Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Monday, March 08, 2010

MEMELIHARA NIKMAT IMAN DAN ISLAM



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Menjadi kewajipan pada kita sebagai umat islam memelihara nikmat iman dan Islam yang dianugerahkan oleh Allah yang Maha Kuasa. Maka tidak boleh tidak kita perlulah mempunyai ilmu. Untuk mendapat ilmu menjadi kewajipan kita menuntut ilmu. Ilmu agama satu perkara yang sangat penting.

Menurut Imam Ghazali, ilmu dan amal itu adalah 2 permata. Ilmu agama yang disertai amal ibadat. Menghayati ilmu seterusnya mengamalkan merupakan permata yang sangat besar dalam kehidupan.

Masyarakat hari ini lebih mengutamakan ilmu fardu kifayah dari ilmu fardu ain. Lebih utamakan skor A dalam subjek akademik dari A dan cemerlang dalam akidah dan iman. Disebutkan dalam sebuah hadis,

Tidak ada sembahyang bagi orang yang tidak membaca fatihah” (Bukhari dari ‘Ubadah bin Samit)

Jadi bagaimana solat bagi yang tidak betul membaca al-Fatihah. Dalam satu syair disebutkan di akhir zaman:-

i) Orang yang alim tidak beramal dengan ilmunya lebih dulu diazab dari orang yang menyembah berhala
ii) Yang lebih besar, Orang jahil melakukan amal ibadat, amal Allah tolak dan tidak diterima.

Kita hendak menghadap Allah, biarlah dengan aqidah yang betul dan hati yang bersih. Sekiranya di atas umur 40 tahun, maksiat lebih banyak dari taat bermakna menyediakan tempat dalam neraka Allah.Nauzubillah.

Selain itu, sebelum ibubapa kita menghembus nafas yang terakhir, jumpa mereka, manalah tahu dalam hati ibu atau ayah kita terdapat perkara yang mereka marah atau terkilan terhadap kita. Minta maaf kepada mereka, minta mereka redha pada kita.

Banyak perkara yang merugikan lebih-lebih bagi yang tidak belajar ilmu agama. Amalkan lah selalu doa yang berbunyi


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

“ Wahai tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”

surat Ibrahim ayat 40

Sungguh binasalah orang yang lalai menunaikan solat. Juga melengahkan solat dan solat di akhir waktu diharamkan oleh Allah. Dalam satu kaji selidik pada tahun 2007 di dapati sebanyak 24,000 orang murid PMR tidak tahu mengucap 2 kalimah syahadah. Jadi cuba kita conggak, bagaimana mungkin dan macam mana solat mereka?
Sedangkan awal-awal perkara yang diangkat oleh Allah daripada manusia ialah solat. Yakni khusyuk dalam sembahyang. Sembahyang sangat berat kecuali pada orang yang hatinya khusyuk. Bagi orang yang khusyuk solat membuat hatinya jadi tenang dan merasa puas.

Beberapa cara Khusyuk solat.

i) persediaan sebelum solat. Iaitu membersih segala-galanya. Bersuci adalah anak kunci sembahyang. Sembahyang adalah anak kunci syurga.
ii) Masuk dalam solat dengan tenang dan bersifat ‘relax’ dan tidak tergopoh gapah. Sejahat-jahat manusia adalah orang yang mencuri dalam sembahyang. Iaitu tidak sempurna rukuk, sujud dan tidak khusyuk dalam sembahyang. Sembahyang catuk ayam atau cepat-cepat dilakukan.
iii) Menghadirkan hati dalam sembahyang.

Contoh:- kita jumpa sahabat rapat kita yang lama tidak berjumpa di lapangan terbang. Apa perasaan kita…? Pastinya berdebar-debar dan bila Nampak sahaja kita tak Nampak orang lain dah. Kita peluk dia erat-erat. Apatah lagi dengan Allah yang kita cinta dan kasihi. Bila jumpa Allah kita tak Nampak yang lain lagi.

Yang dibimbangi, solat, solat . Maksiat buat juga. Takut-takut solat itu tidak diterima oleh Allah.

iv) Pandang tempat sujud
v) Rasakan ketenangan dan keringanan dalam sembahyang
vi) Hilangkan perkara-perkara yang menganggu kita dari khusyuk dalam sembahyang

Setelah kita mengetahui serba sedikit ilmu ini, marilah sama-sama kita perbaiki segala kekurangan diri. Moga hidup kita hari-hari sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Illahi.
Allahu a’lam.

1 comment: