Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Friday, March 05, 2010

HATI YANG MATI



بسم الله الرحمن الرحيم

Fenomena yang berlaku hari ini cukup menakutkan. Sungguh tragis sekali, samada buang bayi, dera kanak-kanak dan bayi, bunuh sana sini, isteri menginiayai suami, suami menginiayai isteri bahkan melata bagai cendawan tumbuh segala maksiat di muka bumi. Bahkan pencakaran dari peringkat atasan hingga ke bawahan, samada dalam bidang pekerjaan dan berbagai-bagaian.

Kekucar-kaciran di akhir zaman sangat terkesan dan tiba masanya manusia kembali kepada hidup yang tenang dan tenteram. Persoalannya, apa penyebab yang menyumbang segala permasalah ini. Tidak lain dan tidak bukan adalah hati yang tidak hidup dengan iman.

Segala perkara bermula dari hati. Hati adalah raja dalam segala tindakan manusia. Kerana itulah disabdakan oleh

Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.

Sayangnya hari ini manusia lebih sibuk memperkatakan tentang wang, menambah wang, menambah kekayaan, cerita tentang kebesaran, tentang bintang yang bergemerlapan. Semua itu menambahkan kegelapan hati yang membuatkan hati semakin hari semakin keras. Hingga lupa kebahagiaan itu, iman adalah asas.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمْاَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَ تُكْثِرُوْا الْكَلَامَ بِغَيْرِ ذِكْرِاللهِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الْكَلَامِ بِغَيْرِ ذِكْرِاللهِ تَعَالَى قَسْوَةٌ لِلقَلْبِ,وَاَنَّّ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنَ اللهِ الْقَلْبُ اْلقَاسِىْ

Maksud :
Daripada Ibnu ‘Umar Radhiyallahu 'anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : “ Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras.
Hadith Riwayat Al-Tirmizi

Bila hati keras, maka tidak nampak segala dosa itu dosa, maka rasa tidak bersalah melakukan apa sahaja. walaupun perbuatan yang dilaku jauh dari nilai hidup seorang insan. Jauh lebih hina dari haiwan, perlakuan sangat bertentangan dengan nilai murni seorang yang begelar manusia yang dikurniakan dengan akal fikiran.

Maka hati itu perlu di ubatkan agar mendapat kembali keimanan. Bagaimana mengubatnya..?

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

No comments:

Post a Comment