Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Sunday, March 14, 2010

PENGALAMAN BERSAMA BUNGA ROSELLE DARI KUANTAN





بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Gambar di atas adalah bunga roselle. Ana mendapatkannya dari Kak Long ana di Kuantan. Susah payah dia mengirimkan pada ana melalui anak-anak tahfiz yang pulang pada 27hb. Feb, 2010 yang lepas. Apa pun, Semoga Allah beri pahala yang banyak padanya. Jasanya pasti tidak dilupai, bila mana anak-anak tahfiz sampai lewat 15 minit dari waktu sepatutnya bas bergerak. Beliau berjaya merayu 'driver bas' menunggu anak-anak ini. Mungkin ana sendiri belum tentu dapat melakukan sepertinya. Namun kasih sayang dia kepada anak-anak tahfiz ini, yang kini anak-anak ini, bagi kami adalah anak-anak kami bersama begitu juga dengan akhie Lanz Hamid, sangat sejuk hati kami bila berhadapan dengan anak-anak ini.
Peristiwa bersama bunga roselle, mengumpulkan anak-anak ini kembali bersama pada 28hb. Feb, 2010 dirumah ana sebagai 'ummi' mereka semua. Cuma seorang anak tersangkut dengan masalah dijalanan. InsyaAllah, dimasa yang lain, anak ini akan sampai dirumah ummi dia. Bersama mereka, akhie Lanz, sebahagian ibubapa anak-anak ini turut bersama, menikmati minuman dari sirap roselle yang diperolehi dari kiriman 'mama' anak-anak tahfiz ini dari kuantan. Alhamdulillah.... bahagia rasanya suasana seperti ini.
Mari kita belajar sama-sama cara-cara memproses bunga roselle untuk dijadikan sirap rosselle.
Disebelah kanan atas sekali ialah bunga roselle yang baru sahaja dipetik dari pokoknya. Mula-mula asingkan kelopak dan bijinya. gambar kiri atas adalah gambar di mana kelopak bunga sudah diasingkan. Dan gambar paling bawah sekali ialah biji bunga roselle yang boleh dikeringkan dan dijadikan benih semula.
Kelopak bunga roselle dicuci bersih dan direbus dengan air hingga mendidih dan warna merah terpisah dari kelopak bunga roselle. kemudian boleh tambah gula anggaran sebagai pati bunga roselle.
Pati ini, boleh dicairkan mengikut selera masing-masing dengan air lain dan ditambah ais. manakala kelopak bunga roselle dijadikan halwa. halwa ini, boleh disimpan dalam peti ais berbulan lamanya. dan dimakan begitu sahaja. senang kan...!
KHASIAT BUNGA ROSELLE
Roselle, merupakan satu tumbuhan herba semulajadi - mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, dianggar pada 280mg pada setiap 100gm kaliks Roselle yang telah dikeringkan. Ini menunjukkan kelebihan vitamin C yang ada pada Roselle berbanding dengan buah kismis hitam. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2. ROSELLE terbukti kaya dengan anti oksida untuk:* Menyegar & mengembalikan tenaga* Menghilangkan selsema & sakit tekak* Meredakan batuk & mencairkan kahak* Menyihatkan & mencerdaskan minda* Mengurangkan stress & sukar tidur* Mencegah kanser & penyakit kronik* Menstabilkan tekanan darah tinggi* Meningkatkan daya tahan tubuh* Membantu proses pencernaan* Mencantikkan kulit & awet muda* Mengurangkan kolesterol yang berlebihanRoselle atau digelar Permata Merah (buah hibiscus) mempunyai khasiat semulajadi iaitu antioksida, vitamin, mineral, dan merendahkan kolestrol dalam badan.
Membantu dalam metabolisma glukosa serta meningkatkan insulin. Di dalam Roselle juga ada terkandung aloe vera dan spirulina, di mana walaupun kita berdiet kulit kita tetap cantik ia tidak mengeringkan kulit, Roselle membuat kita kekal bertenaga walaupun kita berdiet itulah kelebihan Roselle

3 comments:

  1. mmm sedapkan,so kena lah tanam byk2,rasa mcm air ribena,yg baik nya x da pewarna dan perisa tiruan,smuanya ori...;)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, banyak khasiatnya dan sedap pula. juga dengan peristiwa ini tercipta satu sejarah mengeratkan silaturrahim kita semua kan....

    ReplyDelete
  3. blog yg menarik dan byk info..jemput ke blog saya..tq..

    ReplyDelete