Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Tuesday, March 02, 2010

SEKELUMIT PENGALAMAN MENAIKI BAS


بسم الله الر حمن الرحيم
Lama rasanya ana tidak naik bas sejak berkahwin dengan suami ana. Cuma sekali sekala bila keadaan memerlukan. Masa kecil dulu nak naik bas tunggu berjam-jam sebab bas ada ‘time’ nya lalu kampung. Namun di Bandar K.L ini, nak naik bas, tunggu berjam-jam jugak walaupun bas banyak, tapi kebanyakkan penuh. Bersesak-sesak.

1 Mac, 2010 ana terpaksa naik bas kerana suami ke Kuantan mengambil kereta yang tinggal di sana sebab kerosakan. Pengalaman yang ana dapat membuat ana termenung dan berfikir banyak perkara. Sehari yang mengajar erti kehidupan. Di sana ana memetik beberapa nilai erti kehidupan. Erti akhlak insan. Erti sebuah pengorbanan.

Sebaik sampai di stesyen bas, hujan rintik-rintik bertukar menjadi hujan yang tersangat lebat disertai petir dan kilat. Di sana ana memerhati gelagat manusia berlari-lari mencari tempat perlindungan. Yang tidak sedar nikmat Tuhan pun yakni baju tiada sebahagian di badan, turut ketakutan dengan air hujan. Ye… ana terfikir, ini Cuma bemandi hujan yang mencurah. Negara islam yang lain bermandi peluru dan darah. Namun yang lebih parah kalau bermandi api neraka Allah. Nauzubillah.

Dalam pada kekalutan ribut hujan. Pemandu bas yang tidak berperi kemanusiaan, sanggup memekakkan telinga, tidak berjalan kedepan yang kosong didepan tersangat panjang. Sengaja dia biarkan bas lain hon tiada berhenti menyekat Jalan Tuanku Abdul Rahman, namun saja je buat tak kedengaran. Konduktor memanggil-manggil penumpang. Begini rupanya kedengkian insan. Hanya mementingkan perut sendiri, itupun dianugerah Tuhan, lupanya kalian.

Setelah melepaskan beberapa bas dalam lebat hujan, ana naik bas yang agak kosong meredah basah namun Alhamdulillah, ana naik tanpa bersesak-sesak. Namun hati ana terharu memerhati, seorang konduktor bas perempuan, yang bertugas dalam keadaan hamil di badan. Ana memerhati sebuah pengorbanan. Dalam keadaan hamil beliau bekerja membantu suami. Sekejap ke depan, sekejap kebelakang. Kadang-kadang bas brek mengejut, penuh bimbang di hati ana, takut beliau terjatuh. Namun ana lihat beliau senyum tenang. MasyaAllah, hebatnya anugerah tuhan atas kesabaran dan sebuah pengorbanan dari seorang insan begelar perempuan.

Inilah kehidupan, … hanya di sisi Allah yang membedakan kita semua ialah ketaqwaan.

No comments:

Post a Comment