السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wednesday, March 31, 2010
DI ANTARA TANDA HAJI /UMRAH DITERIMA
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
AL WADA' / PERPISAHAN
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
KU BERSYUKUR PADAMU YA ALLAH
Terlalu pantas rasanya masa berlalu. Tanpa disedari hari ini (25/3/2010) adalah hari persediaan untuk maklumat ‘TAWAF al-WADA’ . Sungguh teruja berada di bumi Makkah. Harian dipenuhi berbagai perkara yang menghampirkan diri kepada Allah. Bayangkan nilai ibadah di Masjidil Haram sahaja memperolehi, 100,000 ganjaran dari biasa. Walaupun itu bukan matlamat seorang hamba, namun bagi hamba yang beriman, mengejar keredhaan Allah sudah pasti.
Satu kurniaan Allah semalamnya, membuat ana semakin mengimpikan suatu hari ana boleh menetap terus di salah satu bumi Haramain. MasyaAllah, … terima kasih Allah. Memberi sesuatu buat ana yang pastinya tidak terlintas ana mendapatkannya. Apapun, taklimat mahupun tazkirah hari ini semakin memangkinkan jiwa ana untuk terus berulang kali datang ke Haramain.
Ya Allah…. Nikmatmu terlalu besar hai Tuhanku. Aku pasti melahirkan setiap saat kecintaan terhadap mu Illahi.. Diantara intipati ucapan Ustaz Mohd Ali Sudirman di dalam taklimat beliau , mengajak kita bersama-sama bersyukur kepada Allah dan mensyukuri nikmat Allah yang terlalu banyak kita pakai dan kita dapat. Ia… barang siapa yang bersyukur makanya, Allah akan menambahkannya lagi. Sebaliknya pada yang kufur, tunggulah azab Allah yang amat pedih.
Dalam kenyenyakkan tidurnya insan lain diwaktu malam, maka ditengah malam tersebut ada baiknya kita bangun, memahasabah diri dan bertanya pada diri “apakah kita termasuk dalam hamba Allah yang bersyukur”. Bersyukur ini adalah satu perintah Allah pada ‘hambaNya” sahaja. Makanya, apakah kita merasa kita hamba Allah, atau hanya merasa dan mengaku sahaja hamba..?
Apa yang kita dapat hari ni, adalah nikmat yang luar biasa. Benar, tidak semua yang dipanggil oleh Allah menjadi tetamu Nya. Meskipun semua berhajat demikian. Tanya aje pada sesiapa, pastinya mereka akan mengatakan ingin ke sini. Namun, Allah belum memanggil mereka. Allah memanggil kita. Ramainya yang kaya, berpangkat, hebat, namun masih belum juga dapat untuk ke sini.
Jadi apakah kita tidak BERSYUKUR…??
Menurut ulama’ bersyukur dengan mengatakan
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
sebanyak 3X.
Bagi sesiapa yang bersyukur mereka akan dapat 3 perkara besar dalam hidupnya. Iaitu bersyukur pada
Kalimah pertama : semua makhluk di langit dan bumi serta isinya, bertasbih “ Ya..Allah, hambamu Sipolan telah bersyukur… maka tambahilah lagi nikmat padanya.
Kalimah Kedua : Malaikat memohon rahmat dari Allah untuk mereka yang bersyukur.
Kalimah ketiga : Allah datang hampir kepadanya dan bertanya, ‘apa yang engkau hendak lagi..” sebagaimana disebutkan … Allah SWT berfirman:
((وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ))
“ Dan Tuhanmu berfirman: “ berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan kuperkenankan bagimu” ( Surah Gafir: 60).
Saturday, March 20, 2010
BAHAGIANYA DI BUMI MAKKAH
Tiba di Hotel, tak sabar2 rasanya untuk ke Masjidil haram. Dalam pada menghantar beg ke bilik, hampir sudah jam 4.00 pagi waktu Makkah. Jam 5.10 akan berkumandang azan Subuh. Ana bercadang untuk solat dulu, baru memulakan tawaf Umrah. Alhamdulillah, jam 9.00 pagi waktu Makkah, selesailah ana dan anak ana (Abd Hadi) menyelesaikan Umrah kami.
Hari, ini sudah hari ke 3, cepatnya masa berlalu. semalam sempat ana dan Dr. Azimah mendengar Khutbah jumaat dalam bahasa Arab, mengenai Masjidil Aqsa dan menunaikan solat jumaat untuk sama-sama merasai suasana di sini.
Apa yang dapat diamati, seperti biasa, macam2 gelagat manusia dapat diperhatikan. dan macam2 hati manusia dikenali. ada yang pemurah ada yang pemarah.
Apapun yang baik ana jadikan iktibar untuk dijadikan contoh ikutan dan tidak, ana ketepikan.
Apapun ana amat bersyukur kesekianan kalinya dapat menjadi tetamu Allah. Alhamdulillah.
Tuesday, March 16, 2010
KELUH KESAH DENGAN MASALAH
بسم الله الرحمن الرحيم
Tidak dapat dinafikan kita tidak sunyi dari sebarang masalah. Tidak kiralah siapa kita, besar mana pangkat kita, kita tetap tidak dapat menolak masalah dalam hidup kita. Kebanyakkan masalah yang datang adalah dari sikap kita sendiri.
Sikap suka berhutang salah satu masalah yang banyak menimpa banyak orang. Asalnya ingin hidup dipandang orang, dan memikir apa kata orang, membuatkan diri terjebak dengan hutang. Paling tidak, hutang akan merentap ketenangan.
Yang paling menyedihkan, satu hutang belum habis, sudah terlibat dengan hutang yang baru. Sangat menyedihkan, jika dulu pengorbanan orang tua kita, sanggup bergadai, berjual semata-mata mencari perbelanjaan kita ke sekolah lebih tinggi. bila kita telah berjaya dan mempunyai gaji, kita lupa orang tua kita. Orang tua kita susah dulu, kini tetap susah. Walaupun nampak anak hidup mewah, namun penuh dengan hutang.
Untuk menghulur orang tua wang, rasa sangat keberatan. kadang-kadang, makan pun terpaksa dicatu asalkan nampak bagai orang yang berkedudukan dari luaran. sedih keadaan demikian.
Bila hutang melilit keliling pinggang, hati mula menjadi resah tidak keruan. Sedangkan yang dikejar selama ini, hanya angan-angan. tidak menjanjikan apa-apa keuntungan. melainkan kita menuju arah ketaqwaan.
Jika kita mengejar kedudukan, walaupun terpaksa berhutang, rumah yang kita beli dengan hutang, sampai bila pun bank punya, selagi tidak habis bayar. Nak tunggu habis bayar, kadang-kadang umur penghutang yang dulu habis.
Maka untuk mengelak semua kemungkinan ini, kita kembali bermohon kepada Allah, agar memberi kekuatan kita dalam melangkah perjalanan hidup ini dengan penuh ketenangan , tanpa hutang, tanpa penindasan orang. Berikut satu doa yang sangat baik untuk diamalkan....
اللهم انى اعوذ بك من الهم والحزن ..واعوذ بك من العجز والكسل .. واعوذ من الجبن والبخل ... واعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال
Sunday, March 14, 2010
PENGALAMAN BERSAMA BUNGA ROSELLE DARI KUANTAN
Saturday, March 13, 2010
MEMBESAR DIRI
Tasauf banyak membicarakan tentang dosa-dosa hati, mulut dan zahir anggota. Bila telah selesai belajar aqidah, fekah elok juga habiskan dengan belajar tasauf. Itulah diantara pesanan Ustaz Yunus Kamarudin satu ketika dulu sewaktu mengajar di surau MARA.
Orang yang membesar diri, yakni merasakan diri hebat, asalkan ada rasa hebat dari orang lain tempatnya di neraka jahanam. Orang-orang sebegini akan membesarkan kenderaan, gaya hidup, rasa dia sahaja yang boleh buat, rasa dia sahaja yang berserban. Semua ni merasa hebat dalam diri.
Dalam hadiths Qudsi (tanpa perantaraan malaikat jibril), ALLAH Azzawajalla berfirman yang maksudnya:
"Keagungan (kesombongan) itu Selendang-KU dan kebesaran itu Sarung-KU, maka sesiapa yang merebutkan kedua-duanya daripada-KU, nescaya AKU murkai dan AKU tidak akan mempedulikannya."
(Hadiths Riwayat Muslim)
Bagi seorang hamba bukan tempat untuk dipuji. Tetapi tempat untuk diuji. Kadang-kadang kita diuji dengan kesusahan. Masa kita susah sangat, hala mana ikhtiar kita. Allah ingin melihat sejauh mana pergantungan kita dengan Allah. Kadang-kadang diuji dengan anak dan isteri. Ada masa anak dan isteri menjadi penghalang seorang lelaki menunaikan kewajipan terhadap Allah.
Semua manusia diberi masa yang sama sehari semalam 24 jam. Cuba kita fikirkan kenapa penghidupan seorang dengan seorang yang lain berbeza.
Orang-orang beriman tidak sekali-kali akan melanggar batas syariat untuk memenuhi impian dan kehendak-kehendak hatinya juga kepuasan dirinya.
Kita juga jangan menghina orang lain. Jika Allah uji kita dengan kesusahan, jangan pula kita susahkan orang lain. Contoh selipar kena curi kat surau. Jangan pula kita curi selipar orang lain pula. Bila kita berjalan kaki, kereta lalu terkena percikan air, bila kita pula bawa kereta, cuba elak dari terkena orang lain pula. Ini tidak..., kebanyakkan kita nak balas kat orang lain pula. Kita suka nak kenakan orang dan suka orang lain merasa pula. Itu menandakan kita tewas dengan ujian Allah.
Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).
Namun sebaliknya sifat dengki mendengki yang diagungkan. Kisah antara 2 darjat, menunjukkan keadaan bermegah-megah, tuding jari pada orang, sedangkan semua kita adalah milik Allah. Allah beritahu didalam al-Quran “ segala puji-pujian bagi Allah..” jadi janganlah canang sesuatu untuk tuntut puji dari orang. Belajar pandai-pandai, minta dipuji. Buat baik sedikit minta dipuji.
Sifat bongkak dalam hati dan melebihkan diri sendiri, bukan perkara kecil. Sifat mazmumah perkara besar. Dan dosa besar. Orang yang punyai dosa tidak bertaubat, lebih-lebih dosa dengan orang lain, orang itu pula tidak mengampunkan. Orang yang dihina itu tadi akan menuntut pengadilan dengan Allah rabbul jalil. Pahala orang yang menghina dipindahkan ke atas orang yang dihina.
Maka tidak lah boleh suka-suka hendak mengata orang dan hina seseorang. Juga menjatuhkan maruah orang. Orang-orang sebegini, jika dia mengata orang, buat pada orang bagi dia boleh. Tetapi kalau kena pada dirinya dia sangat melenting.
Kesimpulannya membesar diri adalah satu sifat mazmumah. Berdosa besar bagi yang memiliki sifat tersebut. Ada lintasan di hati merasa diri hebat, dan dia rasa dia sahaja yang boleh buat itu dan ini, bahkan melihat dirinya lebih dari orang lain, maka kena pula melebihkan dia atas perbuatan pada dia, itu termasuk dalam perkara yang disebutkan tadi. Walaupun manusia tidak tahu perkara dalam hati, tetapi Allah tetap tahu dan menghitungkannya.
Walau sebesar biji sawi membesar diri beban ini dipertanggugjawabkan oleh Allah s.w.t. Wallahu a'lam.
ILMU DAN MAKRIFAT
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الر حمن الرحيم
Dalam membicarakan tajuk di atas Ustaz Yunus dalam kuliahnya di Surau MARA 4/5/2006 menyebutkan bahawa “ilmu dan ibadat adalah 2 perkara yang saling berkait. Ini kerana, pada dasarnya segala yang kita lihat, kita dengar dan kita pelajari adalah untuk ilmu dan ibadat.
Tidak dinafikan walaupun 9/10 sumber rezeki adalah dari perniagaan, namun banyak orang hari ini berniaga mencari harta salah niat. Mereka hina orang yang belajar, bahkan ustaz-ustaz yang mengajar juga dihina. Umpama berkata, ’dahlah tak cari harta, minta-minta pulak…
Dengan ilmu kita mengetahui bahawa orang belajar juga adalah dalam asnaf yang boleh terima zakat. Itu gunanya orang kaya. Ustaz-ustaz pun perlu makan juga, makan nasi juga bukan makan kitab.. seloroh ustaz waktu ceramahnya… (ana senyum sendirian je.. lucu gak..)
Ilmu sangat mulia, dengan ilmu kita dapat mengenal Allah. Itulah baiknya belajar ilmu tauhid. Kalau tidak ada ilmu buat ibadat, ibadah tidak sah. Bagaimana dapat kita membezakan rukun dan sunat dalam sembahyang tanpa ilmu?.
Manusia diciptakan untuk beribadat kepada Allah, sebagaimana firman Allah s.w.t.
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Bermaksud “ Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Surah az-zaariyaat : 56
Jika kita perhatikan kehidupan wali-wali Allah, seolah mereka lupa betul dengan dunia. Mereka lupa buat perkara sunat pun, beriya-iya mereka bertaubat. Itulah orang yang bijaksana, menjadikan urusan sehariannya dengan ibadah.
Nabi s.a.w bersabda : “kelebihan orang yang berilmu atas orang yang menjalankan ibadat, ibarat kelebihanku atas orang yang paling rendah di antara umatku”.
Bila kita mengenal Allah, barulah perasaan takut datang menerjah. Umpama kata ustaz, kalau kita tak kenal harimau, harimau depan kita, kita ingat peti ais. Kita lalu selamba je. Lalu depan rimau tu…. Ye lah.. tak kenal harimau, jadi tak ada takut timbul.
Jadi bila kita kenal Allah, kita akan takut dengan Allah. Berhati-hati dengan setiap pergerakan, percakapan dan tindakan kita. Bila tersalah, taubat satu persatu.
Perempuan, kata ustaz.. jumpa tok guru rajin. Aurat tak tutup juga. Tok guru yang kena tutup / tak angkat mata. Masa sidai kain, elok je macam cerita orang dulu-dulu dengan kembannya. Baginya susah nak tutup-tutup. Wal hal Allah bukan nak bagi susah. Allah bagi hukum itu sebab sayangkan kita sebagai hambanya.
Jadi tu yang kena belajar, cari ilmu. Allah jamin penuntut-penuntut ilmu dengan rezekinya. Kita kata, berniaga tu, bila kira-kira… boleh untungLAH... Itu “zhan”.. sangkaan kita sahaja. Tak salah Allah bagi rugi…
Sebab kita tak Nampak rezeki yang disebut Allah itu. Orang beli ikan kembung sekilo RM8-80 dan kita beli sekilo RM6.80, itu rezeki lah tu. Silap-silap hari tu orang ajak kenduri. Dah tak payah masak…. Bukankah itu rezeki namanya.
Tapi kita tak Nampak…jadi kita kena takut pada Allah. Kalau tak takut, rasa tak yakin dengan rezeki yang Allah beri. Mengata pulak pada Allah. Orang kafir di bagi rezeki… kita tak bagi pulak…. Inilah bahayanya jika tidak berilmu, dengan Allah pun dia marah.
Orang yang mempunyai ilmu, walau setinggi mana hartanya dia tetap beribadah. Orang yang berilmu tidak mudah tertipu dan terpedaya. Begitu sebaliknya pada yang tidak berilmu.
Satu kalimah لا اله الا الله
Lebih berat dari dunia dan isinya. Dan tempat Qasad yang dicita-citakan.
Ibadat boleh manyampaikan tujuan pada yang punyai cita-cita untuk menghadap Allah s.w.t. Didepan Allah nanti manusia tidak boleh berkata-kata. Namun bagi sesiapa yang diizin Allah, mereka akan seronok bertemu dengan Allah. Orang ingkar Allah tidak suka dan akan seret dalam neraka.
Orang-orang yang mulia bila beramal, beribadah, Allah masukkan dalam hatinya rasa suka. Orang ada ilmu, agama dan ibadat Allah campakkan dalam hati mereka. Namun ada orang tidak suka dengan orang alim, itu tandanya dalam hati mereka ada penyakit.
Mari sama-sama kita perhatikan sabda Rasulullah s.a.w. ini,
إن الله لا ينظرُ إلى أجسامكم، ولا إلى صوركم، ولكن ينظرُ إلى قلوبكم وأعمالكم
“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada bentuk dan rupa kamu, tetapi Allah memandang kepada hati dan amalan kamu.” .
Menurut Hasanul Basri, “orang yang berilmu lebih cepat masuk syurga…”
Perhatikan sabda Rasulullah s.a.w.
“ilmu itu imam kepada amal dan amal adalah makmumnya..
Maka jelaslah disini akan kepentingan ilmu , ilmu adalah inti pati dan asas dalam setiap ibadat. Allahu a’lam.
BAHAGIANYA MENJADI INSAN YANG BERTAQWA
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Samada kita percaya atau tidak, tidak ada kebahagiaan bagi seseorang yang tidak beriman. Hanya keimanan dan ketaqwaan yang mengenal dan mengecapi bahagia. Selebihnya hanya dusta.
Duit banyak belum tentu mendatangkan bahagia. Kerisauan tiba macam mana nak jaga harta, takut ancaman nyawa, isteri pula risau kalau mampunyai suami yang tak rasa tua-tua dan sentiasa bergaya. Mana dikatakan ketenangan. Melainkan orang yang beriman, mereka sedar mana hendak dihalakan harta tersebut. Semakin diinfakkan semakin gembira hati mereka. Semakin tenang yang mereka rasa.
Pangkat juga tidak membahagiakan. Dalam mengejar pangkat, banyak perkara salah terpaksa dilakukan. Kawan dicantas, dijatuhkan, hukum syarak dikesampingkan. Takut jika ikut agama nanti sukar mengejar kedudukkan. Macam-macam kebimbangan datang. Seolah-olah agama itu pula dianggap menghalang, lebih-lebih bila hendak bersalaman. Orang besar tu di depan… Nanti tak salam.., apa kata orang. Ini peluang dan harapan… saat itu, tercicirlah agama di belakang.
Kecantikan, juga tidak membahagiakan. Bila ada lagi yang lebih cantik, maka hati tidak akan tenang. Bila muka berkedut sedikit sukar menerima kenyataan. Bila disebut tentang umur, sangat sensetif dirasakan. Bila rasa cantik, timbul rasa untuk dipamirkan. Suami di rumah tidak dihiraukan. Layanan diberi pada rakan sejawatan. Makin dipuji makin tinggi keegoan. Kekadang lupa pula yang kita isteri atau suami orang. Itu yang selalu kita pandang, biasanya kecantikan demikian begitulah perjalanan, melainkan bagi kecantikan yang disulam iman. Selalunya manusia begini banyak yang lupa Tuhan, yang menjadi dan yang menciptakan, bukan untuk disalah gunakan. Kecantikan diguna pada jalan yang salah. Akhirnya kecantikan membawa padah.
Jadi dimana sebenarnya letaknya kebahagiaan. Bukan pada harta, kedudukan dan kecantikan atau apa sahaja yang kita rasakan. Selain dari iman dan ketaqwaan. Taqwa bukan satu perkara yang hanya diandaikan. Seorang atas nama imam, belum tentu anaknya beriman. Anak seorang Nabi, iaitu Nabi Nuh a.s seorang manusia yang beriman, adakah anak yang tidak mahu mengikutnya kearah ketaqwaan dikatakan beriman. Sebagaimana dikatakan kepada seseorang. Kenapa memandang kecil tinggalnya 1 sembahyang. Jawabnya.. bapa saya imam, saya lebih faham. Saya sibuk…. Sibuk… sampai meninggalkan sembahyang? Nabi Sulaiman lagi besar kesibukan, lagi besar kerajaan yang diuruskan, apakah kita lebih hebat dari Nabi Sulaiman a.s.?
Alangkah indah dan bahagianya menjadi seorang yang beriman. Bukan setakat hati menjadi tenang bahkan selalu Allah datangkan pertolongan dan rezeki yang tidak disangka-sangka datangnya. Benarlah sebutan ayat Quran dimana ..
Berfirman Allah s.w.t. dalam Al-quran:
الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ طُوبَى لَهُمْ وَحُسْنُ مَآبٍ
"Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingat Tuhan. Ingatlah, bahwa dengan mengingat Tuhan itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama." (Ar-Ra'ad: 28-29)
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً
Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
At-Talaq :2-3
Wallahu a'lam
Wednesday, March 10, 2010
PRASANGKA
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Buruk sangka atau prasangka adalah satu perbuatan yang sangat-sangat dilarang. Perbuatan ini boleh menyebabkan orang lain dipandang hina dan sangat mengaibkan. Samada benar atau sebaliknya ianya tetap dilarang. Allah s.w.t. bertegas melarang hamba-Nya berprasangka buruk (su’udzhan).
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan JANGANLAH KAMU MENCARI-CARI KESALAHAN ORANG LAIN dan janganlah sebagian kamu mengunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
(QS Al Hujuraat 12).
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah, Jauhilah prasangka, karena prasangka itu adalah perkataan yang paling dusta,”
Tuduhan atau sangkaan terhadap sesiapa sahaja adalah dilarang. Kebanyakkan orang merasakan orang lain sama seperti dirinya. Kalau dia seorang yang malas, bila melihat orang lain leka dan lembab sedikit dikatakan juga malas. Sedangkan mungkin seseorang itu tidak sihat waktu itu.
Begitulah bagi seseorang yang suka mencari populariti, bila orang lain dapat melakukan sesuatu yang jauh lebih baik darinya, ia juga menyangka orang inginkan seperti apa yang diingininya. Itulah bahayanya mempunyai perangai yang suka berprasangka.
Kadang-kadang, bila fikiran telah terlalu banyak suka sangka-sangka, hinggakan Nampak ada pasangan yang sangat intim dan mesra dikatakan kekasih sedang memadu asmara, sedangkan rupanya mereka itu suami isteri yang biasa bergurau senda dengan pasangannya. Itulah menandakan hati-hati kita yang selalu sangat Nampak keadaan orang lain itu tak betul. Sedangkan bila kita mahasabah semula, rupanya hati kita yang adanya kekotoran. Adanya “su’udzhan”.
Sebagai mengingati diri sendiri dan saudara islam yang lain yang dikasihi, Maka berwaspadalah dengan prasangka buruk. Ajari diri kita sentiasa baik sangka dengan orang lain. Jangan samakan orang lain seperti kita. Walaupun rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Hati yang bersih mempunyai dan ditanami dengan iman yang tulin. Allahu a'lam.
KESUSAHAN AKAN DIIKUTI KESENANGAN
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Setiap kali ditimpa kesusahan, sedikit sangat manusia boleh bersabar. Sedangkan Allah menjanjikan disebalik kepayahan itu ada kesenangan. Dalam mejelaskan ayat:-
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan”.
[As-Syarh: 5-6]
Ibnu Kathsir menjelaskan bahawa 1 kesusahan Allah menjamin 2 kesenangan.
Abdullah Ibn Abbas mentafsirkan ayat ini sebagai ” Kesusahan itu tidak akan dapat mengalahkan dua(2) kemudahan yakni dengan bahasa yang lebih mudah setiap kesusahan akan diikuti oleh 2 kemudahan.
Sunnah Allah dan Sunnah alam bahawasanya kita perlu bersusah-susah terlebih dahulu barulah datang kesenangan.
Kemudian cubalah kita melihat ayat ini :-
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, " Surah Al-Sharh ayat :7
apa pula kaitan dengan ayat di atas tadi. Menurut Ibnu Kathsir, kesenangan yang datang merupakan satu nikmat yang besar,maka Allah memerintahkan Nabi s.a.w. beribadah. Allah memberi jaminan pada Nabi Muhammad s.a.w.
- Hari ini kamu berhadapan dengan kesusahan menentang musyrikin.
- Jangan lupa disebalik kesusahan itu ada kesenangan menunggu
- maka apabila habis ibadah fardhu maka buatlah yang sunat
timbul pertanyaan apa kaitan Allah menyuruh kita supaya kuat beribadah?
Jawapannya, segala tugas kita tanpa disokong dengan ibadah tidak akan berjaya. Rumahtangga yang tanpa ibadah didalamnya tidak akan kuat.
Nabi s.a.w. yang mempunyai tugas yang sangat berat. sembahyang malam wajib kepada baginda. Baginda memikul tugas dan tanggungjawab yang sangat besar, solat malam itu memberi kekuatan kepada baginda rasulullah s.a.w. Walaupun ke atas kita tidak wajib, namun ianya sangat-sangat dituntut.
Dalam kehidupan kita, ruang lingkup tawakkal yang ada,kita membuat penyerahan diri kepada Allah s.w.t. tidak cukup kita dengan terus-terus membuat ibadah wajib sahaja, perlulah diisi dengan ibadah sunat.
perkataan نصب (nasib) . bila kita sudah bulat-bulat berserah pada Allah barulah kita mendapat habuan/rebut peluang.
Perkataan فَانصَبْ dalam ayat, memberitahu kita , untuk dapat kemenangan usaha sedaya upaya meletakkan diri pada ibadah yang tinggi. Oleh itu, janganlah habiskan masa kita dengan sia-sia.
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap
Surah Al-Sharh ayat :8
Menurut Ibnu Kathsir, bila kita bangun bukan olok-olok atau ikutan, bangun sungguh-sungguh!. Dengan menyibukkan diri kepada Allah, bila kita menghadap Allah, nyatakan sebenar-benar kecintaan kepada Allah.
KESIMPULAN AYAT
Ayat 7 ,merupakan urusan dunia maka rebutlah peluang untuk mencapai satu-satu kejayaan.
Ayat 8, memberitahu kepada kita supaya kepada Tuhan kita perlu mendampingkan diri. Selesai kerja-kerja dunia yang tidak bercanggah dengan akhirat maka layaklah mendapat habuan akhirat.
Jadi.... bagaimana hubungan kita dengan Allah?
jawapannya, iklaskan diri dan meletakkan kecintaan yang tertinggi kepada Allah.
Hendaklah kita yakin, jika kita menghadapi kesukaran maka percayalah ada kesenangan yang Allah janjikan. Maka janganlah kita lupa hubungan dengan Allah, maka Allah akan datangkan kesenangan kepada kita.
Rumahtangga yang tiada hubungan dengan Allah tidak akan memperolehi kesempurnaan. Setiap perkara untuk mencapai kesempurnaan adalah dengan jalan ibadah. Waallahu a'lam.
HASAD
Dengki (hasad), kata Imam Al-Ghazali, adalah membenci kenikmatan yang diberikan Allah kepada orang lain dan ingin agar orang tersebut kehilangan kenikmatan itu.
Dengan itu, Dengki membuat hati pendengki tersebut membara dan gelisah dan tidak keruan. Kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan dirinya, namun rasa tak suka orang lain lebih darinya membuat hati jadi meluap-luap.
Jangan kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).
Rasulullah saw. bersabda, “Hindarilah dengki karena dengki itu memakan (menghancurkan) kebaikan sebagaimana api memakan (menghancurkan) kayu bakar.” (Abu Daud).
Sebuah pepatah Arab mengatakan, “Kullu dzi ni’matin mahsuudun.” (Setiap yang mendapat kenikmatan pasti didengki).
Kesampingan dari sifat dengki, seboleh-boleh hasrat ingin menghinakan orang yang didengki mejalar dalam tubuh sipendengki. Berbagai cara digunakan untuk melaksana hajat tersebut. Namun ancaman perkara ini sangat hebat dan disebutkan Dari Jabir dan Abu Ayyub Al-Anshari, mengatakan bahwa
Rasulullah saw. bersabda, “Tidak ada seorang pun yang menghinakan seorang muslim di satu tempat yang padanya ia dinodai harga dirinya dan dirusak kehormatannya melainkan Allah akan menghinakan orang (yang menghina) itu di tempat yang ia inginkan pertolongan-Nya. Dan tidak seorang pun yang membela seorang muslim di tempat yang padanya ia dinodai harga dirinya dan dirusak kehormatannya melainkan Allah akan membela orang (yang membela) itu di tempat yang ia menginginkan pembelaan-Nya.”
(Ahmad, Abu Dawud, Ath-Thabrani)
Allah juga mengancam menempelak sipendengki-pendengki tersebut. Telah difirman Allah dalam al-Quran Terhadap orang-orang pendengki tersebut Allah Ta’ala dengan keras mencela:
“Apakah mereka dengki kepada manusia lantaran karunia yang Allah berikan kepadanya?” (QS. An Nisaa’: 54)
Maka perlulah kita ketahui apa itu perkara-perkara yang menyebabkan dengki agar mudah kita semua mengelak daripadanya
Sebab-sebab Dengki
Pertama, Rasa dengki pada dasarnya banyak timbul kerana terlalu cintakan dunia, umpama mengejar pangkat, glamour, kebanggaan, dan banyak terjadi antara mereka yang hampir seperti keluarga, teman sejawat, jiran tetangga dan yang seangkatan dengannya. Berebut satu tujuan menyebabkan kedengkian akan datang.
Adapun orang yang mencintai akhirat, yang mencintai untuk mengetahui Allah, malaikat-malaikat, nabi-nabi dan kerajaanNya di langit maupun di bumi maka mereka tidak akan dengki kepada orang yang mengetahui hal yang sama. Bahkan sebaliknya, mereka malah mencintai bahkan bergembira terhadap orang-orang yang mengetahuiNya. Karena maksud mereka adalah mengetahui Allah dan mendapatkan kedudukan yang tinggi di sisiNya. Dan karena itu, tidak ada kedengkian di antara mereka.
Keduanya adalah ta’azzuz (merasa paling mulia). Ia keberatan bila ada orang lain melebihi dirinya. Bila melihat orang lebih mula perasaan iri datang dan sakit hati makin menekan-nekan.
Ketiganya , takabbur atau sombong. Ia memandang remeh orang lain. Ia takut apabila orang lain memperoleh nikmat, kelebihan, kesukaan orang, dikenali orang, bahkan merasa beliaulah orang yang patut dapat. Maka atas sifat ini, kedengkian datang bersangatan.
Keempatnya, merasa ta’ajub dan heran terhadap kehebatan dirinya. Baginya dialah yang patut dapat akan hal tersebut.
Nabi s.a.w. sendiri tidak lari dari keadaan didengki sebegini, bila pangkat kerasulannya didengki dan percubaan untuk menghilangkan pangkat diusahai hinggalah Allah rakam dalam al-
Quran peristiwa tersebut, mereka berkata
“Adakah Allah mengutus manusia sebagai rasul?” (QS. Al-Mu’minun: 34).
Allah Ta’ala menjawab keheranan mereka dengan firmanNya, yang artinya: “Dan apakah kamu (tidak percaya) dan heran bahwa datang kepada kamu peringatan dari Tuhanmu dengan perantaraan seorang laki-laki dari golonganmu agar dia memberi peringatan kepadamu ?” (QS. Al A’raaf: 63)
Kelimanya, takut mendapat saingan. Bila seseorang menginginkan atau mencintai sesuatu maka ia khawatir kalau mendapat saingan dari orang lain, bimbang bila ada saingan maka kehendak itu tidak diperolehinya. Maka kedengkiannya akan menyebabkan dia menjatuhkan lawannya cara salah.
Keenamnya, merasa dirinya yang layak memimpin. Merasa diri tiada kelemahan dan tolok bandingnya. Jika dia rasa ada orang lain begitu, itu pasti menyakitkan hatinya. Maka ia mengharapkan orang itu musnah paling tidak kurang pengaruhnya.
Ketujuhnya, gembira melihat kesusahan, kedukaan dan kegagalan orang lain. Dan berdukacita melihat kesenangan, kegembiraan dan kejayaan orang lain. Dia inginkan nikmat tersebut, tetapi mengharapkan orang lain hilang nikmat yang demikian. Ini yang paling banyak berlaku dalam masyarakat.
Sifat ini merupakan sifat kotor dan tergolong dalam sifat-sifat Mazmumah. Maka sama-samalah kita hindari sifat tersebut. Allahu a’lam.
Tuesday, March 09, 2010
HATI YANG ROSAK
Dalam membicarakan persoalan hati, banyak kita dengar orang berkata, ‘janji hati baik’… tak kiralah mereka sedang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syarak tetap mereka mengunakan kalimah tersebut. Sedangkan perangai yang buruk menandakan hati yang buruk.
Diantara punca hati yang rosak Menurut Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaih…Ada 6 punca hati jadi rosak/mati ;
1. Sengaja berbuat dosa karena ingat masih ada harapan untuk bertaubat.
2. Mengajarkan ilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkanya.
3. Buat amalan tapi tidak ikhlas.
4. Makan rezeki daripada Allah tetapi tidak mahu mensyukurinya.
5. Tidak pernah puas dengan pemberian Allah.
6. Mengebumikan Jenazah tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari peristiwa itu.
(Hasan Al Bashri r.a.)
Banyak berpunca hati rosak kerana tidak redha dengan pemberian Allah. Tidak puas hati dengan bahagian yang Allah tetapkan kepada dirinya. Setiap ketetapan diri itu terjadi sesuatu itu dengan kehendak Allah. Namun bila tidak boleh menerima ketentuan tersebut maka itu yang timbul rasa tak puas hati dan macam-macam lagi. Rasa tak cukup dan dengki bahkan timbul sifat tamak dan haloba.
Bila menanam orang mati tidak mereka mengambil iktibar. Orang mati seorang demi seorang didengari, tetapi dia begitu juga masih tidak ada kesedaran, masih mengekalkan hati kotornya. Ringan-ringankan jugak perbuatan buruknya. Dengar kematian, pergi ziarah, balik balik tak berubah. Ini semua merosakkan hati.
Beberapa perkara yang membuatkan hati jadi gelap merujuk kepada Ibnu Masud berkata:
"Empat perkara yang menyebabkan kegelapn hati dan empat perkara lawannya yang membuat hati bersinar.
1- Perut yang sentiasa dalam kekenyangan (tidak memperdulikan batas), maka lawannya adalah perut yang lapar (atau mengawal kehendak nafsu)
2- Berkawan dengan orang-orang jahat, maka lawannya adalah berteman dengan orang-orang soleh (duduk dalam suasana iman seperti dimasjid-masjid)
3- Melupakan dosa-sosa yang lalu, maka lawannya adalah tetap mengingatkan dosa-dosa yang lalu (sentiasa bertaubat dan beristifar)
4- Panjang angan-angan, maka lawannya adalah pendek angan-angan (mengingatkan bahawa maut yang pasti hadir bila-bila sahaja)
Makan hingga kenyang perut tanpa peduli. Bila perut selalu kenyang hati akan keras, sebab itulah pada bulan ramadhan hati jadi lembut. Bila makan tak kira, otak asyik ingat periuk nasi, kalau pergi kedai pun macam-macam periuk nasi kita Nampak. National, Panasonic, pensonic dan sebagainya. Tapi sebab kekotoran hati, Hati tertanya lagi jenama periuk yang lain…
Salah satu usaha untuk membersihkan hati dari sifat-sifat keji, melaksanakan solat sunat Dhuha dan dan puasa tiga hari dalam sebulan. Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat Duha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan.
Sepekara lagi yang menyebabkan hati jadi gelap ialah berkawan dengan orang zalim. Bila berkawan dengan orang zalim maka kita membela orang zalim. Sebab dia kawan kita, berbudi dengan kita, maka kezalimannya dan kesalahannya kita lelap mata. Buat tak tahu sahaja. Itu yang membuat hati jadi gelap.
وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ
Surah Hud ayat (١١٣)
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.
Makna disini tidak sensetif dengan dosa. Orang yang sensetif dengan dosa dia ingat mana perkara dosa atau tidak. cepat menyedari itu perbuatan salah. Sentiasa dia mengingat dosa-dosa yang lepas. Dia berubah dan takut berbuat dosa baru. Orang yang lupa dan ambil mudah dosa lama tidak mustahil boleh buat dosa baru.
Hati yang gelap dan rosak banyak perancangan dunia di hatinya. Bila dah ada rumah sebuah rasa ingin menambah lagi. Bila sudah banyak perancangan dan sikap suka dapat cepat satu-satu perkara itu yang sanggup berbuat apa sahaja. Bukanlah salah tetapi bila terlalu banyak perancangan dalam kepala, jika mampu tidak mengapa, tetapi silapnya biar papa asal bergaya. Dalam menampung kehendak yang tidak terkira itu, banyak perkara-perkara wajib terlepas. Hati disibukkan hingga melalaikan kita menghampir diri dan mengingati jalan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.
Manakan kerja yang banyak nak buat. Ibadah payah pulak. Jadi tidak perlulah kita menanggung hutang banyak-banyak. Apa yang ada cukuplah. Asal dapat berteduh dari panas hujan, cukuplah. Kalau hutang riba lebih baik tidak. Tak salah menyewa sahaja kalau itu yang kita mampu. Berhutang selagi tidak habis, bank yang punya. Mana yang kata rumah kita tu. Hidup kat dunia ni sekejap aje. Nabi Nuh a.s. mengibaratkan bagai masuk pintu depan keluar pintu belakang. Bila terlalu fikirkan dunia, hati jadi gelap. Bila kita banyak memandang akhirat, hati semakin cerah. Rezeki pula datang mencurah-curah. Akhirat itu ialah berbuat sesuatu pada syarak tidak bercanggah. Itulah akhirat namanya.
Sudah fikir rumah nak fikir kereta pula. Memendam rasa nak pakai Naza pula. Bila nak bayar tu yang jadi ‘Nazar’ aje. Bayarnya tidak juga… seloroh seorang ustaz dalam satu kuliah… mungkin betul juga. Hari ini, banyak yang dibelit hutang kerana hati digelapkan dengan asakan demi asakan kehidupan yang mencuit dihadapan. Berlumba-lumba mencari kebanggaan. Hinggakan pelajar-pelajar yang menjadi harapan kedua ibubapa belajar dipusat-pusat pengajian tinggi, sanggup tak makan, hingga nasi berlauk kuah dan ikan masin, sedangkan duit bantuan habis dibelanjakan untuk kepuasan mempunyai aksesori kenderaan. Inikah yang diharapkan pada generasi yang akan datang. Tepuk dada tanyalah iman. Allahu a’lam.
Monday, March 08, 2010
MEMELIHARA NIKMAT IMAN DAN ISLAM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Menjadi kewajipan pada kita sebagai umat islam memelihara nikmat iman dan Islam yang dianugerahkan oleh Allah yang Maha Kuasa. Maka tidak boleh tidak kita perlulah mempunyai ilmu. Untuk mendapat ilmu menjadi kewajipan kita menuntut ilmu. Ilmu agama satu perkara yang sangat penting.
Menurut Imam Ghazali, ilmu dan amal itu adalah 2 permata. Ilmu agama yang disertai amal ibadat. Menghayati ilmu seterusnya mengamalkan merupakan permata yang sangat besar dalam kehidupan.
Masyarakat hari ini lebih mengutamakan ilmu fardu kifayah dari ilmu fardu ain. Lebih utamakan skor A dalam subjek akademik dari A dan cemerlang dalam akidah dan iman. Disebutkan dalam sebuah hadis,
Tidak ada sembahyang bagi orang yang tidak membaca fatihah” (Bukhari dari ‘Ubadah bin Samit)
Jadi bagaimana solat bagi yang tidak betul membaca al-Fatihah. Dalam satu syair disebutkan di akhir zaman:-
i) Orang yang alim tidak beramal dengan ilmunya lebih dulu diazab dari orang yang menyembah berhala
ii) Yang lebih besar, Orang jahil melakukan amal ibadat, amal Allah tolak dan tidak diterima.
Kita hendak menghadap Allah, biarlah dengan aqidah yang betul dan hati yang bersih. Sekiranya di atas umur 40 tahun, maksiat lebih banyak dari taat bermakna menyediakan tempat dalam neraka Allah.Nauzubillah.
Selain itu, sebelum ibubapa kita menghembus nafas yang terakhir, jumpa mereka, manalah tahu dalam hati ibu atau ayah kita terdapat perkara yang mereka marah atau terkilan terhadap kita. Minta maaf kepada mereka, minta mereka redha pada kita.
Banyak perkara yang merugikan lebih-lebih bagi yang tidak belajar ilmu agama. Amalkan lah selalu doa yang berbunyi
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“ Wahai tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”
surat Ibrahim ayat 40
Sungguh binasalah orang yang lalai menunaikan solat. Juga melengahkan solat dan solat di akhir waktu diharamkan oleh Allah. Dalam satu kaji selidik pada tahun 2007 di dapati sebanyak 24,000 orang murid PMR tidak tahu mengucap 2 kalimah syahadah. Jadi cuba kita conggak, bagaimana mungkin dan macam mana solat mereka?
Sedangkan awal-awal perkara yang diangkat oleh Allah daripada manusia ialah solat. Yakni khusyuk dalam sembahyang. Sembahyang sangat berat kecuali pada orang yang hatinya khusyuk. Bagi orang yang khusyuk solat membuat hatinya jadi tenang dan merasa puas.
Beberapa cara Khusyuk solat.
i) persediaan sebelum solat. Iaitu membersih segala-galanya. Bersuci adalah anak kunci sembahyang. Sembahyang adalah anak kunci syurga.
ii) Masuk dalam solat dengan tenang dan bersifat ‘relax’ dan tidak tergopoh gapah. Sejahat-jahat manusia adalah orang yang mencuri dalam sembahyang. Iaitu tidak sempurna rukuk, sujud dan tidak khusyuk dalam sembahyang. Sembahyang catuk ayam atau cepat-cepat dilakukan.
iii) Menghadirkan hati dalam sembahyang.
Contoh:- kita jumpa sahabat rapat kita yang lama tidak berjumpa di lapangan terbang. Apa perasaan kita…? Pastinya berdebar-debar dan bila Nampak sahaja kita tak Nampak orang lain dah. Kita peluk dia erat-erat. Apatah lagi dengan Allah yang kita cinta dan kasihi. Bila jumpa Allah kita tak Nampak yang lain lagi.
Yang dibimbangi, solat, solat . Maksiat buat juga. Takut-takut solat itu tidak diterima oleh Allah.
iv) Pandang tempat sujud
v) Rasakan ketenangan dan keringanan dalam sembahyang
vi) Hilangkan perkara-perkara yang menganggu kita dari khusyuk dalam sembahyang
Setelah kita mengetahui serba sedikit ilmu ini, marilah sama-sama kita perbaiki segala kekurangan diri. Moga hidup kita hari-hari sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Illahi.
Allahu a’lam.
Sunday, March 07, 2010
KEWAJIPAN BERTAUBAT
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Manusia tidak sunyi dari berbuat dosa dan alangkah ramainya yang derhaka dan menentang Allah s.w.t. Apabila seseorang hamba bertaubat semua dosanya akan diampunkan oleh Allah. Allah berfirman
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحاً
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya)..At-Tahrim : 8
Oleh kerna itu, sewajibnya bagi kita bertaubat atas segala dosa dan noda yang kita lakukan sama ada sengaja atau tidak sebelum ajal menjemput.
Menurut Imam Hassan al-Basri, Taubat Nasuha- Penyesalan dengan hati, Beristiqfar dengan lidah (sebut). Dosa besar memerlukan taubat dan Istiqfar. Dosa kecil sekadar Istiqfar sahaja.
Makna menyesal disini menyesal dengan hati, beristiqfar dengan lidah dan bertekad meninggalkan maksiat. Nekad tidak akan kembali lagi selama-lamanya berbuat maksiat. Barulah dinamakan taubat nasuha.
Menurut Saidina Umar, Taubat Nasuha itu ialah seseorang yang bertaubat tak akan kembali ke asalnya seperti susu tak akan kembali ke tempat keluarnya.
Seseorang yang bertaubat nasuha, seperti seorang yang tidak pernah berbuat dosa.
Menurut Sheikh Abdul Kadir al-Jailani : Kembali dari perkara yang dicela oleh syarak kepada perkara yang terpuji.
Anak Adam, dia tahu dosa dan maksiat membinasakan manusia dan menjauhkan Allah dan jauh dari syurga. Dia sendiri yang pilih begitu.
Nabi Adam adalah manusia pertama diciptakan Allah dan manusia pertama yang bertaubat kepada Allah. Menunjukkan bertaubat diwajibkan bersegera.Kita tidak tahu bila kita akan dijemput oleh Allah s.w.t.
Nabi dan rasul terus beristiqfar kepada Allah. Dari kisah nabi, tidak dapat menandingi tangisan nabi Daud, Nabi Yaakob. Nabi-nabi sebenarnya tidak bersalah, tetapi merasa bersalah. Darjatnya sangat tinggi di sisi Allah.
Orang yang kurang iman, buat sesuatu yang wajibpun rasa hebat. Baginda Rasulullah s.a.w. beristiqfar sehari semalam lebih 100x.
Seseorang yang bertaubat seperti tidak pernah melakukan dosa. Banyak mana dosa pun, bila bertaubat Allah beri keampunan. Namun yang melibatkan anak Adam, seperti Harta, Hutang piutang, penginiayaan selesaikan terlebih dahulu dengan manusia.
Kisah lelaki yang telah membunuh 99 orang pun diampunkan oleh Allah. Ini kisah yang masyhur kita dengar.
Sering kita mendengar kisah di mana, Makhluk yang bernama lautan menentang makhluk yang melakukan maksiat. Minta izin Allah. Allah kata pada laut, Kalau hamba kamu buatlah tapi dia hambaku. bila dia dah jemu buat maksiat, dia akan datang kepadaku.jika dia datang waktu malam, aku menerimanya, bila dia datang waktu siang aku menerimanya, pintuku tiada hijab. terbuka bila-bila masa.
Sampai ketika barulah dia tertutup.Pintu taubat tertutup pada 2 keadaan,
1. Selagi nyawa belum sampai ke halkum.
2. Selagi matahari belum naik dari barat.
Tidak juga mustahil perkara tersebut berlaku bila-bila masa. Sungguh Sifat Allah sangatlah pengasih dan lagi penyanyang. Ramai manusia derhaka kepada Allah, bila dia datang memohon keampunan kepada Allah, Allah ampunkan. Maha suci engkau wahai Allah yang maha bersifat rahman dan rahim.
Wallahu a'lam.
MENUNTUT ILMU
Menuntut ilmu wajib atas tiap muslim (baik muslimin maupun muslimah). (HR. Ibnu Majah)
Tidak dinafikan kepentingan menuntut ilmu. Ilmu perlu dicari kerana ia bukan datang dengan sendiri. Menuntut ilmu juga mempunyai beberapa adap yang perlu di ketahui.
Pertamanya Berkitab, berguru dan besanad.Sesungguhnya ilmu itu adalah agama, pegangan hidup itu adalah akidah, yang hendak kita sembahkan pada Allah s.w.t.
Ilmu itu perlu berhati-hati bila mempelajarinya. Ilmu terbahagi kepada ilmu Tauhid, Aqidah, Fekah, muamalat, dan Tasauf.
Ramai dikalangan kita belajar ilmu agama tetapi Allah haramkan mendapat menafaat ilmu agama , Persoalannya Kenapa...?
Setiap ilmu agama yang di pelajari, punca atau ibu ilmu itu kerana takut kepada Allah. Bukan senang untuk nak takut pada Allah. itu sebablah ramai yang lawan Allah. Dalam banyak kita buat dosa tak putus-putus nikmat Allah pada kita.
Kata Hikam, "jangan kamu bersahabat dengan orang yang tidak bawa kamu ingat pada Allah"
Kalau kita hendak bersahabat, cari sahabat yang selalu ingatkan kita tentang Allah. Walaupun sijil berjela-jela, tetapi kalau tiada berkat nak buat apa. Walaupun ramai yang mempertikai mengaji pondok itu lambat dan lembap. Tapi hasilnya sangat menyerap.
1. Maka barang siapa yang mencari kebaikan, ianya akan mendapat kebaikan. Dia akan mencari dan terus mencari. Maka apabila Allah ingin jadikan kebaikan kepada seseorang, hamba, nescaya Allah dorongkan dia nak belajar ilmu agama.
"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan padanya,maka sudah tentu Allah menjadikannya mengerti dan faham dalam hal-hal agama."(H.R IBNU MAJAH)
2. Allah akan menjadikan hatinya tawar dengan dunia. Kita yang menentukan nasib masa depan kita dalam alam barzakh dan akhirat. Kerana Allah telah sediakan panduan lengkap dalam hidup kita untuk diikuti.
3. Allah juga memberi seseorang itu berusaha untuk koreksi diri, dengan memahasabah diri dan nampak dosa-dosa dan keaiban diri sendiri.
Maka perlulah kita berusaha untuk mencari jalan bersihkan hati.
Friday, March 05, 2010
HATI YANG MATI
بسم الله الرحمن الرحيم
Fenomena yang berlaku hari ini cukup menakutkan. Sungguh tragis sekali, samada buang bayi, dera kanak-kanak dan bayi, bunuh sana sini, isteri menginiayai suami, suami menginiayai isteri bahkan melata bagai cendawan tumbuh segala maksiat di muka bumi. Bahkan pencakaran dari peringkat atasan hingga ke bawahan, samada dalam bidang pekerjaan dan berbagai-bagaian.
Kekucar-kaciran di akhir zaman sangat terkesan dan tiba masanya manusia kembali kepada hidup yang tenang dan tenteram. Persoalannya, apa penyebab yang menyumbang segala permasalah ini. Tidak lain dan tidak bukan adalah hati yang tidak hidup dengan iman.
Segala perkara bermula dari hati. Hati adalah raja dalam segala tindakan manusia. Kerana itulah disabdakan oleh
Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.
Sayangnya hari ini manusia lebih sibuk memperkatakan tentang wang, menambah wang, menambah kekayaan, cerita tentang kebesaran, tentang bintang yang bergemerlapan. Semua itu menambahkan kegelapan hati yang membuatkan hati semakin hari semakin keras. Hingga lupa kebahagiaan itu, iman adalah asas.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمْاَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَ تُكْثِرُوْا الْكَلَامَ بِغَيْرِ ذِكْرِاللهِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الْكَلَامِ بِغَيْرِ ذِكْرِاللهِ تَعَالَى قَسْوَةٌ لِلقَلْبِ,وَاَنَّّ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنَ اللهِ الْقَلْبُ اْلقَاسِىْ
Maksud :
Daripada Ibnu ‘Umar Radhiyallahu 'anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : “ Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras.
Hadith Riwayat Al-Tirmizi
Bila hati keras, maka tidak nampak segala dosa itu dosa, maka rasa tidak bersalah melakukan apa sahaja. walaupun perbuatan yang dilaku jauh dari nilai hidup seorang insan. Jauh lebih hina dari haiwan, perlakuan sangat bertentangan dengan nilai murni seorang yang begelar manusia yang dikurniakan dengan akal fikiran.
Maka hati itu perlu di ubatkan agar mendapat kembali keimanan. Bagaimana mengubatnya..?
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.
Thursday, March 04, 2010
INSAN YANG BERIMAN
بسم الله الرحمن الرحيم
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَاناً وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
Surah al-Anfal:2
Ayat di atas menjelaskan sifat orang-orang yang beriman. Orang-Orang yang beriman merasa gementar bila disebut nama Allah. Mereka sentiasa melahirkan rasa syukur sebagai hamba Allah. Namun manusia hari ini terbahagi dua. Sebahagian mengikut jalan-jalan kesyurga sebahagian lagi menuruti jalan-jalan terlarang yang boleh menjerumuskan diri mereka ke neraka. Nauzubillah.
Ibadat yang dilakukan pada hari ini kerana kebiasaan hari-hari. Ianya tidak menjadi ibadah yang sebenar-benarnya. Yang ada.. janji buat.Tidak kiralah mereka ianya tepat atau tidak menurut syariat.
Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjadi orang alim. Jika tidak jadilah orang yang belajar. Atau mungkin orang yang mendengar. Sekiranya tidak juga, jadilah orang yang mencintai 3 golongan tersebut.
Manusia diciptakan oleh Allah semata-mata untuk beribadat kepadaNya. Semua perkara yang dilakukan didalam syarak adalah ibadah. Beruntungnya hidup sebagai seorang islam.
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Surah Az-zariyat : 56
Masih terkenang waktu dulu-dulu, orang tua kita selalu menyuruh atau mendidik kita membaca Quran untuk mencari pahala. Tapi hari ini, baca Quran ada juga yang cari piala.
Beruntung orang-orang yang membaca al-Quran selagi ia tidak melakukan dan berbuat dosa besar, ia tetap mendapat pahala sepanjang hari seperti orang yang baca Quran. Sering kita mendengar kuliah-kuliah agama yang menyebut, bahawa ibubapa yang menyuruh anak-anak membaca al-Quran, hari akhirat nanti akan dipakaikan dengan mahkota. Subhanallah.
Mertabat baca Quran juga terbahagi tiga pada yang membaca, ada bahagiannya, pada yang menghafal juga ada bahagiannya dan juga yang mengamalkan isi al-Quran itu.
Sesiapa yang membaca al-Quran mendapat 1 Kebajikan. 1 Kebajikan pula mendapat 10 kebaikan. Jangan kata alif, lam , mim itu satu. Tapi ianya dapat 30 hasanah di situ.
Betapa besar rahmat Allah pada kita semua. Masuknya kita kesyurga Allah juga dengan rahmatnya. Bukan dengan banyaknya amal kita. Amalan kita bila diperiksa oleh Allah bagai diramas dan menjadi debu yang berterbangan. Itulah amalan yang jika kita rasa sudah cukup hebat dimata kita, belum tentu lagi disisi Allah.
Allah minta kita jadi orang yang benar-benar beriman. Orang yang mulia disisi Allah hanyalah orang yang bertaqwa. Maka untuk mencapai tahap ini, kita perlu berilmu. Maka tuntutlah ilmu agama yang pastinya boleh membawa kebahagiaan dalam hidup kita didunia hinggalah ke akhirat. Wallahu alam.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
Surah Ali-Imran :102
Tuesday, March 02, 2010
MENGUMPAT DOSA BESAR
بسم الله الرحمن الرحيم
Sebutan tentang orang lain yang tidak disukai oleh orang itu memelalui lisan atau tulisan adalah merupakan umpatan. Hari ini saban hari ada saja yang aib dan dimalukan samada di media massa, tempat pekerjaan maupun penginapan. Ramai yang memandang ianya satu perkara kecil justeru itu perbuatan ini menjadi kebiasaan.
Adalah lebih baik kita tidak melakukan sesuatu yang tidak ada kaitan dengan kita dan tidak mengambil tahu hal-hal keburukan saudara kita. Lainlah jika kita mengambil tahu kebajikan saudara kita.
sabda Nabi SAW:
"daripada kebaikan agama Islam itu ialah dengan meninggalkan apa yang tidak berfaedah"
(Hadith riwayat Tirmizi)
Apapun andaian kita, ianya merupakan satu perbuatan terlarang. Kesan dari perbuatan tersebut akan mencetuskan perkelahian, pergaduhan dan permusuhan. Putusnya sebuah ikatan dan hilangnya seorang kawan terjadi kerana umpatan. Jika kita tidak suka disebutkan akan keburukan, begitu juga orang lain tidak suka ianya disebutkan. Ianya sangat mengaibkan.
Nabi Muhammad SAW bejumpa dengan para sahabat dan bertanya, “ Kamu tahu apa itu mengumpat? ” Mereka menjawab “ Allah dan Rasul-Nya lebih tahu ” Nabi bersabda lagi, “ Kamu menyebut apa yang saudara kamu benci” Mereka berkata lagi, “ Apa kata kalau yang kusebut itu sememangnya ada pada saudaraku? “ Nabi bersabda lagi, “ Jika yang kamu sebut itu ada pada dia, maka itulah mengumpat. Jika yang disebut itu tiada padanya, maka itulah pembohongan besar. ” (Hadis riwayat Muslim )
Sering kita dengan kata-kata itu lebih bisa dan tajam dari pedang. Hati yang terguris dan terluka sukar untuk disembuhkan. Bahkan dosa terhadap anak adam ini, Allah serahkan kepada manusia itu sendiri untuk memberi keampunan. Ianya adalah hak anak Adam. Maka bersama kita mengambil ia sebagai satu peringatan.
Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai Mengumpat separti sabda nya bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan
sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat
itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina,
apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya
dan Ibnu Hibbad)
Mengumpat adalah haram. Firman Allah swt:
"Dan janganlah kamu mengumpat sesama kamu, adakah seseorang dikalangan kamu suka makan daging mayat saudaranya ; tentulah kamu bencinya." (12 : al-Hujjurat)
TAKABBUR
بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Nabi s.a.w. telah bersabda:
“Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya ada seberat zarah daripada takabbur.”
(Hadith riwayat Muslim).
Banyak perkara sebenarnya menimbulkan rasa takabbur. Diantara perkara-perkara yang menimbulkan takabbur pada manusia seperti keturunan, kecantikan, kekuatan, kekayaan, banyak wang, banyak ilmu dan warak dan banyak ibadat. Namun semua ini tidak kekal. Keturunan akan mati dan hilang, kecantikan akan pudar, kekuatan menjadi lemah, wang boleh habis, bahkan apa sahaja akan lenyap bila tiba masa dan ketika.
Apa yang ingin disentuh, sayang sekali kalau mempunyai banyak ilmu namun penuh ketakabburan. Sifat bangga diri mengandungi bencana yang amat besar sekali. Kesan buruknya juga besar.
Untuk membaiki perkara ini, maka
Pertamanya, menanamkan dalam diri dan menyedari bahawa hujah Allah lebih berat dan akan disoal. Bila kita tidak mengamal apatah lagi bagi yang menyelewengkan. Sebagai bandingan sahaja, bahawa Allah mungkin dapat menguzurkan yang jahil tapi tidak pada yang berilmu, walau pun sijahil tetap berdosa kerana tidak mencari ilmu.
Contohnya ramai yang tahu bertikam nombor ekor adalah haram. Tetapi buat juga. Juga tahu solat itu wajib namun ada yang tinggal juga. Tidak mencari ilmu satu kesalahan juga. Tak tahu solat, tak buat berdosa. Buat bercanggah juga pun berdosa. Maka ilmu perlu ada. Ilmu ada jangan pula takabbur, tapi beramal lah. Ini bukan makna jangan mencari ilmu, tetapi janganlah kita bersifat takabbur.
Kedua, menginsafi diri. Tiada siapa yang layak untuk membesar diri kerana tidak layak pada sesiapapun membesar diri melainkan Allah. Allah benci pada yang membesar diri. Jika apa yang Allah tidak suka, maknanya Allah bencilah. Demikianlah serba sedikit menghilangkan takabbur.
Bila sifat ini telah lenyap barulah boleh diisi dengan sifat tawadduk dan rendah diri. Mengajar diri untuk sering mengingati dosa dan kesalahan lalu, mengurangkan sifat takabbur dan merasa diri kecil pada pandanganNya. Pengakhiran hayat orang-orang fasik belum tentu lagi. Yakni yang melakukan dosa besar dan berterusan dosa kecil. Yang pastinya bila melakukan dosa ada azabnya. Namun wajib bertaubat, soal terima atau tidak itu urusan Allah.
Bila sering mengingati Allah, hati akan takut untuk takabbur. Kita semua tidak tahu penghujung hidup kita. Walaubagaimana pun marah pada orang fasik itu perlu. Tetapi jangan takabbur. Marah itu bertujuan semata-mata kerana Allah.
Ijmalnya, sifat takabbur tidak mendatangkan manafaat sedikitpun, bahkan bahananya sangat besar. Ia juga menghalang amal baik kita sampai kepada Allah s.w.t. maka bersamalah kita hindari sifat takabbur, yakni membesar diri. Wallahu alam.
SEKELUMIT PENGALAMAN MENAIKI BAS
بسم الله الر حمن الرحيم
Lama rasanya ana tidak naik bas sejak berkahwin dengan suami ana. Cuma sekali sekala bila keadaan memerlukan. Masa kecil dulu nak naik bas tunggu berjam-jam sebab bas ada ‘time’ nya lalu kampung. Namun di Bandar K.L ini, nak naik bas, tunggu berjam-jam jugak walaupun bas banyak, tapi kebanyakkan penuh. Bersesak-sesak.
1 Mac, 2010 ana terpaksa naik bas kerana suami ke Kuantan mengambil kereta yang tinggal di sana sebab kerosakan. Pengalaman yang ana dapat membuat ana termenung dan berfikir banyak perkara. Sehari yang mengajar erti kehidupan. Di sana ana memetik beberapa nilai erti kehidupan. Erti akhlak insan. Erti sebuah pengorbanan.
Sebaik sampai di stesyen bas, hujan rintik-rintik bertukar menjadi hujan yang tersangat lebat disertai petir dan kilat. Di sana ana memerhati gelagat manusia berlari-lari mencari tempat perlindungan. Yang tidak sedar nikmat Tuhan pun yakni baju tiada sebahagian di badan, turut ketakutan dengan air hujan. Ye… ana terfikir, ini Cuma bemandi hujan yang mencurah. Negara islam yang lain bermandi peluru dan darah. Namun yang lebih parah kalau bermandi api neraka Allah. Nauzubillah.
Dalam pada kekalutan ribut hujan. Pemandu bas yang tidak berperi kemanusiaan, sanggup memekakkan telinga, tidak berjalan kedepan yang kosong didepan tersangat panjang. Sengaja dia biarkan bas lain hon tiada berhenti menyekat Jalan Tuanku Abdul Rahman, namun saja je buat tak kedengaran. Konduktor memanggil-manggil penumpang. Begini rupanya kedengkian insan. Hanya mementingkan perut sendiri, itupun dianugerah Tuhan, lupanya kalian.
Setelah melepaskan beberapa bas dalam lebat hujan, ana naik bas yang agak kosong meredah basah namun Alhamdulillah, ana naik tanpa bersesak-sesak. Namun hati ana terharu memerhati, seorang konduktor bas perempuan, yang bertugas dalam keadaan hamil di badan. Ana memerhati sebuah pengorbanan. Dalam keadaan hamil beliau bekerja membantu suami. Sekejap ke depan, sekejap kebelakang. Kadang-kadang bas brek mengejut, penuh bimbang di hati ana, takut beliau terjatuh. Namun ana lihat beliau senyum tenang. MasyaAllah, hebatnya anugerah tuhan atas kesabaran dan sebuah pengorbanan dari seorang insan begelar perempuan.
Inilah kehidupan, … hanya di sisi Allah yang membedakan kita semua ialah ketaqwaan.