Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Tuesday, March 02, 2010

TAKABBUR


بسم الله الرحمن الرحيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Nabi s.a.w. telah bersabda:
“Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya ada seberat zarah daripada takabbur.”
(Hadith riwayat Muslim).


Banyak perkara sebenarnya menimbulkan rasa takabbur. Diantara perkara-perkara yang menimbulkan takabbur pada manusia seperti keturunan, kecantikan, kekuatan, kekayaan, banyak wang, banyak ilmu dan warak dan banyak ibadat. Namun semua ini tidak kekal. Keturunan akan mati dan hilang, kecantikan akan pudar, kekuatan menjadi lemah, wang boleh habis, bahkan apa sahaja akan lenyap bila tiba masa dan ketika.

Apa yang ingin disentuh, sayang sekali kalau mempunyai banyak ilmu namun penuh ketakabburan. Sifat bangga diri mengandungi bencana yang amat besar sekali. Kesan buruknya juga besar.

Untuk membaiki perkara ini, maka

Pertamanya, menanamkan dalam diri dan menyedari bahawa hujah Allah lebih berat dan akan disoal. Bila kita tidak mengamal apatah lagi bagi yang menyelewengkan. Sebagai bandingan sahaja, bahawa Allah mungkin dapat menguzurkan yang jahil tapi tidak pada yang berilmu, walau pun sijahil tetap berdosa kerana tidak mencari ilmu.

Contohnya ramai yang tahu bertikam nombor ekor adalah haram. Tetapi buat juga. Juga tahu solat itu wajib namun ada yang tinggal juga. Tidak mencari ilmu satu kesalahan juga. Tak tahu solat, tak buat berdosa. Buat bercanggah juga pun berdosa. Maka ilmu perlu ada. Ilmu ada jangan pula takabbur, tapi beramal lah. Ini bukan makna jangan mencari ilmu, tetapi janganlah kita bersifat takabbur.

Kedua, menginsafi diri. Tiada siapa yang layak untuk membesar diri kerana tidak layak pada sesiapapun membesar diri melainkan Allah. Allah benci pada yang membesar diri. Jika apa yang Allah tidak suka, maknanya Allah bencilah. Demikianlah serba sedikit menghilangkan takabbur.

Bila sifat ini telah lenyap barulah boleh diisi dengan sifat tawadduk dan rendah diri. Mengajar diri untuk sering mengingati dosa dan kesalahan lalu, mengurangkan sifat takabbur dan merasa diri kecil pada pandanganNya. Pengakhiran hayat orang-orang fasik belum tentu lagi. Yakni yang melakukan dosa besar dan berterusan dosa kecil. Yang pastinya bila melakukan dosa ada azabnya. Namun wajib bertaubat, soal terima atau tidak itu urusan Allah.

Bila sering mengingati Allah, hati akan takut untuk takabbur. Kita semua tidak tahu penghujung hidup kita. Walaubagaimana pun marah pada orang fasik itu perlu. Tetapi jangan takabbur. Marah itu bertujuan semata-mata kerana Allah.

Ijmalnya, sifat takabbur tidak mendatangkan manafaat sedikitpun, bahkan bahananya sangat besar. Ia juga menghalang amal baik kita sampai kepada Allah s.w.t. maka bersamalah kita hindari sifat takabbur, yakni membesar diri. Wallahu alam.

No comments:

Post a Comment