بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Manusia tidak sunyi dari berbuat dosa dan alangkah ramainya yang derhaka dan menentang Allah s.w.t. Apabila seseorang hamba bertaubat semua dosanya akan diampunkan oleh Allah. Allah berfirman
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحاً
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya)..At-Tahrim : 8
Oleh kerna itu, sewajibnya bagi kita bertaubat atas segala dosa dan noda yang kita lakukan sama ada sengaja atau tidak sebelum ajal menjemput.
Menurut Imam Hassan al-Basri, Taubat Nasuha- Penyesalan dengan hati, Beristiqfar dengan lidah (sebut). Dosa besar memerlukan taubat dan Istiqfar. Dosa kecil sekadar Istiqfar sahaja.
Makna menyesal disini menyesal dengan hati, beristiqfar dengan lidah dan bertekad meninggalkan maksiat. Nekad tidak akan kembali lagi selama-lamanya berbuat maksiat. Barulah dinamakan taubat nasuha.
Menurut Saidina Umar, Taubat Nasuha itu ialah seseorang yang bertaubat tak akan kembali ke asalnya seperti susu tak akan kembali ke tempat keluarnya.
Seseorang yang bertaubat nasuha, seperti seorang yang tidak pernah berbuat dosa.
Menurut Sheikh Abdul Kadir al-Jailani : Kembali dari perkara yang dicela oleh syarak kepada perkara yang terpuji.
Anak Adam, dia tahu dosa dan maksiat membinasakan manusia dan menjauhkan Allah dan jauh dari syurga. Dia sendiri yang pilih begitu.
Nabi Adam adalah manusia pertama diciptakan Allah dan manusia pertama yang bertaubat kepada Allah. Menunjukkan bertaubat diwajibkan bersegera.Kita tidak tahu bila kita akan dijemput oleh Allah s.w.t.
Nabi dan rasul terus beristiqfar kepada Allah. Dari kisah nabi, tidak dapat menandingi tangisan nabi Daud, Nabi Yaakob. Nabi-nabi sebenarnya tidak bersalah, tetapi merasa bersalah. Darjatnya sangat tinggi di sisi Allah.
Orang yang kurang iman, buat sesuatu yang wajibpun rasa hebat. Baginda Rasulullah s.a.w. beristiqfar sehari semalam lebih 100x.
Seseorang yang bertaubat seperti tidak pernah melakukan dosa. Banyak mana dosa pun, bila bertaubat Allah beri keampunan. Namun yang melibatkan anak Adam, seperti Harta, Hutang piutang, penginiayaan selesaikan terlebih dahulu dengan manusia.
Kisah lelaki yang telah membunuh 99 orang pun diampunkan oleh Allah. Ini kisah yang masyhur kita dengar.
Sering kita mendengar kisah di mana, Makhluk yang bernama lautan menentang makhluk yang melakukan maksiat. Minta izin Allah. Allah kata pada laut, Kalau hamba kamu buatlah tapi dia hambaku. bila dia dah jemu buat maksiat, dia akan datang kepadaku.jika dia datang waktu malam, aku menerimanya, bila dia datang waktu siang aku menerimanya, pintuku tiada hijab. terbuka bila-bila masa.
Sampai ketika barulah dia tertutup.Pintu taubat tertutup pada 2 keadaan,
1. Selagi nyawa belum sampai ke halkum.
2. Selagi matahari belum naik dari barat.
Tidak juga mustahil perkara tersebut berlaku bila-bila masa. Sungguh Sifat Allah sangatlah pengasih dan lagi penyanyang. Ramai manusia derhaka kepada Allah, bila dia datang memohon keampunan kepada Allah, Allah ampunkan. Maha suci engkau wahai Allah yang maha bersifat rahman dan rahim.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment