Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Tuesday, March 02, 2010

MENGUMPAT DOSA BESAR



بسم الله الرحمن الرحيم
Sebutan tentang orang lain yang tidak disukai oleh orang itu memelalui lisan atau tulisan adalah merupakan umpatan. Hari ini saban hari ada saja yang aib dan dimalukan samada di media massa, tempat pekerjaan maupun penginapan. Ramai yang memandang ianya satu perkara kecil justeru itu perbuatan ini menjadi kebiasaan.
Adalah lebih baik kita tidak melakukan sesuatu yang tidak ada kaitan dengan kita dan tidak mengambil tahu hal-hal keburukan saudara kita. Lainlah jika kita mengambil tahu kebajikan saudara kita.

sabda Nabi SAW:

"daripada kebaikan agama Islam itu ialah dengan meninggalkan apa yang tidak berfaedah"
(Hadith riwayat Tirmizi)


Apapun andaian kita, ianya merupakan satu perbuatan terlarang. Kesan dari perbuatan tersebut akan mencetuskan perkelahian, pergaduhan dan permusuhan. Putusnya sebuah ikatan dan hilangnya seorang kawan terjadi kerana umpatan. Jika kita tidak suka disebutkan akan keburukan, begitu juga orang lain tidak suka ianya disebutkan. Ianya sangat mengaibkan.

Nabi Muhammad SAW bejumpa dengan para sahabat dan bertanya, “ Kamu tahu apa itu mengumpat? ” Mereka menjawab “ Allah dan Rasul-Nya lebih tahu ” Nabi bersabda lagi, “ Kamu menyebut apa yang saudara kamu benci” Mereka berkata lagi, “ Apa kata kalau yang kusebut itu sememangnya ada pada saudaraku? “ Nabi bersabda lagi, “ Jika yang kamu sebut itu ada pada dia, maka itulah mengumpat. Jika yang disebut itu tiada padanya, maka itulah pembohongan besar. ” (Hadis riwayat Muslim )


Sering kita dengan kata-kata itu lebih bisa dan tajam dari pedang. Hati yang terguris dan terluka sukar untuk disembuhkan. Bahkan dosa terhadap anak adam ini, Allah serahkan kepada manusia itu sendiri untuk memberi keampunan. Ianya adalah hak anak Adam. Maka bersama kita mengambil ia sebagai satu peringatan.


Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai Mengumpat separti sabda nya bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan
sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)


Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat
itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina,
apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya
dan Ibnu Hibbad)

Mengumpat adalah haram. Firman Allah swt:
"Dan janganlah kamu mengumpat sesama kamu, adakah seseorang dikalangan kamu suka makan daging mayat saudaranya ; tentulah kamu bencinya." (12 : al-Hujjurat)

No comments:

Post a Comment