بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Samada kita percaya atau tidak, tidak ada kebahagiaan bagi seseorang yang tidak beriman. Hanya keimanan dan ketaqwaan yang mengenal dan mengecapi bahagia. Selebihnya hanya dusta.
Duit banyak belum tentu mendatangkan bahagia. Kerisauan tiba macam mana nak jaga harta, takut ancaman nyawa, isteri pula risau kalau mampunyai suami yang tak rasa tua-tua dan sentiasa bergaya. Mana dikatakan ketenangan. Melainkan orang yang beriman, mereka sedar mana hendak dihalakan harta tersebut. Semakin diinfakkan semakin gembira hati mereka. Semakin tenang yang mereka rasa.
Pangkat juga tidak membahagiakan. Dalam mengejar pangkat, banyak perkara salah terpaksa dilakukan. Kawan dicantas, dijatuhkan, hukum syarak dikesampingkan. Takut jika ikut agama nanti sukar mengejar kedudukkan. Macam-macam kebimbangan datang. Seolah-olah agama itu pula dianggap menghalang, lebih-lebih bila hendak bersalaman. Orang besar tu di depan… Nanti tak salam.., apa kata orang. Ini peluang dan harapan… saat itu, tercicirlah agama di belakang.
Kecantikan, juga tidak membahagiakan. Bila ada lagi yang lebih cantik, maka hati tidak akan tenang. Bila muka berkedut sedikit sukar menerima kenyataan. Bila disebut tentang umur, sangat sensetif dirasakan. Bila rasa cantik, timbul rasa untuk dipamirkan. Suami di rumah tidak dihiraukan. Layanan diberi pada rakan sejawatan. Makin dipuji makin tinggi keegoan. Kekadang lupa pula yang kita isteri atau suami orang. Itu yang selalu kita pandang, biasanya kecantikan demikian begitulah perjalanan, melainkan bagi kecantikan yang disulam iman. Selalunya manusia begini banyak yang lupa Tuhan, yang menjadi dan yang menciptakan, bukan untuk disalah gunakan. Kecantikan diguna pada jalan yang salah. Akhirnya kecantikan membawa padah.
Jadi dimana sebenarnya letaknya kebahagiaan. Bukan pada harta, kedudukan dan kecantikan atau apa sahaja yang kita rasakan. Selain dari iman dan ketaqwaan. Taqwa bukan satu perkara yang hanya diandaikan. Seorang atas nama imam, belum tentu anaknya beriman. Anak seorang Nabi, iaitu Nabi Nuh a.s seorang manusia yang beriman, adakah anak yang tidak mahu mengikutnya kearah ketaqwaan dikatakan beriman. Sebagaimana dikatakan kepada seseorang. Kenapa memandang kecil tinggalnya 1 sembahyang. Jawabnya.. bapa saya imam, saya lebih faham. Saya sibuk…. Sibuk… sampai meninggalkan sembahyang? Nabi Sulaiman lagi besar kesibukan, lagi besar kerajaan yang diuruskan, apakah kita lebih hebat dari Nabi Sulaiman a.s.?
Alangkah indah dan bahagianya menjadi seorang yang beriman. Bukan setakat hati menjadi tenang bahkan selalu Allah datangkan pertolongan dan rezeki yang tidak disangka-sangka datangnya. Benarlah sebutan ayat Quran dimana ..
Berfirman Allah s.w.t. dalam Al-quran:
الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ طُوبَى لَهُمْ وَحُسْنُ مَآبٍ
"Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingat Tuhan. Ingatlah, bahwa dengan mengingat Tuhan itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama." (Ar-Ra'ad: 28-29)
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً
Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
At-Talaq :2-3
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment