بسم الله الر حمن الرحيم
Tasauf banyak membicarakan tentang dosa-dosa hati, mulut dan zahir anggota. Bila telah selesai belajar aqidah, fekah elok juga habiskan dengan belajar tasauf. Itulah diantara pesanan Ustaz Yunus Kamarudin satu ketika dulu sewaktu mengajar di surau MARA.
Orang yang membesar diri, yakni merasakan diri hebat, asalkan ada rasa hebat dari orang lain tempatnya di neraka jahanam. Orang-orang sebegini akan membesarkan kenderaan, gaya hidup, rasa dia sahaja yang boleh buat, rasa dia sahaja yang berserban. Semua ni merasa hebat dalam diri.
Dalam hadiths Qudsi (tanpa perantaraan malaikat jibril), ALLAH Azzawajalla berfirman yang maksudnya:
Tasauf banyak membicarakan tentang dosa-dosa hati, mulut dan zahir anggota. Bila telah selesai belajar aqidah, fekah elok juga habiskan dengan belajar tasauf. Itulah diantara pesanan Ustaz Yunus Kamarudin satu ketika dulu sewaktu mengajar di surau MARA.
Orang yang membesar diri, yakni merasakan diri hebat, asalkan ada rasa hebat dari orang lain tempatnya di neraka jahanam. Orang-orang sebegini akan membesarkan kenderaan, gaya hidup, rasa dia sahaja yang boleh buat, rasa dia sahaja yang berserban. Semua ni merasa hebat dalam diri.
Dalam hadiths Qudsi (tanpa perantaraan malaikat jibril), ALLAH Azzawajalla berfirman yang maksudnya:
"Keagungan (kesombongan) itu Selendang-KU dan kebesaran itu Sarung-KU, maka sesiapa yang merebutkan kedua-duanya daripada-KU, nescaya AKU murkai dan AKU tidak akan mempedulikannya."
(Hadiths Riwayat Muslim)
Bagi seorang hamba bukan tempat untuk dipuji. Tetapi tempat untuk diuji. Kadang-kadang kita diuji dengan kesusahan. Masa kita susah sangat, hala mana ikhtiar kita. Allah ingin melihat sejauh mana pergantungan kita dengan Allah. Kadang-kadang diuji dengan anak dan isteri. Ada masa anak dan isteri menjadi penghalang seorang lelaki menunaikan kewajipan terhadap Allah.
Semua manusia diberi masa yang sama sehari semalam 24 jam. Cuba kita fikirkan kenapa penghidupan seorang dengan seorang yang lain berbeza.
Orang-orang beriman tidak sekali-kali akan melanggar batas syariat untuk memenuhi impian dan kehendak-kehendak hatinya juga kepuasan dirinya.
Kita juga jangan menghina orang lain. Jika Allah uji kita dengan kesusahan, jangan pula kita susahkan orang lain. Contoh selipar kena curi kat surau. Jangan pula kita curi selipar orang lain pula. Bila kita berjalan kaki, kereta lalu terkena percikan air, bila kita pula bawa kereta, cuba elak dari terkena orang lain pula. Ini tidak..., kebanyakkan kita nak balas kat orang lain pula. Kita suka nak kenakan orang dan suka orang lain merasa pula. Itu menandakan kita tewas dengan ujian Allah.
Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).
Namun sebaliknya sifat dengki mendengki yang diagungkan. Kisah antara 2 darjat, menunjukkan keadaan bermegah-megah, tuding jari pada orang, sedangkan semua kita adalah milik Allah. Allah beritahu didalam al-Quran “ segala puji-pujian bagi Allah..” jadi janganlah canang sesuatu untuk tuntut puji dari orang. Belajar pandai-pandai, minta dipuji. Buat baik sedikit minta dipuji.
Sifat bongkak dalam hati dan melebihkan diri sendiri, bukan perkara kecil. Sifat mazmumah perkara besar. Dan dosa besar. Orang yang punyai dosa tidak bertaubat, lebih-lebih dosa dengan orang lain, orang itu pula tidak mengampunkan. Orang yang dihina itu tadi akan menuntut pengadilan dengan Allah rabbul jalil. Pahala orang yang menghina dipindahkan ke atas orang yang dihina.
Maka tidak lah boleh suka-suka hendak mengata orang dan hina seseorang. Juga menjatuhkan maruah orang. Orang-orang sebegini, jika dia mengata orang, buat pada orang bagi dia boleh. Tetapi kalau kena pada dirinya dia sangat melenting.
Kesimpulannya membesar diri adalah satu sifat mazmumah. Berdosa besar bagi yang memiliki sifat tersebut. Ada lintasan di hati merasa diri hebat, dan dia rasa dia sahaja yang boleh buat itu dan ini, bahkan melihat dirinya lebih dari orang lain, maka kena pula melebihkan dia atas perbuatan pada dia, itu termasuk dalam perkara yang disebutkan tadi. Walaupun manusia tidak tahu perkara dalam hati, tetapi Allah tetap tahu dan menghitungkannya.
Walau sebesar biji sawi membesar diri beban ini dipertanggugjawabkan oleh Allah s.w.t. Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment