بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Setiap kali ditimpa kesusahan, sedikit sangat manusia boleh bersabar. Sedangkan Allah menjanjikan disebalik kepayahan itu ada kesenangan. Dalam mejelaskan ayat:-
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan”.
[As-Syarh: 5-6]
Ibnu Kathsir menjelaskan bahawa 1 kesusahan Allah menjamin 2 kesenangan.
Abdullah Ibn Abbas mentafsirkan ayat ini sebagai ” Kesusahan itu tidak akan dapat mengalahkan dua(2) kemudahan yakni dengan bahasa yang lebih mudah setiap kesusahan akan diikuti oleh 2 kemudahan.
Sunnah Allah dan Sunnah alam bahawasanya kita perlu bersusah-susah terlebih dahulu barulah datang kesenangan.
Kemudian cubalah kita melihat ayat ini :-
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, " Surah Al-Sharh ayat :7
apa pula kaitan dengan ayat di atas tadi. Menurut Ibnu Kathsir, kesenangan yang datang merupakan satu nikmat yang besar,maka Allah memerintahkan Nabi s.a.w. beribadah. Allah memberi jaminan pada Nabi Muhammad s.a.w.
- Hari ini kamu berhadapan dengan kesusahan menentang musyrikin.
- Jangan lupa disebalik kesusahan itu ada kesenangan menunggu
- maka apabila habis ibadah fardhu maka buatlah yang sunat
timbul pertanyaan apa kaitan Allah menyuruh kita supaya kuat beribadah?
Jawapannya, segala tugas kita tanpa disokong dengan ibadah tidak akan berjaya. Rumahtangga yang tanpa ibadah didalamnya tidak akan kuat.
Nabi s.a.w. yang mempunyai tugas yang sangat berat. sembahyang malam wajib kepada baginda. Baginda memikul tugas dan tanggungjawab yang sangat besar, solat malam itu memberi kekuatan kepada baginda rasulullah s.a.w. Walaupun ke atas kita tidak wajib, namun ianya sangat-sangat dituntut.
Dalam kehidupan kita, ruang lingkup tawakkal yang ada,kita membuat penyerahan diri kepada Allah s.w.t. tidak cukup kita dengan terus-terus membuat ibadah wajib sahaja, perlulah diisi dengan ibadah sunat.
perkataan نصب (nasib) . bila kita sudah bulat-bulat berserah pada Allah barulah kita mendapat habuan/rebut peluang.
Perkataan فَانصَبْ dalam ayat, memberitahu kita , untuk dapat kemenangan usaha sedaya upaya meletakkan diri pada ibadah yang tinggi. Oleh itu, janganlah habiskan masa kita dengan sia-sia.
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap
Surah Al-Sharh ayat :8
Menurut Ibnu Kathsir, bila kita bangun bukan olok-olok atau ikutan, bangun sungguh-sungguh!. Dengan menyibukkan diri kepada Allah, bila kita menghadap Allah, nyatakan sebenar-benar kecintaan kepada Allah.
KESIMPULAN AYAT
Ayat 7 ,merupakan urusan dunia maka rebutlah peluang untuk mencapai satu-satu kejayaan.
Ayat 8, memberitahu kepada kita supaya kepada Tuhan kita perlu mendampingkan diri. Selesai kerja-kerja dunia yang tidak bercanggah dengan akhirat maka layaklah mendapat habuan akhirat.
Jadi.... bagaimana hubungan kita dengan Allah?
jawapannya, iklaskan diri dan meletakkan kecintaan yang tertinggi kepada Allah.
Hendaklah kita yakin, jika kita menghadapi kesukaran maka percayalah ada kesenangan yang Allah janjikan. Maka janganlah kita lupa hubungan dengan Allah, maka Allah akan datangkan kesenangan kepada kita.
Rumahtangga yang tiada hubungan dengan Allah tidak akan memperolehi kesempurnaan. Setiap perkara untuk mencapai kesempurnaan adalah dengan jalan ibadah. Waallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment