Alhamdulillah, hari pertama sampai di Jeddah jam 2.40 pagi waktu malaysia, setelah kapal terbang tangguh hampir 3 jam 40 minit dari KLIA. Turun di airport Jeddah, terasa kelainan, apa tidaknya tidak lama lagi kami semua akan menjejaki bumi suci Makkah al-mukarramah.
Tiba di Hotel, tak sabar2 rasanya untuk ke Masjidil haram. Dalam pada menghantar beg ke bilik, hampir sudah jam 4.00 pagi waktu Makkah. Jam 5.10 akan berkumandang azan Subuh. Ana bercadang untuk solat dulu, baru memulakan tawaf Umrah. Alhamdulillah, jam 9.00 pagi waktu Makkah, selesailah ana dan anak ana (Abd Hadi) menyelesaikan Umrah kami.
Hari, ini sudah hari ke 3, cepatnya masa berlalu. semalam sempat ana dan Dr. Azimah mendengar Khutbah jumaat dalam bahasa Arab, mengenai Masjidil Aqsa dan menunaikan solat jumaat untuk sama-sama merasai suasana di sini.
Apa yang dapat diamati, seperti biasa, macam2 gelagat manusia dapat diperhatikan. dan macam2 hati manusia dikenali. ada yang pemurah ada yang pemarah.
Apapun yang baik ana jadikan iktibar untuk dijadikan contoh ikutan dan tidak, ana ketepikan.
Apapun ana amat bersyukur kesekianan kalinya dapat menjadi tetamu Allah. Alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment