betul rindu pada awak. Cuma gambar sahaja bukan gambar awak .. itu sahaja…

Ini tidak boleh…! Katanya. Tak logik … sebab isteri saya dah tahu macam mana rupa saya. So.. dia tidak patut ada gambar lelaki lain.

Maka, ustaz Shah kirit pergi kepada lelaki India tersebut dan mengucap ‘tahniah..!..” sambil bersalaman. Lelaki India tadi pelik dan terpinga-pinga. Kenapa ucap tahniah, ujarnya. Kata ustaz, sebab apa yang dia sebut dan kata itu betul. Saya setuju dengan awak, kata ustaz. Isteri awak memang tak patut buat macam tu, sebab dia tahu rupa awak bukan macam tu.

Sebab itulah, awak sebagai orang hinddu , tahu kan yang tuhan itu tiada rupa….. betul ker tidak , soal ustaz. Betul… katanya. Jadi yang kamu beri tuhan itu rupa kenapa..?
Ini kitab hinddu yang sebut. Kenapa kamu beri rupa. Jadi jangan beri rupa pada tuhan…, bila kamu beri rupa itu bukan rupa tuhan. Kamu sudah tukar rupa tuhan. Walaupun isteri kamu ingat kamu, tapi letak gambar lelaki lain, kamu sudah marah dan cemburu. Jadi tuhan lagilah tidak sekali-kali boleh di letak gambaran lain. Inilah maksud yang hendak saya terangkan kata ustaz.

Kesimpulannya, pengalaman ustaz, sangat berharga buat kita memberi kesedaran beragama pada setiap manusia. Bahawa agama yang benar dan haq itu, adalah Islam dan yang lain-lainnya adalah bathil belaka. Allahu a’lam.

Saturday, June 12, 2010

BEBASKAN DIRI DARI HUTANG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sabda Rasul S.A.W. Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”. (Riwayat Baihaqi)

Kebenaran yang di sebut oleh hadis di atas jelas terlihat di sekitar kita. Tiada orang yang berbuat dosa merasa tenang, begitu juga tiada orang yang berhutang yang tenteram. Bahkan kadang-kadang orang yang berhutang ini menjadi seorang yang sangat pemarah dan memaki-maki siapa sahaja yang dikira menganggu pemikirannya seolah orang di depannya itu pulak yang berhutang.

Itulah kebenaran jelas yang sememangnya berlaku. Lebih 6 tahun berkecimpung dengan tugas menghadapi penhutang-penghutang, berbagai pengalaman telah ana tempuh. Tidak tahulah berapa lama ana akan berada dalam bidang ini lagi. Namun demikian, ana cukup terhibur dengan setiap pekerjaan ana, kerana apa yang ana lakukan adalah semata-mata mencari keredhaan Allah.

Pengalaman mengajar ana berbagai situasi menghadapi orang yang dalam tekanan. Berbekal ilmu usuluddin yang ada, asas ketauhidan yang di pahat oleh setiap ustaz-ustaz yang ana ikuti kuliahnya, maka ana merasa satu kepuasan yang tidak di rasa oleh orang lain tatkala menghadapi dan berhadapan dengan penhutang-penghutang bermasalah. secara tidak langsung ramai di antara penghutang-penghutang yang berada dalam tekanan kita telah kembali menjalani hidup tenang bila ana lebih menumpukan untuk menjadikan mereka seorang yang bertanggung jawab sebagai seorang muslim, yang akan melahirkan nanti jiwa yang takutkan Allah, juga bila meninggal tidak meninggalkan hutang.

Sering ana pahatkan, sewarak manapun kamu.. jika kamu meninggalkan hutang dengan anak adam, roh kamu akan tergantung-tergantung sehinggalah hutang kamu dijelaskan oleh waris yang ditinggalkan. Namun, kalian perlu ingat, bahawa keliatan kamu membayar hutang sewaktu hidup, sewaktu mati kamu liat juga lah waris-waris untuk membayar hutang, dengan alasan duit yang ditinggalkan untuk nafkah hidup anak-anak dan sebahagiannya menjadi rebutan ibubapa dan adik beradik dengan isteri. Hutang tidak juga di dahulukan.

Berlainan orang yang sentiasa berusaha membayar hutang, tatkala tiba-tiba ajalnya sampai maka apa yang ana perhatikan, alangkah mudahnya waris membayar walaupun si mati tadi tidak meninggalkan harta dan ada di antaranya, penjamin sendiri berhasrat untuk bayarkan.. dan masih ana ingat lagi seorang penjamin datang setelah beberapa hari kematian seorang peminjam yang tidak sampai 13 hari peminjam tersebut datang bertemu ana untuk membayar sebahagian besar hutangnya. Penjamin tersebut membuat tawaran untuk membayar semua hutang yang tinggal, katanya .. 'saya tak sangka dia pergi secepat ini... saya ni pak cik saudara dia.. dia seorang yang baik, biarlah saya bayar hutang dia". Begitulah.. Allah akan mempermudahkan bagi yang mempermudahkan sesuatu apa sahaja menurut hukum syarak sewaktu hidupnya.

Namun tidak ramai demikian, tidak cukup dengan satu hutang, buat pula hutang yang baru. Hutang pelajaran belum mula membayar, rasa-rasa dah dapat kerja bagus ni, berjawatan pula, mesti kena pakai kereta berjenama.. , rumah mesti yang ada gah punye.. 'nanti apa orang kata.." Ini lah satu ayat yang terbanyak ana dengar dari setiap peminjam. 'nanti apa orang kata.." Ini lah ayat keramat sebenarnya yang secara tidak disedari memunahkan kehidupan seseorang. Terlalu memikirkan apa kata orang, maka segala tindakan tidak mengikut acuan yang di ajarkan oleh rasul junjungan. Bahkan, jauh lari dari melakukan sesuatu kerana Allah s.w.t

Buat kerana orang, bukan kerana Allah menjadi sebab kenapa hidup yang di jalani menuju jalan musnah. Ramai yang berbelanja tidak ikut keperluan, tapi rasa mampu lagi ni.. dibandingkan dengan jawatan yang dipegang. Bahkan hari ini, nama sahaja jawatan itu macam berjawatan, tetapi hutang keliling pinggang. Bila tiba soal hutang, mereka akan mengunakan alasan tidak ada wang,macam mana nak bayar. Bah kan mengherdik-herdik bila mendapat surat peringatan. Bila pulang ke desa dan sekitar saudara mara, uh... berlagak dan bergaya macam orang berpangkat besar lagaknya, dan seolah mempunyai banyak wang. Dalaman ini akan terkeluar bila datang surat tuntutan hutang. Bagi yang tidak punyai jalan aqidah yang kukuh mengambil jalan pintas membunuh diri. Sedangkan jalan tekanan ini, mereka yang cari.

Tidak perlu kita mengejar hidup mewah dan menunjuk-nunjuk pada orang lain. Perkara yang di cari... rumah besar, kereta besar, bah kan masa yang besar di guna untuk mendapatkan wang membayar perkara demikian sehingga badan yang perlu di rehatkan di pakai juga di waktu malam mencari tambahan atas desakkan masalah yang di buat kalian. Sedikit pun tidak memberi keuntungan pada akhirat kalian. Kebanyakkan yang mengejari kehidupan demikian, masa pengabdian dengan Tuhan menjadi kurang, bahkan ada yang terus abaikan. Walhal apa yang kalian fokuskan dan kejarkan, semua itu adalah benda-benda yang akan di tinggalkan.

Matinya kalian, tidak membawa semua itu, yang kalian bawa adalah amalan. sebanyak mana amalan dan kerja buat solih yang menjadi bekalan. Melainkan soalan-soalan hutang yang akan di tanya juga terlalu berat jika bersangkutan dengan anak adam, lebih-lebih hutang yang di punyai oleh rakyat banyak. Pada siapa harus di minta halalkan. Paling mendukacitakan jika hutang tersebut tersangkut pula dengan riba. sedangkan jelas al-Quran menyebut, tinggalkan riba.

Kalian menjadi gagal dalam membayar hutang, kerana bersangkutan gagalnya kalian membayar hutang dengan Allah s.w.t. Dalam melakukan kerja kalian, bila di seru 'marilah sembahyang' kalian masih membesarkan kerja kalian, membesarkan meeting kalian. Kurang dan hampir tiada seorang insan bergelar muslim sanggup menghentikan sebuah mesyuarat di meja rundingan semata-mata mengajak meng -awalkan masa pengabdian kepada Tuhan.Tidak beraninya kita meneguhkan pendirian sebagai seorang yang mengaku beriman. sedangkan laungan azan, memanggil 'marilah sembahyang' berkembar dengan kalimah.. "marilah menuju kejayaan.." . kerana itulah, ramai di kalangan kita tidak berjaya dalam kehidupan.

Orang-orang bertaqwa dijanjikan rezeki oleh Allah s.w.t , Allah yang menjadikan kita, Allah lah yang lebih tahu urusan kita. Yakinlah... sangat benar, tiada pertikaian. Bagi yang terus mendahulukan Allah dalam segala urusan, sering kali mendapat pertolongan Allah , walaupun diberi ujian dan masalah, penyelesaian adalah didepan. Sungguh benar. Hanya orang yang tidak pernah yakin, yang tidak akan dapat merasa demikian. Bayangkan, dalam mendahulukan urusan lain, yang tidak diakhiratkan... tiba-tiba ajal datang. sedangkan kalian mampu mengubahnya. Kalian boleh bersegera menunaikan tuntutan ini. Kalian sengaja menjebak diri berhutang dengan Allah, selagi tidak di tunaikan, ada yang tidak menunaikan terus, kemudian ajal memanggil. Sedarlah... selagi kalian mengabaikan hutang ibadah kalian dengan Allah, jangan lah berharap kalian akan mudah menunaikan pembayaran hutang dengan manusia.

Jika ada pun merasa ramai berjaya tanpa menunaikan kewajipan pada Allah s.w.t, sedarlah ... itu adalah satu istidraj, bahawa Allah menyediakan satu azab yang sangat dahsyat sebagai imbalan atas kemurkaanNya. Dalam sifat 'rahman' Allah, Allah tetap memberi rezeki pada hambaNya. Namun janganlah kita lupa, ada yang diberi dengan redha, dan ada yang diberiNya dengan Murka. Maka tunggulah.... pada suatu masa... suatu hari yang tidak ada penolong pun, melainkan kembali kepada Allah dalam keadaan bertaqwa.

Bersama kita membebaskan diri dari segala perbuatan yang di lakukan kerana takutkan 'nanti apa orang kata.." kerana dari perkataan inilah yang boleh menjerumuskan seseorang bertindak tidak mengikut ajaran al-Quran, sehingga membelitkan diri dengan hutang untuk memenuhi tuntutan demikian. Waspadalah... moga-moga semua terselamat dari hutang yang membebankan. Allahu a'lam.

Thursday, June 10, 2010

DI SEBALIK YANG TERSIRAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Ana rasa tertarik dengan satu ungkapan yang dibacakan dalam tazkirah di pejabat ana pagi tadi. Kerana ianya sangat berkait dengan keyakinan ana akan ayat Allah, 'di sebalik kesusahan itu akan ada kesenangan/kemudahan'. ayat ini diulang-ulang dalam surah الشرح

Ungkapan yang ana maksudkan ialah..

“Ketika satu pintu tertutup, pintu lain terbuka. Namun terkadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut terlalu lama sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka.” – Alexander Graham Bell

Kebuntuan fikiran kita kadang kala tidak dapat menyingkap di sebalik satu perkara itu, Allah membuka satu jalan yang sangat luas untuk kita. Banyak pintu kebaikan yang akan kita dapat sebenarnya. Bila merenungi kembali perjalanan kehidupan ana, dapat ana simpulkan betapa banyak rahmat Allah yang sungguh tidak terhingga pada ana. Hampir keseluruhan doa ana di maqbulkan Allah. Adalah terlalu hina diri ini, jika tidak mensyukuri segala kurniaan yang Allah beri.

Setiap perkara yang berlaku dalam hidup ana, menampakkan kepada ana semua kebaikan yang Allah berikan. Benarlah... apabila kita bersangka baik dengan Allah, maka kebaikkanlah yang akan kita dapat. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Begitulah.. setiap kali ana di uji, penyelesaian di depan mata ana. Sungguh..!! sangat menakjubkan kehidupan ini bila menjadi insan yang menghampir diri pada Allah, terasa sungguh nikmat hidup ini. Semua perkara jadi mudah.

Cuma kadang-kadang kesusahan dan kesukaran menghalang pemikiran kita untuk mencari penyelesaian. Akhirnya kita akan terperangkap dalam situasi yang semakin kusut dan membuat keputusan hanya berdasarkan apa yang terlintas ketika itu. Lebih-lebih bagi mereka yang tidak menyandarkan setiap pergantungan dan ketentuan kepada Allah s.w.t.

Umpama seseorang yang berharap di pilih menjadi seseorang pemimpin, tiba-tiba dia gagal mendapat tempat tersebut. Jika dia tidak memandang jalan dan pintu harapan yang tertutup itu adalah baik untuk pintu ketaqwaannya, maka dia akan menjadi seorang yang menyimpan rasa kesal yang tiada kesudahan. Namun jika dia memandang, dan bersyukur kepada Allah dia tidak ditimpakan amanah yang sangat berat yang perlu di pikul, dan beralih menjadi seorang taqwa yang tidak ditanyai tentang kepimpinan tersebut, maka dia akan berlapang dada dan gembira meraih sebuah ketenangan yang tiada nilai dan tolok bandingnya.

Kekadang ana merasa hairan terhadap ibubapa yang boleh menangis atas kegagalan perkara maksiat yang dilakukan oleh anaknya. Inikah ibubapa yang dikatakan menyanyangi anak, sedang meraikan anaknya mengikuti jalan-jalan arah tujunya jalan ke neraka. Ibubapa yang sanggup melihat anak beraksi, berdansa atas pentas dengan tidak menutup aurat di pertonton pula di khalayak dan media massa. Tiba-tiba anak tadi gagal meraih apa di cita, ibu bapa boleh menangis...

Sedangkan kegagalan itu, menghalang anak tadi dari menjerumuskan dirinya ke lembah yang hina, maksiat pasti berdosa, dosa jawabnya menuju jalan ke neraka. Ibu sanggup anaknya mengikut arah tersebut. Inikah yang dikatakan sayangkan anaknya...? Sedangkan tertutupnya peluang dan pintu maksiat tersebut, Allah memberi halangan si anak meneruskan kerja dosa tersebut. Patutnya ibubapa merasa syukur dan insaf kerana Allah memberi peluang anaknya kembali ke pangkal jalan. Cubalah dibayangkan, tengah-tengah berdansa lagi mendedah aurat... nyawanya di cabut malaikat maut... nauzubillah.

Ana juga cukup hairan dengan pengajar-pengajar agama yang glamour, bercakap pasal agama, pasal maruah seorang isteri, namun sangat bertabaruj tidak di depan suami dan mahram saja. tetapi dibuat juga di depan khalayak dan media. Bahkan, masih memakai tudung yang mencantikkan kepala. juga memperlihatkan bentuk-bentuk perhiasan seorang wanita yang diperintahkan tutup. iaitu, dengan tudung pendek yang dipakai, masih menampakkan bentuk di dadanya. sedangkan surah an-nur ayat 31 menyebut... labuhkan tudung ke dadanya.

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. "

Terliuk-liuk mengaksikan sesuatu juga di larang di depan khalayak bagi seorang wanita. namun penerimaan liberal yang sangat mengelirukan banyak memusnahkan maruah diri seorang wanita yang terpelihara oleh addin yang sebenar. Berkecamuknya percampuran halal haram hari ini, membuatkan semuanya dikucar kacir dan kelam kabut keadaannya. Atas dasar demikianlah, maka ramai yang memikirkan hari ini, tutup aurat, hanya menutup kepala. itu yang memakai dengan baju ketat, padat dan melekat, berlengan pendek, berseluar jeans hingga memperlihatkan susuk tubuh wanita yang sangat jelas sekali.

Inilah kesannya dari kefahaman salah yang diterima. Bila di katakan, tutuplah aurat menurut yang disarankan oleh syarak, mereka menjadikan contoh ikutan mereka, adalah yang mengajar agama pun, boleh bertabaruj dan sebagainya.

Sayang hari ini, orang yang patut memikul amanah tidak ber amanah lagi. Orang yang tidak layak memimpin menjadi pemimpin. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam:


إذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة ” ، قال : كيف إضاعتها يا رسول الله ؟ قال : ” إذا أسند الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة

Apabila dipersia-siakan amanah maka tunggulah berlakunya qiamat, ditanya bagaimana mempersiakan amanah? Nabi bersabda: “Apabila diserahkan urusan (kepimpinan) kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah qiamat (ya’ni; kemusnahan).”

Moga Allah beri petunjuk yang benar, agar yang benar kelihatan benar begitulah sebaliknya. Moga umat islam terpelihara dari perkara-perkara yang mengelirukan ummah. Ameen.